Part 21.

Romance Completed 17025

Pulang sahaja dari office, Ikram terus memasak di dapur. Sejak dari dulu dia belajar memasak daripada Puan Marina. Jadi tidak kekok baginya apabila memasak.

Selesai memasak, Ikram terus naik ke bilik untuk membersihkan diri dan solat.

Sudah 3 minggu dia dan Qaseh tinggal di rumah itu. Keadaan Qaseh masih sama. Qaseh berkurung sahaja di dalam bilik. Makan pun kadang-kadang sahaja.

Selesai solat Ikram melangkah ke bilik Qaseh untuk mengajaknya makan.

Pintu bilik Qaseh ditolak perlahan.

" Qaseh, jom makan. Abang dah masakkan " panggil Ikram.

Qaseh masih membisu. Ikram terus mendekati Qaseh. Gadis itu terbaring di atas katil.

" Qaseh " .

Badan Qaseh menggigil kesejukan.

" Qaseh kenapa ni? Ya Allah Qaseh demam ke? " soal Ikram risau.

Qaseh tidak menjawab. Ikram meraba dahi Qaseh. Panas.

" Qaseh tunggu sini sekejap. Abang pergi ambilkan ubat " Ikram terus berlalu ke dapur.

Ikram kembali ke bilik Qaseh bersama dulang di tangannya.

" Qaseh, bangun. Makan ubat dulu " kejut Ikram lembut.

Qaseh perlahan-lahan membuka matanya. Kepalanya terlalu sakit.

Ikram membantu Qaseh untuk duduk.

" Makan ubat ni " Ikram menyuapkan sebiji panadol ke mulut Qaseh.

Qaseh terus menelan panadol itu. Ikram menghulurkan segelas air kosong pula.

Sebaik minum air kosong itu, Qaseh baring semula. Matanya terus lelap.

Ikram kasihan melihat keadaan Qaseh. Sayu sahaja dia memandang isterinya itu. Walaupun layanan Qaseh terhadapnya teruk, dia tetap melayan gadis itu dengan baik.

" Abang sayang Qaseh, sayang sangat " ucap Ikram perlahan.

Ikram merendam tuala bersih ke dalam mangkuk berisi air. Dia memerah tuala itu dulu sebelum meletakkannya di dahi Qaseh.

Wajah Qaseh berkerut-kerut. Mungkin menahan kesakitan.

" Seandainya Qaseh tahu yang abang tak sanggup tengok Qaseh menderita macam ni " .

Ikram setia menjaga Qaseh di sisi katil.

" Irfan...Irfan.. Jangan tinggalkan Qaseh.. " .

Ikram tersedar dari lenanya apabila mendengar Qaseh menyebut-nyebut nama arwah Irfan.

" Qaseh.. Qaseh bangun " kejut Ikram.

" Irfan.. Irfan.. Irfan!! " Qaseh terus membuka matanya.

Dia memandang Ikram di sisinya.

" Qaseh mimpi Irfan ya? " soal Ikram lembut.

Qaseh mengangguk perlahan.

" Demam Qaseh dah surut? " Ikram meraba dahi Qaseh.

" Dah kurang sikit panas dia. Qaseh rehat dulu, abang nak pergi dapur sekejap " Ikram terus keluar dari bilik Qaseh.

" Pura-pura baik " Qaseh ketawa sinis.

Sakit hatinya melihat kebaikan Ikram terhadapnya. Dia yakin Ikram berpura-pura. Sengaja ingin mengambil hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience