BAB 37: Memories VII

Romance Completed 4178

Qaireena memandang wajah Khairul yang kelihatan seperti suram.
Kepalanya yang tidak gatal di garu perlahan.
Susah sangat ke soalan matematik yang cikgu bagi tadi?..
"Oi."

Khairul berpaling ke arah Qaireena.
Qaireena mengangkat keningnya dengan riak wajah curiga.Khairul hanya menggeleng kepala sebelum mengalihkan pandangannya ke arah papan putih semula.
'He ignores me?'

Qaireena membuat riak wajah tidak percaya.
Tidak pernah lagi Khairul berperangai sebegitu sejak mereka sudah mula berkahwi- berkawan.
Qaireena berpeluk tubuh dengan dahi yang berkerut.Buku latihannya di ambil lalu tangannya laju menulis sesuatu di atas permukaan buku itu.
Buku latihan yang masih terbuka itu perlahan-lahan di tolak ke arah Khairul dengan matanya yang masih memandang ke arah papan putih.
Khairul berpaling ke arah Qaireena semula apabila berasa seperti sikunya di tolak.
Buku latihan Qaireena di pandang lama.

'Kau kenapa?'

Khairul memandang ke arah guru yang sedang mengajar di depan buat seketika sebelum menarik buku latihan itu ke arahnya.
'Kenapa apa?Do I look weird?'

Lalu sesi menyembang melalui buku latihan pun dimulakan.

'You look kinda..sad today.'

'Tak ada lah..Saya okey je?'

'Tipu.'

'Betul..'

Belum sempat Qaireena menghabiskan ayat yang ditulisnya di atas kertas,namanya sudah di panggil agar datang ke depan untuk menjawab soalan.Buat pertama kali,dia berasa seperti malas mahu ke depan.Sempat lagi dia berdecit sebelum melangkah ke depan.

"You look kinda sad today?Is something wrong?"soal Syafira sambil menyua nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Am I?"soal Khairul kembali lalu roti perisa jagung itu dikunyah perlahan.
Pandangannya dibuang ke luar tingkap.

Qaireena yang memandang dari tempat duduknya sudah mula menggaru kepala.
Dengan Syaqina- Syaqira- Sya- Syafi- Syazfi-
Qaireena mendengus geram apabila otaknya mempunyai masalah mengingati nama kawan perempuan Khairul.
Atau yang lebih tepat lagi 'secret crush'.
URGH.

Tidak mengapa lah..
Perempuan tu bukan penting sangat pun.
Qaireena mengambil buku latihannya lalu mula melukis orang lidi.
"Mungkin dia stress belajar?"bisik Qaireena perlahan.

Ada betulnya juga..
Aku macam selalu tekankan dia untuk belajar sejak kebelakangan ni..Maybe he's already at his limit?Kalau macam tu..Hari ni aku akan bagi dia rehat..
"Kalau awak ada masalah awak boleh bagitahu saya."

"Ya,ya..Tapi sekarang ni saya tak ada apa-apa masalah pun.."
Mendengar suara perempuan itu yang lembut semacam apabila bercakap dengan Khairul,tangannya tanpa disedari mengambil gunting di dalam kotak penselya.

"That girl is annoying as hell."
Qaireena menekup mulutnya.
Ah..No bad words..No bad words..
Qaireena menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.
Sejak kebelakangan ni susah betul nak tahan marah..

"Fine,then..Awak balik jalan kaki lagi hari ni?"
Dahi Qaireena berkerut.
Matanya berubah tajam sambil tangannya mencengkam erat gunting di tangan.
Tak habis-habis nak teman dia balik rumah!
Kan senang kalau dia ikut aku balik ru- Ehem! tumpang dengan aku je?

"Yup."
"Ah..Kalau macam tu biar saya temankan."
"Eh- tak- tak payah lah.."jawab Khairul perlahan dengan riak wajah kekok.
Dah lah semalam aku basahkan dia..
Urgh..I still feel bad about it.

"Why not..?Awak rasa bersalah sebab semalam?"
"Hm?Apa jadi semalam?"soal Amira yang berada di tempat duduk belakang Syafira.
Syafira teragak-agak seketika untuk bercerita.
Risau pula kalau Khairul berasa kekok nanti..

"She shield him from the splashing water that is cause by the car.That's all."
Semua yang berada di situ berpaling ke arah Qaireena yang sudah memegang pisau kecil di tangannya.
Qaireena berpaling ke arah kertasnya semula lalu mula memotong kertas di depannya dengan laju.

"Yup..That's all."jawab Khairul perlahan sambil melangkah ke arah tempat duduknya semula.
Syafira berjongket kening.
Macam mana dia tahu-

"Ah,kejap."
Khairul berpaling ke arah Syafira apabila lengan bajunya dipegang erat.
Keningnya berjongket.

"Erm..We can go to my sister's house?Rumah dia kan lagi dekat?And..Mungkin dia boleh tumpangkan awak?"
Dahi Qaireena berkerut buat seketika.
Cakap je lah kau nak luangkan masa dengan dia!
Typical woman!

"Your sister?Bukan dia kerja ke hari ni?"
"Yup.Tapi saya ada kunci rumah dia."
"Uhh..then we're gonna be alone in her house?"
Syafira termenung buat seketika.
Wajahnya mula berona merah apabila sudah tersedar maksud di sebalik ayat Khairul.

"Ah- Uhm- Haah lah kan..Hahaha.."
Amira dan kawan-kawannya yang lain sudah tersenyum mengusik.
Ada juga yang bersiul.

'Urgh..Gedik.'bisik Qaireena perlahan.
Badannya tersentak apabila pisau di tangannya sudah terkena pada jari telunjuknya.
Luka yang meleret sehingga ke tangannya itu di pandang lama.
Kan bagus kalau dia tumpang dengan aku..?

'Aku pun macam dah jadi pelik..'
Qaireena memegang jari telunjuknya dengan riak wajah kosong.
Wajah Khairul yang masih kelihatan sedikit muram itu di pandang sekilas.
Keluhan berat dilepaskan.
I want him to come with me..

"Qaireena..?!Are you okay?"
Qaireena tersentak apabila namanya tiba-tiba dipanggil.Wajah Khairul yang tiba-tiba berada di sebelahnya membuatkan dia terjerit kecil.

"Awak buat a-"
Qaireena memicit pipi Khairul apabila suara lelaki itu menjadi semakin kuat.
Dia nak suruh satu kelas ni tahu aku terhiris tangan aku ke apa?

"Diam.It's just a cut."
"Just a cut?Awak berangan waktu awak guna pisau ke apa?"soal Khairul lagi lalu sapu tangannya yang berwarna kuning di bawa keluar lalu ditekup pada jari telunjuk Qaireena.

"Mn."
"Awak berangan apa sampai macam ni sekali?"
"You."
Khairul terdiam seketika.
Qaireena juga ikut terdiam.
Beberapa saat kemudian wajah masing-masing mula berasa panas.

"Ah,tak- tak- maksud aku- uhh- aku- uhh- ingat nak tumpangkan kau balik rumah nanti!Tapi..aku takut kau- t-taknak.."
Qaireena sekali lagi terdiam.
Wajahnya di tumbuk berkali-kali di dalam fikiran.
Qaireena apa kau cakap ni?!
I just said that without thinking straight!
Arghhh!!

"Fine!Saya tumpang awak nanti!"jawab Khairul sambil menarik lengan Qaireena agar mengikutnya dengan riak wajah panik.

"Y-You will?"
"Yes I will!"
Mata Qaireena mula bersinar-sinar.
Dia berasa keinginannya untuk menjelirkan lidahnya ke arah Syafira sudah memuncak.
Padan muka!
Hah!I got him today!

Wajah Syafira yang kelihatan terkejut itu di pandang sekilas.
Senyuman sinis terukir di bibirnya.
'I don't know why..But I felt happy..and satisfied.'

'Tapi..Aku tak rasa aku dah tersuka-'
Wajah Khairul di pandang lama.
Pipinya yang berasa panas dibiarkan.
Kepalanya digeleng laju.

'But I guess he can be my..super best friend?..'

2:30 p.m..

"Who are you and why are you holding her hand?"soal Syafeena sambil berpeluk tubuh.
Matanya memandang ke arah wajah Khairul dengan riak wajah jijik.Gayanya sekarang betul-betul kelihatan seperti ibu yang 'overprotective'

"We just met yesterday..And she cut her hand..Jadi saya pegang kain ni sebab dia asyik nak buang.."
Syafeena berjongket kening.
Cermin mata di dalam poket jaketnya ditarik keluar lalu dipakai.
Dahinya berkerut seketika.

"Ah..Budak tu."
"Kita bukan sebaya ke?"
"In terms of brain?Nope.I know a lot more than you do."jawab Syafeena dengan senyuman sinis sambil bercekak pinggang.
Wajah Qaireena di pandang,meminta penjelasan.

Qaireena menarik nafasnya buat seketika lalu menghembusnya perlahan.
"Aku nak tumpangkan dia balik rumah."

"Suit yourself.Get in."
Kening Qaireena terangkat sambil dia membuka pintu kereta untuk Khairul.
Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah Khairul,mulutnya mula bersuara.

"Kau taknak upah?"
"Give me a quote."
Qaireena berjongket kening.
Biasanya jika dia meminta kakaknya membuat sesuatu,memang kakaknya akan meminta upah.Sama ada dalam bentuk duit,arahan,atau makanan.Ini pertama kali dia meminta 'quotes'.
Quotes?..

Wajah Khairul di pandang sekilas.
Kereta Honda itu masih tidak akan bergerak selagi dia tidak memberi 'quotes'.
Khairul juga turut memikiran 'quotes' yang sesuai diberikan kepada Syafeena.

"You may be one person to the whole world,but to me..You are the whole world."
Syafeena dan Khairul serentak berpaling ke arah Qaireena.Senyuman lebar terukir di bibir Khairul.

"Is that a love quote?So sweet.."
Qaireena berpaling ke arah Khairul buat seketika.
Tangannya yang masih dipegang oleh Khairul di pandang lama.
Tangan Khairul digenggam erat.

"I'm glad you think so."
Syafeena mengangkat keningnya sebelum mula memandu ke arah jalan raya.
Rasa macam tengah 'third-wheeling' pun ada.
Jangan cakap dia dah tersuka dekat lelaki tu?Kalau mama tahu,mampus kena bebel..

"Nanti bila awak besar,mesti awak lagi romantik dari suami awak."
Qaireena mengetap bibir.
Wajahnya mula berasa panas.
Pandangannya beralih ke tepi sambil dia meraup mukanya menggunakan sebelah tangannya.

"Shut up.."bisik Qaireena perlahan.
Tangan Khairul yang masih dipegang erat itu di ramas tanda tidak puas hati.
Khairul hanya tergelak kecil sambil membuang pandangannya ke luar tingkap.

Qaireena melepaskan keluhan berat.
Tangannya dipandang sekilas.
I'm glad I didn't reach puberty yet..
Kejap.
Reach puberty?
Wajah Khairul di pandang lama.
"Khairul talk to me."

"Eh?Uh..Erm..Terima kasih sebab tumpangkan saya..?"jawab Khairul yang masih terpinga-pinga.
Kenapa Qaireena tiba-tiba je-

Qaireena terdiam buat seketika.
Suara dia tak ada lah garau mana?
He sounds kinda..soft and kind?
Uhhh...
"Nevermind."

Khairul berjongket kening.
"Okay then.."

Wajah Khairul yang tiba-tiba berubah muram itu membuatkan dia terpinga-pinga buat seketika.
Kenapa dia nampak sedih?
Tadi elok je?
Is it because of my words?
Did my words upset him?..
"Uhh..Did I make you feel..uncomfortable?"

Khairul menggeleng laju.
"I'm fine..Don't worry."jawab Khairul perlahan.
Pandangannya dibuang ke luar tingkap semula.
Masing-masing mendiamkan diri sehingga tiba ke destinasi..

"We will wait for you here."
"Eh?"Khairul berjongket kening apabila kereta di depannya masih tidak berganjak walaupun dia sudah tiba di rumahnya.

"Lepas ni kau kena pergi rumah aku.Pergi bersiap.While we wait for you here."
Khairul memandang jam di pergelangan tangannya sekilas.
Haah lah..Lagi beberapa minit dia harus ke rumah Qaireena.

"Okey!"jawab Khairul sebelum berlari masuk ke dalam rumahnya.
Ayahnya,Dato' Alyan berjongket kening memandang tingkah lakunya dari jauh.

"Lah..Dia tak bersalam pun dengan saya.Sedih."
Dato' Alyan bersuara dalam nada dramatik.
Tetapi Khairul hanya melangkah ke arah biliknya tanpa berpaling ke belakang.

Datin Aira juga turut berjongket kening.
"Ada orang hantar dia balik ke?"
Dato' Alyan membuka langsir di bahagian tingkap ruang tamu itu.
Kereta yang berada di depan pagar rumahnya di pandang lama.

"Iya,kot?"
Dato' Alyan merapatkan wajahnya ke arah tingkap untuk melihat kereta di depan pagar rumahnya dengan lebih jelas.

"Besarnya kereta.."bisiknya perlahan sebelum menyambung kerjanya,iaitu menonton televisyen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience