BAB 42

Romance Completed 4178

"Mak awak cakap awak ada masalah memori?"
"Uhh..Erm..Se..Sebenarnya,saya..Memang ada masalah memori-"
"Tipu.Jadi macam mana awak boleh ingat tentang..."
Qaireena mengembungkan pipinya.
Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perkara yang sebenar.
Saya mimpi pasal kisah silam saya,and it felt so real,jadi bila saya bangun saya rasa macam itu separuh daripada memori saya,dan saya tak rasa pelik,tapi saya rasa gembira sebab saya pernah berkawan dengan awak jadi sekarang ni saya macam dah terjatuh cinta dekat awak- Ah tak,maksud saya,I enjoy your company around me and I like your face but that doesn't me I like you,tapi saya taknak awak kahwin dengan orang lain sebab awak kata awak nak tunggu saya,tapi salah saya juga sebab lupakan awak dan asyik fokus dengan kerja sampai terlupa pasal janji yang kita buat beberapa tahun yang lepas jadi saya nak minta maaf tapi saya-

"Qaireena!"
Qaireena tersentak daripada lamunannya.
Dadanya diurut perlahan.
Melihat wajah Khairul yang masih menunggu jawapannya,Qaireena juga ikut terdiam.

"Saya..."
"Awak tipu saya ke..?Because you don't like me so you lied and told your mother that you don't remember who I am?"
"NO!Hey!Where are you going?!"
Belum sempat Qaireena menghabiskan ayatnya,Khairul sudah melangkah ke arah pintu rumahnya.
Qaireena yang melihat sudah terlopong.
Dia sanggup tinggalkan aku dekat belakang ni untuk layan perasaan dia?!

"Tak!Tunggu!Awak salah faham!"
Lengan Khairul dipegang erat sambil badannya juga ikut terheret setiap kali Khairul melangkah.

"Let go of me!So you hate me..?I don't care."
"No!Listen to me!I said listen to me first!"
"I don't want to.Let me go!"
"KHAIRUL,LISTEN TO ME!"
Khairul berhenti melangkah buat seketika.
Qaireena menghembus nafas lega.
Baru sahaja dia hendak bersuara,air yang tiba-tiba menitik ke atas lantai membuatkan dia terdiam.

"Are you..cry-"
"Diam lah.."jawab Khairul sepatah. Perlahan-lahan tubuhnya diturunkan sambil dia bercangkung di hadapan Qaireena.
Lututnya dipeluk.

"I waited for you..for seven years..Tapi awak-"
Qaireena yang melihat sudah terlopong.
Ini kali kedua dia melihat Khairul menangis dan dia masih tidak tahu apa yang patut dilakukan.
Dalam keadaan panik,tangannya ditadah lalu air mata Khairul yang masih menitik itu dibiarkan agar jatuh di atas telapak tangannya.
Bibirnya diketap.

"Please don't cry..I.."
Qaireena menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembusnya semula.
Biasanya waktu-waktu sekarang ni lah,hero cium heroin sampai heroin berhenti menangis..
Patut ke aku cium dia..?
Kepalanya digeleng laju.
Qaireena..Qaireena..tolong jangan macam-macam.

"I didn't..forget about you on purpose..Saya memang terlupa pasal awak lah."
Air mata Khairul masih lagi tidak berhenti mengalir.
Qaireena mengembungkan pipinya.
Urgh..Aku tak tahu macam mana nak pujuk lelaki..Uhh..Haa!Macam mana mama pujuk papa kalau dia menangis?
Dia ciu-

Qaireena melepaskan keluhan berat.
Selain ciuman..?
Dia....Peluk?
Perlahan-lahan tubuhnya mengesot ke arah Khairul lalu tubuh Khairul dipeluk.
Tetapi belum sampai 2 saat,tubuhnya sudah terlebih dahulu di tolak.
"What are you doing..?"

"Saya tengah cuba nak pujuk awak!"jerit Qaireena yang sudah mula berasa menyampah.
Saya tengah jadi baik nak tolong pujuk diri awak yang meroyan ni,awak pergi tolak saya?
Kurang ajar betul..

"Tak ada cara lain ke?'Tak ramah' awak tahu tak..?!"jerit Khairul pula.
Wajahnya diraup.
Bimbang jika wajahnya menjadi merah.

"Macam lah kita tak pernah buat benda 'tak ramah' sebelum ni.."
"Apa dia?"
"Ah..tak ada apa."
Qaireena berdehem seketika.
Uish..Hampir.Agaknya kalau dia tahu aku pernah sentuh dia waktu dia nak pulangkan payung tu,mesti lagi teruk keadaan nanti.
Teruk keadaan apa?
Dia takkan cakap dengan aku terus!

Sarung tangannya yang berwarna putih susu itu disarung semula dengan laju.
Perlahan-lahan dia mengangkat kakinya yang masih berasa sakit.
Matanya dipejam rapat buat seketika.
Urgh..Baru pertama kali aku jumpa lelaki yang taknak tolong perempuan bila dia tengah menderita.

"Come on..Get up.Dengar lah cerita saya dulu..hm?"
Khairul menghulur tangannya.
Qaireena tersenyum lebar lalu tubuh Khairul dicepung dengan selamba.

"Kejap..Kaki awak tak sakit ke..?"
"Worry about yourself first.I'm gonna do you."
Qaireena yang baru sahaja ingin berkata 'Just kidding',terus membatalkan niatnya apabila Khairul memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar.
Dahi Qaireena berkerut sesaat.

Budak ni..Kenapa dia nampak macam teruja?
Dia tahu tak apa maksud di sebalik ayat aku tadi?
Ah..Mestilah dia tahu..Dia cikgu Bahasa Inggeris.
Tapi kenapa dia nampak teruja?
Waktu aku bergaduh dengan dia dalam bilik perpustakaan tu,dia asyik cakap 'jangan'..
Is that really how he feel though?..
Huh..Waktu tu..Is he trying to stop me?Or is he trying to stop himself from getting carried away?

"Jangan..buat lawak lah..Kaki awak bukan terseliuh ke tadi?"soal Khairul sambil mula bergerak ke kiri dan ke kanan.
Tubuhnya yang tiba-tiba dicengkam kuat membuatkan pergerakannya automatik terhenti.

"Terseliuh je..Bukannya patah.Tak ada lah teruk mana."jawab Qaireena perlahan.
Wajahnya kembali menjadi dingin semula.
Melihat perubahan wajah Qaireena yang berubah secara tiba-tiba,wajahnya mula menjadi murung.

"Do you hate me?"
"No."
"Am I annoying,then?"
"Yes."
Khairul memuncungkan bibirnya sambil berpeluk tubuh.Wajah Qaireena dipandang lama.
Dulu dia kecil je..
Macam mana dia boleh jadi setinggi ini..?
Perempuan biasanya pendek..
Rasa macam aku pula yang mengecil kat sini.

"Buka pintu."
Khairul memulas tombol pintu biliknya lalu pintu bilik itu ditolak.
Qaireena melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan riak wajah yang kelihatan tenang.

"Still smells nice."
Tubuh Khairul yang tersentak itu membuatkan dia juga ikut tersentak.
Qaireena berdehem buat seketika sebelum meletakkan Khairul di atas katil dengan berhati-hati.
Macam Khairul pula yang cedera sekarang ni..

"So..Which part do you want to hear first?"

"Aish..Tolong lah..Mana dia ni?!"
Asyiqa menghulur balang yang berisi biskut ke arah Qairin yang dari tadi membebel pasal Qaireena.

"Mungkin..dia pergi jalan-jalan dengan cikgu dia dulu kot-"
"Diam kau!Pengkhianat!"jerit Qairin lalu bantal berbentuk kucing di sebelahnya di tarik lalu di campak ke arah wajah Khairi yang berdiri tidak jauh darinya.

Khairi tersentak.Bantal yang dibaling ke arahnya ditangkap oleh Syah.
"Syahira..Awak dah siap kerja awak?"

Syah hanya mengangguk lalu bantal yang dipegangnya di campak ke arah Qairin semula tetapi dengan pantas ditangkap oleh Asyiqa.
"Kau kata nak balik lepas seminggu!Ini dah lebih seminggu!Kenapa kau duduk dekat sini lagi?"

Khairi menyatukan kedua-dua jari telunjuknya.
"Sebenarnya saya memang dah nak balik!Tapi.."
Syahira berpeluk tubuh sambil melabuhkan punggung di atas sofa.

Serta merta kemalangan kecil yang berlaku beberapa hari yang lepas bermain di dalam fikirannya.

..........

Syahira menyengetkan kepalanya.
Kelibat Khairi yang sedang sibuk mengemas barang membuatkan keningnya berjongket buat seketika.
"Kau..nak pergi mana?"

"Mn?Oh..Syahira.."
Pipi Syahira automatik berasa panas.
Aku dah cakap,jangan panggil aku Syahira,kan...

"Saya dah nak balik lah..Hari ni dah hari ke tujuh saya dekat sini.Jadi saya kena balik lah.."
Kening Syahira terangkat buat seketika.
Dia dah nak balik..?Awalnya?
Rasa macam..Baru tiga hari?
Tak..Tak boleh,tak boleh.
Aku tak puas lagi main dengan dia.

"Tapi..kerja saya ada yang belum siap.."
"Nanti akan ada PA baru datang..Awak boleh lah minta tolong dia."
Syahira mengalihkan pandangannya buat seketika apabila senyuman Khairi kelihatan seperti bersinar.

"Ta..Tapi-"
Khairi berjongket kening apabila Syahira tiba-tiba berkelakuan pelik.
Biasanya dia suka kacau aku?..
Kenapa hari ni dia macam..Lain?

"Uhm..Uhh.."
Syahira menggempal penumbuknya buat seketika.
Macam mana nak buat dia ubah fikiran,ya?
Arhhh..Mana lah aku tahu!Mana lah aku pernah memohon dekat lelaki!Lelaki yang selalunya memohon dekat aku!

"Saya pergi dulu,ya?Awak jangan malas sangat buat kerja."
Khairi menundukkan kepalanya ke arah Syahira sebelum menggalas begnya.
Kakinya diatur ke arah anak tangga yang menuju ke arah ruang tamu.

"Uhh..kejap."
Khairi berpaling ke belakang apabila lengannya ditarik.

"Biar..Aku tolong hantar kau balik rumah."
"Ah..Okey!Terima kasih!"
Syahira mengangguk perlahan lalu berjalan di depan Khairi.Fikirannya masih berfikir cara untuk membuat Khairi tidak mahu pulang ke rumah.
Tapi..mana ada cara lain dah?
Dia siap kerja,dia akan balik..
Urgh..Biar lah..kalau dah takdir dia pergi,dia pergi lah..Aku cari lelaki lain lah nanti untuk dibuat main.

"Arh!Lipas!!"
Mendengar jeritan Khairi,Syahira tersentak buat seketika lalu dengan pantas berpaling ke belakang.

"Mana?"
"Arhh!!"
Khairi dengan pantas melangkah kebelakang apabila lipas yang terbang daripada bilik Harif hampir mendarat di atas bajunya.
Syahira yang berada di belakang automatik terhuyung-hayang sebelum terjatuh.

"Ah-"
"Ah-"

GEDEBUK!

"Arhh!!Syahira!Saya- Saya- Saya- Saya tak sengaja tertolak awak!Awak okey?!"
Syahira mengangkat tangannya lalu lipas yang terbang ke arahnya ditekup.
Kakinya yang berasa sakit itu dibiarkan.
Tangannya yang masih menekup lipas itu dipandang lama.

Air matanya perlahan-lahan menitis.
"Kaki saya sakiitttt~ Kenapa awak tolak sayaaaa~"
Wajah Khairul dengan automatik berubah pucat.
Ini pertama kali dia membuat perempuan menangis.Teruk betul,rasanya!

"Saya minta maaf!Uhh..Awak..Kita pergi hospital nak?"
Syahira menggeleng kepala.Air matanya semakin menitis laju.Lipas di dalam tangannya digenggam perlahan lalu sebelah tangannya mengambil kad berwarna putih di dalam poket jaketnya.

"Itu nombor telefon doktor peribadi saya..Awak boleh telefon dia.."
Syahira membuat riak wajah seperti sedang menahan tangisan.
Khairi mengangguk laju lalu mula melangkah ke arah telefon rumah yang terletak di bahagian penjuru ruang tamu.

Syahira terdiam seketika.
Keningnya terangkat apabila dia mendapat satu idea.
Lipas di tangannya dilepaskan ke arah pintu ruang tamu.
"Thank you for your help..Kau boleh keluar."

Bagaikan memahami kata-katanya,lipas di tangannya automatik terbang ke luar.
Syahira memandang kakinya buat seketika.
Terseliuh je rasanya..
Tangga ni bukannya tinggi sangat.
Tak apa lah..Berlakon je lah dulu.


Alisya memandang ke arah wajah Syahira yang masih basah dengan air mata.
Keningnya berjongket sambil dia membalut kaki perempuan itu dengan laju.
Kelibat Khairi yang berada di luar di pandang lama.
"Sejak bila kau menangis bila kau sakit?"

"Bagi lah aku berlakon sekejap.Kalau tak nanti budak tu nak balik..Aku tak puas lagi main dengan dia."jawab Syahira sambil menyapu 'hand sanitizer' di tangannya.

"Haish..Aku ingat cedera apa teruk sangat tadi..Aku tengah berseronok dengan suami aku,kau tahu tak?"
"Well,sorry not sorry."jawab Syahira selamba sambil menyapu air matanya dengan laju.
Duit di dalam poket jaketnya ditarik keluar lalu dimasukkan ke dalam poket cardigan Alisya.

"No need to thank me."
"No need to thank me,apa?Kau ingat aku miskin sangat ke,ha..?!"
Syahira terjerit kecil apabila kakinya dipicit kuat oleh Alisya.
Urgh..Perempuan ni tak sesuai betul jadi doktor.
Serius!

"Mengumpat aku dalam hati lah tu!"jerit Alisya sambil mengemas barang-barangnya.
Jelingan tajam diberikan kepada Syahira sebelum dia berlalu pergi.

"Syahira!Awak okey?Ada patah tak?"
"Saya okey..."
Syahira membuat gaya merajuk.
Wajah Khairi dijeling tajam.

"Awak tolak saya,kenapa?.."
"Saya tak sengaja lah.."
Syahira mengetap bibir lalu lengan Khairi ditarik kasar.Tubuh lelaki itu dibaringkan di atas katil lalu kedudukan Khairi dikunci.

"Awak duduk lah sini buat sementara waktu..Boleh?"
"Ta..Tapi saya kena-"
"Kejam lah!Saya nak awak temankan saya kejap pun tak boleh!Dah lah awak tolak saya!"jerit Syahira lalu bergulung di dalam selimut.
Kakinya di sebelah kanan yang tidak boleh dimasukkan ke dalam selimut,hanya dipandang sayu oleh Khairi.

"Okey,lah..Saya temankan awak.."
"Serius?"soal Syahira dengan riak wajah terkejut.Tidak sangka pula Khairi betul-betul ingin menemaninya.
Happy..But surprised.

"Saya minta maaf..Awak belum makan lagi kan?Biar saya tolong masakkan."
Syahira mengangguk laju sambil membetulkan kedudukannya.
Sebaik sahaja kelibat Khairi hilang dari pandangan,Syahira tersenyum sinis.

"Aku terlampau bijak atau dia yang terlampau bodoh?.."bisik Syahira perlahan.
Kepalanya digeleng.
Bodoh ke,bijak ke,lantakkan lah..yang penting dia nak duduk sini.

..........

Syahira mengembungkan pipinya sambil memandang ke arah Khairi yang masih bercerita.
Kakinya yang berlapikkan stoking di pandang lama.
Sejujurnya kakinya sudah lama sembuh..

'Tapi aku tak puas main dengan dia lagi..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience