Part 11.

Romance Completed 17022

Qaseh masih tidak dapat menerima hakikat Irfan sudah pergi menghadap ilahi.

Dia masih terasa Irfan ada di sisinya. Shawl yang dihadiahkan oleh Irfan, dipeluk kemas. Air matanya sehingga kering menangisi pemergian Irfan.

Sukar untuk dia menerima kenyataan. Qaseh sudah tidak seperti dulu yang selalu ceria. Tiada lagi Qaseh yang dulu. Kini dia lebih suka termenung. Menangis sendirian. Selera makannya juga sudah hilang.

Puan Kamariah sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan. Sedih hatinya melihat keadaan Qaseh. Dia juga kasihan dengan anaknya itu. Segala persiapan perkahwinan Qaseh dan arwah Irfan telah tersedia.

Namun takdir Allah itu indah. Dia tahu apa yang terbaik. Setiap manusia akan merasai mati. Hanya cepat atau lambat sahaja. Tiada yang kekal abadi. Semuanya hanya pinjaman.

" Irfan...Qaseh rindu.. Baliklah " Qaseh mengusap gambar arwah Irfan. Air matanya laju mengalir.

Puan Kamariah menahan sebak di dadanya melihat Qaseh begitu. Dia hanya mampu berserah pada Allah. Hanya Allah tempat dia meminta kekuatan.

3 bulan sudah berlalu. 3 bulan juga arwah Irfan telah pergi. Puan Marina kini sudah boleh menerima hakikat. Dia tahu tiada yang abadi di dunia ini.

Ikram kelihatan tenang. Namun kesedihan hatinya hanya Allah yang tahu. Ikram tidak pernah tunjuk kesedihannya. Dia berpura-pura kuat. Padahal setiap malam dia menangis di hadapan pencipta agar diberi kekuatan. Dia rindu pada arwah adiknya itu.

" Am, mak nak tanya sikit boleh? " soal Puan Marina.

Ikram tersenyum memandang Puan Marina.

" Boleh mak. Untuk mak apa saja boleh. Nak tanya banyak pun boleh " .

" Am tak jadi kan pergi UK? " .

Ikram menggelengkan kepalanya perlahan.

" Tak. Am nak jaga mak dengan abah " .

Puan Marina tersenyum lebar mendengar jawapan anaknya itu.

" Terima kasih Am. Mak sayang Am. Mak dah tak ada anak yang lain. Mak ada Am jer " sayu sahaja suara Puan Marina.

Ikram terdiam. Wajah mak nya dipandang sayu.

" Mak, walaupun arwah Irfan dah tak ada. Dia masih lagi ada dekat hati kita. Mak kena redha ya. Allah lagi sayangkan Irfan. Dia tunggu mak dekat syurga " tangan Puan Marina digenggam erat.

Seakan memberi kekuatan pada mak nya. Dia tahu Puan Marina merindui Irfan. Dia juga. Tapi ini yang telah diaturkan oleh Allah. Dia kena terima hakikat bahawa Irfan sudah tiada.

Puan Marina tersenyum kelat sambil mengangguk. Air mata yang mengalir dikesat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience