Qaireena menayangkan riak wajah menyampah apabila perutnya mula berbunyi.
Pensel mekanikal di tangannya di genggam erat.
Kenapa sejak kebelakangan ni dia cepat betul rasa lapar?..
Biasanya dia boleh bertahan selama 3 jam.
"Awak lapar?"soal Khairul laju.
Qaireena mengerutkan dahi.
Buku teks matematiknya yang ditutup dipandang dengan pandangan tajam.
"Saya buat nasi kerabu hari ni."
Qaireena berjongket kening.
Nasi...kelambu??
What?
Khairul mengeluarkan bekalnya.Mereka masih mempunyai 30 minit sebelum waktu rehat tamat.
Sudu di tangannya di hulurkan ke arah Qaireena yang masih kelihatan seperti terpinga-pinga.
"What?Tak pernah makan nasi kerabu ke?"soal Khairul sekadar bergurau.
Tidak sangka pula yang Qaireena akan mengangguk.
"Serius lah?What did you even eat everyday?"soal Khairul lagi dengan riak wajah terkejut.
Penutup bekal itu dibuka lalu ditolak ke tepi.
"Pancake for breakfast.Steak..And lasagnia for lunch.Caramel pudding for dessert,and vegetables soup at night."
Khairul terlopong buat seketika.
Apa jenis makanan tu?
Lasagnia?Lain macam betul bunyinya?
"Nasi?"
"We rarely eat it."
Khairul menggeleng kepala.
Arhh..Orang kaya.
Semua benda standard tahap sejuta..
Entah-entah kalau aku tanya dia tentang nasi lemak pun dia tak tahu..
"Cuba rasa.And give me your feedback,please~"
Qaireena memandang ke arah nasi itu yang berwarna biru.
Dahinya berkerut buat seketika.
"Kenapa-"
"Warna dia memang macam tu."potong Khairul sebelum Qaireena sempat berkata apa-apa.
Senyuman lebar masih belum pudar daripada bibirnya.
Dengan keluhan berat,mulutnya terkumat-kamit membaca doa tanpa berbunyi.
Sudu yang sudah dipenuhi dengan nasi,di sumbat ke dalam mulutnya.
Khairul dengan tidak malunya mencedok sisa-sisa sayur yang terjatuh lalu disumbat ke dalam mulut Qaireena dengan riak wajah teruja.
"Sedap tak?Sedap tak?Sedap tak?"
Qaireena menepuk wajah Khairul dengan riak wajah menyampah.
Sesetengah pelajar yang baru sahaja masuk ke kelas sudah menayangkan riak wajah terkejut.
"...not bad...Sedap."
"Really?Ini pertama kali saya buat nasi kerabu..I'm glad you like it!"
Kening Qaireena terangkat.
Secara tiba-tiba pipinya berasa panas.
Kepalanya digeleng perlahan.
"What does that supposed to mean?"
"I make this for you..Awak orang pertama yang rasa.And you like it.So it's a win for me."jawab Khairul dengan senyuman lebar sambil sudu di tangannya yang sudah dipenuhi dengan nasi di sua ke arah mulutnya.
"O..Oh.."
Qaireena mengalihkan pandangannya ke tepi.
Dahinya berkerut seketika.
No,no,no..What the heck..
Memang lah dia bagi aku rasa dulu,aku ajar dia,of course lah dia kena upah aku dengan sesuatu.
"Khai!"
Khairul berpaling ke belakang.
Qaireena tidak memandang.Masih berada dalam imaginasi tersendiri yang penuh dengan nombor dan eksperimen.
"Mn?"
"Hari ni awak balik jalan kaki ke?"
Qaireena tersedar daripada lamunannya.
Wajah Khairul yang kelihatan selamba itu dipandang lama.
"Haah..Kakak saya kerja hari ni."jawab Khairul sambil matanya masih memandang ke arah Qaireena yang sedang mengunyah nasi dengan riak wajah pelik.
"Cun!Nak balik sama-sama tak?Aku pun balik jalan kaki!"
Khairul menjelingkan matanya ke atas buat seketika.Sedang berfikir sama ada mahu menerima atau tidak.
"Nak ke tak,eh.."Khairul bersuara dalam nada mengusik.
Perempuan yang bernama Syafira itu sudah menayangkan riak wajah teruja.
"Nak,lahh.."
Syafira mula membuat riak wajah comel.
Qaireena yang terpandang serta merta berasa loya.Kenapa semua perempuan macam ni?..
Urgh..
"Iya lahh..Stop that face you're making.It doesn't have any effect on me."
Syafira tergelak kecil lalu kembali ke tempat duduknya semula.
Khairul berpaling ke arah Qaireena semula yang masih memandang ke arah Syafira dengan pandangan...kosong?
"Kau tanya dia ke?"soal perempuan yang berada di sebelah Syafira dengan riak wajah mengusik.
Syafira mengangguk perlahan.Wajahnya yang berasa panas ditekup perlahan.
"Jangan lah usik aku dah..Sekali sekala apa salahnya.."
"Ceii..."
Dahi Qaireena berkerut.
Arh..Ini ke apa yang kakak pernah bagitahu?
Sekolah penuh dengan cinta monyet yang tak berguna.
Well it certainly does look useless.
"Qaireena?Dah kenyang?"soal Khairul lalu wajah Qaireena yang sedikit comot itu di lap menggunakan sapu tangannya.
Qaireena perlahan-lahan mengangguk.
Air di dalam botolnya diteguk laju.
Rasa macam...nak tumbuk orang tiba-tiba..
"Nanti saya nak buat 'dessert' lah pula..Awak kalau boleh nak makan apa?"
Qaireena memandang ke arah wajah Khairul yang kelihatan polos itu.
Keluhan berat dilepaskan.
Kenapa aku rasa macam aku dah mula berkawan dengan dia ni...
"Anything is fine."
"Ehh.."
Qaireena berpeluk tubuh lalu berpaling ke tepi.
Dahinya masih lagi berkerut.
Buku teks Pendidikan Islam dibuka dengan kasar memandangkan masa rehat sudah hampir tamat.
Fokus belajar,Qaireena..Fokus belajar..Fokus belajar.
Qaireena memandang buku di depannya sambil menggigit kuku.
Jam yang tergantung pada dinding di pandang lama.
2:45 p.m..
"Tsk..."
Qaireena menolak buku latihannya yang berada di atas meja,ke tepi.
Tubuhnya dihempas ke atas katil dengan riak wajah menyampah.
"Dia memang balik rumah dengan perempuan tu ke?"
Bunyi guruh yang berdentum,membuatkan dia tersentak buat seketika.
Pandangannya dialihkan ke arah pintu biliknya yang menuju ke arah balkoni.
Langsir di depannya diselak perlahan.
"Hujan...Agaknya dia dah balik ke belum?"bisik Qaireena perlahan.
Serta merta fikirannya mula terbayang Syafira dan Khairul yang sedang berjalan berdua-duaan sambil berkongsi payung.
"HISH!!Apa benda yang aku fikir ni?!"
Qaireena menggelengkan kepalanya.
Pipinya ditampar berkali-kali sehingga melekat kesan jari pada kulitnya.
"Haih..Baik aku study."
Qaireena melabuhkan punggung di atas kerusinya semula.
Tidak sampai seminit dia membuka buku,buku latihan itu ditutup semula dengan kasar.
"Tapi kalau dia tak balik lagi macam mana?"
Qaireena menolak rambut yang mengurai ke arah wajahnya itu ke tepi.
"Menyampahnya.."
Pintu biliknya yang diketuk menghentikan lamunannya buat seketika.
Qaireena dengan pantas berpaling ke belakang.
Muka pintu biliknya dipandang lama.
"Come in."
Adik lelakinya yang bernama Qairin perlahan-lahan membuka pintu dengan 'plushy toys' di dalam pelukannya.
Pintu bilik itu ditutup semula lalu kakinya mula melangkah ke arah Qaireena yang sedang memusingkan kerusi ke arahnya.
"Akak...Akak dah siap?Akak dah siap buat kerja sekolah?Nak main dengan Qairin tak?"soal Qairin sambil menunjuk 'plushy toys' nya yang berbentuk zirafah dan ikan paus.
Tangannya diangkat sebagai isyarat supaya Qaireena mengangkatnya seperti selalu,tetapi Qaireena hanya membuat tidak endah.
"Akak belum siap kerja sekolah?"soal Qairin perlahan.
Kakinya berjengket sambil dia cuba melihat buku-buku di atas meja Qaireena.
"Qairin nak tolong boleh?Qairin pandai matematik!"
Sebaik sahaja Qaireena mencerlung tajam ke arahnya,Qairin serta merta terdiam.
Wajahnya serta merta betukar muram.
"Lepas siap akak main lah..Pergi baring atas katil dulu."
Qairin mencampakkan 'plushy toys' nya ke atas katil sebelum dia juga turut berbaring.
"Akak tak penat?.."
Melihat Qaireena yang kelihatan stress dengan riak wajah menyampah yang sudah terpampang pada wajah perempuan itu,Qairin hanya mampu melepaskan keluhan berat.
"Kawan akak tak datang hari ni-"
"EH!BISING LAH!MANA LAH AKU TAHU!"
Qaireena menarik nafas lalu menghembusnya dengan kasar.Rambutnya disikat ke belakang menggunakan jarinya.
Qairin yang berada di atas katil sudah bersandar di penjuru dinding dengan mata berkaca.
Jantungnya yang berdegup kencang cuba ditenangkan.
Melihat wajah Qairin yang semakin pucat,Qaireena melangkah ke arah katil dengan riak wajah malas.
"Dah besar pun nak nangis.Tak malu."
Qairin dengan pantas mengusap air matanya lalu perlahan-lahan mengesot ke arah Qaireena yang sudah mendepa tangannya.
Tubuhnya disandarkan pada tubuh Qaireena yang berada di belakangnya.
"Akak marah Qairin lagi ke?"
Qaireena terdiam seketika.
Kenapa aku marah dia?Kepala aku berserabut?
Kenapa kepala aku berserabut?Sebab Kha-
Dahi Qaireena berkerut.Tanpa disedari,pinggang Qairin dicengkam erat bagi melepaskan geram.
"Aaa.."
Qaireena dengan pantas menarik tangannya.
"Sorry.You okay?"
Qairin mengangguk perlahan.
Riak wajah kakaknya ditilik.
Nampak macam orang yang tengah serabut..
Macam kak Syafeena..
"Asyiqa tak datang hari ni?"soal Qaireena perlahan.
Leher adiknya yang putih melepak di pandang lama sebelum dia membenamkan wajahnya ke arah leher itu.
Matanya dipejam rapat.
"Kak Asyiqa datang petang sikit..Dia kata hari ni dia nak ajar Qairin,Matematik..Nanti bila Qairin pandai matematik,Qairin tolong akak buat kerja sekolah!"
Qaireena melepaskan keluhan berat.
Budak ni sama umur dengan aku,tapi cara pemikiran dia memang macam budak umur 10 tahun..
Sementara aku ni..
"Asyiqa tu rapat dengan Qairin ke?"soal Qaireena dalam nada kosong.
Qairin menjelingkan matanya je atas.
"Iya..Kak Asyiqa bagi Qairin coklat hari-hari!"
Qaireena terdiam seketika.
Tak silap aku diorang ni sebaya..?
Tapi sejak bila diorang berkawan rapat?
Qairin pergi sekolah pun jarang..
"Qairin..Kenapa panggil dia..kak Asyiqa?"
Sejujurnya dia pun tidak tahu dari mana Asyiqa datang.Tiada angin,tiada ribut tiba-tiba saja sudah tercegat di depan pintu rumah dengan riak wajah ceria sambil bertanya tentang Qairin.
"Sebab dia 5 bulan lagi tua dari Qairin."
Dahi Qaireena berkerut buat seketika.
Arh..Lantak lah..aku pun sama je..beza 6 bulan daripada dia..So,tak pelik lah kalau dia panggil Asyiqa tu kakak memandangkan diorang jarang berjumpa..
DING!DONG!
Qaireena serta merta mengangkat wajahnya.
Tubuh Qairin di tolak ke tepi lalu kakinya dengan pantas melangkah ke arah tangga apabila dia sudah bersiap memakai tudung dan cardigannya.
Dengan selamba dia bergelongsor di atas tempat pemegang tangga sehingga tiba di ruang tamu.
Pintu di depannya dibuka.
"Ah..Am I late?"soal Khairul dengan payung di tangannya yang sudah dilipat.
Qaireena terdiam buat seketika.
"You are."
Share this novel