"Jadi jawapannya..'nuclear force'.."
Khairul memandang jawapannya dengan jawapan Qaireena yang jauh beza.
"Kau pergi tinggal kosong soalan ni kenapa?"
"Saya dah cuba..Tapi saya.."
"Kau buat balik.Buat sampai dapat.Nah,nota."
Khairul tersentak apabila wajah Qaireena tiba-tiba berubah garang.
Ya Allah..Kenapa lah aku ni bodoh..
Qaireena membuka buku latihan matematiknya yang dipenuhi soalan KBAT.
Khairul pula masih lagi merenung nota milik Qaireena yang dipenuhi dengan corak berwarna warni.
'Hm?Nota dia ni nampak macam senang..'
Qaireena memandang wajah Khairul yang kelihatan khusyuk itu sekilas.
Bagus..Tidak sia-sia dia menghabiskan masanya membuat nota itu khas untuk Khairul.
Bekal di sebalik beg Khairul itu dipandang lama.
Air liurnya yang hampir meleleh dengan pantas disapu.
4:00 p.m..
"Dah siap..Betul tak?"
Qaireena memandang buku latihan Khairul dengan pandangan kosong.
"Well..Betul dua..salah lima.Try again next time."
"Okey lah tu daripada kosong!"jawab Khairul lalu mengeluarkan bekal makanannya.
"Oi..Sekarang waktu Math.Simpan balik."
"Tapi saya tengok awak dari tadi lagi pandang bekal makanan ni..Kalau awak lapar,cakap je lah.."
Wajah Qaireena serta merta berubah merah.
Nampak sangat ke?
Aish..memalukan betul.
"Nak?Saya buat banyak..Kita boleh kongsi."
Senyuman lebar terukir di bibir Khairul.
Qaireena perlahan-lahan mengambil bekal yang dihulurkan kepadanya.
"Then..Thank you for the food."
"Your welcome!"
Khairul merapatkan tubuhnya ke arah Qaireena lalu mula mencedok nasi menggunakan sudu di tangannya.
"Awak memang biasanya-"
"Makan.Jangan bercakap."potong Qaireena sebelum menyumbat sudu yang sudah berisi nasi goreng ke dalam mulutnya.
Khairul tergelak kecil.
"Apa yang awak biasa buat kalau ada masa lapang?"
Qaireena terdiam seketika.
Pandangannya melilau ke arah sekeliling biliknya.
"Belajar."
"Uhh..Selain belajar?"
"Belajar."
Khairul mula menayangkan riak wajah simpati.
Dia memang tak buat apa-apa selain belajar ke?..
"Awak tak penat?"
"Bila saya dah berjaya,baru saya boleh rehat."
"Tapi..Bila awak berjaya,awak kena kerja.."
Qaireena hanya mendiamkan diri.
Tidak tahu mahu membalas apa.
"Erm..Apa kata..Kita buat macam ni..Hari ni belajar sains..Esok belajar math."
Dahi Qaireena berkerut.
Itu bukan cadangannya tadi ke?
"Kan,kita ada dua jam?Jadi lagi satu jam tu..Kita rehat-rehat..Boleh?"
"Mana boleh.Kau nak curi tulang kan?"
Khairul menggeleng laju.
Air di dalam botolnya diteguk laju.
"Saya tengok awak macam tak pernah nak rehat..Jadi kita rehat lah kejap..Boleh?"
Qaireena menggempal penumbuk.
Rehat?
Nanti kalau ibunya tahu,mesti dia mengamuk.
"Aku-"
"Okey!Setuju!"
Qaireena terlopong.
Aku belum cakap apa-apa lagi!
Dia ni-
"Rehat tu membuangkan masa je lah!"
"Macam mana awak nak teruskan pelajaran kalau awak tak rehat?"soal Khairul lalu kepala Qaireena diusap.
Wajah Qaireena serta merta kelihatan tenang.
'Dia suka orang gosok kepala dia ke?..'bisik Khairul di dalam hati.
Qaireena mengetap bibir buat seketika.
Tidak lama kemudian,dia mendengus geram.
"Okey..Tapi..Jangan bagitahu mak aku..Nanti dia marah.."
"Dia garang ke?"
Qaireena terdiam seketika.
Kepalanya ditundukkan.
"I don't like her..But she knows me too well.Dia tak suka aku buang masa dengan benda yang tak berfaedah.."
Khairul melepaskan keluhan berat.
Tubuhnya ditegakkan lalu bekal makanannya diletakkan ke tepi.
"Rehat tu bukan benda yang tak berfaedah..You need to rest to continue your journey.."
Dahi Qaireena berkerut.
Masih memikirkan cara untuk membantah ayat Khairul.Tetapi malangnya,otaknya seperti 'blank'.
"Kita rehat sekejap ya?We can do something fun while we rest..Contohnya macam..Melukis?"
Qaireena melangkah ke arah rak bukunya.
Kertas A4 dikeluarkan dari dalam fail.
Buku latihannya yang terjatuh dibiarkan.
"Banyak betul buku latihan awak.."
Khairul mencapai buku latihan yang terjatuh itu lalu kulit buku itu dipandang lama.
'Math Education'
'Qaireena Qalisya'
'10 tahun'
Kening Khairul berjongket.
"Ini...Buku baru ke?"
"Ah,ya..Baru beli semalam."
"Uhh..Dekat situ..awak tulis umur awak 10 tahun?"
"Aku memang 10 tahun pun."
Khairul terlopong.
Buku latihan di tangannya yang terjatuh membuatkan Qaireena berjongket kening.
"Apa awak buat dekat kelas tingkatan 3?"soal Khairul dengan riak wajah terkejut.
Bahu Qaireena ditarik lalu dipusingkan ke arahnya.
"Uhh..Skip kelas.Sebab aku dah belajar lebih daripada orang lain dekat rumah,jadi aku nak try sekolah."
Khairul masih lagi terlopong.
Kertas yang dihulurkan ke arahnya menyentakkan lamunannya.
"Kita nak lukis apa?"soal Qaireena yang kelihatan sedikit teruja.
Khairul terdiam seketika.
Skip kelas..Belajar lebih daripada orang lain..
Sehari,dia belajar berapa jam?
Dia tak penat ke?
"Hmm..Awak lukis benda yang awak suka lah..Lepas siap lukis,kita warna."
Qaireena mengangguk laju lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Pensel mekanikalnya di ambil.
'Patut lah dia nampak macam budak-budak..'
Khairul melabuhkan punggung di tepi bucu katil lalu mula melukis gambar kucing yang sedang berbaring di atas rumput.
Fikirannya mula melayang jauh tanpa disedari.
Tapi memang biasanya tinggi budak perempuan waktu umur 10 tahun,setinggi itu ke?..
4:30 p.m..
Qaireena memandang lukisannya dengan pandangan tidak puas hati.
"Urgh."
"Hm?"
Khairul yang masih sibuk mewarna,perlahan-lahan bergerak menghampirinya.
Qaireena melepaskan keluhan berat apabila Khairul sudah menayangkan riak wajah terkejut.
"Cantiknya..Awak ke yang lukis?"
"Takde lah..Dinding yang lukis."
Khairul tergelak kecil.
Kertas di tangannya di pandang lama.
Gambar pemandangan di tepi tasik itu memang kelihatan tenang dan ceria..Berbeza dengan orang yang melukisnya.
"Apa yang buruk?Cuba awak tengok yang ini.Dengan yang ini."
Khairul mengambil kertasnya yang sudah mula meluncur di atas lantai.
Lukisannya yang kelihatan seperti kanak-kanak Ribena dengan lukisan Qaireena,dibandingkan.
Boleh lihat lah perbezaannya di situ yang terlalu ketara.
"Apa tu?Beruang?"soal Qaireena dengan dahinya yang masih lagi berkerut.Kertas lukisan Khairul di ambil.
"Ini kucing!"jawab Khairul dengan riak wajah cemberut.
"O..Oh..Dia...Baring atas air?"
"Atas rumput!"
Qaireena terdiam seketika.
Lukisan aku lagi cantik..
"Uh..Cantik.."
"Tengok tu!Tipu!Dusta!"
Khairul berpeluk tubuh lalu melabuhkan punggung di atas katil Qaireena dengan selamba.
"Tengok lukisan awak..Cantik..Saya nak boleh?"soal Khairul sekadar gurauan sambil matanya masih lagi memandang kertas lukisan Qaireena di tangannya.
"Take it.I don't need it."
"Serius lah?"
"Bukan cantik pun..My mom never praise my drawings before.So,maybe it looks ugly."
Mata Khairul terbuntang.
Senyuman lebar terukir di bibirnya selepas beberapa saat.
"Saya boleh puji awak kalau awak nak..Kalau mak awak tak nak puji awak,saya boleh tolong pujikan bagi pihak dia..I think you're really amazing.And I really mean it."
Qaireena memandang ke arah Khairul dengan pandangan terkejut.
Tidak lama kemudian dia berdehem buat seketika.
"Dah pukul 5.Bersiap cepat.Nanti kau kena balik."jawab Qaireena lalu mula berjalan ke arah rak bukunya.
Buku latihan Bahasa Melayu dan Geografi ditarik lalu diletakkan ke atas meja.
"Pergi tunggu dekat luar."
Khairul yang baru sahaja ingin mengatakan sesuatu,membatalkan niatnya.
Bibirnya diketap.
"Okey..See you tomorrow.."bisik Khairul sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
Pintu bilik itu perlahan-lahan ditutup rapat.
Kertas lukisan di tangannya masih lagi kelihatan sama seperti tadi.Tenang dan ceria..
Berbeza dengan orang yang melukisnya.
"Agaknya kalau dia senyum.."
Khairul tersentak apabila terpandang kelibat seseorang di sebalik dinding yang sedang memandangnya dengan pandangan tajam.
"Uhh..Hai?"
Melihat budak lelaki yang perlahan-lahan menyengetkan kepalanya,kening Khairul terangkat.
Comelnya..Adik Qaireena ke?
"Abang ni siapa?Kenapa keluar daripada bilik kakak?"
"Oh..Uh..Kami ulang kaji sikit.."
Budak lelaki di hadapannya tiba-tiba menekup mulut dengan dahi yang berkerut.
"Kakak tengah belajar ke?"
Khairul mengangguk laju.
Memang tadi Qaireena kelihatan seperti mahu menyambung belajar subjek lain.
Bahasa Melayu dan Geografi..
"Oh..Qairin baru je ingat nak main dengan kakak.."
Qairin mula menggigit kuku dengan riak wajah kecewa.Kakaknya yang sorang tu,belajar je tahu..
Dah macam robot pula..
"Qairin?..Oh..Tadi abang dengar,ada orang cakap Qairin tak sihat?"
Qairin tersentak.
Dahinya automatik berkerut.
"Qairin sihat je lah!Mama tu mengada je!Orang dah sihat tu,sihat lah!"jerit Qairin sambil menghentak kaki tanda protes.
"Ah..Dia risau pasal Qairin je kot.."
"Baik tak payah..Nampak macam pilih kasih pula nanti!Dia layan kak Qaireena teruk!Tak adil lah kalau dia layan Qairin baik-baik!"jawab Qairin laju tanpa rasa bersalah.
Khairul terdiam seribu bahasa.
Keluarga Qaireena memang lain daripada yang lain..Aku waktu umur 10 tahun,berlari ke sini ke sana,sibuk main guli..Tapi diorang..Umur 10 tahun,tapi otak diorang macam 5 tahun lagi tua daripada umur asal diorang..
"Qairin.Apa kau buat dekat luar ni?Mama kata jangan keluar kan?"
Khairul menekup mulutnya yang hampir menjerit apabila kedengaran suara dingin berdekatan dengan telinganya.
Mati-mati ingatkan hantu tadi.
"Kak Syafeena dah habis belajar?"soal Qairin dengan wajah teruja.
Kakinya yang kecil itu mula berlari ke arah kakaknya yang pendek 1 cm daripada Khairul.
"Belum.Qairin buat bising.Terganggu tahu tak?"jawab Syafeena tanpa cuba menapis ayatnya langsung apabila bercakap dengan Qairin yang sudah memeluk pehanya.
"Oh..Sorry,akak.."
Khairul yang melihat serta merta berasa kasihan.
Nampak macam dia tak cukup kasih sayang lah..
"Kawan Qaireena?"
Khairul tersentak.
Pandangannya beralih ke arah wajah Syafeena.
Perempuan yang bertudung ala kadar dengan hoodie yang menutup separuh wajahnya membuatkan bulu roma Khairul meremang.
Kepalanya diangguk tanpa disedari.
"I see.That's good.At least she have a friend."bisik Syafeena perlahan lalu tubuh Qairin diangkat.
"Kakak kau dah tunggu dekat luar.You may leave."
Khairul memandang ke arah pintu pagar rumah itu dengan riak wajah panik.
Kepalanya ditundukkan sebelum kakinya mula berlari ke arah pintu utama rumah itu.
Qairin melambai tangannya dari belakang.
"Akak..Abang tu nampak macam baik..Dia kawan kak Qaireena ke?"soal Qairin.
Suaranya yang kedengaran seperti budak-budak itu bergema di dalam rumah itu apabila suasana di sekeliling mereka mula menjadi sunyi.
"Mn.Pergi masuk bilik.Kakak ada kerja nak buat."jawab Syafeena lalu berjalan ke arah bilik Qairin yang terletak di sebelah bilik Qaireena.
Pintu bilik itu dibuka lalu tubuh Qairin dibaringkan di atas katil.
"Akak temankan Qairin kejap bo-"
"Bye."
Qairin memandang pintu biliknya yang sudah tertutup rapat.Keluhan berat dilepaskan.
Pandangannya dibuang ke luar tingkap.
Dadanya yang berasa sesak dibiarkan sambil matanya perlahan-lahan dipejam.
Share this novel