Qaireena memicit matanya yang berasa pedih.
Tekaknya yang berasa kering diurut dengan riak wajah malas.
Pergelangan tangannya dipandang sekilas.
"Eh..Mana pergi jam.."
Dahi Qaireena perlahan-lahan berkerut apabila fikirannya mula memutarkan situasi memalukan yang berlaku sebentar tadi.
Keluhan berat dilepaskan.
Nak menjerit pun rasa tak larat..
"God..I don't understand you.."bisik Qaireena perlahan.Pandangannya melilau mencari jam di sekelilingnya.
Sebaik sahaja pandangannya terhenti pada jam di dinding,dahinya berkerut buat kali kedua.
"Baru pukul 10?Aku ingatkan aku tidur lama tadi.."bisik Qaireena perlahan.
Kakinya di atur keluar daripada bilik rehat itu.
Pinggangnya diurut.
Katil bukan main keras..Boleh retak tulang belakang kalau baring lama-lama atas tu..
Baru sahaja dia mahu memakai kasutnya,secara tiba-tiba pandangannya beralih ke arah katil di dalam bilik rehat itu semula.
Fikirannya mula berputar.Bayangan Khairul yang terduduk di atas ribanya membuatkan Qaireena menampar pipinya.
Wajahnya diraup kasar.
"What was that for..Qaireena..Apa masalah kau ni.."
'Please..remember me already..'
'..you said you will remember me..'
Kening Qaireena terangkat.
"Oh ya...What was that all about?..Did I forget something important?"
Qaireena menggigit kukunya sambil sebelah tangannya menyarung kasut pada kakinya.
Kepalanya yang berdenyut dibiarkan.
Dia sendiri pun tidak tahu sama ada kepalanya berdenyut kerana demam,ataupun kerana terlebih fikir.
Tapi kenapa kalau terlebih fikir,kepalanya akan menjadi sakit?Dulu bukan main dia menghafal semua benda dengan mudah sampai rasa nak muntah,tapi sekarang ni..Cuba nak ingat sesuatu benda yang pernah berlaku pun susah..
"Or it never happen in the first place?"
Kalau dia tidak ingat,mungkin sebab peristiwa penting itu tidak pernah berlaku?
Tapi apa maksud Khairul tadi?..
"He knows me..Mimpi aku tu pun satu hal..Rasa macam..deja' vu.."
Qaireena berpeluk tubuh.
Hujan renyai-renyai yang masih lagi turun membuatkan Qaireena berasa seperti mahu tertidur.
"Kalau aku tanya dia,mesti dia tukar topik..Not to mention.."
Qaireena mengetap bibir apabila teringatkan peristiwa dirinya yang menyapu hingus pada lengan baju Khairul.
Oh..Memalukan sungguh.
"Agaknya cikgu Syazwan tahu apa-apa tak?.."
Qaireena menggeleng kepala.
"Aish..Serabutnya!"
"Oh-"
Qaireena berpaling ke arah suara yang kedengaran lembut di telinganya itu.
"Cikgu?"
Khairul berdehem buat seketika.
Bekal yang dibaluti dengan plastik itu disorok di belakangnya.
"Uhh..You're awake?.."
Kening Qaireena terangkat.
Itu bekal makanan ke?Dia nak makan kat sini ke?
Or is he..
"Yeh..Did you brought food for me?"soal Qaireena perlahan sambil membuat riak wajah letih.Kalau dia tidak menyoal,mungkin Khairul akan main tarik tali dengannya.
"I..It's not that I brought you food..Saya terbuat lebih,jadi saya takut membazir..You can have some if you want.."jawab Khairul dengan pipinya yang sudah berubah merah.
Qaireena tersenyum lebar.Kasutnya yang baru sahaja dipakai,ditanggalkan semula.
"Alaa..Cikgu cakap je lah yang cikgu nak temankan saya."
Dahi Khairul berkerut.
Qaireena,yang menyangka Khairul akan memarahinya hanya menadah telinga dengan senyuman lebar yang tidak lekang dari bibir.
Pipinya yang dipicit membuatkan Qaireena perlahan-lahan memandang ke arah Khairul dengan riak wajah pelik.
"Enough smiling for today..You look tired."bisik Khairul perlahan sambil menepuk manja pipi Qaireena beberapa kali.
Qaireena sudah mula terpinga-pinga.Khairul macam..lain je hari ni?Or is it just my imagination?
Khairul meletakkan sarung tangannya ke tepi.
Sudu yang berada di dalam plastik di ambil lalu dihulurkan ke arah Qaireena yang sudah melabuhkan punggung di depannya.
Qaireena hanya memerhati sambil memandang dua bekal yang dipegang oleh Khairul.
"Wow..do you usually eat this much?You're so thin though.."soal Qaireena sambil membuka penutup bekal dengan riak wajah teruja.
"Shut up and eat."jawab Khairul lalu sudu yang sudah berisi nasi goreng itu disua ke arah mulutnya.Matanya masih lagi memandang ke arah Qaireena.
"Hm!Sedap!"
Qaireena mengunyah nasi goreng di dalam mulutnya dengan laju.
Rasa macam pernah rasa nasi goreng ni..
Tapi dekat mana ya?..
"I'm glad.."bisik Khairul perlahan.
Senyuman lebar terukir di bibirnya tanpa disedari.Nasi di dalam bekalnya dicedok lalu disua ke arah mulutnya.
Qaireena yang terpandang senyuman Khairul juga ikut tersenyum.
"Khairul..You really should smile more..You look cute."
Tidak pasal-pasal lelaki di depannya tersedak.
Qaireena dengan pantas menghulur botol air milik Khairul yang berada di sebelahnya dengan riak wajah serba salah.
"Are you..okay-"
"Boleh tak bila makan tu,diam?!"jerit Khairul sambil berdehem beberapa kali.
Senyuman senget terukir di bibir Qaireena apabila terpandang telinga Khairul yang sudah berubah merah.
"Sorry..Nak puji pun salah ke..."
Melihat riak wajah Qaireena yang kelihatan muram,perasaan bersalah mula terbit di hati Khairul.
Qaireena menekup mulutnya apabila terasa seperti ingin terbatuk.Dahinya berkerut menahan sakit.
Kalau batuk,nanti tekaknya akan terasa sakit.Kalau tak batuk pun,tekaknya masih akan terasa sakit!
"..Do you..want to go home?"
Qaireena berdehem beberapa kali sebelum memandang ke arah Khairul.
"Tak larat lah nak jalan."
"I can send you home."jawab Khairul pantas.
Ayat yang meluncur laju dari mulutnya tanpa ditapis membuatkan Qaireena terlopong buat seketika.
Ini mimpi ke?Cikgu Khairul nak tumpangkan aku?Dia?Tumpangkan aku?Ini mimpi ke?
"Cikgu..tumpangkan..saya?"soal Qaireena lagi sambil menuding jari ke arah wajahnya.
Khairul mengangguk laju.
"Uhh...Kau ni..Khairul kan?"
Qaireena mengecilkan matanya dengan riak wajah curiga.
"Ish!Saya tengah serius ni!"
Qaireena berpeluk tubuh sambil berdehem buat beberapa kali.Dahinya berkerut buat seketika.
Tidak lama kemudian,wajahnya mula berubah merah.
"F..Fine..If you insist."
Khairul tersenyum lebar apabila Qaireena bersetuju dengan cadangannya.
Nasib baik dia tak buat perangai keras kepala dia..
"Lepas makan,saya hantar awak balik."
"Cikgu betul-betul nak hantar saya?Berapa saya kena bayar?"
Khairul hanya menayangkan riak wajah kosong yang biasa dilakukannya setiap masa sambil mengunyah nasi goreng di dalam mulutnya.
Suasana menjadi sunyi buat seketika.
Qaireena yang tidak tahu mahu berkata apa,memandang ke arah sudu yang dipegangnya.
"Cikgu..Boleh saya tanya soalan?"
"Hm."
"Kotak kecil dekat dalam rumah cikgu tu..Saya rasa macam pernah nampak."
Khairul secara tiba-tiba tersedak buat kali kedua apabila kes 'pecah masuk bilik' diungkitkan secara tiba-tiba.
"A..Awak..Saya ingat awak dah lupa?"
Qaireena menggeleng seketika.
Wajahnya dipalingkan ke tepi.Matanya memandang pemandangan dari tingkap yang berada tidak jauh darinya.
Keluhan berat dilepaskan.
"Memang saya nak lupakan..Tapi tak boleh..I keep remembering it.."
Kening Khairul terangkat.
Qaireena dapat melihat mata Khairul seperti bersinar buat seketika.
"Kenapa?"
"Haih..Saya pun tak tahu..Mana cikgu dapat kotak tu?Saya rasa macam pernah nampak lah..Jam tu pun sama..Kenapa saya rasa macam..When will you give me the answers?"soal Qaireena dengan riak wajah serius bercampur stress.
Mahu berfikir,kepalanya pula sakit.
Rasa macam nak bunuh diri pun ada..
Melihat Khairul yang masih lagi mendiamkan diri,Qaireena melepaskan keluhan putus asa.
Suaranya kedengaran jelas di dalam bilik itu.
"Kenapa..Awak nak tahu?"
"Sebab saya rasa macam..cikgu..kenal saya...ke?"
"Kalau saya kenal awak pun kenapa?"
Qaireena memicit kepalanya yang mula berdenyut.
Bekal makanan di depannya ditutup lalu ditolak ke arah Khairul.Air kosong di tepinya diteguk,bagi membasahkan tekak.
"Saya..."
Qaireena terdiam seketika.
Saya apa?
Saya cuma nak pastikan,cikgu lah orang yang melamar saya tu..
Lepastu apa?
Lepastu..saya nak tolak lamaran tu sebab saya..
Sebab saya?
Sebab apa?
Kenapa nak ditolak?
Qaireena menggeleng kepalanya perlahan.
Tak,tak,tak..Kepala aku dah mula pening.
My objective for coming here is to find the one who propose to me,and tolak lamaran dia..
Tapi kalau orangnya betul-betul Khairul..
I guess that's.......fine?
Qaireena tersentak.
"NO!"jerit Qaireena lalu berlari keluar daripada bilik itu dengan kakinya yang hanya berlapikkan stoking.
Khairul yang tidak sempat berkata apa-apa sudah terlopong.Kepalanya yang tidak gatal digaru kasar.Jam di pergelangan tangannya di pandang lama.
"Nanti lah aku bagitahu dia...Kalau dia tolak,dia tolak lah.."
Dahi Khairul berkerut buat seketika.
"Tak..Tak boleh..Kalau dia tolak.."
Riak wajahnya berubah keruh.
"Kalau..dia tolak..."
Khairul mengetap bibirnya dengan kasar.
Matanya yang berkaca itu dikerdipkan dengan laju bagi menyingkirkan air mata yang bertakung.
"Let it be.I will tell her.I will."
Share this novel