Part 23.

Romance Completed 17022

Hari ini genap 3 bulan perkahwinan Ikram dan Qaseh. Tetapi tiada apa perubahan. Semuanya masih sama lagi. Ikram tidak pernah berhenti mencuba mengambil hati Qaseh.

" Selagi abang mampu, abang akan cuba pertahankan rumahtangga kita Qaseh. Selagi abang boleh bersabar, abang akan sabar " kata Ikram sendirian.

Hari itu Qaseh nekad. Dia mahu Ikram menceraikannya.

" Saya nak cakap dengan awak " .

" Qaseh nak cakap apa dengan abang? " .

" Saya nak awak ceraikan saya " .

Ikram terkejut. Dia terus berdiri.

" Qaseh cakap apa ni? " .

" Saya rasa awak tak pekak kan. Saya nak awak ceraikan saya! " .

" Tak Qaseh. Abang tak akan buat macam tu. Tak ada sebab pun untuk kita bercerai " .

Qaseh tersenyum sinis.

" Tak ada sebab? Hey dengar sini, kita kahwin bukan sebab cinta tau. Jadi untuk apa kita bersama ha? " .

" Qaseh, kita boleh bincang baik-baik kan. Tak perlu macam ni Qaseh " .

" Awak ni kenapa ha Ikram? Apa masalah awak? Apa motif awak? " .

" Qaseh cakap apa ni? Abang tak faham " .

" Awak tak faham ke atau awak pura-pura tak faham Ikram? Kenapa perlu awak seksa hidup saya macam ni? Kenapa awak sanggup biarkan Irfan mati? Lepastu apa motif awak kahwin dengan saya? Awak nak seksa hidup saya ke Irfan? Kenapa?! " .

Ikram menarik nafas seketika.

" Qaseh, demi Allah abang tak ada niat langsung nak seksa hidup Qaseh. Apatah lagi buatkan Qaseh derita. Qaseh, abang sayangkan Irfan tu lebih dari nyawa abang sendiri tau. Kalau Qaseh rasa Qaseh kehilangan dia, abang ni lagi rasa kehilangan dia. Tapi abang tak mampu buat apa-apa. Melainkan redha dengan apa yang Allah dah susun. Qaseh ingat abang tak kisah ke dengan apa yang dah jadi? Perasaan serba salah tu ada lagi dekat diri abang " .

" Awak memang berpura-pura kan. Awak memang sengaja kan. Kalau betul awak sayangkan Irfan kenapa awak biarkan dia mati? Kenapa? Sepatutnya awak lindungi dia. Awak tahu kan semua orang sayangkan Irfan. Dan saya yakin sangat kalau awak yang meninggal bukan Irfan, tak ada siapa yang peduli. Dan orang macam awak sepatutnya mati. Bukan Irfan! Orang macam awak ni tak layak untuk rasa apa itu bahagia" .

Ikram terkedu. Kata-kata yang keluar daripada mulut Qaseh benar-benar membuatkan hatinya terluka kali ini.

" Qaseh, kalau abang mampu. Abang akan ubah takdir. Abang akan halang Irfan selamatkan abang. Tapi abang tak mampu. Abang tak mampu ubah takdir tu. Abang tak mampu nak lawan takdir Allah. Kalau abang boleh undur masa abang akan pastikan Irfan tak selamatkan abang. Dan dia akan bahagia dengan Qaseh. Tapi abang tak boleh buat semua tu. Qaseh ingat abang tak terluka ke? Qaseh ingat abang tak rasa kehilangan? Kalau ini yang Qaseh nak, abang akan tunaikan. Abang takkan seksa perasaan Qaseh lagi " .

Ikram memandang tepat mata Qaseh.

" Minggu ni abang kena outstation. Lepas abang balik dari outstation abang akan pastikan Qaseh tak lagi jadi isteri pembunuh ni. Dan Qaseh akan bahagia " Ikram terus berlalu meninggalkan Qaseh sendirian.

Qaseh terkedu. Entah kenapa rasa sedih bertandang di hatinya. Padahal ini yang dia mahukan selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience