BAB 28

Romance Completed 4178

Qaireena memandang bilik pejabat Syafeena dengan pandangan kosong.
Wajah Qairin yang tertidur nyenyak di atas sofa dipandang sekilas sebelum pandangannya berbalik ke arah jam yang tergantung di dinding.
"Hahh..Memenatkan.."

Lengan bajunya dibetulkan sambil dia melabuhkan punggung di atas kerusi di tepinya.
Ini baju murah ke?
Rasa macam..kasar.
"Ah..Kain sutera lain dengan kain lain..Lupa pula."

Qaireena melepaskan keluhan berat.
Dia memang sudah terbiasa memakai baju yang diperbuat daripada kain sutera..
Kerusi yang mempunyai tiga roda itu digerakkan ke arah tingkap yang baru sahaja siap dicuci sebentar tadi.

"Qairin?Are you awake?"
Tiada jawapan.
Bunyi penghawa dingin jelas kedengaran di dalam bilik itu.

Qaireena memuncungkan bibirnya.Kakinya diatur ke arah lif sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada bilik pejabat itu.Butang nombor 7 ditekan.
Memandangkan dia sedang bosan,baik fikir dekat mana nak reka kolam baru tu..

Dia dapat merasakan lif itu perlahan-lahan menurun.
Ah..Ada orang nak masuk lif ke?..
Qaireena mendengus geram.Baru je nak berseronok dalam lif sorang-sorang.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka,wajah Khairul yang terpampang di hadapan muka pintu membuatkan dia terlopong.Dengan pantas dia menundukkan kepalanya sambil berpura-pura bermain handphone.

'Apa dia buat kat sini?Itu cikgu Khairul kan?'
Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya lalu tubuh Khairul dipandang atas bawah dari belakang.
Wajahnya mula berasa panas.

'Urgh...I feel like a pervert.Qaireena,insaf lah..'Qaireena memejam matanya serapat-rapat yang mungkin sebelum membukanya semula.
Setiba sahaja di tingkat 7,masing-masing mula melangkah keluar daripada perut lif.

Qaireena yang berjalan tidak jauh daripada Khairul hanya memandang dari belakang.
Wajah Khairul kelihatan seperti sedang marah.
Agak-agaknya siapa lah yang buat dia marah..

Loceng di sebalik pintu bilik hotel itu ditekan dengan kasar.Qaireena yang memandang adegan itu mula tersengih.Marah sangat tu..

"Open up!"
Qaireena menyorok di sebalik belakang tangga lalu menyengetkan kepalanya.
Wajah perempuan yang baru sahaja keluar daripada bilik itu di pandang lama.

Khairul bercekak pinggang.
"Dah.Balik.Mommy nak jumpa."
"Whaaaattt...Malas lah.."
Khaleesya perlahan-lahan menyandarkan tubuhnya pada Khairul lalu tubuh lelaki itu yang sedikit pendek daripadanya dipeluk erat.

"Can I sleep here just for one more day?.."bisik Khaleesya perlahan lalu wajahnya ditekup pada bahu Khairul yang sudah menayangkan riak wajah menyampah.

"No you can't.Are you playing something weird again?"
Khaleesya tergelak kecil lalu hujung tudungnya diangkat.

"Why would I ruined my own image?..Think,Khairul..Think."
Khairul mendengus geram lalu tudung kakaknya yang sedikit senget itu dibetulkan.Tidak lama kemudian,senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Jom lah balik..Mommy dah rindu..Syazwan pun ada."
Khaleesya,yang mendengar nama 'Syazwan' dengan pantas memandang ke arah Khairul untuk mendapatkan kepastian.
Khairul hanya mengangguk sahaja.

"Really?!Yes!Kejap,aku bersiap!"
Khaleesya menutup pintu bilik hotel itu.Meninggalkan Khairul seorang diri di luar.

Khairul hanya menggeleng kepala sambil perlahan-lahan dia menuju ke arah tangga yang menuju ke tingkat 8.
Punggungnya perlahan-lahan dilabuhkan.
Pipinya ditongkat sambil fikirannya mula melayang jauh.

Qaireena yang berada di sebalik tangga itu sudah mula mengerutkan dahi.
Perempuan tu siapa?
'Tak pernah nampak pun sebelum ni?They look pretty close?'

Bibirnya diketap sambil dia berpeluk tubuh.
Wajahnya sudah berubah keruh.Niat mahu berjalan-jalan di dalam hotel kakak sendiri sudah di ganti dengan rasa ingin tahu tentang identiti wanita misteri itu.
'Are they in a relationship..'

Kepalanya yang tiba-tiba berdenyut kuat membuatkan dia terjerit kecil sambil memegang kepalanya.Qaireena dengan pantas menekup mulutnya.Perlahan-lahan dia bersandar ke arah dinding dengan badannya yang sedikit terbongkok.
'Ouch..Sakit dia makin lama makin melampau.'

Qaireena memejam matanya.Nafasnya ditarik lalu dihembus semula.
Perlahan-lahan dia memeluk lututnya dengan riak wajahnya yang berubah muram.
Wajahnya ditekup ke arah lututnya.

Kalau bukan sebab orang yang melamarnya,sekarang ni dia sedang melakukan kerjanya di dalam pejabat..Berseronok seorang diri..Tengok drama..Lepastu,mungkin kes 'tersentuh' Khairul tu pun tak akan pernah berlaku..Mungkin aku takkan kenal pun Khairul dengan Syazwan tu siapa..Mungkin sekarang ni..
Aku tak ada pun kat sini..

"Aku nak rehat...I'm so tired.."bisik Qaireena perlahan sebelum matanya tiba-tiba berkaca.
Pipinya mula berubah merah apabila air matanya mula mengalir laju.
Kepalanya yang sakit,dibiarkan.

"I want to die..Everything is so boring here..God,your world is boring.."bisik Qaireena lagi dengan riak wajah kosong.
Sejak kecil dia memang harus belajar.
Belajar untuk berjaya..Tapi sekarang bila dah berjaya..Kenapa dia langsung tidak merasa apa-apa keseronokkan?..

'I want to rest..'

Qaireena menghempaskan tubuhnya ke atas katil apabila dia selesai membersihkan diri.
Bunyi penghawa dingin kedengaran jelas di telinganya.
"Kalau aku dekat dalam novel sekarang ni..Mesti tiap-tiap hari akan ada benda 'interesting' yang akan berlaku.."

Pandangannya perlahan-lahan ditutup.
Niatnya hanya mahu menutup mata,tetapi yang berlaku,di sebaliknya pula.
Bunyi dengkuran kecil memenuhi bilik itu.
Jam di dinding perlahan-lahan berhenti bergerak tanpa disedari.

..........

Qaireena memandang ke kiri kemudian ke kanan.
Dia di mana?
Tingkap bilik itu perlahan-lahan dibuka.
"Ah..You're awake."

Qaireena dengan pantas berpaling ke belakang dengan riak wajah terkejut.
"Cik..gu?Did something happen?"

Khairul berjongket kening.
Wajah Qaireena dipandang dengan pandangan pelik.
"Nothing happen?..Kenapa awak tiba-tiba panggil saya cikgu ni?"

Mendengar cara percakapan Khairul yang agak lembut seperti biasa,bulu roma Qaireena automatik meremang.
"Uhh.."

"Why are you looking at me like that?Awak kata nak ajar saya matematik?"soal Khairul pula lalu melabuhkan punggungnya di atas karpet.
Buku latihannya dibuka lalu diletakkan di depannya.

"Awak penat?Kalau awak nak tidur dulu,tidur lah..Jarang saya tengok awak tertidur."
Qaireena memandang tangannya yang kelihatan seperti...mengecil?

Perlahan-lahan dia melangkah turun daripada katil.Lantai yang kelihatan dekat dengannya membuatkan dahinya berkerut.
"Are you okay?Mengigau?"

Khairul tergelak kecil lalu air di dalam begnya dikeluarkan.
"Nah..Minum air."

Qaireena memandang ke arah Khairul yang melangkah ke arahnya.Tingginya..
Aku rasa macam...kerdil.
Ini bilik aku dulu..?

Baju uniform sekolah yang tersarung kemas pada tubuh Khairul di pandang lama.
Wait a minute..?
Ini...
Kejap...Huh?

"Khai...rul?"
"Ya,saya?"soal Khairul dengan riak wajah pelik.
Pipi Qaireena perlahan-lahan ditepuk.

"Are you that tired?Nak rehat dulu?.."
"Stay away.."
Khairul perlahan-lahan menjauhkan dirinya lalu menuju ke arah meja tulis di belakangnya.
Pensel di tangannya di simpan.

"Sini."
Khairul menepuk tempat di sebelahnya.
Qaireena yang masih lagi kelihatan mamai itu perlahan-lahan mendekatinya.

"Awak kena paksa buat kerja lagi ke?.."
Qaireena tidak menjawab sambil membiarkan bahunya diurut perlahan.
Ini...Kenapa aku rasa macam..deja' vu?..

"Kalau awak penat awak rehat lah..saya boleh ulang kaji sendiri.."
Qaireena berpaling ke arah Khairul buat seketika.
Aku duduk depan dia pun..Aku still nampak pendek..Umur aku berapa sekarang?

"Khairul..Shut up."
Dahi Qaireena berkerut.Aik?
Mulutnya bergerak sendiri ke tadi?

"No I won't..I told you to take a rest..Yet,you never listen."
"Why would I listen to you,you stupid?"
Khairul mengetap bibir dengan dahinya yang berkerut.Dengan pantas dia berpaling ke tepi sambil berpeluk tubuh.

"Fine.Awak duduk lah sini sorang-sorang.Saya nak balik."
Qaireena berpaling ke belakang dengan riak wajah terkejut lalu lengan Khairul dipegang erat.

"Kenapa sensitif sangat hari ni?"soal Qaireena dengan riak wajah kosong walaupun dahinya sudah berkerut.
Wajah Khairul yang kelihatan lebih comel daripada biasanya membuatkan Qaireena termenung seketika.

"Nothing.Siapa je yang suka kalau ada orang panggil dia bodoh.Yeh,I'm stupid.Do you really need to rub it on my face?"soal Khairul dengan riak wajah yang kelihatan seperti ingin menangis.

"What the hell is wrong with you?Clearly you're lying.."
Qaireena menarik Khairul ke arahnya lalu tubuh lelaki itu ditolak kasar ke arah katilnya.
Khairul memeluk bantal di sebelahnya lalu perlahan-lahan 'bergulung'.

"Hari ni hari jadi saya..Tapi tak ada siapa ingat.."
Kening Qaireena terangkat.
Mata Khairul yang kelihatan seperti berkaca itu membuatkan dia melepaskan keluhan berat.

"How old are you?"
"Lima belas."
Qaireena mendengus geram.
Lengan Khairul yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menutup wajahnya sendiri,ditolak ke tepi dengan kasar.

"Hari jadi je,pun?..It's not that important."
"It is..."
Qaireena memandang leher Khairul yang kelihatan putih melepak itu.
Tekaknya tiba-tiba berasa kering.

"Haih..What did you look forward the most on your birthday?.."
Khairul terdiam seketika sambil kepalanya mula ligat berfikir.

"Ucapan..dengan hadiah.."
Qaireena perlahan-lahan mengusap leher lelaki di bawahnya dengan wajahnya yang sudah berubah merah.

"Happy birthday."
Kening Khairul terangkat lalu tidak lama kemudian,dia berpaling ke tepi semula.

"Hadiah tak ada ke?"soalnya sekadar bergurau.
Melihat wajah Qaireena yang sudah kelihatan lain macam,Khairul ketawa terbahak-bahak di dalam hati.

"I..don't have any present.."
"Jadi pergi lah cari.."bisik Khairul perlahan sambil membuat muka comel.
Qaireena berdehem seketika lalu mula melangkah ke arah laci mejanya.
Mencari sesuatu untuk diberikan kepada lelaki yang sedang berbaring di atas katilnya.

"Cepat lah,Qaireena..Saya sedih ni.."
Qaireena hanya membiarkan sahaja tangannya bergerak sendiri.Rasanya mimpi ini bukan dikawal olehnya.Tetapi dikawal oleh dirinya di dalam mimpi..

Selepas 5 minit mencari,Qaireena masih lagi tidak menjumpai benda yang sesuai diberikan.
Dia sendiri pun tidak pernah menerima apa-apa hadiah hari jadi,mana lah dia tahu mahu memberi hadiah apa!
Pandangannya tiba-tiba beralih ke arah jam tangannya.

Qaireena tersentak.Ini bukan ke jam tangan-
Sekali lagi dia tersentak apabila tangannya mencabut jam di pergelangan tangannya dengan selamba.
Bateri di dalam jam itu ditukar dengan laju sementara Khairul tidak melihat.
Jam itu baru 'direkanya' sebulan yang lepas.Masih kelihatan baru..Boleh lah kan diberi sebagai hadiah hari jadi?

"Give me your hand."
Khairul perlahan-lahan menghulurkan tangannya dengan wajahnya yang masih lagi ditekup ke arah bantal.
Keningnya mula berjongket apabila dia berasa seperti ada sesuatu yang disarungkan pada pergelangan tangannya.

"There you go.Hadiah hari jadi."
Khairul memandang jam di pergelangan tangannya lalu pergelangan tangan Qaireena yang sudah tiada apa-apa itu dipandang lama.

"This is..yours?"
"Yes."
"Ta..Tapi-"
"Take it.As your birthday present."
Khairul memandang jam di pergelangan tangannya yang kelihatan seperti jam tangan biasa.Tetapi dia sendiri pun tahu jam itu mempunyai jarum bius di dalam.

"You can use it to protect yourself.Since you're so weak.Nah,jarum.Kau tahu kan nak letak macam mana?Aku pernah tunjuk.."
Khairul tersentak lalu bahu Qaireena dipegang erat.

"Erm..Saya cuma bergurau je tadi..Awak tak perlu lah bagi-"
Melihat telinga Qaireena yang sudah merah mengalahkan strawberi terlebih masak,wajah Khairul juga perlahan-lahan berubah merah.

"Erm..Thank you,then.."bisik Khairul perlahan dengan senyuman lebar yang terukir di wajahnya.
Plastik kecil yang dipenuhi dengan jarum kecil di dalamnya di ambil lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya.

"Tapi saya ingat jam ni penting-"
Melihat wajah Qaireena yang semakin berubah merah,Khairul pula yang berasa malu.

"Erm..Hari jadi awak bila?Saya pun..nak bagi awak hadiah juga-"
"10 Februari."jawab Qaireena laju lalu berpaling ke belakang.Berpura-pura mengemas buku latihannya yang sudah tersusun rapi di atas meja sambil sebelah tangannya mencengkam dadanya yang terasa seperti ingin pecah.

"Thank you,Qaireena..I will cherish it.."bisik Khairul perlahan dengan riak wajah gembira sambil matanya masih lagi melekat pada jam tangannya.
Qaireena yang melihat sudah mula berasa pening.

'I think I'm gonna die..'bisik Qaireena perlahan.

..........

Qaireena terjaga daripada mimpinya dengan riak wajah kosong.
Jam yang tergantung pada dinding masih lagi terhenti pada pukul 5.

Jam tangannya di tepi bantal di pandang lama.
"Jadi ini...Jam dia.."bisik Qaireena perlahan sambil mengusap jam yang mempunyai corak kucing.

Tubuhnya mula menggeliat apabila jarum jam itu baru sahaja menunjukkan pukul 3 pagi.
Sambung tidur balik lah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience