BAB 41

Romance Completed 4178

Qaireena tersentak daripada tidurnya.
Pandangannya melilau ke arah sekelilingnya.
Dia di mana?..
Ermm..Cuba ingat balik..
Tadi..Aku..
Kepalanya yang tiba-tiba berasa sakit dipegang.
"Oh..Tadi..Aku lari daripada Khairul..lepastu tertidur.."

Lengan dan lehernya yang berasa lenguh digerakkan berkali-kali.
Jam yang tergantung pada dinding dipandang sekilas.

2:55 p.m..

"Aku tertidur dari waktu rehat..sampai...sekarang?"
Qaireena memegang kepalanya lagi.
Sakit di kepalanya yang perlahan-lahan menghilang membuatkan dia menarik nafas lega.

"Oh,ya..Pasal lamaran tu..Pasal Khairul..Pasal jam..Pasal..."

'I like you.So,please like me back.'

Qaireena menekup wajahnya dengan riak wajah kosong.
"Qaireena you're stupid.Stupid.Stupid."bisik Qaireena sambil memukul kepalanya berkali-kali.

"Macam mana kau boleh lupa..?Are you stupid?Yes,you are.."Qaireena mengenggam bucu meja batu di depannya.
Lama betul dia bermimpi..
Semuanya terasa seperti nyata.

"Qaireena?"
"Aarhh!!"
Khairul tersentak buat seketika lalu perlahan-lahan ke belakang.
Qaireena menghembus nafas lega.
Wajah Khairul dipandang lama.

'He really waited for me at school...'bisik Qaireena jauh di lubuk hati.

"Sorry..Saya termenung tadi.."
Qaireena memicit dahinya lalu mengalihkan wajahnya ke depan semula.
Melihat Khairul yang masih tidak berganjak itu,keningnya berjongket.
"Do..you need something?"
"Tadi kan saya kata nak hantar awak balik rumah?"
Qaireena termenung buat seketika.
Tidak lama kemudian,keningnya terangkat sambil mulutnya menjadi huruf 'O'.

"Ya,ya..Kejap..saya nak pergi ambil b-"
Belum sempat dia menghabiskan percakapannya,beg galasnya sudah dihulur oleh Khairul.

"Erm..Qairin bagi tadi..Bukan saya yang ambil."
Telinga Khairul yang sudah menjadi warna merah itu membuatkan Qaireena tersenyum senget.
Dia ni memang tak pandai menipu lah..

"Thank you."bisik Qaireena perlahan.
Begnya digalas pada bahu sebelah kanannya.

Tangannya ditadah sambil mereka berjalan ke arah kereta Khairul.
Air hujan yang membasahi tangannya dengan laju membuatkan dia tersengih.

"I love rain.."bisiknya perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Khairul.
Khairul tersenyum senget.
Teringat pula wajah Qairin tadi yang kelihatan risau akan kakaknya.

"Qairin balik dulu ke?"soal Qaireena secara tiba-tiba.
Khairul perlahan-lahan mengangguk.
Mana ada pelajar di sekeliling mereka sekarang..Semuanya sudah pulang ke rumah masing-masing sejak pukul dua tadi.

"Uhh..Kereta jauh lah pula..Do you have an umbrella?"
Qaireena memandang kereta Khairul yang berada di seberang jalan.Dahinya berkerut buat seketika.

"Kenapa cikgu letak kereta dekat luar?"
"Awak tak nampak ke kereta cikgu-cikgu lain semua besar macam ada beruang nak duduk dalam tu?Awak ingat muat?"soal Khairul semula sambil menuding jari ke arah tempat letak kereta yang masih dipenuhi dengan kereta-kereta yang bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada keretanya.

"Anak diorang ramai,kot..?Rawr.."
Qaireena tergelak kecil.
Khairul menekup mulutnya yang juga hampir tergelak.Buku di tangannya diketuk pada bahu Qaireena.

"Sorry,sorry..My bad."
Qaireena mengambil payungnya yang disimpan di dalam poket begnya.
Payung yang berwarna putih itu masih bergulung dengan elok.

"Oh..?Baru beli ke?"
Qaireena mengangguk perlahan dengan senyuman lebar.
Payung yang dipegangnya itu perlahan-lahan dibuka.

"Mana cikgu tahu?"
Khairul terdiam seketika.
Rasa seperti mahu menampar mulutnya pun ada.
Cakap lepas betul lah dia ni..

Khairul berdehem buat seketika.
"Saya teka."
Qaireena tergelak kecil.
Are you sure it's not because you're always watching me?

"Dah lah..Cepat sikit."
Khairul bersuara dengan lantang sambil menepuk pipinya yang berasa panas.
Kakinya di atur ke arah keretanya yang berada di seberang jalan.

"Ah!Khairul!"
"Wha-"
Tubuhnya yang tiba-tiba dipeluk dari belakang lalu dipusingkan membuatkan dia terkedu buat seketika.
Jantungnya mula berdegup laju.
Baru sahaja wajahnya mahu berubah merah,

SPLASH!!

Khairul tersentak.
Kepalanya disengetkan.
Baju Qaireena yang sudah basah di bahagian belakang membuatkan dia automatik menjadi panik.
"Qaireena..?Ke- Kenapa awak-"

Qaireena memandang lengan bajunya dan kainnya yang mula menjadi lembap.
"Are you okay?Basah tak?"soal Qaireena sambil memusingkan tubuh Khairul ke depan dan ke belakang seperti anak patung.

"Hahh..Nasib baik."
"Nasib baik apanya..?!"
Qaireena tersentak apabila Khairul secara tiba-tiba menggoncang bahunya.
Khairul dengan pantas menyangkut 'blazer'nya pada bahu Qaireena.

"Come here."
Qaireena memandang lengannya yang ditarik oleh Khairul.
Senyuman senget terukir di bibirnya.
Khairul..Your hand look small..

"Uhh..Where are we?.."soal Qaireena dengan riak wajah pucat.
Khairul yang baru sahaja keluar daripada kereta itu memandang ke arah Qaireena dengan riak wajah kosong.

"Baru je beberapa hari yang lepas awak pecah masuk dalam bilik saya..Dah lupa dah ke?"
Qaireena mengetap bibirnya dengan riak wajah separuh panik.
Kedua-dua jari telunjuknya disatukan.

"I know..I mean..Why are we here?"
Khairul yang sedang membuka kunci pintu rumahnya berpaling ke arah Qaireena.
Wajah Qaireena yang sedikit merah itu membuatkan dia berjongket kening.

"Awak fikir apa tu?"
Qaireena tersentak lalu tersengih seperti kerang busuk.Tangannya disorokkan ke kebelakang.
Pandangannya dialihkan ke tepi.
Mana ada fikir apa-apa..

Khairul menggeleng kepala sambil memberi signal ke arah Qaireena agar mengikutnya.
Qaireena memandang ke kiri dan ke kanan buat seketika sebelum perlahan-lahan menanggalkan kasutnya.
"Khairul?"

"Mn.."
"Can I call you that?"
Langkah Khairul terhenti buat seketika.
Wajah Qaireena dipandang lama.

Melihat pandangan Khairul yang semakin berubah,Qaireena menggosok lehernya dengan riak wajah kekok.
"Bukan awak memang selalu panggil saya macam tu ke?"

Kening Qaireena terangkat.
Belum sempat dia berkata apa-apa,Khairul sudah terlebih dahulu melangkah ke arah tangga.
Senyuman senget terukir di bibirnya sambil dia mengikut Khairul dari belakang.
"Saya ingatkan awak tak suka saya panggil awak macam tu?"

"Why would you think that?"
"Sebab saya sepatutnya panggil awak 'cikgu' kan?"
Khairul hanya mendiamkan diri.
Tidak tahu mahu berkata apa.
Bukan..
Takut terlepas cakap sesuatu yang tidak sepatutnya.

"Why do you sound a little bit different?"
Giliran Qaireena pula yang terdiam.
Emm..Kalau saya bagitahu awak yang saya mimpi pasal kisah silam saya yang saya dah lama lupakan,awak percaya tak?

"Lain..macam mana tu?"
Khairul membuka almari bajunya lalu baju milik kakaknya ditarik keluar.

"You sound a little bit..obedient."
Bunyi pintu yang ditutup sebaik sahaja Khairul melangkah keluar menyentakkan lamunan Qaireena yang masih lagi berdiri di tepi katil dengan baju di tangannya.

"Ah..Maksudnya cikgu nak cakap saya ni degil lah selama ni..?"
"Bukan..Cuma banyak cakap.."
Qaireena meletakkan tudungnya ke tepi.
Ya,tak,ya juga..
Dulu yang banyak cakapnya,Khairul..
Tapi sekarang..personaliti mereka macam terbalik.
Khairul jadi pendiam..
Dirinya pula yang banyak bercakap.

"Am I annoying?"soal Qaireena dalam nada lantang.
Khairul yang berdiri di sebalik pintu tergelak kecil.
"Not at all."
Qaireena menepuk seluar palazo yang dipakainya.
Selesa..Kenapa baju kakak dia ada dekat rumah dia?

"Kenapa..baju kakak awak ada-"
"Dia selalu singgah kat sini kalau nak lari daripada mak saya."
Qaireena berjongket kening sambil memakai tudung yang kelihatan seperti sama saiz dengannya.Keningnya terangkat apabila tudung yang dipakainya tersarung elok di bahagian mukanya.

"Lari daripada mak awak?"
"Mak saya asyik suruh dia kahwin..Jadi kadang-kadang dia buat hal."
Apabila ayat 'kahwin' disebut,Qaireena berpaling ke arah pintu bilik itu dengan laju.

"How about you..?Mak awak tak suruh kahwin?"
"No.."
Pintu bilik yang terbuka itu membuatkan Khairul terjerit kecil.
Wajah Qaireena yang kelihatan pucat itu dipandang dengan riak wajah pelik.

"No?Dia tak ada paksa awak suruh kahwin?"
Khairul perlahan-lahan menggeleng dengan keningnya yang berjongket.
Kenapa Qaireena nampak macam..risau?

Qaireena berdehem buat seketika sambil membetulkan tudungnya yang labuh hingga ke paras pinggang.
Jadi selama ni dia salah orang?
"Uhh..Awak..kawan baik dengan cikgu Syazwan kan?"

Khairul terdiam seketika.
Kawan baik?
Mmh..Kawan baik lah sangat.
"Tak ada lah kawan baik sangat.."

"Dia ada kena paksa kahwin juga ke?"soal Qaireena sambil tergelak kecil untuk mengelakkan suaranya yang kedengaran seperti terketar-ketar.
Sebaik sahaja Khairul menggeleng,Qaireena meraup mukanya.
Dia salah orang selama ni?
Jadi siapa lagi dekat sekolah Sri Permata yang belum kahwin?Semuanya dah kahwin kecuali diorang berdua!Takkan lah yang melamar aku tu perempuan kot?

Qaireena menjerit sekuat-kuat hatinya di dalam hati.Khairul memandang Qaireena atas bawah.
Senyuman senget terukir di bibirnya.
"You really like wearing a jacket or a cardigan,huh?"

Qaireena tersedar daripada lamunannya.
Kardigan di tubuhnya dibetulkan dengan senyuman lebar.
"Yup.Do I look okay?"

Khairul mengangguk perlahan dengan pipinya yang sedikit merah.
Qaireena melepaskan keluhan berat.
Pasal kes melamar tu..Nanti lah aku tanya mama..Aku pun dah tak tahu nak buat macam mana dah.
I need to rest.
Kalau tak..Nanti mesti memori aku tersangkut lagi.Tak sangka pula benda yang Hasyira cakap pasal 'overwork' tu betul..

'Kau tahu tak kalau kau terlebih kerja,memori kau boleh jadi bermasalah?Kau jadi susah nak ingat benda-'

Qaireena berpeluk tubuh apabila teringatkan dirinya yang menolak wajah Hasyira ke tepi.
"Arh...Please kill me."

"Eh?Kenapa?"soal Khairul dengan riak wajah risau.
Qaireena hanya menggeleng kepala.
Dia pun sudah tidak tahu mahu berkata apa.
Kakinya perlahan-lahan menuruni anak tangga diikuti dengan Khairul di tepinya.

"Ah..tapi dah ada orang yang melamar saya."

GEDEBUK!

"Qaireena!!"
Qaireena masih lagi termenung.
Kakinya yang terseliuh akibat terjatuh tangga,mula berasa sakit.

"Awak okey?Macam mana boleh jatuh..?!"soal Khairul dengan riak wajah panik.
Kaki Qaireena yang masih berlapik dengan stoking itu dipandang lama.
Kalau main cabut je stoking dia,rasa macam berdosa lah pula!
Dah tu nak buat macam mana ni?!
AAAAA-

Bahunya yang tiba-tiba dipegang erat menyentakkan Khairul daripada lamunan pendeknya.
Wajah Qaireena yang kelihatan serius itu di pandang lama.
"Awak..Awak cakap apa dekat orang yang melamar awak tu?"

"What?Kenapa awak tanya saya pasal tu?!Kaki awak..!"
"Jawab lah!!Awak cakap 'Ya' atau 'Tak'?!"jerit Qaireena dengan riak wajahnya yang sekali lagi berubah pucat.
Dia dah putus asa dengan aku?Sesenang itu?
Aku baru je teringat pasal kisah silam aku,kot?!
Adakah aku dah terlambat?
Arhh,klise!!

"Mesti lah tak.."
Qaireena menghembus nafas lega.
Wajahnya ditekup pada bahu Khairul.
Nasib baik...Dia masih tunggu aku lagi.

"...cakap apa-apa.."
"Huh?"
"Saya..belum bagi jawapan..Jadi dia masih tunggu jawapan saya.."
Qaireena mendengus geram.
Lengan Khairul dipukul tanda protes.
Apabila berasa seperti tepukannya tidak cukup kuat akibat tangannya yang berlapik dengan sarung tangan,sarung tangannya dicabut lalu lengan Khairul dipukul buat kali kedua.

"Awak terfikir nak terima ke?!"
"Tak!Mesti lah tak!Saya cuma tak tahu macam mana nak 'reject' sebab saya taknak dia terasa!Dia kawan saya awak tahu tak?!"jawab Khairul dalam nada panik apabila Qaireena mula menggoncang-goncang bahunya.
Dia pun tidak tahu mengapa dia berasa panik.
Mungkin kerana Qaireena kelihatan seperti mahu menelannya hidup-hidup..?
Although I don't mind..
I mean-

"..Kawan..awak?..Is it..Syafira?"
"Yes."
"I knew it!That girl!Why can't she just dissapear already..?!"
Kening Khairul berjongket buat seketika.
Wajah Qaireena yang kelihatan dingin bercampur marah itu dipandang lama.

"How did you know her?"
"Dah awak asyik cakap dia pernah lindung-"
Qaireena terdiam seketika.
Mulutnya ditekup.
Dari dulu,sampai sekarang,mulutnya yang satu ni cakap lepas betul!!

"Uhm.."
"I thought you forget about.."
Melihat riak wajah Khairul yang berubah secara mendadak,bulu romanya mula meremang.
Alamak..I feel kinda..
Scared.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience