Qaireena memandang jam di pergelangan tangannya dengan pandangan kosong.
'Jarum dia dah nak habis..'
Dahi Qaireena berkerut buat seketika apabila murid-murid lelaki di dalam kelas itu sudah memandangnya dengan pandangan lain macam.
"So..Hari ni..Kita ada pelajar baru!Boleh perkenalkan diri?"
Qaireena mengangguk perlahan.
"Uhh..Nama saya..Qaireena Qalisya."
Guru perempuan yang bernama Afrina di sebelahnya mengangguk dengan senyuman lebar.
"Nice to..meet you."
Qaireena menundukkan kepalanya buat seketika.
Tangannya mengenggam erat beg galasnya dengan riak wajah kosong.
"Hmm..Qaireena Qalisya..Cantik nama tu.Okey,erm..Qaireena nak duduk dekat mana ni ya.."
Mata Afrina mula melilau mencari tempat kosong.Tempat kosong yang berada di sebelah pelajar lelaki yang memakai cermin mata separa bulat itu di pandang lama.
"Haa!Cantik!Pelajar dekat sebelah kamu tu baru pindah semalam kan?"
Pelajar lelaki itu tersentak.
Riak wajahnya yang terpinga-pinga membuatkan dahi Qaireena berkerut buat seketika.
Nampak macam orang bodoh.
"Ah,ya?"
"Good!Qaireena..Tak kisah kan kalau duduk sebelah lelaki?"
Qaireena menggeleng perlahan.
Sejujurnya memang dia tidak kisah.
Selagi tiada ada orang menganggunya,dia tiada masalah.
"Okey!Qaireena boleh duduk dekat situ.Khairul!Jangan buat benda pelik-pelik!"
"Benda pelik-pelik..?"
Khairul yang mendengarnya sudah mula termenung.Tidak lama kemudian,baru dia menangkap maksud di sebalik kata-kata cikgu Afrina.Kepalanya digeleng dengan riak wajahnya yang sedikit berkerut.
"Okey,soo...Hari ni sebenarnya kita kena buat kuiz.."
Qaireena mengangguk perlahan tanpa apa-apa reaksi.Kuiz je,pun..Apa yang nak dibimbangkan sangat?
"Alamak..Habis lah aku.."bisik Khairul perlahan dengan riak wajah pucat.
Qaireena yang mendengar bisikan Khairul hanya membuat tidak endah.
Itu lah biasanya ayat yang dikeluarkan oleh murid-murid yang tidak membuat persiapan awal.
"KHAIRUL SUFIAN."
Khairul perlahan-lahan 'mengecilkan' tubuhnya.
Tidak sanggup memandang mata cikgu Afrina.
Jika manusia diberikan kelebihan boleh membunuh orang menggunakan mata,sudah lama dia mati sekarang ni.
Qaireena memandang kertas yang berisi soalan kuiz di tangannya dengan pandangan terkejut bercampur pening.
'9/40'
Sekali lagi Qaireena mengira semula markah di dalam kertas itu.
Jawapannya masih sama.9/40.
Pertama kali dia melihat markah serendah itu di dalam hidupnya.
Memandangkan ini pertama kali dia ke sekolah.
Ya.Pertama kali dia DATANG ke sekolah.
Pertama kali dia melihat sekolah.
Pertama kali juga lah dia melabuhkan punggung di atas kerusi keras dengan meja yang penuh dengan kesan contengan.Ada juga rasa jijiknya tu..Tapi jika dia membuka mulut,nanti kelihatan seperti perempuan cerewet atau biadab pula.
Kertas di tangannya perlahan-lahan ditolak ke arah Khairul.
'Pathetic..Soalan senang macam tu pun tak boleh jawab.'
"Haih..Nanti dah nak ambil PT3,math still tak ada perkembangan.Bila di tanya,ada benda yang tak faham,mengangguk je lah kerja kau."
Khairul menarik kertas kuiznya lalu diletakkan di atas ribanya.
Matanya yang sedikit berkaca itu dikerdipkan beberapa kali.
"Haih..Ada sesiapa dapat 39/40?"
Ada yang mengangkat tangan,dan ada juga yang tidak.Sehingga lah angka itu turun ke 0/40 yang akhirnya berakhir dengan bisikan demi bisikan dari pelajar-pelajar di dalam kelas.
"Qaireena?Kamu dapat berapa?Tak nampak kamu angkat tangan pun?"
"Ah..Cikgu..tak cakap 40/40..?"
Kening Afrina terangkat buat seketika lalu dengan pantas melangkah ke arah tempat duduk Qaireena.
"Wow.40/40.This is the first time in my life I have seen a perfect number in a frickin math quiz."
Afrina bersuara laju dalam bahasa orang putih tanpa disedari.
Khairul yang mendengar hanya mengukirkan senyuman sayu.
"Kamu sekolah dekat mana sebelum ni?"
"Ru..mah."
"Rumah?!Wow..."
Sekali lagi,wajah Afrina kelihatan teruja.
Tidak lama kemudian,dia terdiam buat seketika sambil membuat gaya berfikir.
"Then..Boleh Qaireena ajar dia ni sikit?"
Qaireena memandang ke arah pelajar lelaki yang bernama Khairul itu.
Cermin mata separa bulat lelaki itu yang mula meluncur jatuh membuatkan dahi Qaireena berkerut sesaat.
Mungkin tiada orang yang perasan,tetapi mata Khairul jauh lebih tajam berbanding orang lain.
Tahu sangat lah dia yang Qaireena tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh cikgu Afrina.
"C..Cikgu..Saya..Boleh ulang kaji sen-"
"Shh!Cikgu tanya dia!Bukan kamu!"
Khairul bermain dengan jarinya apabila dia ditengking.Bunyi bisikan yang datang dari mulut pelajar di belakangnya membuatkan dia perlahan-lahan menundukkan wajahnya.
"Erm..Okey.."jawab Qaireena dengan riak wajah kosong.
Jika dia berkata tidak pun..Nanti kedengaran seperti biadab pula.
"Oh,thank goodness..Okey..So,moving on.Soalan mana yang korang tak berapa faham?"soal Afrina lalu mula berjalan ke arah papan putih semula.
Qaireena memicit dahi lalu matanya perlahan-lahan beralih ke tepi.
Mata Khairul yang semakin membulat memandangnya,membuatkan bulu romanya meremang.
'He look so stupid..'
KRINGGG!!!
Loceng yang menandakan waktu rehat sudah tiba.Ada yang mula bergerak keluar untuk membeli makanan di kantin.
Ada juga yang masih melekat di tempat duduk.
Khairul perlahan-lahan mengeluarkan bekal makanannya.
Suasana di sekelilingnya sudah mula menjadi sunyi.Hanya bunyi kipas kedengaran.
Wajah Qaireena yang sedang kelihatan kosong membuat latihan matematik dipandang lama.
Lidahnya berasa kelu.
Patut ke dia mulakan perbualan dulu?..
"U..Uhh..Awak..Taknak makan?"
Qaireena tersentak buat seketika.
Keluhan berat dilepaskan lalu kepalanya digeleng laju.Tangannya laju menulis jalan kira bagi soalan matematik pada buku latihannya.
Melihat tangan Qaireena yang lincah bergerak tanpa berhenti,Khairul mula terlopong tanpa disedari.
"Wow.."
Qaireena sekali lagi mengerutkan dahi.
Wajah Khairul dipandang dengan pandangan tajam.
"Awak tulis jalan kira,macam awak tulis karangan..Laju."
Qaireena menyambung semula kerjanya yang tergendala tanpa menghiraukan pujian Khairul yang masuk di telinga kanan lalu keluar di telinga kiri.
"Perut awak tak lapar?Nanti kalau awak tak makan,awak tak boleh fokus dalam kel-"
"Diam lah."
Khairul serta merta terdiam.
Okey..Mulakan perbualan tu dah okey dah..Tapi kau banyak cakap sangat lah Khairul..
Ini lah sebabnya kau tak ada kawan..
Khairul mengetap bibir lalu perlahan-lahan membuka penutup bekal nasi gorengnya.
10 minit kemudian,Qaireena meletakkan pensel mekanikalnya ke tepi lalu tangannya diregangkan.
"Dah siap?"
Qaireena menyimpan buku latihannya di dalam beg tanpa menghiraukan Khairul.
Buku teks Sains dikeluarkan lalu buku itu dibelek dengan laju.
"A-"
Khairul menekup mulutnya lalu perlahan-lahan mengalihkan wajahnya ke arah tingkap.
'Orang pandai memang semuanya macam ni ke..'
Kriukkkkk...
Khairul dengan pantas memandang ke arah Qaireena yang masih lagi memadang ke arah buku teks manakala tangan kanannya meramas perutnya dengan kuat.
"Awak lapar ke?Nak sikit?.."
Qaireena memandang bekal nasi goreng yang perlahan-lahan ditolak ke arahnya.
Kepalanya digeleng perlahan.
"Makan lah sikit..Nanti pengsan baru tahu."
Kriukkkkkk........
Dahi Qaireena berkerut.Bekal di tepinya ditolak ke arah Khairul semula.
Botol airnya ditarik keluar daripada poket beg nya lalu air di dalamnya diteguk laju.
Mulutnya dilap perlahan.
"Kalau minum air mana boleh kenyang.."
Qaireena mengetap bibir.
Khairul perlahan-lahan menolak bekal di sebelahnya ke arah Qaireena semula.
"Jangan lupa baca 'Bismillah'.."bisik Khairul apabila Qaireena mula mencedok nasi di dalam bekalnya menggunakan sudu.
Senyuman lebar mula terukir apabila Qaireena mula mengunyah nasi goreng di dalam mulutnya dengan laju.
"Sedap?"
Qaireena tidak menjawab.
Mulutnya sudah penuh dengan nasi goreng.
Khairul mula tergelak kecil apabila mulut Qaireena mula menjadi comot.
Nampak macam budak kecil..
Bekalnya perlahan-lahan ditolak ke arahnya semula apabila nasi goreng di dalamnya sudah tersisa separuh.
"You eat a lot.."bisik Khairul perlahan lalu mula mencedok nasi goreng sebelum disua ke arah mulutnya.
Qaireena menyapu mulutnya selepas meneguk air kosongnya di dalam botol.
Wajah Khairul dipandang lama.
"Thank you.Nah."
Khairul memandang duit yang berwarna unggu yang dihulurkan ke arahnya.
Mukanya menjadi pucat buat seketika.
"H..Hah?I..Ini untuk..apa?"
"Aku makan nasi goreng kau tadi.Jadi aku bayar lah."
Khairul tersedak.
Mulutnya ditekup lalu tangan Qaireena yang sedang memegang duit bernilai RM 100 itu ditolak.
"Sa..Saya ikhlas!Tak perlu lah bayar!"jawab Khairul apabila nasi goreng di dalam mulutnya sudah selamat masuk ke dalam perutnya.
"Tapi.."
"Kenapa awak bawak duit banyak sangat ni?Kalau hilang macam mana?"soal Khairul lalu duit di tangan Qaireena di ambil lalu dimasukkan ke dalam poket Qaireena semula.
"Kalau hilang,ada lagi."jawab Qaireena lalu menunjuk beg duitnya yang penuh dengan duit berwarna hijau gelap dan unggu.
Khairul perlahan-lahan mengalihkan wajahnya.
Anak orang kaya..
"Uh..Anyway..Tak perlu lah bayar..Saya ikhlas."
"Tapi aku tak suka berhutang."
"Tak..Masalahnya-"
"Kau ada nak apa-apa?Aku boleh beli."potong Qaireena dengan riak wajah kosong sambil menunjuk beg duitnya.
Khairul melepaskan keluhan berat.Kenapa situasi ni macam terbalik je..
Beg duit Qaireena ditutup lalu dimasukkan ke dalam poket baju Qaireena.
"Erm..Awak boleh..ajar saya..matematik?"
Qaireena terdiam seketika.
Keluhan berat dilepaskan sambil dia memicit dahi.Wajahnya kelihatan seperti seseorang yang sedang sengsara.
"Tapi susah lah nak ajar orang bodoh.."
"Ah..Sampai hati..Awak perlukan orang bodoh dalam hidup awak tau..Kalau semua orang pandai,nanti-"
"Aish..Fine,fine,fine."potong Qaireena sambil menutup telinganya.
Dia paling benci mengajar orang.Lagi-lagi jika orang yang lambat 'pick-up'.
"Kalau macam tu..How about we make a deal?"
"A deal?"
"Awak ajar saya,saya bagi awak sesuatu sebagai bayaran?"
Dahi Qaireena berkerut.
Aku dah cakap dah,dia ni bodoh..
"Lagi lah aku berhutang kalau macam t-"
"Tak,tak..Ini macam..upah..Do you need anything..?"
Qaireena memandang wajah Khairul yang sudah kelihatan teruja.
Dia sudah ada segalanya.Apa lagi yang dia mahukan?..
Pandangannya yang tiba-tiba terhenti pada sisa nasi goreng yang berada di dalam bekal milik Khairul membuatkan keningnya terangkat.
"Boleh buat nasi goreng untuk aku tak?.."
Khairul memandang nasi goreng di dalam bekalnya.Pandangannya kemudian beralih ke arah Qaireena semula.
Senyuman mengusik terukir di bibirnya.
"Nasi goreng tu mesti sedap k-"
"Diam lah."
Share this novel