Khairul melabuhkan punggungnya apabila dia sudah tiba di tempat rehat rahsianya.
Keluhan berat yang hampir dilepaskan,ditahan.
"Semua salah aku lah ni?.."
Buku latihan di atas meja itu diambil satu persatu.
Melihat kerja-kerja muridnya yang lepas,bibirnya diketap.
"..yang ada perkembangan,cuma Asyiqa dengan Qairin.."
Buku latihan yang disampul itu perlahan-lahan ditarik dengan kening yang berjongket.Jarang ada orang sampul buku latihan.
'Maisara Ailin.'
"Oh..!Ini mesti buku perempuan tu.."bisik Khairul perlahan sambil mula membelek muka surat buku latihan itu.Semuanya kelihatan rapi dan kemas.Memang sejuk mata memandang.
"Am I too harsh on them?"
Salah satu buku latihan yang tiba-tiba terjatuh membuatkan dia tersentak.
Perlahan-lahan buku latihan itu di ambil.
Matanya melilau mencari nama pemilik buku itu.
Apabila dia tidak menjumpai apa-apa nama,buku latihan itu dibuka.
Musykil juga isi apa yang berada di dalam.
Muka surat pertama,kosong.
Muka surat kedua,kosong..
Muka surat ketiga,kosong!
Muka surat keempat pun kosong!!
Khairul terlopong melihatnya.
Matanya dipejam rapat sambil dia membelek muka surat buku latihan itu.
Memang kosong.
Buku itu diangkat lalu dibelek dengan laju buat kali kedua.Apabila ternampak sesuatu yang berwarna ungu,dengan pantas dia membelek semula muka surat buku latihan itu kebelakang.
Tiba di bahagian pertengahan buku,nota yang ditulis dengan rapi itu membuatkan keningnya terangkat.
Lagi kemas dari Sara..
Tulisan yang kelihatan cantik dan bermacam-macam jenis itu membuatkan matanya terbuntang buat seketika.
Nota kecil yang terlipat itu perlahan-lahan ditarik.
'Just remember this one.'
Pandangan Khairul beralih ke arah sampul surat kecil yang ditampal di hujung muka surat itu.
Kertas di dalamnya ditarik lalu dibaca.
'Remember the shortcut and the basic like gamma rays is stronger than any other rays'
'There r 3 gamma rays,alpha,beta,gamma.'
'alpha(weak) - beta(so-so) - gamma(strongest)'
Khairul tersenyum lebar.
"So cute.."
Kertas kecil di tangannya itu disimpan semula ke dalam sampul surat.
Muka surat seterusnya dibelek.
(ENG)
"Oh..Dia campur semuanya dalam buku ni?"
Ayat yang tertera di depan matanya dibaca.
'Too ez.Nothing to learn here.'
Tawa Khairul terhambur.
Yakinnya dia!
Siapa punya ni?
Tak ada nama,lah..Tulisan dia cantik betul.
Keyakinan dia mengalahkan aku.
(MATH)
'What do u mean formula?Write it in your brain.'
Khairul tersengih lalu membelek muka surat seterusnya.
Kod komputer yang penuh di dalam buku itu membuatkan keningnya berkerut.
Ah..Ini mesti Sains Komputer punya kerja!
Wow..Dia tulis juga benda macam ni?
Apabila muka surat itu sudah hampir habis,ayat yang ditulis dengan besar di atas muka surat itu membuatkan Khairul mengecilkan matanya.
'QUOTES AND POEM'
"....Ini....buku Qaireena,ya?"bisik Khairul perlahan.Kulit buku itu dicium.
Sure enough.Bau macam minyak wangi Qaireena.
Khairul menggeleng kepala lalu buku itu ditutup semula.
Matanya yang berkaca perlahan-lahan dikerdip.
Air mata yang mengalir di pipinya dengan pantas disapu.
"No.No.Not crying.Not crying."
Khairul menarik nafas lalu menghembusnya dengan kasar.Nafasnya yang sedikit bergetar membuatkan dia berasa sebak semula.
"I'm fine..I'm fine..I'm going to be fine."
Tangannya meraba buku latihan yang seterusnya.
Buku latihan di tangannya di belek dengan laju.
Ada yang buat kerja separuh.
Ada yang buat kerja siap tapi tulisan cakar ayam.
Mesti orangnya buat 'last minute'.
Khairul menarik nafas lalu salah satu muka surat buku itu dicengkam dengan kuat.
Baru sahaja dia hendak mengoyak kertas di tangannya,suara Puan Farisa dan Asyiqa bergema di telinganya.
'Your temper..you need to at least control it.'
'Kalau lah cikgu tak panas baran sangat..Mesti semua ni takkan jadi.'
"BUT WHY?!Apa salah aku..?!I didn't do anything wrong okay?Aku cuma marah diorang,so what if diorang terasa..?!Who cares?!Aku pun terasa juga,okey?!And who cares about me?No one!Absolutely no one!Why do I have to fix myself?I LIKE BEING MYSELF!!"
Dadanya sudah turun naik apabila dia sudah habis bersuara.Mengeluarkan segala isi hatinya.
Wajahnya sudah berubah merah menahan marah.
"Cikgu..."
"..ah!"
Khairul perlahan-lahan berpaling ke belakang.
Wajah Asyiqa yang semakin pucat itu membuatkan matanya mula berkaca.
"What are you doing here?"
"Uhm..saya..well..You know.."
Asyiqa memegang kertas di tangannya dengan erat.Tangannya yang terketar-ketar boleh dilihat dengan jelas oleh Khairul.
Itu pertama kali dia melihat Khairul begitu marah.
Sejujurnya,dia hampir terduduk semasa terdengar Khairul menjerit.
"Ini ke..kerja untuk..semalam..Ki..kitorang dah buat.."
Khairul memandang modul di tangan Asyiqa dengan riak wajah yang susah hendak dijelaskan.
Tangan Asyiqa ditepis kasar.
"NO!I don't want to hear it anymore!Don't do it if you don't want to,I don't care anymore!!"
Asyiqa yang mahu bersuara dengan serta merta membatalkan niatnya apabila Khairul sudah berlalu pergi.
Suaranya yang tersekat di kerongkong membuatkan dia berdehem beberapa kali.
"..cikgu.."
Modul di tangannya dibuka.
Matanya terbuntang apabila hampir 50% daripada isi modul itu tiada jawapan langsung.
Modul seterusnya dibuka.
Kosong.
Dia tak buat terus.
Modul seterusnya dibuka dan jawapannya masih sama.Ada yang tidak buat,ada yang buat tetapi tidak lengkap.Ada yang meniru jawapan masing-masing.
Kalau sama-sama betul tak apa juga!Tapi masalahnya diorang sama-sama salah!
"..apa yang diorang buat ni..."
Modulnya dan modul Qairin dipisahkan daripada modul orang lain.Modul yang cikgu Khairul bagi tidak lah tebal mana..Cikgu bagi masa 5 hari untuk siapkan,sedangkan dia hanya mengambil masa satu hari untuk siapkan kesemuanya.
Pandangan Asyiqa terhenti pada kedua-dua modul yang kelihatan 'kemas' tanpa sebarang lipatan.
'Maisara Ailin'
"Ah..This girl again.Kerja dia boleh tahan..Although it have some wrong here and there.."
Boleh diterima.
Bukan semua orang sempurna.
Salah itu benda normal.
Modul itu diletakkan di sebelahnya.
Bersama-sama dengan modulnya dan modul Qairin.
'Qaireena Qalisya'
Kening Asyiqa berjongket.
Oh.Ini modul dia.
Aku dah lama nak tengok kerja sekolah dia.
Modul di tangannya diselak dengan laju.
"OMG."
Asyiqa membelek lagi muka surat itu ke depan dan ke belakang.Semuanya lengkap.
Kenapa tulisan dia berlainan jenis?
Ini tulisan dia kan?
Cantiknya..
Modul yang kelihatan lengkap dari depan hingga belakang membuatkan Asyiqa terlopong.
Kalau macam ni,dia sendiri pun boleh kalah sebelum bertanding.
'Sticky note' kecil yang tertampal pada bahagian akhir modul itu ditarik lalu dibaca.
'Saya siapkan kerja cikgu kali ni!Have fun reading my answer,saya ada letak ayat sweet kat situ.'
Asyiqa mencengkam modul di tangannya tanpa disedari.Dia berani cakap macam tu dekat cikgu Khairul?..
Bibirnya diketap.
"Then..Mesti dia berani tolong cikgu Khairul juga!"
Khairul melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan air mata yang masih mengalir di pipi.
Kasutnya dicampak ke tepi sambil dia berlari ke arah biliknya.
Tubuhnya terus dihempas ke atas katil.
Penghawa dingin yang masih tidak dibuka itu membuatkan tangannya mula meraba ke arah sekelilingnya.
'Remote' penghawa dingin yang berada di hujung kakinya,ditarik lalu butang 'On/Off' ditekan.
Air matanya mula membasahi bantal peluknya.
"I'm tired..Please...let me rest."
Qaireena memandang ke arah luar tingkapnya.
Hujan yang turun semakin lebat itu membuatkan dia berasa sunyi buat seketika.
Kardigannya yang berwarna mint dipakai.
Tudungnya yang berwarna mint juga turut dipakai.Sarung tangannya yang berwarna hitam disarung dengan laju lalu topi yang berada di atas almari ditarik.
Langkahnya diatur ke luar rumah.
"Maa..!I'm going out!"
"Wait,aren't you sick?"
Datin Qairiyla hanya berjongket bahu apabila kelibat Qaireena sudah hilang dari pandangan.
"HAH!Saya menang!Take that!In your face,you cute little cutie!"
"Kenapa asyik awak yang menang ni.."
Syafeez bersuara sambil berpeluk tubuh.
Bibirnya memuncung tanda tidak puas hati.
Sudah tiga kali dia bermain 'Saidina' dengan isterinya.Tiga kali juga lah dia kalah.
"Because I'm a business woman."
"I'm a business man too!"
"I guess the way we are thinking is different then!"jawab Qairiyla dengan senyuman lebar.
Syafeez perlahan-lahan mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.
Bunyi hujan yang menitik di dalam pasu bunganya yang sudah penuh dengan air membuatkan pipinya berubah merah buat seketika.
"Erm..I really like the rain.."
Qairiyla berjongket kening apabila Syafeez mula menggerakkan jari kakinya sambil memandang ke arahnya dengan riak wajah comel.
"Uhh..Do you need something?"
"Erm..Well you know..Sekarang kan tengah hujan..Jadi..uhh..uhhhh.."
Wajah Syafeez yang semakin berona merah itu membuatkan kening Qairiyla terangkat.
"Awak nak pergi mandi hujan?"
Syafeez terdiam seketika.
Dahinya dipicit sambil dia berjalan ke arah pintu rumah dengan riak wajah malas.Belum sempat tombol pintu itu dipulas,tubuhnya sudah dipeluk erat dari belakang.
"Okay,okay..Sorry.Sheesh..Awak ni..Bagi lah saya jadi 'innoncent' kejap."
"No.Saya dah takde mood."
"Well you always say that and you didn't even last for 5 minute because it's too good."
Wajah Syafeez mula berubah merah sambil dia mula meronta sekuat hati.
"Sorry I can't fullfil your desire then.."
Kening Qairiyla terangkat buat kali kedua.
Senyuman kejam terukir di bibirnya sambil pipi Syafeez diusap.
"It's okay..We can just do it again and again...UNTIL YOU FAINT."
"Owh..That is so sweet- Wait,what?"
Belum sempat Syafeez berkata apa-apa,lengannya sudah ditarik masuk ke dalam bilik.
Share this novel