BAB 19

Romance Completed 4178

Qaireena meraup mukanya menggunakan tangan kirinya manakala tangannya masih lagi sibuk melukis gambar kucing di dalam buku teks Bahasa Melayunya.
"You have someone you like?.."

"Maksud aku suka macam..Kawan."
"Lie.I never heard of him."jawab Qairin dengan pandangan tajam.
Macam mana perempuan macam Qaireena ni boleh tersuka dekat seseorang.
Lelaki mana yang berjaya menambat hati dia?Sedangkan selama ni dia hanya menumpukan perhatian kepada aku seorang!
AKU!JEALOUS!

"Aku sendiri pun dah lupa,rupa dia macam mana..Kali terakhir aku jumpa dia waktu aku umur 11 tahun.And after that we have to move to Paris remember?"
Qairin termenung buat seketika.
Tak silap aku..6 tahun lepas,ada seorang budak lelaki ni..sebaya dia ke?
Dia selalu datang rumah untuk belajar Sains..Is that the guy she likes?
Aku dah lupa..

"So?Apa benda yang kau suka sangat tentang dia?"
Qaireena termenung buat seketika.
Lama.
Lebih kurang 5 minit kemudian,baru lah dia bersuara dan jawapannya amat tidak memuaskan.
'Entah'.

"Kau masih nak cari dia ke?"
"Yes but I don't know how."Qaireena menongkat dagu lalu gambar bunga dahlia dilukis di atas kepala kucing itu.

"Kau ada bagi dia apa-apa sebagai memori?Like a present?"
"Hadiah?...."
Qaireena termenung buat seketika.
Tidak lama kemudian kepalanya mula berdenyut kuat.

"Urgh..I don't want to think..Kepala aku sakit bila fikir benda-benda macam tu..I already finish school..Jadi aku taknak fikir benda yang menyusahkan.."
Qairin hanya mendiamkan diri.
Oh..Jadi dia benci sekolah sebab..Kepala dia sakit kalau dia fikir banyak sangat?
Tapi kalau kerja pun bukan kena fikir banyak ke?

"Yo,girlie.Aku tahu kau dah pandai.But at least,respect me and stop chatting in the back,okay?"Hasyira yang sedang menulis sesuatu di papan putih akhirnya bersuara.

"Oh,sorry.I was bored."
"Kalau bosan sangat tak payah lah dengar aku mengajar.Keluar je daripada kelas ni."
Qaireena menggeliat buat seketika sebelum mengangkat punggungnya.

"Okay,then.See you later.Have fun teaching."jawab Qaireena sambil menarik serulingnya dari dalam beg dan berlari keluar dari bilik darjah itu.
Semua yang berada di dalam kelas sudah terlopong.

"Entah apa lah yang aku mengharapkan waktu aku suruh dia keluar..Of course lah dia akan keluar betul-betul!Itu kan Qaireena!!"jerit Hasyira bagi melepaskan geram.
Dia tidak kisah sangat pun jika orang yang paling terbijak dalam kelas itu mahu memonteng kelas.
Tapi kalau dia ponteng kelas,dia cari masalah dekat tempat lain lah pulak.Biar lah..Dah nak dekat waktu rehat lagi pun..

"Ah..Good spot."
Baru sahaja Qaireena ingin berlari ke arah tempat yang kelihatan redup itu,bajunya di bahagian belakang,ditarik.

"Ah..Cikgu."
"Wow..Macam menyampah dekat cikgu je?"
"Kenapa setiap kali saya jumpa tempat bagus cikgu selalu datang kacau?"
Syazwan tergelak kecil lalu tangannya ditarik semula.Seruling yang berada di tangan Qaireena dipandang sekilas.
Dia nak main seruling dekat tempat ni ke?

"Well..I know every good place in this school.Tempat rehat rahsia cikgu Khairul pun saya yang jumpa tau!"
"Saya tak tanya pun....Cikgu jangan lah kacau saya."
Qaireena melabuhkan punggung di atas bangku yang berada di bawah pokok.
Kakinya disilangkan sambil dia berpeluk tubuh.
Matanya memandang tajam ke arah wajah Syazwan.

"Tapi ini tempat saya.Awak lah pergi sana."
"Saya yang datang sini dulu!"
"Ini tetap tempat saya."
Qaireena mendengus geram.
Damn..Cikgu ni annoying betul lah kalau dia nak cari pasal dengan orang.

"Tengok dekat bahagian tepi bangku tu."
Syazwan menuding jari ke arah bahagian kanan bangkunya.

'This is Syazwan's place.Kindly leave,please.'-Khairul

"Tch..Dua-dua sama je."
Syazwan tergelak kecil apabila Qaireena membuat riak wajah menyampah.

"Then how about we make a deal?"
"Apa dia?"
"You can sit here but..Sebagai balasan,mainkan saya satu lagu."
Qaireena memandang seruling di tangannya dan wajah Syazwan bersilih ganti.
Matanya kemudian memandang ke arah sekeliling tempat itu.
Tempat yang tertutup,tak ada ramai orang lalu.
A perfect place for a quick nap and a picnic.
Tempat ni pun bersih..

"It's worth it I guess.Fine.It's a deal."
"Yeayy~"
Qaireena berjongket kening.
Oh.Dia boleh buat suara macam tu?
Man are such weird creatures.

"Cepat lah!"
"Cepat lah apa?"
"Mainkan satu lagu!"
Qaireena menayangkan riak wajah menyampah sebelum dia perlahan-lahan mengangkat serulingnya.
Syazwan perlahan-lahan melabuhkan punggung di atas tanah yang dipenuhi rumput memandagkan bangku itu hanya muat untuk dua orang sahaja.Tapi tak mungkin lah Qaireena akan membenarkan dia duduk sebangku bersama-sama.

Syawan menenangkan mindanya buat seketika sambil mendengar bunyi seruling yang dimainkan oleh Qaireena dalam nada mendayu.


"Wake up.Cikgu.Bangun,cikgu."
Syazwan tersentak apabila lengannya digoncang.
Tangan Qaireena ditepis kasar.
Kening Qaireena terangkat buat seketika.

"Hah..Terkejut cikgu."
"Cikgu okey?You look pale?"
Syazwan tersenyum senget lalu kepala Qaireena diusap perlahan.

"I'm fine..You look tired more than I do."
Qaireena dapat merasakan pipinya berasa kebas buat seketika.
Sheesh..Siapa yang dapat cikgu Syazwan mesti rasa bahagia macam dekat langit ke tujuh.
He's handsome indeed.
Cute indeed.
Kind indeed.

Dahi Qaireena berkerut lalu tangan Syazwan ditepis.
"Cikgu jangan lah layan saya macam budak-budak..How was my performance?Is it good?"

"Good!Sampai tertidur cikgu dibuatnya..Kalau macam ni cikgu nak datang sini hari-hari lah.Qaireena pun datang lah sini hari-hari."
Qaireena tersenyum senget lalu mengangguk perlahan.
Lengan Syazwan ditarik agar lelaki itu bangun dari tempatnya.

Syazwan terjerit kecil apabila kakinya berasa kebas.Tidak pasal-pasal dia tersembam ke arah tubuh Qaireena.
"Ah!Sorry!"

Melihat Qaireena yang seperti terpegun melihatnya,Syazwan dengan pantas kebelakang lalu buku teks yang berada di sebelah Qaireena di capai dengan laju.
"Apa ni..Buat gangguan seksual dekat cikgu!"

"Eh?Kenapa saya pulak yang difitnah ni?"
Qaireena tergelak kecil apabila wajah Syazwan sudah berona merah tetapi masih juga tertawa.

"Ah..I need to go now..Lepas ni kelas Matematik.Qaireena.Jangan ponteng kelas banyak sangat.Tahu lah dia dah pandai.."bisik Syazwan perlahan di hujung ayatnya sebelum berlalu pergi dari tempat itu.Meninggalkan Qaireena yang masih lagi berdiri di situ seperti tugul kayu.

Qaireena terdiam buat seketika.Wajahnya perlahan-lahan berubah merah.
Tangannya dihayung lalu batang pokok di sebelahnya ditumbuk dengan kuat.
"What the heck is that,earlier?"

Qaireena menggeleng kepala dengan wajahnya yang masih lagi berasa panas.
"Now I feel weird..I really need some water.."


"Kak!"
Qaireena berpaling ke belakang sambil kakinya menuju ke arah perpustakaan.

"Tadi kau pergi mana?"
"Ada lah..Kenapa?"
"Tadi cikgu Khairul nak jumpa kau."
Langkah Qaireena automatik terhenti.
Wajah adiknya dipandang lama.

"Bila?"
"Waktu kau dah keluar tu..Seminit lepastu dia datang."
Qaireena termenung buat seketika.
Kenapa dia nak jumpa aku?Aku ada buat salah ke?..Dia nak pulangkan jaket dengan payung aku?
Eh..Mustahil.Macam mana dia boleh tahu itu aku punya?

"Dia kata dia nak pergi cari kau sendiri..Dia ada jumpa kau?"
Qaireena menggeleng kepala.
Setiba sahaja di depan pintu perpustakaan,masing-masing mula membuka kasut lalu diletakkan ke atas ras kasut.Ada juga yang meletaknya jauh dari tempat rak kasut.
Siapa lagi kalau bukan Qaireena dan Asyiqa?

"Cikgu Aina dekat bilik mana satu?"soal Qaireena perlahan.

"Kau cek yang tu.Aku cek yang ni."
Qaireena mengangguk perlahan lalu berjalan ke arah kiri manakala Qairin pula berjalan ke arah kanan.

Pintu kaca di depannya perlahan-lahan ditolak.
Kepalanya disengetkan sambil kakinya perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Teacher?Are you in here?"

Wajah Khairul yang berada betul-betul disebelahnya dipandang lama.
"O-Oh..Cikgu..?"

"Don't you know how to knock?"
"Sorry..I was searching for teacher Aina.."
"Teacher Aina is not here obviously!"
Qaireena berjongket kening.
Nada lantang Khairul membuatkan dia berasa pelik buat seketika.
Jarang dia kuatkan suara dia..Well..Kadang-kadang kalau dia marah anak murid memang suara dia kuat..Tapi kalau dia bercakap,jarang dia main tengking-tengking..

"Are you okay?"
"Why wouldn't I be fine?!"
"You look angrier than usual..And come to think of it..Tadi adik saya kata,cikgu nak jumpa saya?So I assume you are angry because of me?"
Melihat wajah Khairul yang berubah 360 darjah,Qaireena perlahan-lahan mengalihkan pandangannya.

"You really know how to read people don't you?"
Qaireena menguis pipinya bagi menghilangkan rasa kekok.
Memandangkan yang berada di dalam bilik itu hanya dia dan Khairul.
Berduaan.
Keseorangan.
Sebagai pelajar dan guru,of course!

Khairul menuju ke arah meja di depannya lalu laci meja itu ditarik dengan kasar.
Qaireena berjongket kening.
Baru sahaja dia hendak melangkah ke arah Khairul,sehelai jaket sudah terlebih dahulu melayang ke arah wajahnya.

"Take that back!I don't need it!And I don't need your help either!"jerit Khairul dengan wajahnya yang sudah berubah merah akibat marah.
Payung di tangannya dicampak ke tepi sehingga terpelanting di atas sofa.

"How did you know this jacket is mine?"
"I don't know!I saw you using that umbrella several days ago and I thought maybe that's yours!Shut up and leave!"
Qaireena melipat jaketnya lalu disangkut pada lengannya.Payung mininya yang sudah digulung dimasukkan ke dalam poket jaketnya.
Keluhan berat dilepaskan.
Orang pendek ni memang jenis yang panas baran ke..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience