"Well actually..I was planning to skip class..But then I remember..Cikgu Syazwan suruh saya ambil kertas dekat pejabat..Jadi saya tak boleh ponteng.."
Qaireena mengeluarkan aura keyakinannya lalu memandang tepat ke arah anak mata Khairul agar penipuannya tidak kelihatan.
Riak wajah Khairul yang masih kosong itu membuatkan Qaireena perlahan-lahan 'mengecil'.
Dia sudah tidak tahu harus berkata apa.
"Then..can you help me for a while?"
Qaireena berjongket kening.
Kepalanya disengetkan.
"Help you with what?"
"I left my laptop on my desk..Can you help me take it?"
Khairul menundukkan kepalanya.
Lehernya sudah lenguh mendongak.
"Okay.Is there any rewards?"
Khairul hanya berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.
Meninggalkan Qaireena yang sudah terkebil-kebil di belakang.
Qaireena bercekak pinggang.
"He looks like he is 5 cm shorter than me but his ego is higher than me."bisik Qaireena sambil dia berjalan ke arah bilik guru.
Ah,wait.Bilik guru ada dua.
Meja cikgu Khairul dekat bilik guru baru or bilik guru lama?
"Erm..Memandangkan dia nampak macam cikgu baru..."
Qaireena perlahan-lahan menolak pintu bilik guru baru di sebelahnya.
Suhu penghawa dingin di dalam bilik itu membuatkan dia berasa seperti ingin tidur.
5 minit dia berpusing di dalam bilik guru itu,keluhan berat mula dilepaskan.
Wajah seseorang yang amat dikenalinya tiba-tiba muncul di pandangannya.
"Hasyira?"
Hasyira yang sedang mengunyah coklat yang di buat oleh suaminya sendiri,tersedak.
"Hasyira.It really is you.Hey.Help me out.Khairul minta tolong aku ambil laptop dia.Tapi aku tak tahu kat mana."
Hasyira meneguk air di dalam botolnya yang masih sejuk lalu tangannya di sapu menggunakan tisu.
"Khairul?Bruh..Dia 'special case' lah.Dia tak duduk dalam bilik guru."
Qaireena berjongket kening.
Oh..Tak?
"Dia duduk dekat dalam bilik guru disiplin."
Qaireena termenung seketika.3 saat kemudian,dahinya ditepuk dengan kuat.
Kenapa dia bodoh sangat..Dah terang-terang lagi bersuluh,pagi tadi Khairul pun berdiri dekat depan pintu pagar sekolah waktu buat pemeriksaan.
Laah..
"Okey.Then I will go now.Thank you."
"Tahu ke dekat mana bilik guru disiplin?"
"Tahu..Aku dah mengembara sekeliling sekolah ni semalam."jawab Qaireena sebelum berlari keluar.Aina menyengetkan kepalanya di sebalik dinding yang memisahkannya dengan Hasyira.
"Is that Qaireena?Budak yang kau ajar tu?"
"Yeah.."
"Woah..Dia dah besar."
"Yea.I know."
Hasyira mengunyah semula coklat di dalam mulutnya sambil termenung.
Tiba-tiba rasa rindu pula dekat Haaif.
Patut ke aku ponteng kerja hari ni?..
Qaireena membuka kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik disiplin itu.
Penghawa dingin yang masih terbuka membuatkan Qaireena berasa nyaman buat seketika.Laptop di atas meja di pandang lama.
"Ini ke laptopnya?"
Sempat lagi dia membuka laptop itu.
"Ah..Dia tak letak password."
Melihat skrin utama yg sudah memaparkan gambar kucing,Qaireena perlahan-lahan menutup semula laptop itu.
Bulu romanya meremang buat seketika.
"Lelaki yang nampak garang macam dia tu suka kucing?"
Qaireena menggosok kedua-dua lengannya yang masih berasa lain macam sebelum melangkah keluar.
"Nah,cikgu..And can you tell me where the dicipline room is before you tell me to pick up your things?"
Khairul berjongket kening.
Melihat peluh di dahi Qaireena,terbit rasa bersalah jauh di dalam lubuk hatinya.
"I thought you knew it already..Since you like to skip classes."
"I never skip classes!"
"You just did."
Serentak dengan itu,loceng sekolah mula berbunyi menandakan waktu untuk kelas itu sudah tamat dan masa untuk kelas yang baharu sudah boleh dimulai.
Qaireena termenung seketika.
Ah..Aku ponteng kelas sains ke?
"Salah cikgu lah,sebab cikgu suruh saya ambil barang.."
Qaireena bercekak pinggang lalu menghulur laptop di tangannya.
"Hold it.I have to go to your class after this."
Qaireena dapat merasakan tangannya sudah gatal mahu mencekik lelaki di hadapannya.
Melihat Khairul yang bersusah payah membawa buku,lagi lah dia menyampah.
"Let me take that.You hold this."
Qaireena meletakkan laptop di tangannya ke atas meja lalu buku latihan di tangan Khairul di ambil.
"It's heavy though.."
"You think I'm weak?"
Dahi Khairul berkerut seketika.
Jadi awak nak cakap saya ni lemah lah?..
"Whatever.Hurry up.Or I'm leaving you behind."
Khairul perlahan-lahan berjalan di belakang Qaireena dengan riak wajah tidak puas hati.
Pelajar-pelajar di dalam kelas itu mula menjadi riuh sebaik sahaja kelibat Khairul sudah hilang.
Aisyah dan Airis saling berpandangan buat seketika sebelum masing-masing berjongket bahu lalu memandang ke arah papan putih.
"There you go."
Khairul berpeluk tubuh sebaik sahaja Qaireena mempamerkan senyuman senget di bibirnya.
"Saya nak pergi tan-"
"No.You can't."
Langkah Qaireena terhenti seketika.
Tapi saya memang nak terkencing ni cikgu.
Cikgu nak suruh saya kencing kat sini ke?..
"Don't worry..I'm not going to skip classes..You're the dicipline teacher after all.."
Sempat lagi Qaireena mengenyit mata sebelum berlalu pergi.Khairul melepaskan keluhan berat.
Pandangannya tiba-tiba terhenti pada wajah Qairin yang sudah memandangnya dengan pandangan lain macam.
"What are you looking at?"tanya Khairul dengan pandangan tajam.
Qairin mengembungkan pipinya dengan keningnya yang sudah bertaut.
"No.I was looking at the whiteboard."jawab Qairin sebelum mengalihkan perhatiannya semula.
Apa yang Qaireena buat dengan cikgu Khairul tadi sampai datang sini pun sama-sama?
Aku tak restu!
Selesai memberi salam dan membaca doa,Qairin masih lagi memasang riak wajah tidak puas hati.
Kena tanya Qaireena sendiri lah nampaknya..
"So..Homework.You don't have to give it to me.I will see it on my own.Put it on your desk."
Sebaik sahaja perkataan 'homework' keluar daripada mulut Khairul,ada yang sudah menghembus nafas lega.
Ada juga yang perlahan-lahan 'mengecil'.
Qairin mengeluarkan buku latihannya.Kerjanya yang lama di pandang dengan riak wajah kosong.
"Tak kemas langsung..Ah..Qaireena punya mana."
Qairin mula menyelongkar beg milik Qaireena yang dipenuhi dengan fail dan kertas yang berwarna warni.Keningnya berjongket.
Mana?Qaireena tak buat ke?
Bahagian bawah meja Qaireena diselongkar.
Ah.Ini dia..Tapi buku ni bawah meja..Dia buat ke kerja rumah?
Sehelai kertas kecil yang tiba-tiba terjatuh menarik perhatian Qairin.
Nota kecil itu di pandang lama dengan dahi yang berkerut.
'Jangan hantar :D'
"Qairin!What are you looking at?"
Qairin tersentak lalu buku latihan Qaireena di sumbat masuk ke bawah ruangan meja semula.
Sebab ni ke dia pergi tandas?
Tak tahu ke cikgu Khairul tetap akan tanya pasal homework!
"Nothing.."
Qairin menongkat dagu sambil nota dan soalan latihannya diperiksa.
Keningnya berjongket buat seketika.
Wajah Khairul dipandang sekilas.
Is it just my imagination..But why does he smell nice..Dia ada bau macam...Qairee..
Pandangannya dialihkan ke tepi.
Wajah Qaireena yang tiba-tiba muncul di tepinya menyentakkan lamunannya.
Qaireena menyandarkan tubuhnya di dahan pokok sambil matanya memandang tepat ke arah langit.Qairin di dalam kelas sudah terlopong.
What the heck?Qaireena what are you doing?!
Bagai dapat membaca isi hati Qairin,Qaireena berpeluk tubuh sambil mengangkat kening.
Qaireena menggoyangkan kakinya.
Jika Qairin memberi isyarat mata untuk menyuruhnya pulang ke kelas,then nope.
Ingat senang ke nak panjat pokok pakai kain?
I'm not going to go down just for a small matter!
"Qaireena's homework?Can you show it to me?"
Mata Qaireena terbuntang.
Ah,lupa pulak pasal tu!
Dengan pantas dia melompat turun dari pokok yang agak tinggi itu sebelum berlari ke arah kelasnya.
Qairin sudah bersiap sedia untuk menyelongkar beg Qaireena bagi melengahkan masa.Tu,lah!Main-main lagi!
Serentak dengan itu,pintu kelas diketuk.
Dengan pantas Qaireena berjalan ke arah mejanya lalu melabuhkan punggung dengan wajah yang pucat.
"I not do it.Sorry."
Auto broken inggeris.
"What?..Why?You're the one who said 'Lusa boleh?'.Then why can't you finish it?"
Qaireena menyatukan kedua-dua jarinya.
Semua pelajar yang berada di situ mula memandang ke arahnya.
"I'm busy."
"Busy doing what?Taking care of your husband?"
"Ah,no...I'm still single."
Qaireena menggaru kepala yang tidak gatal.
Matanya perlahan-lahan beralih ke arah wajah Khairul.Memang dia sudah menyiapkan kerja itu..
Cuma malas mahu menghantar...Eheh.
"I am busy doing my other work.."
"Alasan!"
"I'm not lying..I'm doing my other work that is more important..If you give me time,I will make sure I finish it and give it to you tomorrow."
Dahi Khairul semakin lama,semakin berkerut sambil dia berpeluk tubuh.
"Pergi berdiri dekat luar."
"Eihh...So cruel..I help you earlier..Can't you at least forgive me?"
Khairul terdiam seketika.
Aish...Kalau tahu macam ni..Baik tak payah minta tolong Qaireena tadi..
Urgh!Tidak pasal-pasal dia rasa bersalah!
Share this novel