BAB 49

Romance Completed 4178

Datin Qairiyla membuat riak wajah kesian bercampur dengan pelik.
"So..Kau nak melamar dia..But,kau takut?"
Qaireena perlahan-lahan mengangguk.

"And you finally got the courage after a little talk with yourself and want to propose to him today."
Qaireena mengangguk buat kali ke dua.
Datin Qairiyla juga ikut mengangguk lalu 'cool-fever' di tangannya di tampalkan ke atas dahi Qaireena.

"Not today,comrade."
Datin Qairiyla menepuk bahu Qaireena apabila anak perempuannya itu sudah terbatuk berkali-kali.

"Haih..Semua orang dah nak kahwin."
"Semua..orang?"soal Qaireena yang akhirnya bersuara.Suaranya kedengaran serak yang amat.
Jarang dia demam,sudah berapa tahun dia tidak jatuh sakit..Kenapa hari ni dia tiba-tiba demam pula?

"Khairi dah nak kahwin."
"APA?!Kh-Khairi?Dengan siapa?"
"Entah lah..He already tell me and she even meet me face to face..Berani betul.And she's veeeery pretty.Like,very pretty.Dengar cerita,itu kakak Asyiqa?Kawan Qairin,tu."
Mendengar penjelasan ibunya,wajah Qaireena mula berona merah menahan marah.
Aku dah agak dia akan rampas Khairi!
Sebab tu lah Khairi tak balik-balik walaupun dah seminggu!
Tak guna!Aku tak sepatutnya hantar Khairi dekat rumah tu-

"Qairin dengan Asyiqa pun macam..makin rapat.Diorang jaga jarak,that's good.But.."
Riak wajah Datin Qairiyla perlahan-lahan bertukar keruh.Dia sendiri pun masih ada perasaan risau jauh di lubuk hati.

"Whatever.."
Qaireena hanya memandang kelibat ibunya yang sudah beredar daripada biliknya.
Kepalanya yang berasa pening disengetkan ke tepi dengan riak wajah kecewa.

"Apa agaknya Khairul tengah buat sekarang.."

"Qairin?"
Qairin tersedar daripada lamunannya.
Wajah Asyiqa yang berada dekat dengannya hampir membuatkan dia terjatuh daripada kerusi.

"Apa?"
"Tak ada apa.Awak rindu kakak awak?"
"Of course!"jerit Qairin secara tiba-tiba.
Asyiqa perlahan-lahan mengangguk faham.
Qaireena dah jarang masuk kelas.
Dia masuk,lepastu dia keluar.
Macam sekolah ni rumah dia pula.
Hari ni dia tak datang sekolah langsung..

Qairin menyembam wajahnya di atas meja.
Pergi rumah Qaireena,Qaireena tak ada.
Balik rumah mama,pun tak ada.
Dia pergi mana?!

"By the way..Earlier..Kenapa awak tak masuk kelas?"
"Saya kemas barang dalam stor sukan.."
Dahi Asyiqa berkerut seketika.
Pandangannya dibuang ke arah luar tingkap kelas.
Mereka harus bertugas menjaga kelas sementara yang lain berada di perhimpunan sedang mendengar taklimat.
Pintu kelas 5 Sains Tulen itu dengan pantas ditutup dari depan hingga belakang.
Tingkap kelas itu juga ditutup rapat.

Lengan Qairin ditarik hingga ke penjuru dinding.
"Wh-"
"Shhhhh.."

Qairin menutup mulutnya dengan riak wajah terpinga-pinga.
"Waktu awak pergi kemas barang dalam stor sukan..Something happen."
Melihat riak wajah Asyiqa yang kelihatan terlalu serius,Qairin menelan air liur tanpa disedari.

"Apa jadi?"
"Awak tahu lah kan..Cikgu Khairul tu macam mana..Panas baran memanjang.Jadi tadi,uhh..Awak ingat tak budak perempuan nama Maisara tu?"
Dahi Qairin berkerut.
Cuba mengingati perempuan yang bernama Maisara.5 minit dia berfikir,nama yang terbit di dalam fikirannya cuma nama Qaireena dan Asyiqa.

"Awak pernah pinjamkan payung awak dekat dia."
Tidak lama kemudian,baru lah Qairin teringat.
Oh..Perempuan nama Maisara tu..Dia pernah kena buli rasanya.
Agaknya dia kena buli lagi ke?..
Eh,kejap.

"Macam mana awak tahu saya pernah bagi dia payung?"
"Let's just say my eyes are always following you."
Bulu roma Qairin meremang buat seketika tetapi dalam masa yang sama,pipinya sudah berasa panas.Pandangannya cuba dialihkan ke tepi akibat tubuh Asyiqa yang terlebih rapat dengannya.

"Jadi?Apa kena mengena?"
"Tadi,uhh..You know she get bullied a lot.And..Cikgu Khairul pergi lah bercakap dengan perempuan yang buli dia tu because it gets out of control."
"Oh..Bagus lah tu!"
"IT'S NOT!"
Melihat tubuh Qairin yang terperanjat,Asyiqa menekup mulutnya lalu membisik 'sorry' berkali-kali di telinganya.
Lupa pula Qairin tidak boleh mendengar suara orang menjerit.

"It's fine..Kenapa?What do you mean by 'It's not'?."
Asyiqa menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.Kepalanya berpaling ke belakang sebelum dia perlahan-lahan berbisik ke arah telinga Qairin.

"Perempuan tu pengsan."
"Eh?"
"Lepastu semua orang salahkan cikgu Khairul!"
Qairin sudah terlopong.
Tak..Macam tak logik je?Kenapa pula diorang nak salahkan cikgu Khairul kalau dah terang lagi bersuluh pembuli tu yang bersalah.

"Cikgu Khairul ada pukul dia ke?"
Asyiqa menggeleng kepala dengan laju.
Setakat ni cikgu Khairul tak pernah lagi pukul anak murid guna tangan dia..Dia cuma tinggikan suara je.

"Jadi kenapa pula cikgu Khairul yang salah?"
Asyiqa menuding jari ke arahnya sebaik sahaja dia selesai bertanya.

"Dia macam awak..Tak boleh dengar orang menjerit..and..she have a..heart attack."
Qairin sekali lagi terlopong.
Matanya semakin membulat.

"Tadi awak cakap..pembuli tu perempuan?"
"Yes."
"Oof...Patut lah.."bisik Qairin perlahan.
Sebab perempuan kan makhluk yang 'fragile' jadi semua orang salahkan cikgu Khairul sebab sakitkan perempuan..
Apekah.
Kalau kakak tahu apa yang dia akan buat agaknya?Dia buat tak kisah?Tak..Tak mungkin lah..

"Bukan tamat dekat situ lagi..."
"What?Ada lagi?"soal Qairin dalam nada tidak percaya.Asyiqa hanya mengangguk sambil cuba menenangkan diri.

"Uhh..Mak kepada pelajar tu..nak cikgu Khairul letak jawatan..But..Well,you know..He doesn't want to and..Uhh.."
Melihat wajah Asyiqa yang semakin menjadi pucat,Qairin perlahan-lahan menggosok kepalanya dengan riak wajah risau.

"Tapi..Tapi dia panas baran..dingin,jadi cikgu-cikgu dekat sekolah ni pun tak kisah kalau dia keluar daripada sekolah ni..Pelajar-pelajar lain pun macam 'happy' sebab..sebab.."
Qairin menarik sapu tangan di dalam poketnya lalu air mata Asyiqa yang hampir terjatuh dari tubir mata itu di gosok perlahan.

"..sebab mana ada orang rapat dengan cikgu Khairul dekat dalam sekolah ni.."
"Cikgu Syazwan?Cikgu Syazwan macam mana?"
"Dia seorang je mana boleh buat apa.."
Qairin sekali lagi menggosok pipi Asyiqa menggunakan sapu tangannya dengan riak wajah sayu.
Memang cikgu Khairul garang..
Dia selalu bagi kerja rumah banyak..
Tapi cara dia mengajar senang nak faham.
Tapi mana ada orang nak tengok bahagian tu..
Diorang cuma tengok bahagian yang teruk.

"Selagi cikgu Khairul tak letak jawatan,mak kepada pelajar tu taknak pergi..Dia datang tiap-tiap hari..She's so annoying,I want to cut her tongue and feed it to my snakeeee.."
Air mata Asyiqa semakin mengalir laju.
Qairin sudah tidak tahu mahu membuat apa.
Tubuh Asyiqa dipeluk erat.
Tak sangka pula Asyiqa sayangkan cikgu Khairul sampai macam tu sekali..
Tak silap aku,selama ni pun cuma dia je pelajar yang selalu bercakap dengan cikgu Khairul.
Lepastu Qaireena,aku..Qaireena,aku dengan Asyiqa..Campur dengan cikgu Syazwan..Jadi empat orang..Empat orang je?
Oof..That is so sad.

"Mak kepada pelajar tu pun kaya..Urgh!Syarikat dia lagi maju daripada syarikat keluarga saya!Kalau lah saya boleh musnahkan syarikat dia tu..Dah lama saya-"
Qairin dan Asyiqa saling berpandangan buat seketika.Kedua-duanya mula membuntangkan mata apabila tersedar akan sesuatu.

"Kakak awak..Kakak awak boleh buat benda macam tu kan?Suruh lah kakak awak tolong!"
"Eh- Tapi kakak saya tak suka libatkan diri dia dengan benda yang menyusahkan dia.."
Riak wajah Asyiqa automatik berubah keruh.
Wajahnya ditekup dengan laju lalu dia perlahan-lahan melangkah ke arah meja tulisnya semula.

"Tapi nanti..Saya cuba tanya dia."
"Serius?!"
Qairin mengangguk perlahan dengan senyuman di bibir.
Tak tahu lah sama ada Qaireena nak layan atau tidak.Pulak tu,mama cakap dia tengah sakit..Lagi lah dia malas layan.Tak apa lah..cuba je lah tanya dulu..
Kalau dia taknak tolong,then let nature take its course.


Khairul menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.Rasa seperti nafasnya tersekat pada kerongkong setiap kali dia cuba bernafas di depan orang.
Telinganya pun sudah hampir pekak mendengar perempuan yang dari tadi lagi menjerit perkara yang sama.
Kenapa dia tak faham yang anak dia tu buli orang..Should I just let her continue bullying others?Apa gunanya aku jadi cikgu kalau tak boleh tolong pelajar kena buli?
'Qaireena..tak datang hari ni..'

Khairul tersenyum senget sambil tergelak kecil.
Dia takut sangat ke sampai taknak datang sekolah?Sekurang-kurangnya dengar lah jawapan aku dulu..
"Why are you smiling?!"

Khairul tersentak daripada lamunan indahnya.
Wajah wanita yang kelihatan seperti masih di dalam 35-an itu ditatap dengan pandangan kekok.
"N..Nothing.."

"Look!I just said you're not suited to be a teacher and you're smiling?!You're not taking this matter seriously,huh?!"
Khairul mengetap bibirnya.
Tidak tahu mahu berkata apa sebenarnya..
'Saya marah anak puan sebab dia buli pelajar lain?'
Tapi dia juga ada bahagian yang bersalah dalam hal ini.Kalau lah dia tidak meninggikan suara tadi..Tapi mana ada orang marah dengan suara lembut!Kalau ada pun,then it's not me!

Hampir 30 minit dia berdiri di tempat yang sama sambil menadah telinganya untuk mendengar cacian daripada wanita yang memakai mekap tebal itu.Ehem-
Sebaik sahaja wanita itu berlalu pergi,baru lah dia boleh menghembus nafas lega.
Puan Farisa yang memandang ke arahnya sambil menongkat pipi membuatkan dia menekup mulutnya dengan laju.
Lupa pula dia di dalam bilik pengetua.

"Puan Farisa..Uhh..Thank you for helping me earlier-"
"Your welcome.Are you going to keep listening to her nonsense talk everyday?"
Khairul terdiam buat seketika.
Baru sahaja dia hendak mengangguk,Puan Farisa sudah menepuk tangannya ke atas permukaan meja.

"Itu awak!Saya dah tak tahan!You need to do something."
"I don't want to quit my job."
"Saya tak suruh pun awak berhenti kerja."
Khairul tersengih sesaat.
Wajah Puan Farisa dipandang dengan riak wajah sayu.

"Then what should I do..That's the 4th time she came today."
"I don't know..Don't you have any idea yourself?"
"There's no such thing as how to handle a toxic parent at school in books that I read.At least not yet."
"Me neither."
Kedua-duanya melepaskan keluhan berat serentak.
Puan Farisa menarik laci mejanya lalu mula mengeluarkan kertas dan pensel.
Khairul yang melihat hanya mengukirkan senyuman senget.
Puan Farisa kalau stress memang melukis lah jawapan dia..

"Your temper..You need to at least control it."
Khairul tersentak.
Riak wajahnya berubah sebelum dia perlahan-lahan mengangguk.
Sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada bilik itu,Khairul menekup mukanya lalu bibirnya diketap.
What..So you're blaming me too now?!
Sebab aku panas baran jadi ini semua salah aku?
I didn't even-

Bunyi hujan yang menitik di atas bumbung sekolah membuatkan dia tenang buat seketika.
"Cikgu!"

Khairul berpaling ke arah Asyiqa yang berlari ke arahnya dengan riak wajah risau.
"How was it?Is everything okay?"

"Everything's fine.Why?You wish It would not be fine?"
Asyiqa menggeleng kepala dengan laju.
Buku latihan di tangan Khairul di ambil tanpa disuruh.

"I would never even think of that.."
Melihat senyuman Khairul yang mula terukir,mata Asyiqa mula berkaca semula.
Urgh..Kenapa muka cikgu Khairul nampak sayu betul bila dia senyum?!
Air mata..Jangan jatuh!You need to be cool.I need to be cool.Everything about us need to be cool.
Asyiqa menggigit bibir bawahnya lalu dahinya mula berkerut menahan tangisan.

"Asyiqa dengan Qairin macam mana?"
"Oh..We are okay now..Though I wish I could do more things with him..I mean-"
"Aaa..What did I say about patience?"
Asyiqa tergelak kecil apabila Khairul sudah mula bercekak pinggang.
Buku-buku latihan di tangannya di peluk sambil dia berjalan menuruni tangga diikuti dengan Khairul dari belakang.

"What about you?Is everything okay?Cikgu Syazwan mana?Saya tak nampak pun dia hari ni?"
"Dia tolong ganti waktu saya..I bet all the student are glad that I'm not there."
Asyiqa berdecit di dalam hati.
Arh..kenapa lah aku tanya..Aku cuba nak gembirakan dia tapi akhir sekali dia sedih balik!

"Don't say that...I..I..I'm not glad at all."
Kasut Asyiqa yang bergema apabila berpijak di atas lantai itu membuatkan Asyiqa mula berasa marah.

"Kalau lah cikgu tak panas baran sangat..Mesti semua ni takkan jadi."
Khairul tersentak.
Wajah Asyiqa yang kelihatan kosong itu dipandang lama.
Dahinya berkerut sesaat sambil dia berjalan mengikut rentak kasut Asyiqa.

"Asyiqa.Saya nak pergi dekat tempat rehat saya kejap.I can do it on my own from here."
"Eh,what..Are you sure?"
Khairul mengangguk laju lalu merebut buku latihan di tangan Asyiqa.
Belum sempat Asyiqa bersuara,Khairul sudah melangkah pergi dengan pantas.

Asyiqa tergagam buat seketika.
Mulutnya ditekup apabila dia tersedar yang dia sudah tersalah cakap.
"Ah,tak..Alamak..Kenapa aku salahkan cikgu Khairul pula ni?"

Wajahnya serta merta berubah pucat.
Air matanya mula bertakung di tubir mata apabila dia berpatah balik sambil menjerit,
"Qairinnnnnn!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience