Part 17.

Romance Completed 17025

Ikram menolak perlahan daun pintu bilik Qaseh. Dia melangkah masuk.

Dilihat Qaseh termenung di birai katil. Matanya tidak kering dengan air mata.

Ikram mendekati Qaseh.

" Boleh abang cakap sekejap dengan Qaseh? " soal Ikram.

" Saya tak nak bercakap dengan pembunuh " jawab Qaseh tegas.

Ikram terkedu. Jelas menunjukkan Qaseh masih menganggap dia pembunuh arwah Irfan.

" Qaseh, Qaseh masih salahkan takdir? Qaseh tak dapat terima hakikat yang Irfan dah tak ada? " .

Qaseh bangun dari duduknya. Matanya tajam memandang Ikram.

" Awak ni memang pandai berpura-pura kan? Awak ingat saya tak tahu awak memang sengaja bunuh Irfan! Ya saya memang dah boleh terima kenyataan yang Irfan dah takda. Tapi saya tak boleh terima kenyataan yang saya bersuamikan pembunuh! " .

Ikram mengeluh perlahan.

" Abang minta maaf. Abang minta maaf sebab ikat Qaseh dengan ikatan perkahwinan ni. Apa pun jadi abang akan jaga Qaseh sebaik mungkin " .

Qaseh tersenyum sinis memandang Ikram.

" Maaf? Saya akan maafkan awak kalau awak boleh hidupkan Irfan balik. Boleh? Boleh tak? Memang! Memang awak dah seksa jiwa saya dengan perkahwinan bodoh ni! Dan perkahwinan ni tak sepatutnya terjadi " .

Ikram terdiam. Dia hilang kata-kata.

" Abang keluar dulu " Ikram terus berlalu.

Dia tahu jika terus berdebat, sampai bila-bila tidak akan berakhir. Dia harus mengalah. Mungkin memang salah dia. Dia tidak boleh menyalahkan Qaseh.

Bila marah, Ikram lebih suka melarikan diri. Dia lebih suka bersendirian. Dia takut jika tidak dapat mengawal kata-katanya ketika dia marah.

Sebelum ada hati yang terluka kerana kata-katanya lebih baik dia pergi.

" Am " panggil Encik Hafiz.

Ikram berpaling.

" Eh ayah " .

" Am, Qaseh buat hal lagi? " soal Encik Hafiz.

Ikram hanya tersenyum.

" Am tak ambil hati langsung ayah. Am tahu Qaseh jadi macam tu sebab keadaan. Insya Allah nanti dia okay lah tu. Cuma dia perlukan masa " .

Encik Hafiz terharu dengan sikap Ikram. Dia beruntung mendapat menantu seperti Ikram. Kerana itu dia yakin Ikram mampu membahagiakan Qaseh.

" Am, ayah minta maaf bagi pihak Qaseh " .

" Ayah, Am tak kisah pun. Am faham. Tak perlulah minta maaf " .

" Terima kasih Am. Ayah tak salah pilih Am sebagai suami Qaseh " bahu Ikram ditepuk perlahan.

" Esok, Am bawak Qaseh pindah rumah baru Am ya " .

Encik Hafiz mengangguk.

" Boleh Am. Qaseh tu isteri Am. Am berhak nak tentukan mana dia berada " .

" Tapi Am janji ayah akan bawak Qaseh balik sini selalu. Ayah jangan risau ya " .

Encik Hafiz mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience