BAB 5

Romance Completed 4178

Qaireena menongkat dagu sambil memandang wajah Syazwan yang sedang menulis sesuatu di dalam buku notanya.
Kulit lelaki itu yang putih melepak membuatkan Qaireena tersenyum senget.

Syazwan yang berasa seperti diperhatikan serta merta mengangkat wajahnya lalu memandang tepat ke arah Qaireena yang sedang memandangnya.
Kening Qaireena terangkat apabila Syazwan juga membuat perkara yang sama.
Menongkat dagu sambil memandang tepat ke arah Qaireena dengan senyuman redup di bibirnya.

Baru sahaja suasana hampir menjadi romantik,Asyiqa meletakkan buku latihannya di depan wajah Syazwan.
"Tak elok zina mata."

Syazwan tergelak kecil.
"Haih..Dia yang start dulu.."
Asyiqa hanya menjelingkan matanya ke atas.

"Saya nak keluar sekejap.Pergi bilik guru."
"Eh..For what?"
Asyiqa memandang kukunya.
Wajah Khairul bermain di dalam kotak pemikirannya.

"Nak jumpa cikgu Khairul-"
Pintu kelas 5 Sains Tulen secara tiba-tiba diketuk.
Semua mata di dalan kelas memandang ke arah muka pintu.

Khairul memandang ke arah wajah Asyiqa sekilas lalu membuat isyarat mata.
Asyiqa menundukkan kepalanya ke arah Syazwan lalu melangkah ke arah Khairul.

Qaireena memanjangkan lehernya.
Bunyi suara orang berbisik membuatkan pendengarannya automatik menjadi tajam.

'Ah..Tengok,tu..Asyiqa bercakap dengan cikgu Khairul lagi,lah..'

'Kadang-kadang aku ingat yang diorang ni macam..ada hubungan.Heheh.'

'Kan..Dekat dalam sekolah ni..Yang berani bercakap dengan cikgu Khairul cuma Asyiqa je,kan?'

'Cikgu Khairul pun macam selalu layan Asyiqa baik-baik..Jarang dia marah Asyiqa.'

'Kan..'

Qaireena melepaskan keluhan berat.
Kenapa sibuk sangat nak tahu hal orang?
Fikir baik-baik sudah lah..

Pandangannya beralih ke arah wajah Syazwan semula.Keningnya automatik berjongket apabila
wajah Syazwan berubah keruh.
Pandangan Syazwan kelihatan seperti cemburu..
Dia suka Asyiqa?
Really?

"Cikgu."
Khairul mengangkat kening.

"Terima kasih pasal semalam.."
Khairul tersenyum senget lalu mengangguk perlahan.
Gula-gula yang dihulur ke arahnya membuatkan dia tergelak kecil.

"Thank you."
Asyiqa mengangguk perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam kelas semula.
Khairul mengunyah coklat perisa strawberi yang diberikan kepadanya tadi dengan wajah gembira.
Memang makanan kegemarannya ialah gula-gula.
Benda-benda manis.
Lagi-lagi kek.

Qaireena menongkat pipi sambil memejam matanya.Wajahnya yang disinari matahari dibiarkan.
"Sweet nampak?"

Asyiqa berjongket kening.
Wajah Syazwan dipandang sekilas.
"Really?"

Wajah Syazwan berubah cemberut.
Manakala Asyiqa pula sudah tersenyum senget.
Qaireena hanya membuang pandangannya di luar tingkap.Melihat langit yang tiba-tiba menutupi matahari.

"This is tiring.."

2:30 p.m..

Qaireena menggalas begnya dengan pandangan malas.
Tudungnya dibetulkan.
Hujan yang sudah turun lebat di luar membuatkan hatinya berasa tenang buat seketika.

Qairin mengambil payung di dalam begnya lalu payungnya dibuka.Wajah Qaireena yang kelihatan suram dipandang lama.
Baru sahaja dia mahu memanggil Qaireena,wajah Maisara yang kelihatan risau bercampur gelabah muncul di pandangannya.
"Why?"

Maisara tersentak apabila Qairin secara tiba-tiba muncul di sebelahnya.
"Saya..Lupa bawa payung.."

Qairin menghulur payungnya dengan wajah selamba.
"Awak macam mana?"

"Kakak saya ada payung."
Wajah Maisara berubah merah.
Payung yang dihulur membuatkan dia berasa teragak-agak untuk mengambilnya.

Qairin meletakkan payungnya di tepi Maisara sebelum berlari anak ke arah Qaireena.
Maisara membuka payung milik Qairin dengan senyuman senget di bibir.
"Baik lah dia tu.."

Qaireena sudah menjelingkan matanya ke atas.
Dasar cinta monyet.Bagi payung je,pun.
Tu,pun nak sengih-sengih.
Tumbuk kang!

"Pinjam payung."
Qaireena berpeluk tubuh.
Tubuh Qairin yang sedang bersandar di dinding dicucuk-cucuk menggunakan jari telunjuknya.
Dahi Qairin berkerut lalu wajah kakaknya yang kelihatan seperti marah membuatkan dia termenung.

"Tak bawa payung?"
Qaireena menggeleng kepala.
Qairin sudah menepuk dahi.

"Kita lari je,lah."
Qaireena menggeleng laju.
Dia jenis yang tidak mudah demam.
Tetapi Qairin disebaliknya.
Kena hujan setitis pun dah demam macam nak mati.
Haishh..Menyusahkan.

Wajah Qairin dipandang lama.
Jaketnya yang berwarna hitam dikeluarkan dari dalam beg lalu diletakkan di atas kepala Qairin.
"Jom."

Qairin memandang jaket di atas kepalanya.
"Dah tu..Kau?"
Qaireena mendengus geram.
Aku nak balik,ni setan..
Tak payah,lah buat drama korea dekat sini.

"Biar je,lah."
"Mana boleh..!"
Qairin terjerit kecil apabila Qaireena mengeluarkan pisau lipat daripada poket bajunya.

"Balik.Cepat."
Mahu tidak mahu,terpaksa lah Qairin menurut perintah puteri jahat jika tidak mahu dicincang.

"Kak."
Qaireena memandang wajah Qairin yang sedang memandangnya dengan riak wajah risau.
Pipi Qairin ditepuk perlahan.

"I'm not that weak.This person is the one who killed 3 kidnapper at the same time."
Qairin memuncungkan bibirnya lalu jaket milik Qaireena dicampak ke tepi dengan riak wajah tidak puas hati.

"I'm not that weak either!"
Qaireena mengerlingkan matanya.
This is getting nowhere.
Kalau sibuk bertikam lidah begini,esok pun belum tentu mereka akan pulang lagi.

"Okay..You're not that weak.Here."
Qaireena meletakkan jaketnya di atas kepala Qairin buat kali ke dua.
Jika kali kedua Qairin mencampak jaketnya,kita akan membuat pertunjukkan di sini yang bertajuk 'How to Kill Your Little Brother Nice And Slow'.

Melihat Qairin yang sudah menayangkan muka cemberut,Qaireena hanya mampu menggeleng kepala.
Malas mahu melayan perangai yang kebudak-budakkan.
"Stop making that kind of face.Nanti aku buatkan bubur."

Qairin memandang wajah Qaireena dari hujung matanya lalu lengan Qaireena dipukul dengan wajahnya yang kelihatan seperti menahan marah.
"Dah lah."

Qaireena mengukirkan senyuman senget apabila Qairin sudah terlebih dahulu melangkah ke depan.
"Don't you want to wait for your dearest sister?If I'm lost then who should I return to?"

Qairin menjengilkan matanya.
Sempat lagi berpuisi.
Qaireena dengan mommy.
Perangai dua kali lima je lah!


"Aiya..Khairul!"
Khairul melangkah ke arah keretanya dengan riak wajah kosong.
Tangan Syazwan yang sempat memegang lengannya membuatkan dahinya berkerut lalu tangan Syazwan ditepis kasar.

"What?.."belum sempat Khairul berkata apa-apa,Syazwan sudah terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam perut kereta di tempat duduk belakang.

"Saya tumpang dengan awak kan hari ni?"
Bulu roma Khairul meremang buat seketika.
Dengan pandangan tidak rela dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.

"Kenapa awak nampak macam tengah marah j-"
"Eh,diam lah."
Syazwan memuncungkan bibirnya lalu pipi Khairul dicubit dari belakang.
Sebaik sahaja Khairul mula memandu,Syazwan membetulkan kedudukannya.Kertas di dalam beg galasnya di tarik keluar.
Pandangannya yang tidak sengaja beralih ke tepi membuatkan keningnya terangkat buat seketika.
Tingkap kereta perlahan-lahan dibuka.

"Khairul.Slow down."
Khairul mendengus geram apabila lengannya dicubit lalu ditampar sekali gus oleh Syazwan.Cakap elok-elok tak boleh ke?..

"Ambil,lah sikit."
"No need."
Qaireena membetulkan jaketnya di atas kepala Qairin yang sengaja dibiarkan terjatuh oleh lelaki itu sendiri tanda protes.
Bunyi orang bersiul menarik perhatian mereka untuk memandang ke tepi serentak.

"Nak tumpang sekali?"
Khairul sudah terlopong apabila Syazwan tiba-tiba membuka pintu keretanya.
Brek kereta dipijak dengan laju lalu lengan dan pipi Syazwan ditampar bagi melepaskan geram.

"Really?Thank goodness.Kau masuk.Aku boleh jalan kaki."
"Oi.Tak payah nak jadi pig.Masuk kau sekarang!"jerit Qairin apabila Qaireena sudah terlebih dahulu berjalan ke depan.

"Aku nak balik rumah aku kejap..Kertas projek mesyuarat untuk minggu depan tertinggal dekat situ.."
Khairul berjongket kening buat seketika.Dia salah dengar ke?..

"No need.Esok,esok lah.Masuk."
Mahu tidak mahu terpaksa lah Qaireena melangkah masuk ke dalam perut kereta lalu melabuhkan punggungnya di seat bahagian depan.

Khairul sudah membuat riak wajah terkejut.
"Kenapa tak duduk belakang?"

"I don't like physical contact."jawab Qaireena sambil meniru gaya Khairul yang pernah memberitahunya perkara yang sama.
Khairul sudah mendengus geram sambil mengenggam erat stereng kereta.
Suka loyar buruk lah budak ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience