BAB 17

Romance Completed 4178

KRINGG!!!!

Qaireena bersorak kegembiraan di dalam hati apabila bunyi loceng sekolah mula berbunyi menandakan waktu pulang.
Pensel dan pennya di campak ke dalam beg galas dengan selamba.
Qairin hanya menggeleng kepala melihat karenah kakaknya.
"Kak?Ada bawa payung?"

Pergerakan Qaireena terhenti buat seketika.
"Ada!"
Qaireena menunjuk payung di bahagian kanan poket jaketnya.
Qairin hanya mengangguk lalu begnya digalas.

"Ah..Kau pergi lah dulu tunggu kat luar."
Qairin berjongket kening.
Melihat Qaireena yang sudah mencapai pemadam papan putih,Qairin hanya tersenyum senget sambil mula melangkah turun.

Qaireena meletakkan pemadam papan putih di tangannya di atas meja guru.
"Dah bersih.."

Payungnya ditarik keluar dari poket begnya sambil dia berlari turun dari anak tangga dengan laju.Qairin,mungkin sedang menunggunya di dalam dewan.
"Hahh..Sejuknya.."

Qaireena menggosok lengannya.
Sepatutnya pakai sarung tangan yang panjang sikit hari ni..
Payungnya dibuka.
Sebaik sahaja dia melangkah ke arah dewan,kakinya automatik terhenti.
Matanya beralih ke arah tempat 'khas' milik Khairul.Matanya dikecilkan,5 saat kemudian,matanya terbuntang semula.
"Is he asleep?!"

Kakinya perlahan-lahan diatur ke arah Khairul yang sedang melapik kepala menggunakan lengannya.
Qaireena menyengetkan kepalanya.
"Wow..He's asleep?Dari pukul berapa dia tidur ni?"

Qaireena memandang ke atas apabila hujan mula terjatuh di atas permukaan payungnya.
Baju Khairul yang kelihatan lembap itu membuatkan Qaireena menepuk dahi.
"Cikgu?Teacher?...Sir?Why are you sleeping here?.."

Melihat Khairul yang masih tidak bergerak,Qaireena mula menggaru kepala yang tidak gatal.
Nak kejut,kesian pula..Tapi kalau tak kejut,basah lah dia nanti..
Qaireena melepaskan keluhan berat.
Payung di tangannya digantung di antara dahan pokok yang berada di atas kepala Khairul.

"Wow..I'm a genius."bisik Qaireena apabila tubuh Khairul sudah terlindung daripada hujan.
Kepalanya mula ligat berfikir.

"You owe me one."
Qaireena mengeluarkan jaketnya dari dalam beg lalu jaketnya diletakkan pada belakang tubuh Khairul.

"Now you owe me two.Aku boleh ponteng kelas dia 3 kali.Ohohohoho~"
Qaireena menekup mulutnya apabila Khairul tiba-tiba mengeluarkan suara.

"Peluk...."
Kening Qaireena berjongket.
Peluk?
How cute..Lelaki garang nacam ni pun minta orang peluk dia waktu tidur?

Qaireena tersenyum senget.
Kepala Khairul diusap dengan wajah yang mengejek.
"I do love to but we have to keep it halal."

Qaireena membetulkan jaketnya sebelum berlalu pergi dari situ.
Wajah Qairin dipandang lama.
"Qairin."

"Haa..Lamanya padam papan putih..Jom lah."
"Payung ada orang pinjam."
Qairin berpaling ke arah Qaireena dengan dahinya yang sudah berkerut.

"It's okay..I have mine."
Qairin mengeluarkan payungnya dengan senyuman lebar.
Qaireena juga ikut tersenyum.
Ah..Agak-agaknya Khairul tahu tak itu payung dengan jaket aku?
Erm..Aku tak letak nama..So,mungkin tak..
Whatever..Aku boleh minta balik esok.
By the way..Aku tak nampak pun cikgu Syazwan hari ni..Dia tak datang ke?

Syazwan berjalan mundar mandir ke kiri dan ke kanan dengan 'cool-fever' yang tertampal pada dahinya.
"Aish..!Mana Khairul ni!"

Punggungnya dihempas ke atas katil dengan riak wajahnya yang masih cemberut.
Selepas Khairul yang sihat,dia pula yang sakit.
Salahnya juga kerana tidur sekatil dengan orang yang sedang sakit.
Kan dah berjangkit?..
"Ah..Bosan lah..Tak dapat buli budak-budak hari ni.."

Syazwan menekup mukanya ke arah bantal.
Handphonenya ditarik keluar dari laci meja dengan kasar.
Sudah 5 kali dia menelefon Khairul,tetap tidak dijawab.Dia pengsan dekat sekolah ke apa?

Nombor Khairul ditekan lalu handphonenya ditekup pada telinga sambil tangannya memeluk erat bantal di sebelahnya.

Khairul terjaga apabila telinganya menangkap bunyi handphonenya yang berbunyi.
Matanya yang berasa pedih dipicit perlahan.
"Ah,hujan ke..?"

Khairul memandang bajunya yang masih lagi kering.Hanya terkena tempias hujan di bahagian tepi.Keningnya berjongket lalu jaket di belakang tubuhnya perlahan-lahan ditarik.
Kepalanya didongakkan ke atas lalu payung yang berada di antara dahan pokok itu ditarik dengan berhati-hati.
Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas.
"Aku tertidur dari waktu rehat tadi..?!"

Handphonenya dicapai lalu butang hijau ditekan.

'Khairul!Awak buat apa?!Saya telefon tak jawab!Saya ingat awak mati kena penyet dengan lori tadi!'

"Melebih lah kau..Kau dekat mana?Rumah aku lagi?"soal Khairul lalu jaket yang berwarna hitam putih itu disangkut pada lengannya.Kakinya melangkah ke arah tempat parkir keretanya.

'Iya..'

"Hmm..Aku nak memandu ni.Bye."
Belum sempat Syazwan berkata apa-apa,panggilan sudah terlebih dahulu ditamatkan.
Handphonenya dicampak ke tepi.
Payung yang sudah ditutup itu,dilipat lalu disimpan ke dalam laci kereta disebelahnya.

Hidungnya ditekup pada jaket di tangannya.
Matanya dipejam.5 minit kemudian,wajahnya mula berubah merah.
"Kenapa jaket Qaireena ada dekat atas badan aku?!"

Jaket di tangannya dicampak ke tepi.
Mukanya yang berasa panas,digosok berkali-kali.
Urgh..Kalau ada orang nampak kelakuannya tadi,sah-sah dia akan di cop sebagai lelaki miang..Aaaa,tidak..


"Syazwan?"
Mata Khairul melilau mencari kelibat Syazwan.
Kertas yang berada di atas mejanya di ambil.
Berkerut dahinya apabila membaca isi surat itu.

'Iqa kata dia ada buat kek.Aku keluar kejap tau?Don't worry about me.Aku ada bawa payung~
:D'

"Aish..Dia ni.."
Khairul menghempas punggungnya di atas katil dengan kasar.Jaket yang masih dipegangnya dipandang lama.

Perlahan-lahan dia menekup wajahnya ke arah jaket di tangannya.Matanya dipejam rapat lalu tubuhnya dibaringkan.
"She still smell nice.."

Qaireena menggosok lengannya yang berasa sejuk.Bulu romanya sudah mula naik.
Matanya melilau mencari jaketnya.
"Aish..Mana aku letak jaket aku tadi?!"

Beg galasnya dibuka lalu diselongkar dengan kasar.Rasanya dia ada letak dalam ni?..
Pandangannya beralih ke arah jam di pergelangan tangannya.
"Ah..Aku bagi dekat Khairul tadi.."

Qaireena melepaskan keluhan berat lalu selimutnya ditarik.
"Hai,kakakku yang tercinta.."

Qairin meletakkan nasi goreng yang baru dibuatnya tadi di atas meja.
Lengan Qaireena ditarik.
"Makan."

"Ah..Malas lah.."
"Makan!"
Bibir Qaireena memuncung apabila tubuhnya diheret.Punggung Qairin ditepuk bagi melepaskan geram.

"Oii!Gangguan seksual!"
"Kau dah makan ke belum?"
"Belum!Aku nak makan dengan kau lah ni!"jerit Qairin sambil menggosok punggungnya yang berasa sakit.
Pinggan yang berada di atas meja di ambil lalu disua ke arah Qaireena yang masih lagi terbaring di atas lantai.

"Makan lah..Nanti perut masuk angin.."
Melihat adiknya yang membuat riak wajah sayu,Qaireena berdecit.
Sikit-sikit nak buat muka sedih..Ingat aku ni lembut hati sangat ke sampai tak boleh tahan tengok muka dia bila dia tengah sedih?..
"Thank you.."bisik Qairin perlahan apabila Qaireena mula mencedok nasi.
Punggungnya dilabuhkan di sebelah Qaireena lalu kedua-duanya mula menjamu selera tanpa berkata apa-apa..

Syah meletakkan kertas di tangannya ke tepi.
Wajahnya sudah pucat lesi akibat terlalu lama memandang benda yang sama dan duduk di dalam posisi yang sama.
"Very good."

Harif bersuara sambil menepuk tangan manakala Asyiqa masih lagi memandang kertas di tangannya.Mencari kesalahan dari setiap sudut.
"Hm..I think this is good enough.Nah."

Asyiqa meletakkan kotak bersaiz kecil yang berisi kek di tepi lengan Syah.
"Aku nak pergi salin benda ni dalam komputer..Kalau kau rajin kau siapkan lah projek untuk-"

"No."potong Syah lalu mencedok hujung kek menggunakan sudunya.
Harif hanya menggeleng kepala sambil dia berjalan masuk ke arah biliknya.Kerja sekolahnya terlalu berlambak hari ni..

"Excuse me,then."
Asyiqa menundukkan kepalanya buat seketika.
Dahinya perlahan-lahan berkerut.
Ah..Tabiat.

Sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup rapat,Syah memandang tepat ke arah Khairi yang masih berada di tepi pintu.
"Taknak keluar ke?"

"Ah..Boleh ke?"soal Khairi semula.
Kening Syah terangkat.
Hmm..Macam tahu-tahu je aku nak mempermainkan dia..

"Tak.Urut bahu aku."
Khairi terdiam seketika.
Syah tersenyum senget apabila wajah Khairi mula berubah keruh.
Mahu tidak mahu,Khairi masih juga menurut perintah.

Bahu Syah diurut sambil fikirannya mula mengingati sesuatu yang tidak berapa menyenangkan.
"Hm..You are really good at this."

"Thank you.."bisik Khairi perlahan apabila Syah memujinya dengan riak wajah selamba.
Memandangkan dia selalu mengurut bahu Qairin dan Qaireena,boleh dikatakan yang dia sudah terbiasa dalam bidang urutan.

"Apa nama kau..Ah,Hafiz..Kau kerja sini berapa hari?"
"Erm..7 hari.."
Khairi mengangkat keningnya.
Sejak bila pula namanya bertukar dari 'Khairi' kepada 'Hafiz'?..

"Nama saya,Khairi.."
"Bla,bla..Whatever.Kuat sikit."
Khairi mengetap bibir lalu mula menyambung kerjanya.Dia berniat mahu membalas mesej Qaireena tadi..Tapi terlupa pula..Mesti Qaireena tengah risau..

Syah meneguk air di dalam gelas dengan laju.
Gelas di tangannya di campak ke tepi lalu gelas kaca itu serta merta berkecai.
"Haih..I'm losing patience."

Syah menyumbat kek yang berada di atas sudu ke dalam mulut Khairi apabila tekaknya mula berasa muak.
"Aku dah kata suruh beli perisa Oreo.."

Khairi yang masih terkebil-kebil perlahan-lahan mengunyah kek di dalam mulutnya sambil tangannya menyapu mulutnya yang sudah comot.
"Oi,kau!Kemas ni!Aku nak pergi beli kek lain."

Khairi memandang gelas kaca yang sudah pecah di tepinya.Kenapa dia berasa seperti dia dibuli..
Ah..Qaireena..Saya nak balik..
Saya lagi rela kena buli dengan awak..

"...Aku nak jaket aku balik.."bisik Qaireena perlahan.Bulu romanya sudah naik akibat kesejukan yang melampau.

"Tutup lah air-cond tu kalau sejuk.."
"Tapi nanti jadi panas balik!"
Qairin mengerlingkan matanya tanda geram.
Selimut di sebelahnya di campak ke arah wajah Qaireena.

"Mana jaket kau pergi?"
"...Hilang..Tertinggal dekat sekolah kot."
Qairin memandang wajah Qaireena dengan pandangan curiga.Melihat wajah Qaireena yang masih selamba itu,mungkin kakaknya sedang berkata benar..
Tapi ini Qaireena...Susah betul nak percaya..

Qaireena menongkat dagu.
Matanya perlahan-lahan beralih ke arah skrin komputernya.
'Kalau Qairin tahu,jaket tu sebenarnya dengan Khairul..Mampus aku kena bebel..'

Bulu roma Qaireena sekali lagi meremang.
Kali ini bukan sebab sejuk.
"Kau rasa Khairi tengah buat apa?"soal Qaireena untuk menukar topik.

"Khairi?..I think he's doing fine.I can feel it."
"Why is that?Sebab dia duduk dengan Asyiqa?Your crush?"
"Wh..WHAT?!S..Sh..She's not my crush!"
Qaireena meraup mukanya.
Selimut yang dicampak oleh Qairin tadi diangkat lalu dibalut di sekeliling tubuhnya.

"Yeh..Like I would trust you.."
Qairin mengeluarkan jeritan nyaringnya bagi menutup rasa malunya.
Dia yakin mukanya sekarang sudah menjadi warna merah..Disebabkan marah!
Sejak bila pula dia suka dekat Asyiqa?!
Perempuan..yang membosankan tu?!
Siapa yang nak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience