BAB 43

Romance Completed 4178

"Jadi bila saya bangun,saya rasa macam..tak pelik.Mungkin sebab itu memori saya."
Qaireena menamatkan kisahnya dengan riak wajah tenang sambil memeluk lutut.
Tepat seperti jangkaannya,pandangan Khairul kelihatan seperti tidak mempercayai setiap kata-katanya tadi.

"Awak tak percayakan saya ke?"
"Yup."
"Trust me.I never lie."
Kening Khairul berjongket sambil dia memandang Qaireena atas bawah.
Qaireena yang melabuhkan punggung di atas lantai masih lagi mendiamkan diri.
Selagi Khairul tidak bercakap,dia pun tidak mahu bercakap.

Khairul memandang jam di pergelangan tangannya.
"Jadi maksudnya..awak dah tahu lah siapa yang bagi dekat saya jam,ni?"soal Khairul lalu mengangkat tangannya sambil tersenyum sinis.
Melihat wajah Qaireena yang berubah merah dalam masa 3 saat,jantungnya mula berdegup laju.

"J..Jangan lah..ingatkan."
Khairul berdehem buat seketika.
Wajahnya yang berasa panas dialihkan ke tepi.
Cukup lah aku 'ter'menangis depan dia tadi..
Kalau dia nampak aku malu-malu kucing depan dia,apa pula yang dia fikir nanti..
Hilang kejantanan aku nanti!

"Erm..Are you still mad at me?"
"Yes."
Qaireena mengembungkan pipinya.
Damn..Aku ingatkan dia akan cakap 'saya dah lama maafkan awak' macam dalam novel yang aku selalu baca..
Reality is often dissapointing.

"Erm..Jadi..Cikgu ada nak saya buat apa-apa tak sebagai tanda minta maaf?"
Percakapannya automatik menjadi sopan santun.
Tidak mahu menambah minyak pada api yang sudah terlampau marak.

"Tak ada.Just get out."
Qaireena terdiam seketika.
Tidak lama kemudian,dia mengangguk lalu mula melangkah ke arah pintu bilik.
Tidak sampai dua saat,matanya tiba-tiba membulat.

"KHAIRUL!"
"Aarrhh!!Astaghfirullahalazim.."
Khairul menarik nafas lalu menghembusnya perlahan apabila tubuhnya tiba-tiba ditolak kasar.
Kedudukannya yang tiba-tiba dikunci membuatkan keningnya berjongket.

"Khairul!Uhh..Pasal..pinangan awak tu.."
"Saya tolak..!Saya tolak!Pergi sana lah!Muka awak rapat sangat!"jerit Khairul apabila Qaireena mengenggam kedua-dua lengannya dengan kuat.
Rasa macam hampir kena baham tadi..

Lengannya perlahan-lahan ditarik walaupun Qaireena masih lagi mengurung kedudukannya.
Posisi mereka macam bahaya pula..Boleh mengundang perkara yang tidak elok!

"Oh..Haih...Oh,ya!Awak nak tahu tak?Saya pun ada orang meminang juga!"
Pergerakan Khairul terhenti.
Wajah Qaireena dipandang lama dengan riak wajah terkejut.

"Awak....."
"Saya tak boleh tolak melainkan kalau-"
"Tepi.Saya taknak dengar..!"
"Ahk-"
Qaireena memegang perutnya yang ditendang kuat oleh Khairul.Mukanya berkerut menahan sakit manakala sebelah tangannya masih lagi memegang lengan lelaki yang berada di bawahnya.
Urgh..Ini ke apa yang Qairin rasa waktu aku tendang perut dia..?

"Dengar lah dulu,cikgu.."
"Siapa cikgu awak..?!Pergi sana lah!"
"Tak..Khairul..Listen to me."
Sebaik sahaja Qaireena melembutkan suaranya,Khairul perlahan-lahan berhenti meronta.Wajah Qaireena dipandang dengan riak wajah menyampah.

"Saya kena jumpa orang tu dulu untuk tolak..Mak saya kata orangnya dekat sekolah Sri Permata..Sebab tu saya sekolah dekat sini!"
"Oh..Jadi awak nak cari lelaki tu sebab awak nak tolak lamaran dia?"
Qaireena mengangguk laju.
Lega sedikit hatinya apabila Khairul mula memahami situasi.

"Oh..Tapi..Dekat sekolah tu..cuma saya dengan Syazwan je yang masih..'forever alone'."bisik Khairul perlahan di penghujung ayat.
Qaireena melepaskan keluhan berat apabila wajah Khairul mula berubah keruh semula.

