Part 6.

Romance Completed 17025

" Yang muka monyok macam ayam berak kapur ni kenapa Am? " soal Farid.

Tadi Ikram menelefonnya untuk berjumpa. Sekarang dia hanya membisu.

Ikram mengeluh perlahan. Sebenarnya dia sengaja mengajak Farid lepak. Dia malas duduk di rumah.

" Aku saja ajak kau keluar " .

" Kau tak sanggup duduk kat rumah tu? Sebab semua orang tengah siapkan persiapan perkahwinan Irfan dengan Qaseh kan " teka Farid.

Dia kenal sangat dengan Ikram. Ikram lebih suka lari dari masalah daripada menghadapinya.

" Aku bukan malaikat yang tak ada rasa cemburu Farid " .

" Sampai sekarang kau masih cintakan Qaseh? Am dah 4 tahun berlalu tau. Kau sendiri tahu 4 tahun jugak Qaseh dengan adik kau bercinta " .

" Bukan senang. Bukan senang aku nak lupakan cinta pertama aku macam tu jer. Susah Farid. Aku cuba. Bukannya aku tak cuba. Tapi aku tetap tak mampu nak padam nama Qaseh dalam hati aku. Walaupun aku tahu hakikatnya yang aku tak kan dapat miliki Qaseh " .

" Kau dah buat silap. Sepatutnya kau luahkan perasaan kau pada Qaseh dulu. Tapi kau lebih rela tolong Irfan " .

" Dia adik aku Farid. Aku akan buat apa saja untuk dia. Kau tahu kan aku sayang dia sangat-sangat. Aku rela berkorban apa saja. Termasuk perasaan aku sendiri. Aku dah tak ada adik lain. Aku cuma ada Irfan. Aku akan buat apa saja asalkan dia bahagia " .

Ada satu sifat di dalam diri Ikram yang membuatkan Farid bangga dengannya. Ikram lebih pentingkan Irfan dari dirinya. Farid tahu Ikram sayangkan adiknya. Apa sahaja yang Irfan minta, Ikram akan tunaikan.

" Sayang ada batas Am. Aku tahu kau sayangkan Irfan. Dia darah daging kau. Tapi kau kena ingat, kau perlu fikirkan kebahagiaan kau sendiri. Kau tak boleh ketepikan perasaan kau. Korbankan perasaan kau. Berpada-pada Am " .

Ikram mengeluh perlahan. Dia meraup wajahnya.

" Farid kau tak faham. Dan kau tak akan faham. Bagi aku Irfan lebih penting. Kebahagiaan dia lebih penting daripada aku. Kalau aku luahkan perasaan aku pada Qaseh 4 tahun lepas, belum tentu Farid. Belum tentu dia akan cintakan aku macam mana dia cintakan Irfan " .

" Kau belum cuba tapi kau dah mengalah " .

" Aku bukan mengalah. Tapi aku sedar diri. Cinta Qaseh bukan untuk aku. Sampai bila-bila pun aku tak akan miliki Qaseh " .

" Aku tahu kau kuat Am " Farid menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.

Ikram tersenyum kelat.

" Sebab tu aku nak pergi UK. Aku bukan kuat sangat nak tengok dia orang bahagia " .

Farid mengangguk perlahan. Dia faham perasaan sahabatnya itu. Bukan mudah untuk merawat luka di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience