Suasana sunyi di dalam biliknya membuatkan Khairul terjaga daripada tidur.
Perlahan-lahan dia berpaling ke tepi untuk mencari jam tangannya.
Tetapi apabila terfikir yang dia perlu mandi,Khairul membatalkan niatnya lalu melangkah turun dari katil.
Matanya mencari kelibat Qaireena.
Hilang.
"Dia dah balik ke?.."
Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 pagi.
Mungkin Qaireena dah balik ke rumah untuk bersiap?
Tapi bukan dia tengah demam ke?..
Wajah Khairul mula kelihatan gelisah tanpa disedari.
Fikirnya nanti,jika dia terserempak dengan Qaireena di sekolah,dia akan menyuruh Qaireena pulang ke rumah semula.
Khairul melangkah turun lalu menuju ke arah ruang tamu apabila dia sudah bersiap.
Jam tangannya disarungkan pada pergelangan tangannya sambil dia berpaling ke arah meja makan.
Bekal makanan yang berada di atas meja dan nasi goreng yang dihidangkan di atas pinggan membuatkan dia tersenyum lebar.
6:49 A.M..
Pintu rumah Qaireena diketuk buat kali ketiga.
Apabila tiada yang menjawab,Qairin mula mengurut dahi.
Every single time.
Kenapa dia asyik lambat ni?
Kejap.Entah-entah dia tak ada pun dalam ni..
"Awak pasti ke dia kata dia dah ada dekat rumah semalam?"
Asyiqa yang masih sibuk memandang kolam renang milik Qaireena di sebalik pintu kaca itu tersentak lalu dengan pantas mengangguk.
Memang itu yang dikata oleh Qaireena semalam.
Tak mungkin dia silap dengar.
"Tapi kenapa dia tak jawab?.."
Asyiqa berjongket bahu manakala Qairin pula sudah mendengus menahan geram.
Beg galasnya dicampak ke tepi sebelum dia memanjat dinding rumah itu yang berada berdekatan dengan balkoni bilik Qaireena.
Asyiqa yang melihat sudah membeliakkan mata.
"Qairin..!Apa awak buat-"
Melihat Qairin yang lincah bergerak,Asyiqa hanya mampu melihat.
Perasaannya mengatakan yang Qairin selalu melakukan perkara sebegini setiap pagi jika kakaknya tidak membuka pintu rumah.
Pandangannya beralih ke arah kolam renang itu semula.Pintu kaca yang berada di depannya,perlahan-lahan ditolak.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam,mulutnya terlopong.
"Cantiknya.."
"I know."
"AAAAHH!!"
Qaireena dengan pantas memegang lengan Asyiqa sebelum Asyiqa sempat jatuh ke dalam kolam.
Keluhan berat dilepaskan.
"What are you doing in here?"
"I should be the one asking that!"potong Qairin yang berada di belakang Qaireena secara tiba-tiba.
Qaireena hanya mengerlingkan matanya sebelum berpaling ke arah Qairin yang sudah siap memakai seragam sekolah.
"Pergi lah dulu sekolah..Aku ada kerja nak kena buat.."
"Kerja apa?"soal Asyiqa dalam nada teruja.
Qaireena yang mendengar nada suara Asyiqa yang sedikit berlainan,berjongket kening.
"Pasal Khairul..There's more to it than meet the eyes."jawab Qaireena pendek sambil menunjuk kertas-kertas di tangannya.
"You can go ahead first."
Qaireena mengusap kepala Qairin berkali-kali sehingga rambut adiknya menjadi serabai.
"Aish!Rambut aku!"
Qairin melangkah keluar daripada bilik kolam renang itu sambil membetulkan rambutnya.
"Ini semua kau beli guna duit kau?"
"Well,yeh..Except the house..Rumah ni mak aku bagi lepas aku dapat PhD...And I design it myself.."
"Kolam renang,ni?"
"Yeh..My money."
Asyiqa terlopong dengan mata yang bersinar-sinar.
Patut lah ibunya selalu menyuruhnya belajar dan belajar dan belajar dan belajar.
Kalau macam ni,aku pun rasa macam nak belajar sungguh-sungguh..
Rumah besar ni..Dia punya seorang.
Sheeshhhh...
"Ma-Macam mana kau boleh berjaya sampai- sampai macam ni sekali?"soal Asyiqa dalam nada teruja sambil melayangkan tangannya,atas dan bawah berkali-kali.
"Study."
Asyiqa mengangguk laju tanda faham.
Cuma perlu study?Damn..
Betul lah mama cakap..Jadi pelajar ni tak susah pun..Cuma perlu belajar je!
"But it's not worth it."
"What?"
Qaireena menggosok belakang lehernya yang berlapik dengan tudung.
Pandangannnya beralih ke arah kolam renangnya dengan pandangan sayu.
"I sacrifice my childhood for all of this."
Asyiqa terdiam buat seketika.
Baru sahaja dia hendak bersuara,Qaireena dengan laju memotong percakapannya.
"Tengok TV pun tak boleh..Usually if I have some spare time,I will study music.Sebab mak aku nak aku 'perfect in everything'..Aku tak pernah kena marah dengan cikgu dulu.And I never did any mistake at school either.."
Pandangan Qaireena beralih ke arah Asyiqa semula.
Kepala Asyiqa diusap dengan laju seperti yang dilakukan kepada Qairin tadi.
"So,what I'm trying to say is..Don't push yourself too much just because you want to be like me..Rich and good at everything.Mungkin sekarang kau dah tahu kan kenapa aku suka ponteng kelas?"soal Qaireena sambil tersengih sebelum berlalu pergi.
'Sebab dia tak pernah ponteng kelas waktu kecil..Jadi dia nak rasa pengalaman tu sekarang,bila dia dah bebas..'
Ayat yang terbit di fikiran Asyiqa sambil dia berjalan seiringan dengan Qairin.
"Tiba-tiba...Saya rasa kesian pula dekat Qaireena."
"Who wouldn't?She overwork herself too much.Kalau bukan sebab mak saya palsukan pasal pinangan tu,memang tak lah dia akan keluar dari 'zon kerja' dia."jawab Qairin sambil mengunyah coklat yang dihulur oleh Asyiqa.
Asyiqa berjongket kening buat seketika.
"Kejap..Palsukan?"
"Oh,erm..."
Melihat pandangan Asyiqa,Qairin perlahan-lahan melepaskan keluhan berat sambil dia menepuk dahi.
Mulut aku ni cakap lepas betul lah...
"Hey.Are you there?"
Lebih kurang semua guru di situ memandang ke arah Hasyira dengan pandangan musykil.
Hasyira yang terperasan akan semua mata yang memandangnya,dengan pantas mengalihkan pandangannya ke arah laptop semula.
"Yes,I found out about something other than that.And I think it's important..Take a look at this."
Syazwan perlahan-lahan berpaling ke arah Khairul yang kelihatan seperti sedang angau.
Kemudian ke arah Hasyira yang kelihatan seperti seorang 'hacker' yang sedang sibuk membuat kerja.
Bulu romanya meremang buat seketika.
"Yes..I think It's pretty legit.Yeh.Pretty much that's the answer.You've got all the thing you want?What?Why,are you sick?I see...Smart move there.Tak sia-sia aku ajar kau."
Senyuman senget terukir di bibir Hasyira sambil dia menutup laptopnya.
Tangannya menukarkan posisi telefonnya ke arah telinga kanannya pula.
"Yeh..Don't push yourself too much..Mn?Your welcome..Mn."
Hasyira menamatkan panggilannya dengan riak wajah puas.
Sebaik sahaja Hasyira mengangkat wajahnya semula,pandangan cikgu-cikgu lain yang masih melekat padanya membuatkan dia berjongket kening.
"What?Tak pernah tengok aku serius ke?"
"No,actually.Kau biasanya sengih memanjang."jawab Aina,rakan sekerjanya dengan riak wajah kosong.
"Really?I'm always serious when I 'do' my husband though-"
"Too much information,please shut up."potong Aina sambil tangannya masih menanda buku latihan pelajar-pelajarnya yang sudah bertimbun.
Hasyira ketawa terkekeh-kekeh.
"Kau dengan Harith macam mana?Is everything good?"
Aina mengangguk perlahan lalu matanya perlahan-lahan beralih ke arah meja Harith yang berada tidak jauh dari mejanya.
Wajah Harith yang kelihatan tenang menulis sesuatu di dalam buku nota itu membuatkan Aina tersenyum senget buat seketika.
"Owhh~ Apakah ini..?Kenapa anda tersenyum lebar melihat seseorang?"soal Hasyira dalam nada mengusik sambil menyandarkan kepalanya ke arah Aina.
"Kerana seseorang itu adalah suami saya dan dia kelihatan sangat comel hari ini,jadi boleh tak anda diam?"jawab Aina pula lalu kepala Hasyira ditolak ke tepi dengan kasar.
Bunyi muzik pendek yang menandakan ada pesanan daripada pihak sekolah secara tiba-tiba berbunyi.Dengan sekelip mata,semua guru yang berada di dalam bilik guru berhenti bercakap.
'Pengumuman untuk para cikgu SMK Sri Permata..Khairul Sufian diminta agar pergi ke bilik GB.'
Suara pesanan itu berbunyi buat kali kedua sebelum ia berhenti dan diganti dengan bisikan para-para guru.
Syazwan memandang ke arah Khairul dengan riak wajah risau.
"Khairul..Awak nak saya pergi dengan awak..?"
"Merepek kerepek apa awak ni..Haish dah,lah..Tolong gantikan kelas saya kalau awak tak ada kelas."pesan Khairul sebelum berlalu pergi.
Syazwan menongkat dagunya buat seketika.
Tidak lama kemudian,keluhan berat dilepaskan.
"Saya ingat kes ni dah selesai?.."soal Harith dalam nada perlahan.
Riak wajahnya juga kelihatan risau.
"Belum lagi..Saya rasa kalau lama-lama macam ni..Mesti Khairul kena berhenti kerja.."
Wajah Syazwan berubah pucat apabila dia menyatakan ayat 'berhenti kerja'.
Siapa yang dia nak kacau lepas ni?
Aku dah berjanji akan ikut dia kemana-mana saja dia pergi.
Maksudnya kalau dia berhenti jadi cikgu,aku pun akan buat benda yang sama.
Urgh!!
"Saya nak pergi 'stalk' dia sekejap lah!"
"Nak ikut."
Syazwan terjerit kecil apabila Hasyira tiba-tiba berada di sebelahnya dengan riak wajah saspen sambil menggalas begnya yang berwarna hitam.
"Count me in."Harith bersuara perlahan sambil menutup buku notanya.
Pen di tangannya di simpan ke dalam kotak pensel dengan laju.
"Aina taknak ikut?"soal Hasyira dalam nada mengusik apabila terpandang wajah Aina yang kelihatan seperti memahukan sesuatu.
Di mana ada Harith,di situ ada Aina.
Mesti lah dia akan ikut sekali.
Sebaik sahaja Aina mengangguk,Hasyira membuat thumbs up ke arah Harith.
Harith hanya menggeleng kepala sebelum melangkah keluar daripada bilik guru itu terlebih dahulu.
"Macam apa yang saya cakap lah..Dia tak layak jadi cikgu!"
Puan Farisa hanya mengurut dahi.
Penat sebenarnya mahu melayan.
Sudah lah esok hari jadi suaminya.
Dia sepatutnya memikirkan hadiah untuk suaminya..Dia tiada masa untuk memikirkan perkara yang tidak ada kena mengena dengannya.
"Anak saya boleh meninggal dunia disebabkan dia!"
"Erm..Tapi..Dia mana lah tahu anak puan ada 'heart attack'..Apa kata puan-"
"Oh.So if my daughter died,it's okay because he didn't know my daughter have a heart attack?"
Khairul memandang pelajar yang bernama Syarifah itu.
Sudah sihat wal afiat nampaknya.
Alhamdulillah.
"Saya tak kira.Saya nak dia berhenti kerja.Kalau tak saya runtuhkan sekolah ni."
"What..?"
Khairul dengan pantas menutup mulutnya apabila wanita di hadapannya itu berpaling ke arahnya.
"Ini tak ada kena mengena dengan sekolah ni..Perlu ke sampai macam tu sekali?"
"Then how about you make it easier for me and stop working as a teacher?When I said I will do something,I will do something."
Khairul terdiam seketika.
Wajahnya sudah kelihatan seperti ingin menangis.
Air matanya yang mula bertakung di kelopak mata membuatkan dia menundukkan wajahnya.
"Okey..Saya..berhenti kerja.."bisik Khairul perlahan.
Di dalam hati,dia masih cuba menenangkan diri.
Sejujurnya dia masih kekal di sekolah itu cuma sebab dia mahu menunggu Qaireena.
Lagipun dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Qaireena semula di sekolah..
Memandangkan..Mereka sudah berjumpa..
'It's fine..'
Share this novel