"Well you're not gonna be 'forever alone' anymore after this."
Qaireena bersuara dengan senyuman senget di bibirnya.

"Hm?Maksud awak?"
Kedua-duanya terdiam buat seketika.
30 saat kemudian,wajah Khairul mula berona merah.Wajahnya dengan pantas dipalingkan ke tepi.

"Don't give me hope anymore..I don't want it."
"Urgh..Rejection hurts.I deserve it."bisik Qaireena perlahan tetapi sudah cukup kuat untuk didengari oleh Khairul.

Masing-masing mula mendiamkan diri.
Hanya bunyi penghawa dingin yang kedengaran di ruang bilik itu.
Khairul memandang lengannya yang masih dipegang erat oleh Qaireena.
"How did you get so big..?"

"Hm?"
"Dulu,tinggi awak sampai dekat pinggang saya je.."bisik Khairul perlahan.
Wajah Qaireena dipandang lama sebelum pandangannya dialihkan ke tepi semula.

"Hm..Apa jadi dekat awak?Kenapa awak pendek?"
"I'm 169!Ketinggian awak berapa..?!"
"..176..or something..I'm still growing."
Melihat riak wajah terkejut Khairul,Qaireena tersenyum sinis.
Bukan salahnya dia mengikut ketinggian ibunya.
Memang ketinggian ibunya agak tinggi daripada ahli keluarganya yang lain.

"Haihh..."
Tubuh Khairul tersentak apabila Qaireena membenamkan wajahnya berdekatan dengan leher lelaki itu.

"Saya minta maaf.."
"For what..?"
"For..forgetting you..completely.."
Khairul hanya mendiamkan diri.
Tidak tahu mahu membalas apa sebenarnya.
Tapi sejujurnya..Dia rasa..gembira.

"Awak jangan lah terima lamaran kawan awak tu.."
"Aish..Fine,fine..Saya akan tolak.."
Melihat senyuman gembira Qaireena,Khairul juga ikut tersenyum.
Jarang dia boleh melihat senyuman itu pada wajah Qaireena.Senyuman puas hati.

"Macam mana dengan lamaran awak?"
"Ah..Itu..I need you to help me."
Qaireena dan Khairul saling berpandangan buat seketika.

"Sure..Saya kena tolong apa?"
Pandangan Khairul perlahan-lahan menurun ke arah bibir Qaireena.
Mata Qaireena juga tertumpu sepenuhnya ke arah bibir Khairul.
Kedua-duanya mengharapkan sesuatu.
..yang tidak patut dilakukan memandangkan mereka bukan suami isteri-

"Qaireena?"
"Mn?"
"Saya kena tolong apa?"soal Khairul buat kali kedua apabila wajah Qaireena semakin rapat dengan wajahnya.
Tanpa sebarang amaran,bibirnya perlahan-lahan dipagut lembut.
Mata Khairul terbuntang buat seketika.
Sebaik sahaja pinggangnya disentuh,matanya perlahan-lahan dipejam.

Dahi Khairul berkerut buat seketika.
Kenapa aku rasa macam...deja' vu?..
"Oh my Allah!"

Qaireena dan Khairul serentak berpaling ke belakang.
Wajah Syazwan yang kelihatan pucat bercampur kemerah-merahan itu membuatkan kedua-duanya terkaku.Syazwan memandang ke kiri dan ke kanan dengan laju berkali-kali sebelum berdehem perlahan.
"Jangan lah kamu mendekati zina.."

"Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan,surah An-nisa',ayat 32."
Syazwan dan Khairul serentak memandang ke arah Qaireena.Masing-masing sudah mengangkat kening sambil mengerdipkan mata berkali-kali.

"Saya hafal satu surah tu sampai rasa nak muntah..Ingat 176 ayat tu,sikit ke?..Apa cikgu buat kat sini?"soal Qaireena tanpa melepaskan Khairul walaupun lelaki di bawahnya sudah meronta-ronta.
Syazwan menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.

"Saya ingat..nak ajak Khairul pergi makan dekat rumah keluarga dia.Tapi saya rasa macam saya tengah menganggu sesuatu yang tidak patut."
Qaireena mengangguk perlahan dengan senyuman malas yang biasa terukir di bibirnya.
Wajah Syazwan dipandang lama.

"Dia boleh tahan handsome..Kenapa dia 'single' lagi?"soal Qaireena kepada Khairul bagaikan Syazwan di belakangnya hanya lah makhluk yang tidak wujud.

"Dia tak berminat nak kahwin."
"Interesting.."
"Hey!!"
Syazwan menghentak kakinya lalu tubuh Qaireena ditolak ke tepi menggunakan beg galasnya yang sudah dipeluk erat.

"Enough playing around!Khairul!Apa awak buat ni,ha?!"
Khairul dengan pantas membetulkan baju dan rambutnya yang kelihatan serabai akibat bergelut dengan Qaireena sebentar tadi.

"I got carried away.Ehem.."
"You got carried away?.."Syazwan terlopong mendengarnya.Ayat 'got carried away' jarang berlaku pada seorang lelaki yang bernama Khairul!

Qaireena berpeluk tubuh.
Sekali lagi,dia hampir tewas dengan nafsunya sendiri.Kalau mama tahu ni,mesti dia suruh aku baca surah yasin depan dia 10 kali tanpa tengok buku yasin...Arhh.
Bibirnya digigit sambil matanya masih memandang ke arah tubuh Khairul.
"Am I a good kisser?"

Khairul tidak membalas.Tapi pipinya yang semakin berona merah sudah cukup untuk memberi jawapan kepada Qaireena.
Jam yang tergantung pada dinding bilik itu dipandang lama.
"Urgh..I need to go home.Saya guna bas lah..You stay here.See you!"

Khairul perlahan-lahan mengangguk.
Tubuhnya yang tiba-tiba dipeluk erat,dibiarkan.
Syazwan yang berada di sebelahnya sudah terlopong.Khairul dapat merasakan tangannya gatal mahu menampar pipi lelaki itu.
Sebaik sahaja kelibat Qaireena hilang,Syazwan berpaling ke arah Khairul dengan riak wajah 'blur'.
"What did I miss?"

"Nothing important."
"Nothing important?Awak bercium dengan pelajar awak..And she have the audacity to hug you in front of me-"
Khairul menolak wajah Syazwan ke tepi dengan riak wajah menyampah.
Kaki Qaireena yang terseliuh tadi membuatkan dia berasa risau buat seketika.

'I hope she's okay..'

"Ahk!Ouch- ouch-"
Qaireena berjalan berjengket-jengket ke arah pagar rumah ibunya.
Dato' Syafeez yang berada di halaman rumah dengan pantas melangkah ke arah Qaireena.

"Urgh..Mesti aku nampak hebat tadi."
Qaireena tersenyum bangga apabila teringat wajah Khairul yang berona merah.
Jarang dia boleh melihat lelaki itu tersipu-sipu malu.

"Arh...Sakit."
"Qaireena?Kenapa ni?Qaireena okey?"
Qaireena menegakkan badannya dengan riak wajah selamba.
Kepalanya diangguk laju.

"What are you doing in my house?"soal Datin Qairiyla sambil menyepak buku lali Qaireena dengan sengaja.
Suara Qaireena yang kedengaran seperti menahan sakit itu membuatkan dia tersenyum sinis.

"Kaki kau kenapa?"
"Ngh....terseliuh."
"Kau ingat bila kau berdiri macam tu,nampak hebat lah?"
Qaireena mengetap bibir sambil cuba menahan diri daripada membalas kata-kata ibunya dengan ayat yang lebih 'pedas'.

"Nampak 'pathetic'."
"Yeh.Like you when you are trying to get dad's attention."
Datin Qairiyla terlopong.
Dato' Syafeez sudah mengurut dahi.
Bahu Qaireena ditepuk perlahan.

"Qaireena..Kan papa dah cakap-"
"Dia yang cari pasal dulu!"
Datin Qairiyla mengeluarkan kipas kertas dari dalam poketnya lalu menutup sebahagian daripada wajahnya.
Dahinya berkerut buat seketika.

"Whatever.Follow me."
"What for?"
"Kalau kau nak berjalan dengan kaki tu esok,kau boleh pergi blah."
Qaireena mengenggam penumbuk sambil mendengus geram sebelum terhinjut-hinjut mengikut ibunya dari belakang.

Dato' Syafeez hanya memandang dari belakang.
"Kalau dengan Qairiyla tak pernah pula dia menipu.."bisiknya perlahan.
Qairiyla layan dia teruk..tapi dia selalu kongsi masalah dia dengan Qairiyla daripada dengan aku..
Mungkin sebab Qairiyla tu perempuan kot..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience