Part 15.

Romance Completed 17025

Ikram termenung jauh. Fail-fail di hadapannya tidak dihiraukan.

Sejak dari tadi Farid memerhati sahabatnya itu. Asyik termenung sahaja. Jarang Ikram termenung ketika kerja. Selalunya dia akan fokus pada kerjanya.

Ketika mesyuarat tadi pun Ikram tidak begitu fokus. Entah melayang ke mana fikirannya pun Farid tidak tahu.

" Am " panggil Farid.

Ikram masih lagi termenung. Dia tidak menyedari langsung Farid memanggilnya.

" Am " Farid menguatkan sedikit suaranya dan menepuk meja Ikram.

Ikram tersentak. Dia mengurut dadanya.

" Kau ni Farid. Buat aku terkejut lah " .

" Kau berangan apa ni? Ha? Ada masalah ke ? " soal Farid.

Ikram mengeluh perlahan.

" Aku buntu Farid. Aku taktahu sama ada aku patut kahwin dengan Qaseh atau pun tak " .

" Pasal Qaseh lah ni? Am, kau jugak yang cintakan Qaseh tu. Tak salah pun kalau kau kahwin dengan dia " .

" Memang lah tak salah. Tapi aku akan jadi orang yang paling pentingkan diri. Sebab aku seksa jiwa dan perasaan dia. Aku ikat dia dengan ikatan perkahwinan tu. Aku tak nak " .

" Am, cuba kau fikir. Ada ke lelaki yang boleh bahagiakan Qaseh tu nanti? Kau belum cuba, kau tak tahu " .

" Perkahwinan ni bukan benda yang boleh cuba-cuba Farid. Ini soal hati dan perasaan. Kau tahu kan Qaseh tu cinta sangat dengan arwah Irfan. Mana mungkin dia nak bukak pintu hati dia untuk terima aku sebagai suami. Aku tak nak dia rasa terpaksa " .

" Kalau aku sendiri yakin yang kau boleh bahagiakan dia, takkan lah kau tak yakin dengan diri kau sendiri Am. Kau tak boleh fikir negatif " .

" Aku bukan fikir negatif. Tapi aku yakin sangat. Lagipun Qaseh tak mungkin akan terima lelaki yang penyebab bakal suami dia meninggal. Kalau tak disebabkan aku Irfan takkan meninggal Farid. Semua berpunca daripada aku. Aku yang rosakkan kebahagiaan orang " .

" Astaghfirullah al-azim. Kau cakap apa ni Am? Kau tahu kan ajal maut Allah yang tentukan. Kau tak perlu salahkan diri kau. Apa yang aku boleh cakap, kau perlu terima Qaseh jadi isteri kau. Aku yakin kau akan jadi suami yang terbaik buat Qaseh. Kau boleh bimbing dia " .

Ikram buntu. Dia tersepit di tengah-tengah. Hanya Allah tempat untuk dia meminta pertolongan.

' Ya Allah, kau bantu lah hambamu ini membuat pilihan yang tepat. Semoga aku tidak tersilap langkah ' doa Ikram dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience