Part 3.

Romance Completed 17022

Ikram memegang dadanya. Sakitnya hati hanya Allah yang tahu. 4 tahun lepas dia yang membantu Irfan mendapatkan Qaseh padahal ketika itu dia sukakan Qaseh.

4 tahun lalu...

" Bang, Irfan suka lah kat seorang perempuan ni. Cantik. Abang tolong Irfan boleh tak? " .

Ikram tersenyum memandang adiknya.

" Amboi baru semester 2 dah gatal ea. Abang beritahu mak dengan abah nanti " .

" Alah abang janganlah. Tolong Irfan please. Irfan tak berani lah nak dekat dengan dia " .

" Iyalah. Boleh. So perempuan mana yang dah curi hati adik abang ni? " .

" Qaseh " .

Ikram terkejut.

" Qaseh budak kos business tu ke? " soal Ikram mahukan kepastian.

Irfan mengangguk laju.

" Ha'ah dia lah. Abang kenalkan? Tolong please " .

Ikram serba salah.

" Abang, boleh tak? " soal Irfan lagi.

Ikram mengangguk perlahan.

" Nanti abang tolong minta kan nombor dia " .

" Yes ! Terima kasih abang. Irfan ada kelas ni. Jumpa kat rumah nanti okay " Irfan terus berlalu.

Ikram mengeluh perlahan. Perlu ke dia sakitkan hati sendiri demi kebahagiaan adiknya ?

Ikram melihat Qaseh bersama kawan-kawannya di kafe. Dia melangkah perlahan ke arah mereka. Demi Irfan, diasanggup melupakan perasaannya.

" Qaseh, tengok tu siapa datang " kata Lina.

Lina sejak dulu lagi menyimpan perasaan pada Ikram. Siapa sahaja yang tidak jatuh hati apabila melihat Ikram.

Qaseh memandang ke arah Ikram.

" Hai " sapa Ikram.

Kawan-kawan Qaseh yang lain sudah tersengih-sengih memandang Ikram.

" Qaseh kan? " soalnya pada Qaseh.

Qaseh mengangguk perlahan.

" Boleh saya nak nombor telefon awak? " .

Qaseh mengerutkan keningnya.

" Untuk apa? " soal Qaseh.

Dia bukan gadis yang senang-senang untuk memberikan nombor telefon pada lelaki.

" Jangan risau saya tak buat benda yang bukan-bukan " .

Lina menulis sesuatu di atas kertas. Kemudian kertas itu dihulurkan pada Ikram.

" Ni nombor Qaseh " .

Ikram menyambut huluran itu. Dia tersenyum.

" Thanks " Ikram terus berlalu.

Jantungnya berdegup laju apabila berhadapan dengan Qaseh.

Qaseh menepuk lengan Lina.

" Kenapa kau bagi nombor aku? " soalnya.

" Dia hensem sangat lah. Sebab tu aku bagi jer. Qaseh hensemnya dia " Lina tersenyum sendirian.

Dia masih terbayang lagi senyuman Ikram padanya.

Kenangan 4 tahun lepas bermain di fikiran Ikram. Dulu dia sangka mudah untuk melupakan perasaannya pada Qaseh. Tapi dia silap. Sehingga kini dia masih cintakan gadis itu. Hanya Qaseh di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience