Qairin memandang ke arah Khairul dengan riak wajah teruja.
Kawan akak datang lagi hari ni..
Kakak nampak macam gembira.
"Nama abang,apa?"
"Khairul-"
"Jangan kacau dia buat kerja lah."potong Qaireena dengan pandangan tajam.
Qairin perlahan-lahan mengangguk lalu menggoyangkan kakinya yang tergantung akibat katil itu yang agak tinggi.
"Bukan aku dah ajar ke tadi soalan ni?enam 'x' tambah enam 'y' sama dengan?"
Khairul terdiam seketika lalu mula mengira menggunakan jarinya.
"Dua belas 'z'?"
"Mana datang 'z'?"
"Uhm..Sebab..Lepas x,y,z..?"
Qaireena meraup mukanya.
Pipi Khairul dipicit lalu diangkat agar menghadap ke arahnya.
"That's not how it works."
"Enam 'x' tambah enam 'y' sama dengan dua belas 'xy'.Faham?!"
Khairul perlahan-lahan mengangguk lalu kepala Qaireena diusap.
Qaireena serta merta terdiam.
"Kenapa panas baran sangat hari ni?"
"I'm not!Kau tak tumpukan perhatian!Siapa je tak marah?!"soal Qaireena dengan riak wajahnya yang kelihatan bengis.
Khairul berpeluk tubuh.Tidak lama kemudian senyuman mengusik terukir di bibirnya.
Payung di tepinya diambil.
"Tadi saya balik dengan Syafira..Lepastu ada benda 'exciting' jadi."
Qaireena berjongket kening.
Buku latihan matematik Khairul yang diperiksanya tadi perlahan-lahan ditolak ke tepi.
"What..do you mean?"soal Qaireena.
Riak wajahnya bertukar 360 darjah.
Kening Khairul terangkat buat seketika.
"Tadi..waktu kitorang jalan dekat satu selekoh ni..Ada kereta besar lalu,lepastu lopak air yang kena pijak dengan tayar kereta tu merecik dekat saya..Tapi Syafira halang..Jadi dia yang basah..So sweet.."
PRAKK!
Khairul tersentak apabila terdengar bunyi sesuatu yang patah.
Pandangannya melilau buat seketika lalu terhenti pada pensel mekanikal pada tangan Qaireena yang digenggam erat.
Khairul menutup mulutnya yang hampir terlopong.
OMG..Betul lah dia cemburu..Aku ingatkan itu cuma imaginasi aku je..
"SO?"
"Eh?"
"SO,WHAT?APA MOTIF KAU CERITA BENDA NI DEKAT AKU?"
Qairin sudah menyorok di dalam selimut dengan wajahnya yang kelihatan teruja.
Khairul ke belakang seketika apabila meja di hadapannya ditolak ke tepi oleh Qaireena.
"KAU INGAT AKU NAK TAHU SANGAT KE?!"
"T..Tak..Saya saja je nak cerita sebab saya bosan..Kenapa awak marah sangat ni..?"
"MANA ADA AKU MARAH."
Khairul mengangkat keningnya sambil pandangannya dialihkan ke tepi.
Perempuan semua dusta belaka..
Dah marah tu,cakap je lah marah..Tak payah lah menipu apa semua..Orang tak layan,nanti merajuk..Arh.
"Abang!Menyorok!"
Khairul terjerit kecil apabila ada selimut yang mengelubunginya dari belakang.
Tubuhnya yang di tarik ke arah katil membuatkan Khairul mendarat di atas tilam katil itu secara tidak sengaja.
"QAIRIN.What are you doing?!"
"Hehehehe!Takut,lah ada raksasa!"jerit Qairin lalu memeluk erat pinggang Khairul lalu wajahnya dibenamkan ke arah dada lelaki itu.
"Hahahaha!!Qairin!Geli,lah!"jerit Khairul yang mula meronta sambil cuba menolak tubuh Qairin ke tepi.
"I don't want to play with you right now,Qairin!"
Selimut di atas katil yang mengelubungi Qairin dan Khairul ditarik kasar menggunakan sebelah tangannya.Keningnya berjongket buat seketika.
"Qairin,cukup..Hahahahahahah!!Geli,Qairin!Geli!"
Qairin masih lagi sibuk menggeletek pinggang Khairul yang agak kelihatan akibat bajunya yang terangkat.
"QAIRIN!"
Qairin memandang wajah Qaireena sekilas lalu memeluk tubuh Khairul semula.
"Wekk!Qairin ada kawan!Akak,tak ada!"
Qaireena menggempal penumbuknya.
Pensel mekanikalnya yang sudah terpatah dua di campak ke tepi sebelum dia melompat ke atas katil.
"Qairin,that's enough!Go back to your room!"
"Yeayy!Akak pun nak main!!"jerit Qairin lalu memeluk tubuh Qaireena sehingga perempuan itu terbaring.
Qaireena menolak tubuh Qairin ke tepi menggunakan kakinya.
Dahinya berkerut menahan marah.
"QAI-"
"Qaireena.."
Qaireena berpaling ke arah Khairul yang memandang ke arahnya dengan pandangan sayu.
"How about we take a break first?Awak nampak macam nak meletup.."
Wajah Qaireena mula berubah merah menahan marah.Baru sahaja dia hendak bersuara,patung lembut yang berbentuk zirafah itu dibalingkan ke arah mukanya.
Qairin membuat muka terkejut.
Khairul juga membuat muka terkejut.
"Alamak..Terbaling lah..Sowwy~"
"KHAIRUL SUFIAN!!"
Qaireena mengambil bantal di tepinya lalu dibalingkan ke arah wajah Khairul.
Mujur Khairul sempat mengelak.
Cermin matanya diletakkan di atas meja,lalu bantal di sebelahnya di ambil.
"Jom,Qairin!Lawan raksasa!"bisik Khairul perlahan di telinga Qairin.
Qairin yang mendengar mula mengambil bantal di sebelahnya lalu dihempuk ke arah Qaireena.
"That's it!I'm done with you!"jerit Qaireena.
Bantal di sebelahnya di ambil lalu di hempuk berkali-kali di atas kepala Khairul tanpa belas kasihan.
"Ahk!Tolong,Qairin~ Abang dah nak mati!"
"Aaa!Qairin,tolong!"jerit Qairin lalu menghempuk bantal di tangannya pada punggung Qaireena.
"QAIRIN!!!!"
Syafeez tersenyum seketika apabila terpandang wajah Qaireena yang kelihatan 'hidup' dari celahan pintu yang sedikit terbuka.
'Syafeez?Where are you?'
Syafeez menutup pintu bilik di hadapannya perlahan-lahan.Diorang nampak macam tengah gembira..Tak perlu lah ganggu kot..
"Ah..There you are."
"Ya?Awak nak apa?"
"Dah makan ubat hari ni?"
Syafeez menyatukan kedua-dua jari telunjuknya buat seketika.
"Kalau taknak makan tak boleh ke?.."
Dahi Qairiyla berkerut.
Baru sahaja dia mahu bersuara,suara orang menjerit yang kedengaran perlahan di telinganya membuatkan dahinya berkerut.
"Is there someone screaming in th-"
"Ah..On second thought..Fine..Saya makan..Cepat lah."
Syafeez bersuara dengan pantas lalu badannya di sandarkan pada tubuh Qairiyla.
Qairiyla membuat riak wajah curiga.
"Are you hiding something?"
"No,of course not.."
"Tolong lah..Awak ingat saya tak boleh tahu ke kalau awak meni-"
Bibirnya yang tiba-tiba dipagut menghentikan percakapannya buat seketika.
Wajah Qairiyla mula menjadi panas.
"Wh..What are you doing-"
"Mana ubatnya..Kata tadi nak suruh saya makan ubat?"
Qairiyla mengetap bibir.
Keluhan berat dilepaskan sebelum tubuh Syafeez dicepung dengan riak wajah tidak puas hati.
"You keep tempting me this past few days it's not funny you know.."
"It is since you can't touch me.."jawab Syafeez sambil matanya masih memandang ke arah pintu bilik Qaireena.
Hembusan nafas lega dilepaskan tetapi kedengaran seperti dia sedang ketawa.
"What are you laughing at?"
"Am I that tempting?.."
Qairiyla mendengus geram sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.
Sebaik sahaja pintu bilik ditutup,Syafeez tersenyum lebar.
Biar lah diorang berseronok buat seketika..
"Hahh..Hahh.."
Qaireena berbaring di atas katil dengan wajahnya yang sudah kepenatan.
"Tidur dah dia.."bisik Khairul perlahan lalu tubuh Qairin diselimutkan.
Qaireena memandang siling biliknya dengan pandangan kosong.
"Kau suka dia ke?"
Khairul berjongket kening sambil dia menongkatkan kepalanya agar dapat melihat wajah Qaireena.
"Siapa?"
"Perempuan yang kau kata 'sweet' tadi tu.."
Khairul tergelak kecil lalu menggeleng kepala.
Bantal di tepinya di hempaskan ke atas muka Qaireena lalu ditekan.
"I'm just kidding..Awak cemburu ke?"
Qaireena mendiamkan diri.Tidak menjawab.Bantal di atas mukanya ditolak ke tepi.
Khairul perlahan-lahan menutup matanya apabila dia mula berasa mengantuk.
Qaireena memandang ke arah siling biliknya selama setengah jam.
Dahinya berkerut.
"I guess I am jealous..?Because he's my only friend?.."bisik Qaireena perlahan dengan riak wajah pening.
Matanya perlahan-lahan ditutup sebelum dia juga lena dibuai mimpi.
5:30 P.M..
Qaireena terjaga daripada tidurnya dalam keadaan panik.
"Aku tertidur..?No,no,no...Macam mana boleh tertidur,aku sepatutnya ulang kaji-"
Bunyi dengkuran kecil membuatkan dia berpaling ke tepi dengan pantas.
Wajah Khairul yang masih tertidur nyenyak seperti seorang puteri itu dipandang lama.
Jam yang tergantung pada dinding di pandang sekilas sebelum matanya mula terbuntang.
"Dah pukul lima setengah?Kakak dia tak datang ambil ke?"
Qaireena dengan pantas berlari keluar daripada biliknya sambil membetulkan tudung dan cardigannya yang sudah serabai akibat cara tidurnya yang agak buas.
Bunyi hujan yang kedengaran jelas di luar membuatkan dia berpatah balik ke arah biliknya.
"Khairul?Khairul,bangun!"
Khairul menggeliat seketika dengan matanya yang masih tertutup.Bantal di sebelahnya di peluk erat lalu tubuhnya mula meringkuk.
"Nghh....Mnn..5 minit.."
"KHAI-"
Qaireena automatik terdiam apabila terpandang pinggang Khairul yang kelihatan putih melepak.
Keningnya berjongket.
Tangannya perlahan-lahan mencapai hujung baju Khairul lalu baju itu diangkat sambil dia menyengetkan kepalanya untuk memandang tubuh Khairul dengan lebih dekat.
Wow..Putihnya dia-
"Aish!Ya Allah..Apa benda kau,ni Qaireena..?!"jerit Qaireena dalam nada berbisik lalu serta merta menarik tangannya bagaikan terkena cerek panas.
Pipinya ditampar berkali-kali tanpa belas kasihan.
Kalau mama tahu ni..confirm kena rotan..
Kali terakhir dia rotan aku,lengan aku dah berdarah..
Bulu roma Qaireena meremang buat seketika.
Bunyi guruh menyentakkan lamunannya.
Wajah Khairul dipandang lama.
"So,sekarang ni..Budak ni apa cerita?"
Share this novel