Beberapa hari kemudian...
Qaireena berjalan ke kiri dan ke kanan.
Jam yang tergantung pada dinding di pandang lama.Lima minit terasa seperti lima jam.
Kalendar yang berada disebelahnya di ambil lalu dicampak ke tepi.
Serta merta perbualannya bersama dengan keluarganya semalam bermain di dalam fikiran.
..........
"Apa?Mama nak pergi Paris?!"
Datin Qairiyla menjeling ke arah Syafeen dengan pandangan tajam.
Syafeen menekup mulutnya.
Dia tidak sengaja bercakap kuat.
"When?"soal Qaireena yang berada di hujung meja makan dengan riak wajah kosong.
"Hari selepas esok."
Suasana mula menjadi sunyi.
Datin Qairiyla memandang wajah anak-anaknya buat seketika.
"All of you have to come with me."
Semua yang berada di situ mula membuat muka terkejut.
"For..how long are you going to stay there?"
"6 years maybe."
Syafeen terlopong.
Syaqira juga ikut terlopong.
Hampir semua orang yang berada di situ berasa teruja.
Siapa yang tidak mahu pergi ke Paris?..
Qaireena meletakkan garfunya ke tepi.
"6 years..?"
"Yup.Hal kerja.Mama dah selalu tangguh kerja kat situ.Tapi papa cadangkan kita duduk je dekat Paris buat sementara waktu while I'm busy doing work..with him."jawab Datin Qairiyla sambil menuding ibu jarinya ke arah Dato' Syafeez.
Melihat riak wajah Qaireena yang kelihatan muram itu,Dato' Syafeez menyiku lengan isterinya sambil berdehem perlahan.
Sebaik sahaja Datin Qairiyla memandangnya,matanya ditujukan ke arah Qaireena.
Belum sempat Datin Qairiyla berkata apa-apa,Qaireena sudah terlebih dahulu bersuara.
"Can I..not go?"
Semua yang berada di meja makan,serentak memandang ke arah Qaireena.
"Why?"
"I..just don't want to."bisik Qaireena perlahan.
Melihat riak wajah ibunya,tahu sangat lah yang kemahuannya tidak akan tercapai.
Bibirnya diketap lalu tangannya meletakkan sudu di atas pinggan dengan kasar.
"N..Nevermind..I will go."
..........
"Qaireena!Haii~"
Qaireena tersentak apabila Khairul sudah berdiri di sebalik pintu biliknya sambil menyengetkan kepalanya.
"Oh..You're here.."
Jam yang berada di pergelangan tangan Khairul di pandang lama.
Nampak sesuai dengan dia daripada dengan aku.
"Kenapa hari ni awak suruh datang awal?.."
Sebab hari ni hari terakhir aku mengajar kau..
Qaireena mengetap bibir buat seketika.
Nafasnya ditarik lalu dihembus kasar.
"I just feel like playing today..So kita akan 'study' sekejap je."
Khairul berjongket kening.
Dahi Qaireena ditekup.
Tak panas..?
"Aku sihat lah..Aku tengah serius ni.."
Qaireena mengenggam erat tangan Khairul yang masih berada di dahinya.
"Mmh..Fine.Mari sini."
Khairul melabuhkan punggung di atas katil Qaireena apabila pintu bilik itu sudah ditutup ala kadar.
"Apa?"
Khairul berjongket kening.
Tangannya yang masih memegang beg kertas di pandang lama.
"Hari ni berapa hari bulan?"
"Sepuluh..hari bulan dua?"
Qaireena terdiam seketika.
Khairul juga ikut terdiam.
Tidak lama kemudian Qaireena melepaskan keluhan berat.
"Apa dia ni?"
"Hari ni hari jadi awak kan?"
Qaireena terdiam buat kali ke dua.
Tidak lama kemudian keningnya terangkat seperti dia baru tersedar.
Sejujurnya dia tidak ingat langsung pasal hari jadinya,kerana asyik mengingati Khairul.
"Oh..Haah..Aku lupa."
Khairul menggeleng kepala.
Barang yang disimpan di dalam beg kertas itu digenggam erat.
"Give me your hand!"
Qaireena perlahan-lahan menghulurkan tangannya.
Khairul tersenyum lebar lalu gelang yang diperbuat daripada manik itu disarungkan pada pergelangan tangan Qaireena.
"There you go."
"What-"
"Saya buat sendiri ni tau..Jaga elok-elok!"
Qaireena memegang gelang yang berada di pergelangan tangannya.
Cantik..
Khairul boleh buat benda macam ni?..
"Oh..Saya ada buat coklat.Awak nak?"
Qaireena mengangguk perlahan.
Senyuman lebar Khairul masih lagi tidak lekang dari bibir.
"Thank you..coklat ni sedap."
"Your welcome!"jawab Khairul laju dengan riak wajah bangga apabila Qaireena mula memuji coklat buatannya.
"I have something for you too."
"Eh?"
Qaireena menghulur kotak kayu bersaiz sederhana ke arah Khairul.
Corak telapak tangan kucing yang berada di bahagian depan dan belakang kotak itu membuatkan Khairul mula berasa geram.
"Comelnya..Apa ni?"
"Ini..Kotak rakaman suara yang..aku buat semalam.Tekan butang merah untuk rakam..Lepas rakam suara,kau kena tekan sekali lagi..Lepastu butang ni..tekan tiga kali kalau nak tutup..tekan sekali untuk dengar rakaman suara tu..dua kali untuk dengar rakaman suara yang seterusnya."
Khairul memegang kotak yang berada di tangannya dengan penuh berhati-hati.
"Cantinya..Hari ni hari jadi awak..Kenapa awak pula yang bagi hadiah dekat saya..?"soal Khairul sambil memuncungkan bibirnya.
Wajahnya yang tiba-tiba dipicit itu dibiarkan.
Matanya memandang tepat ke arah anak mata Qaireena.
"Sudah.Jom.Belajar."
"Okey.."
"So cara nak buat dia macam ni...Oi!Kau dengar tak?"
Qaireena meninggikan suaranya apabila Khairul masih tidak berhenti bermain dengan kotak yang baru sahaja dihadiahkan olehnya tadi.
"Dengar..Keep going..I'm paying attention right now."jawab Khairul sambil menekan butang merah yang berada di bahagian hujung kotak itu.
Qaireena yang melihat,mula berasa naik angin.
"I don't think you are..Give me that!"jerit Qaireena sambil cuba merampas kotak yang berada di sebelahnya.
"Ah..Awak bagi dekat saya benda ni..Mana boleh ambil balik!"jerit Khairul pula lalu merampas laju kotaknya yang berada di atas meja.
Mujur Qaireena tidak sempat mengambilnya.
"Pay attention can you?"
Khairul memuncungkan bibirnya lalu mengangguk perlahan.
Tetapi tidak sampai lima minit mengulang kaji,Khairul sudah melentokkan kepala di atas meja.Wajah Qaireena dipandang lama.
Butang merah pada kotak di tangannya ditekan lalu diletakkan di depan wajahnya.
"Why are you looking at me like that?"soal Qaireena sambil cuba mengalihkan pandangannya ke tepi.
Pandangan dia tu..menggoda betul.
"Happy birthday.."
"Hm?"
"Happy Birthday,Qaireena..Well..Awak cakap awak tak pernah sambut hari jadi awak..So...Saya lah orang pertama yang sambut hari jadi awak kan?"soal Khairul dengan riak wajah gembira sambil kepalanya dilapikkan menggunakan lengannya.
Qaireena terdiam seketika.
Wajahnya mula berasa panas.
"So stupid."bisiknya perlahan.
"Ehh..You're blushing.."Khairul bersuara dalam nada mengusik.
"Shut up.."
Qaireena menutup buku latihannya.
Dia pun sudah tidak berasa seperti ingin belajar sekarang.
Khairul menekan butang merah pada kotaknya.
"Esok..Kau tak payah datang sini dah."
Khairul tersentak.
Dia marah sangat sampai dia taknak tengok muka aku dah?
"Esok..Aku dah tak ada kat sini."
"Eh..?Maksudnya..?"
Qaireena menundukkan kepalanya.
"Esok...Aku..kena pergi Paris."
"Ja...Jauhnya..Untuk apa awak pergi sana..?"
"Mak aku..ada hal kerja."
Qaireena perlahan-lahan memandang ke arah Khairul.Badannya ditegakkan apabila riak wajah Khairul kelihatan murung.
"Berapa lama..?"
"Enam tahun.."
"Lamanya..."
Khairul memegang kotak di tangannya dengan erat.Matanya yang berasa seperti berkaca dikerdipkan beberapa kali.
"Sebab tu ke awak bagi saya kotak ni?"
Sekali lagi Qaireena mengangguk.
Bibirnya diketap kuat.
"...Sunyi lah saya nanti.."
Khairul tergelak kecil di penghujung ayatnya.
Tetatpi wajahnya masih kelihatan sedih.
Baru saja tadi dia tersenyum lebar..
"Come here."
Qaireena mendepa tangannya dengan riak wajah seperti menahan tangisan.
Khairul berjongket kening.
"Hurry up before I kill you!"
Khairul tersentak lalu perlahan-lahan bergerak ke arah Qaireena.
Tubuh Qaireena dipeluk erat.
Qaireena menekup wajahnya pada bahu Khairul apabila matanya mula berkaca.
Dato' Syafeez melepaskan keluhan berat.
"Patut lah dia taknak pergi.."
Wajah Datin Qairiyla yang tiba-tiba berada di sebelahnya membuatkan dia tersentak.
Dadanya diurut.Mujur dia tidak menjerit,kalau tidak kantoi tadi.
"Dia suka betul dekat budak tu.Siap bagi jam dia lagi."
Datin Qairiyla bersuara sambil berpeluk tubuh.
"Awak pun sama je dulu."
Datin Qairiyla memandang ke arah suaminya yang sudah membuat riak wajah mengejek.
Senyuman senget terukir di bibirnya.
"If you say things like that again I will eat you."
"Aaa...takutnya titew.."
"Okay,that's it."bisik Datin Qairiyla sebelum mencepung tubuh suaminya dengan laju.
Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Eh..!Gurau pun tak boleh ke..?!Let me go..!Saya belum habis tengok lagi..!!"jerit Syafeez dalam nada berbisik sambil menggoyangkan kakinya.
Share this novel