Part 26 (Ending)

Romance Completed 17025

Esok Ikram akan pulang. Qaseh sudah bertekad. Dia mahu meluahkan segala perasaannya pada Ikram. Kini baru dia sedar, hatinya sudah terbuka untuk menerima Ikram.

Qaseh melangkah masuk ke bilik Ikram.

" Bersih jer " kata Qaseh sendirian.

Mata Qaseh tertarik pada sebuah buku diari di atas meja Ikram.

Qaseh membuka diari itu. Ada gambarnya ketika hari pernikahan mereka. Dia tersenyum sendiri.

Qaseh menyelak helaian demi helaian. Satu persatu di baca. Air matanya laju mengalir. Segala penderitaan yang Ikram lalui selama ini semuanya tercatat di dalam diari itu.

" Ya Allah " Qaseh memegang dadanya.

Ya Allah, seandainya Qaseh Alia adalah jodoh aku kau bantulah aku pertahankan hubungan ini. Aku terlalucintakannya. Seandainya dengan melepaskan Qaseh adalah jalan untuk dia bahagia, aku redha.

Teresak-esak Qaseh menangis. Dia kini sudah tahu Ikram sudah lama mencintainya.

" Maafkan saya Ikram..maafkan saya... " .

Hari yang di nanti telah tiba. Hari ini genap seminggu Ikram ke Pahang. Qaseh sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Ikram.

Telefon milik Qaseh berdering menandakan ada panggilan masuk. Qaseh segera menjawab.

" Hello Assalamualaikum, ni wife Am ke? " .

" Waalaikumsalam. Ya saya Wife Am. Kenapa ya? " .

" Saya Farid kawan Am. Am ada dekat hospital. Dia accident".

Qaseh terduduk lemah.

" Ikram... Ya Allah " .

Mengalir air mata Qaseh melihat tubuh Ikram yang penuh dengan wayar. Kecederaannya sangat parah. Kata doktor hanya 50% sahaja untuk dia hidup.

" Abang...tolong kuat. Jangan tinggalkan Qaseh. Qaseh perlukan abang. Qaseh sayangkan abang.. Qaseh minta maaf sebab tak pernah hargai abang selama ni. Maafkan Qaseh abang.. Maafkan Qaseh " .

Tangan Ikram digenggam erat seakan bagi semangat. Dia tidak sanggup kehilangan Ikram.

Kata-kata Amira bermain di mindanya. Semakin laju air matanya mengalir.

" Qaseh akan setia di sisi abang... Untuk selamanya. Qaseh cintakan abang " .

Qaseh duduk bersila. Dia bergerak sedikit membetulkan duduknya. Suasana di tanah perkuburan pagi ini hening sekali.

" Sayang, jom kita balik " ajak Ikram seusai dia membacakan yasin buat arwah adiknya.

Qaseh mengangguk. Dia bangun dari duduknya.

" Abang balik dulu Irfan, semoga Irfan tenang di sana. Assalamualaikum " .

Ikram memimpin tangan Qaseh. Mereka berdua berjalan seiringan.

Usia rumahtangga Qaseh dan Ikram kini sudah mencecah setahun. Segala pahit manis telah dilalui mereka.

" Abang, Qaseh minta maaf atas kesilapan Qaseh selama ni. Terima kasih sebab sudi terima Qaseh semula. Qaseh janji akan jadi isteri yang baik untuk abang " .

" Sayang, abang dah lupakan semuanya. Sikit pun abang tak pernah marahkan Qaseh. Abang harap rumahtangga kita akan kekal hingga akhir hayat " Ikram menarik Qaseh dalam pelukannya.

" Qaseh sayangkan abang " .

" Abang pun sayangkan Qaseh sangat-sangat " dahi Qaseh dikucup lembut.

Syukur terhadap mu Ya Allah. Alhamdulillah kini aku dapat merasai kebahagiaan aku. Aku bersyukur kerana Ikram masih memberikan aku peluang. Aku sudah boleh terima hakikat bahawa Irfan sudah tiada. Takdir Allah tiada siapa yang mampu lawan. Aku hanyalah hamba Allah yang tidak berdaya.

Irfan, Qaseh doakan Irfan tenang di sana. Qaseh tetap akan ingat pada Irfan. Irfan tetap dalam kenangan Qaseh. Ya Allah terima kasih atas kebahagiaan yang telah kau berikan padaku.

Percayalah bila Allah mengambil sesuatu daripada kita, dia akan mengantikan yang lebih baik. Redha dan berserah dengan takdir Allah. Ku pulangkan rindu ini pada Mu Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience