BAB 47

Romance Completed 4178

Khairul menolak pagar rumahnya ke tepi.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya,pintu pagar itu ditutup semula.
Rumahnya yang kelihatan sunyi itu membuatkan dia melepaskan keluhan berat buat seketika.
Niatnya tadi mahu menghantar Qaireena ke rumah sambil bersembang di dalam kereta..Tapi terlupa pula yang keretanya rosak..Pula tu,Qaireena ponteng lagi.

"Aku dah cakap jangan ponteng.."
Khairul meraup mukanya.
Buku latihan yang penuh di tangannya,membuatkan dia mendengus geram.

"Nak saya tolong?"
"Ah,yes please..Berat dia tak boleh bawa bincang!"
Semua buku latihan di tangannya diletakkan ke atas tangan Qaireena.
Sisa buku latihan yang berada di dalam begnya,di tarik lalu ditolak pada dada Qaireena dengan selamba.

"Okey,jom-"
Langkah Khairul terhenti buat seketika.
Pandangannya dialihkan ke belakang sebelum tubuhnya tersentak.

"Qaireena?!"
Qaireena berjongket kening.
Oh..Lambat betul dia bagi reaksi.
Aku ingatkan dia dah tahu aku dekat sini..

"A-Awak buat apa kat sini?!"
Khairul menarik buku latihan di tangan Qaireena semula tetapi Qaireena sudah terlebih dahulu mengangkat buku latihan ke atas kepalanya.

"Saya rasa nak tengok muka awak,jadi saya datang lah."
Wajah Khairul mula berona merah.
Pipi Qaireena ditepuk perlahan.
Tangannya dengan pantas ditarik semula.
Oh,memang betul lah..Aku ingatkan ini cuma ilusi aku je..

"Your room still smell nice right?I want to rest for a bit."
Qaireena bersuara lantang lalu kunci rumah di dalam poket baju Khairul di ambil.
Buku latihan di pegang menggunakan sebelah tangannya lalu pintu rumah itu dibuka.

"Assalamualaikum.."bisik Qaireena perlahan lalu suis yang berada di sebelah pintu itu diraba lalu ditekan.
Lampu yang menerangi setiap ruang tamu itu membuatkan dia tersenyum.
Kakinya diatur ke arah dapur,lalu tangga yang menuju ke tingkat atas dipandang sekilas.

"Qairee-"
Melihat Qaireena yang sudah melangkah ke tingkat atas,Khairul menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.
Kakinya mengikut langkah Qaireena dari belakang.

"Mana nak letak ni?"soal Qaireena sebaik sahaja dia sudah melangkah masuk ke dalam bilik Khairul.
Khairul menekan butang 'On' pada 'remote' penghawa dingin.

Buku latihan di tangan Qaireena yang meninggi itu ditolak dengan kasar sehingga jatuh ke atas katilnya.
"Letak kat situ."

Qaireena tergagam.
Wajah Khairul yang kelihatan selamba itu dipandang lama.
"Awak tak ada meja-"

Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang,meja tulis Khairul yang penuh dengan buku dan kertas serta merta terpampang di matanya.
Keningnya terangkat.
Wow..Macam meja tulis aku.
"My bad..Saya bagi kerja rumah banyak sangat,lepastu diorang hantar serentak hari ni dengan semalam.Jadi saya kena tanda nanti."

Qaireena menarik buku latihan milik Qairin.
Buku latihan itu dibelek dengan laju.
Kemas..Cantik..Bersih..Rapi..
Bagus.Kakak bangga dengan Qairin.
Buku latihan di tangannya dicampak ke arah katil bersaiz 'King' itu semula.
Baru sahaja dia hendak bersuara,Khairul yang sedang membuka 'blazer'nya yang berwarna hitam membuatkan dia tersentak.
Wajahnya automatik berasa panas.
"What?Why are you looking at me like that?"

Qaireena mengalihkan pandangannya dengan laju.Bibirnya diketap dengan kuat.
Nafasnya ditarik sambil dia mengira 1 hingga 10 di dalam hati.
Tubuh Khairul dipandang sekilas.
"..boleh tak..nanti..saya nak tolong awak tanda buku latihan?"

Khairul yang sedang menyangkut 'blazer'nya di dalam almari berpaling ke arah Qaireena.
Senyuman lebar terukir di bibirnya.
"Thank you..Tapi saya biasanya tanda buku tengah malam..Atas katil."

"It's okay!Saya boleh duduk sini sampai malam!"
Khairul terdiam seketika.
Jam yang menunjukkan pukul 5:30 petang itu dipandang sekilas.
"Mak awak tak marah ke awak keluar malam-malam?"
"Saya pandai jaga diri.Jadi mak saya tak kisah."jawab Qaireena laju dengan senyuman di bibir.
Khairul masih lagi kelihatan seperti serba salah.

"Tapi kalau kita berdua je.."
"Awak nak makan apa?Biar saya masak!"
Melihat wajah Qaireena yang kelihatan teruja itu,Khairul mengerdipkan matanya berkali-kali dengan wajah yang terpinga-pinga.
Dia tak takut ke duduk sorang-sorang dengan lelaki?
Muka aku nampak baik sangat ke sekarang ni?

"Oh..Okey.."
Qaireena dengan pantas melangkah turun.Kakinya menuju ke dapur dengan laju.
Khairul hanya memandang dari belakang.
Cermin yang tergantung pada dinding tidak jauh darinya di pandang lama.

Kepalanya disengetkan,lalu wajahnya yang terpantul pada permukaan cermin membuatkan dia terdiam.
"Buruknya."

Khairul menggeleng kepala buat seketika.
Kan bagus kalau muka aku ni sekacak Syazwan-
Dahi Khairul berkerut.
Tak..Dia tak..kacak.
Dia lebih kepada..comel.
Keluhan berat dilepaskan sambil dia melangkah ke arah bilik air.

Qaireena menutup api dapur dengan riak wajah pening.
Punya lah banyak masakan yang dia boleh buat..Kenapa hati ni rasa terdesak nak buat nasi goreng ikan masin?
Setiap hari Khairul masak nasi goreng,mesti nanti dia rasa bosan lepas makan masakan aku!
Urghh..Putarkan balik masa,aku nak masak masakan lainnn..!!

Sebaik sahaja dia sudah meletakkan nasi goreng ke atas pinggannya dan pinggan Khairul,pinggan di tangannya diletakkan di atas meja.
Air kosong yang masih sejuk itu diletakkan di sebelah pinggan.
"Dapur dia nampak macam kosong."

Qaireena berpaling ke kiri.
Rak-rak yang sepatutnya dipenuhi dengan rempah masakan sudah kelihatan kosong.
Pinggan yang ada di dalam rumah ini pun cuma dua.
Dapur dia nampak bersih.Mungkin sebab Khairul pembersih orangnya..
"Macam dapur rumah aku."

Qaireena tergelak kecil.Wajahnya kelihatan sedikit sayu.
"Oh,ya..Mama cakap..dia pun dulu duduk sorang-sorang sebelum dia berjumpa dengan papa.."

Dia pun rasa sunyi macam ni ke..
Kalau memang begitu lah ceritanya..Tidak pelik lah jika dia melihat ibunya melekat dengan ayahnya 24 jam seperti gam.
"Khairul is taking too long."
Qaireena menutup nasi goreng menggunakan tudung saji di sebelahnya.

Kakinya dengan laju menaiki anak tangga yang menuju ke tingkat atas.
Sebaik sahaja dia berdiri di depan pintu bilik Khairul,pintu bilik itu diketuk perlahan.
Dahi Qaireena mula berkerut apabila dia sudah mengetuk pintu itu sebanyak 3 kali tetapi masih tidak ada orang yang menyahut.
Tombol pintu itu dipulas berkali-kali.
Keningnya terangkat apabila pintu bilik itu terbuka.
Oh.
Dia tak kunci pintu.

Qaireena hampir-hampir terjerit apabila terpandang tubuh Khairul yang terbaring elok di atas katil dengan buku latihan di atas perutnya.
Khairul masih lagi memakai bathrobenya.
Mungkin baru selepas habis mandi.

Qaireena menarik nafas sedalam-dalamnya lalu pipi kanannya ditampar.Nafasnya dihembus.
Lengannya dicubit berkali-kali.
Apabila jantungnya mula berdegup seperti normal semula,baru lah Qaireena membetulkan jaketnya yang nipis itu lalu melangkah ke arah Khairul.
"Khai-"

"55 minutes....55 more..minutes..."
"55 minit?Wow."
Qaireena terlopong.
Jadi saya kena tunggu cikgu bangun lepas 55 minit?Baik saya tunggu satu jam je!I don't mind!
Buku latihan di atas perut Khairul di ambil perlahan-lahan.Tidak mahu mengejut Khairul yang sedang tertidur nyenyak.

'Asyiqa Airis'

"Oh..Itu nama penuh dia.."bisik Qaireena perlahan.
Buku latihan itu dibelek sehingga di bahagian terakhir latihan yang baru disiapkan semalam.
Pen merah di tangan Khairul ditarik dengan berhati-hati.

Buku latihan itu ditanda dengan riak wajah serius.
"Boleh tahan budak ni..Kalau dia kena dera macam aku..Confirm boleh dapat PhD awal."

Tetapi bila difikir semula,tak payah lah..
Biar lah dia berseronok mengikut arus yang sepatutnya.
Daripada dia melompat dari 'sungai',ke 'laut'.Nanti sesat pula.
"Kalau bukan sebab Qairin ada asma..Mesti mama dah suruh dia belajar teruk punya.."

Tidak sanggup pula dia memikir bagaimana sikap Qairin jika sudah didera sepertinya.
Ingat nak perah otak untuk semua benda tu senang ke?
You need to be perfect in everything.Which is impossible because human makes mistake!
Haa,tengok.Kan dah mula 'speaking'.

Qaireena memandang ke arah buku latihan yang masih bertimbun di atas katil.Kemudian ke arah wajah Khairul yang semakin nyenyak tertidur.
"Dia kata nak tunggu aku dekat sekolah..Lepastu dia betul-betul 'tunggu' aku dekat sekolah..Kalau aku terlupakan dia sampai bila-bila macam mana..?"

Qaireena menggeleng kepala dengan laju.
Tidak mahu membayangkan perkara yang tidak mustahil,tetapi terlalu menakutkan jika ia benar-benar berlaku.
Kepalanya sejak kebelakangan ini sudah kurang sakit.Kerja di pejabatnya sudah makin berkurang.
Jumlah kerja sekolah agak banyak,tetapi dia sudah 'melepas tangan' awal-awal di bahagian itu.Kalau sekolah bukan tempat untuk tidur,maka rumah bukan tempat untuk belajar.
Ayat yang didengarinya oleh seseorang yang malas sekolah.
Dirinya sendiri.

Wajah Khairul dipandang buat kali ke berapa pun dia sudah tidak tahu.Buku latihan di tangannya diletakkan ke tepi.Perlahan-lahan dia meletakkan tangannya di sebalah Khairul.Bagaikan mahu mengunci kedudukan lelaki itu.
Bibir Khairul dipandang lama.
'NO.NO.QAIREENA.NO.'

Qaireena memejam matanya serapat-rapat yang mungkin.Wajahnya dialihkan ke tepi.
"BUT..JUST A LITTLE.A LITTLE.'

Qaireena membuka matanya semula lalu berpaling ke arah Khairul semula.
'NO.NO.NO.YOU CAN'T.MAMA KATA JANGAN IKUT CAKAP NAFSU.JANGAN IKUT.JANGAN IKUT.'

Qaireena menahan nafasnya buat seketika.
Cuba mengingati tamparan ibunya setiap kali dia memlilih untuk tidur daripada belajar.
Cuba mengingati tamparan ibunya jika dia memilih untuk 'free hair' di luar.
Bulu romanya meremang buat seketika.

Kepalanya digeleng laju.
Lagi bagus jika dia tunggu di bawah sahaja sehingga Khairul terjaga daripada tidur.
Sebaik sahaja matanya terpandang separuh daripada dada Khairul yang terdedah,mulut Qaireena ternganga buat beberapa saat.
'No.QAIREENA.Act like what you are wearing right now.Berpakaian sopan tapi kalau perangai kau tak sopan apa gunanya?'

'Tapi kalau pakaian,pakaian lah..Tak ada kena mengena dengan perangai aku pun.'
Qaireena menggeleng kepala.
Okey,fikirannya sudah mula bercelaru.
Tak boleh,tak boleh.
It's just a..body!Bukan ada apa yang menarik pun!Stop watching and get out of here!

Qaireena mengangguk perlahan.
Cuba membetulkan niatnya yang hanya mahu bersembang dengan Khairul tentang kenangan-kenangan mereka yang mungkin dia ada terlupa.
Dada Khairul yang kelihatan turun,naik dengan tenang itu membuatkan mukanya mula berasa panas.
"Just once."

Hilang sudah dirinya yang menahan nafsu tadi.
"No..I will regret it later."
Qaireena berpaling ke tepi.

"But if I don't do it..I will also regret it."
Qaireena mengetap bibir.
Wajahnya sudah berubah daripada merah menjadi pucat,daripada pucat menjadi merah semula.

Dalam keadaan dirinya yang masih bergaduh dengan dirinya sendiri,Qaireena perlahan-lahan medekatkan wajahnya ke arah Khairul.
Sikit je.Sikit je.
Sesaat je.
And I will go.
I promi-

Mata Khairul yang perlahan-lahan terbuka membuatkan Qaireena terkedu.
Masih berada di dalam posisi yang kekok,dia sendiri pun tidak tahu mahu memberi alasan apa.
'Aku dah cakap jangan!Tapi kau degil!!'

Belum sempat Qaireena mencaci dirinya di dalam hati,lehernya secara tiba-tiba ditarik lalu bibirnya serta merta terjatuh di atas bibir Khairul.
Khairul memejam matanya.
Lidahnya perlahan-lahan menolak lidah Qaireena yang masih lagi tidak bergerak.

Jika tadi dia terkedu,sekarang dia tergagam.
'Qaireena.exe has stopped working.'

Qaireena dengan pantas mengeluarkan lidahnya lalu ciuman mereka diperdalamkan lagi.
Jika wajah boleh meletup,sudah lama wajahnya hilang.

"Mmh..Hah.."
Desahan yang keluar daripada mulut Khairul setiap kali ciuman mereka terlepas kedengaran jelas di telinga Qaireena.

'Tadi..Waktu Airila dengan abang Rairiz bercium..Is this how they feel?'
Tali reben di bahagian pinggang Khairul perlahan-lahan dipegang.

'More..Give me more..'
"Hug me.."
Qaireena tersentak apabila Khairul berbisik di telinganya.
Tangannya yang tadi mahu membuka tali reben bathrobe pada tubuh Khairul,serta merta melingkar di bahagian pinggang lelaki itu dengan laju.

Ciumannya yang dilepaskan itu membuatkan Khairul merengek buat seketika.
Mendengar Khairul merengek,Qaireena mula tersedar.
Dia mengigau.
Jadi maksudnya..Dia tak tahu apa yang dia tengah buat sekarang..kalau dia bangun pun nanti dia akan lupa pasal ni.
Jadi aku macam..ambil kesempatan ke ni?
"Khairul..Khairul?"

"Mn.."jawab Khairul sepatah sambil masih mencuba untuk memagut bibir Qaireena tetapi ditahan oleh Qaireena.

"You will kill me when you wake up."
"Ngh.."
Khairul mengerutkan dahinya.
Wajah Qaireena dipandang dengan riak wajah tidak puas hati.

"Tak."jawab Khairul sepatah.
"Are you sure."
Khairul mengangguk perlahan.
Qaireena sudah melepaskan keluhan berat.

"Tak marah.Sebab saya suka awak."
Qaireena membenamkan wajahnya pada leher Khairul dengan pantas.
Too bad for the heart.
Rasa macam nak pengsan.

"..reena.."
Khairul menyengetkan lehernya ke tepi.
Kepala Qaireena ditolak ke arah lehernya agar nafas Qaireena terkena pada lehernya yang mula berasa sejuk.

Niat Qaireena yang mahu menggigit leher Khairul terpaksa dibatalkan.Risau jika Khairul mengamuk apabila terjaga nanti.
Bibirnya serta merta beralih ke arah telinga Khairul lalu telinga yang kelihatan merah itu digigit manja.
"Mmh..Qairee..Ngh.."

"Mn?"
Qaireena menyahut sambil bibirnya masih bermain dengan telinga Khairul.
Khairul perlahan-lahan menutup matanya semula.

"Peluk lah betul-betul.."
Qaireena hanya mendiamkan diri.
Tubuh Khairul dipeluk seerat-eratnya sambil dia berbaring di tepi Khairul.

Khairul tergelak kecil apabila terasa sedikit geli akibat tangan Qaireena.
Tubuh Qaireena juga dipeluk erat sebelum dia terlena semula.

'Mesti bila dia bangun nanti..dia ingat tadi tu semuanya mimpi..Macam hari tu.'
Peristiwa di dalam bilik khas perpustakaan di sekolah serta merta bermain di dalam fikirannya semula.
Qaireena menggeleng kepalanya.

'Why do I feel kinda sad.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience