Khairul perlahan-lahan membuka matanya.
Lehernya yang berasa sakit dipicit.
"Ngh...."
Pandangannya melilau ke sekeliling bilik itu.
"Mimpi ke tadi tu..?"
Khairul melangkah ke arah meja yang dipenuhi kertas dan buku latihan yang belum ditanda.
Laci meja itu ditarik.
"It's still here.."bisik Khairul perlahan.
Jaket Qaireena ditarik keluar daripada laci meja itu lalu ditekup pada wajahnya.
Senyuman redup terukir di bibirnya.
"Bau macam bunga.."bisik Khairul perlahan.
Tidak lama kemudian,dia menggeleng kepala.
Jam di pergelangannya dipandang sekilas.
Dia terlelap ke tadi?
"Dah pukul 2..Haih..Aku asyik tertidur je..Mesti gaji kena potong ni.."bisik Khairul perlahan lalu jaket dan payung itu dimasukkan ke dalam begnya.
Khairul terdiam buat seketika.
Serta merta mimpi yang tadinya dia lalui bermain di dalam kepalanya.
Tidak lama kemudian,pipinya mula berubah merah.
"Mimpi apa tadi tu?So embarassing.."bisik Khairul perlahan sambil menggalas begnya yang diisi dengan laptop dan buku nota.
Qaireena membuka pintu rumah di depannya dengan wajah panik.
"Mama!"
Dato' Syafeez yang sedang menonton televisyen tersentak.Jarang dia mendengar Qaireena menjerit jika di dalam rumahnya.
"What do you want?I told you not to scream when you're in MY house."
"Do you have any work left for me?"
"What the-"
Datin Qairiyla sudah menayangkan riak wajah terpinga-pinga.
Pelik bin Ajaib?Qaireena datang sendiri untuk meminta kerja lebih daripadanya?
"What?Are you short in money?"soal Datin Qairiyla lalu mencapai beg dompetnya.
"NO.I'M NOT.JUST GIVE ME YOUR WORK."
Dato' Syafeez sudah mengangkat kening dari belakang.
Datin Qairiyla hanya mampu berjongket bahu.
"Well..I do have a lot."
"Qaireena okey?Kenapa nampak macam panik je?"soal Dato' Syafeez dari belakang.
Datin Qairiyla memandang anak perempuannya itu dari atas hingga bawah.
Dahinya berkerut buat seketika.
"Did you do something bad?"
"I didn't."
"Dah tu?Kenapa tiba-tiba rajin semacam?"
Qaireena menekup muka.
Tangannya sudah berasa sejuk lain macam.
"Qaireena malas nak pergi sekolah esok..Apa salahnya buat kerja."
Datin Qairiyla berpeluk tubuh.
Riak wajahnya mendatar.
Tahu sangat lah dia jika Qaireena menipu.
Sama je macam Syafeez..
Garu pipi.
Dato' Syafeez masih lagi memerhati di antara mereka sambil mengunyah keropok lekor.
Susah betul lah jadi orang pendek ni..
Rasa macam aku sorang je paling kecil kat sini.
"Kenapa Qaireena taknak pergi sekolah esok?Qaireena ada buat mana-mana cikgu marah ke?"
Qaireena tersentak lalu wajah ayahnya di pandang dengan riak wajah terkejut.Tetapi dengan pantas berubah menjadi tenang.
"Ada lah jugak...Kekok lah pula nak pergi sekolah esok.."
"Lies."
Dahi Qaireena berkerut lalu pandangan tajam ibunya dibalas dengan pandangan meluat.
"I'm not!"
"Okey,okey..Jangan gaduh..Bincang elok-elok.."potong Dato' Syafeez yang sudah berada di antara Qaireena dan Datin Qairiyla.
Tepat sangkaannya.
Dia rasa kecil..
"Tell me the truth.Kenapa muka kau merah?Kau buat apa tadi?"soal Datin Qairiyla dalam nada separa menjerit.
Dato' Syafeez yang berada di depannya tersentak.
"Dah,aku panas!Memang lah muka aku jadi merah!"balas Qaireena pula dengan suara yang lebih kuat daripada ibunya.
"Jangan nak tipu lah!Sekarang ni hujan!Panas apa nya?!"
"I'm not lying!!"
Dato' Syafeez perlahan-lahan menolak tubuh isterinya kebelakang.
Nanti kalau dibiarkan bergaduh,sampai tumpah darah pula jadinya..
"Riyla..Cakap lah elok-elok sikit.."
"Awak tegur saya?!Awak sepatutnya tegur dia!"
Qaireena yang berada di depannya sudah menjelirkan lidah sepanjang yang mungkin.
"Eee!Awak tengok lah dia tu!Memang nak mati,betul!"
"Riyla."
Datin Qairiyla perlahan-lahan mengalihkan pandangannya sambil berpeluk tubuh.
Qaireena yang melihat sudah tersenyum puas.
Padan muka.
"Qaireena.Duduk."
Qaireena membuntangkan matanya.
Wait..Aku pun kena marah juga ke ni?
"DUDUK."
Qaireena dengan pantas melabuhkan punggung di atas sofa dengan gaya duduk yang paling sopan dan elegan.
Begitu juga dengan ibunya.
"Good.Sekarang boleh lah bincang elok-elok..Papa nak pergi buat air teh kejap..Tengah hujan ni best kalau minum air teh."
Dato' Syafeez bersuara dengan senyuman lebar sebelum melangkah ke dapur.
Meninggalkan Qaireena dan Datin Qairiyla di ruang tamu.Berdua-duaan.
Qaireena dan Datin Qairiyla serentak menunjukkan jari tengah dengan riak wajah meluat.
"Why did I even give birth to you?"
"I don't know..Because you are stupid,maybe?"
Kedua-duanya mula bertikam lidah sambil tangan masing-masing sudah mula menumbuk dan menampar,sementara Dato' Syafeez pula sedang membuat air teh.
"I swear If you lied to me,again!I will kill you!"
"Heh.You always say that."
"Don't test me."
Datin Qairiyla dan Qaireena saling berpandangan tajam buat seketika.Tangan Datin Qairiyla masih lagi erat mencengkam kolar baju Qaireena yang sudah serabai itu.
"Hahh..I'm tired.What is it.Tell me."
Datin Qairiyla menghempas punggungnya di atas sofa.Malas mahu mencari gaduh.
Hubungan mereka memang begini.
Benci memang benci...
Tapi kasih sayang tu..Mati pun mereka tidak akan tunjuk.Biar lah rahsia.
"You're gonna get mad at me anyway..Why must I tell you..Aku kena bagitahu kau supaya kau boleh membebel dekat aku?"
Datin Qairiyla mencampak cincin yang dibelinya semalam ke arah wajah Qaireena.
"So,actually..I did something bad."
Qaireena bersuara perlahan sambil menyarung cincin berwarna perak itu di jari hantunya.
"Like what?"
"Before that...How did you fall in love with dad?"
Datin Qairiyla terdiam seketika sambil otaknya sudah terbang jauh hingga ke langit ketujuh.
"It was an unpleasent memory..But maybe it's because of his personality I should say.."
Datin Qairiyla menggeleng kepalanya perlahan-lahan.Ah..Bila teringat kisah lama..Kenapa lah aku tak terus jatuh cinta dengan suami aku sendiri..
Qairiyla..Kau makhluk yang pelik.
"So...Did you do something bad to him before you fall in love with him?"
"Indeed..I did do something bad to him to make him hate me.."
Badan Qaireena serta merta menjadi tegak.
Wajahnya yang berasa panas ditepuk berkali-kali.
Datin Qairiyla yang memandang sudah menayangkan riak wajah musykil.
"Like what?"
"Oh?You wanna know?I still remember some of it..Aku pernah simbah air dekat muka dia..Urgh..Bila ingat balik..I feel like I want to mess him up even more..Not good."
Qaireena terdiam seketika sambil menggosok belakang lehernya yang berasa sejuk.
"Kalau..lagi extreme?.."
"Lagi extreme?..Uhh..Well..I did do something until he cries and beg me to stop.."
Datin Qairiyla tiba-tiba tersengih lebar.
Meremang bulu roma Qaireena melihatnya.
Lengannya digosok laju.
"What is that extreme thing?"
"I don't know..What do you think?"
"Ada kena mengena dengan bilik and katil ke?"
"No.I did it here."
Qaireena dengan pantas mengangkat punggungnya daripada sofa yang sedang didudukinya.
"We did it on the floor.Don't worry."
"Aaa..I don't wanna know!"
Datin Qairiyla hanya melepaskan keluhan malas.
Dia yang tanya tadi..Orang dah cerita,malu-malu pula..Typical woman!
"Kalau..Aku cakap..Aku pun terbuat benda sama..?"
Datin Qairiyla mengangguk faham.
Kakinya disilangkan sambil dia memejam mata buat seketika.Masih lagi memproses ayat Qaireena.
"YOU DID WHAT?!"
"Kenapa ni..Jerit-jerit."
Datin Qairiyla dan Qaireena serentak memandang ke arah Dato' Syafeez yang sedang membawa dulang di tangannya.
"Kau buat dekat siapa?"
"Umm..Aku tahan diri okey.."
"Did you-"
Datin Qairiyla memandang Dato' Syafeez yang melabuhkan punggung di tepinya.
"Syafeez.Saya rasa macam nak bela kucing lah..Cuba tengok kejap..Pilihkan untuk saya."
Dato' Syafeez yang mendengar perkataan 'kucing' mula tersenyum lebar.
Dia sudah lama mahu membela kucing..
Skrin handphone isterinya yang dipenuhi dengan gambar kucing dipandang lama.
Datin Qairiyla serta merta menarik lengan Qaireena lalu diheret hingga ke dapur.
"Did you kiss him?"
Qaireena perlahan-lahan mengangguk.
Datin Qairiyla sudah terlopong sambil membuat gaya kepala meletup.
"Tahan diri lah sangat!"
Qaireena melabuhkan punggung di atas lantai lalu memeluk lututnya sambil dia menggoyangkan tubuhnya seperti jongkang jongket.
"Dia nampak terlalu meminta!"
"Meminta apanya!Dah terang-terang kau tak boleh lawan hasutan syaitan!"
Qaireena mengeluarkan suaranya yang kedengaran seperti hampir menangis.
Nafsu aku kuat betul tadi..
Arhhhh...perempuan jenis apa aku ni?!
"Aku pengsankan dia lepas aku..'touch him without his consent'..Aku harap dia cuma anggap itu mimpi.."
"Pengsankan?"
"Guna ni.."
Jam di pergelangan tangannya dihalakan ke arah wajah ibunya dengan mukanya yang masih lagi ditekup ke arah lututnya.
"Jam ni bukan kau bagi dekat orang ke?"
"Huh?"
"Yah..Waktu kau kecil kan..Kau ada bagi jam ni dekat kawan kau..Untuk lindungi diri dia bila kau takde kononnya."
Dahi Qaireena berkerut sambil dia cuba mengingati perkara yang dikatakan ibunya tadi.
"Urgh..Sakit kepala lah bila aku cuba fikir."
"....You better take responsibility."
"Orang yang melamar aku tu macam mana?"
Datin Qairiyla termenung buat seketika.
Riak wajahnya mula berubah serius.
Jarang juga lah Qaireena dapat melihat ibunya membuat riak wajah sebegitu jika bukan kerana kerja.
"I will try to do something about it.And you,go apologize to him."
Qaireena meraup mukanya buat seketika.
"Aku takut lah.."
"Hah!Siapa ajar kau jadi penakut!"
"You never experience any fear before?"
Datin Qairiyla menggeleng kepalanya dengan riak wajah mendatar.
"How lucky.Dah lah..Jangan bagitahu papa pula pasal ni..And thank you for the ring."
Datin Qairiyla mengangguk sambil memandang kelibat anaknya yang sudah berlalu pergi menggunakan pintu dapur.
"Ah..Qaireena dah pergi ke?"soal Dato' Syafeez yang masih memegang handphone milik Datin Qairiyla dengan riak wajah sedih.
"What's with that look?"
"Saya jarang boleh bercakap dengan dia.."
Datin Qairiyla hanya membuat tidak endah sambil tubuh suaminya ditolak ke arah sofa semula.
"Awak layan dia teruk..Cakap dengan dia teruk..Tapi kalau ada masalah..Dia tetap cari awak dulu..Kenapa,ya?"
"Mana lah saya tahu,kenapa.Awak dah jumpa kucing yang awak suka?"
Dato' Syafeez memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.
"Saya rasa daripada kita beli kucing..Baik kita ambil yang dekat tepi jalan tu je..Ada je yang comel-comel.."
"Bila kita cari,diorang hilang..Tak cari,diorang muncul.It's getting annoying honestly.."
Dato' Syafeez tergelak kecil lalu cawan yang berisi teh itu dihulur ke arah isterinya.
"Awak bincang apa dengan Qaireena tadi?Sampai sengaja nak alihkan perhatian saya.."
Datin Qairiyla mengembungkan pipinya.
Ah..Dia tahu.
Melihat isterinya yang tidak menjawab,Dato' Syafeez hanya tersenyum redup.
"Awak taknak bagitahu takpe..Privasi masing-masing.."
Datin Qairiyla mengukirkan senyuman senget.
Tubuh Dato' Syafeez dipeluk erat.
"Awak tak rasa bersalah ke tipu dia yang ada orang nak melamar dia?"
Dato' Syafeez dengan serta merta tersedak.
"..Awak ni..Itu rancangan awak juga..."
Datin Qairiyla menahan ketawa yang hampir terhambur.Leher suaminya dicium manja.
"Fine,fine..Entah sampai bila lah tu agaknya.Khairul tu pun satu.Penakut betul."bisik Qaireena perlahan sambil menghirup teh di dalam cawan Dato' Syafeez.
"Kejap..Saya ingat awak lagi suka dekat Syazwan?"
Suasana menjadi sunyi buat seketika.
Datin Qairiyla dan Dato' Syafeez saling berpandangan.
"Hah?Awak suka dekat Syazwan ke?"soal Datin Qairiyla dengan pandangan terkejut.
"Awak lagi suka dekat Khairul?"soal Dato' Syafeez pula.Soalan dijawab dengan soalan.
"Saya ingat awak lagi minat dekat Khairul!"
"Saya lagi minat dekat Syazwan lah!"
"Apa maksud mama?Mama tipu dia?"
Datin Qairiyla dan Dato' Syazwan berpaling ke arah suara yang amat dikenali oleh mereka.
Wajah Qairin yang kelihatan bengis itu membuatkan Dato' Syafeez kecut perut buat seketika.
"Explain it to me.Right.Now."
Share this novel