BAB 36 :Memories VI

Romance Completed 4178

"Mmh?Saya balik jalan kaki.."
Khairul menggosok matanya yang masih berasa mamai.Baru sahaja matanya ingin tertutup semula,tubuhnya diggoncang.

"Jalan kaki?Kat luar hujan..Sekarang dah pukul 5 setengah!"
Khairul memandang jam di pergelangan tangannya sekilas.Memang dah pukul 5 lah..

"Saya ada payung..So,tak apa lah.."
Khairul menggalas begnya lalu cermin matanya dipakai semula.
Mulutnya yang mula menguap itu ditutup rapat.

"Uhh.."
Khairul perlahan-lahan mengusap kepalanya sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
Belum sempat pintu biliknya ditutup,Qaireena sudah terlebih dahulu menahan pintu.

"Kakak aku boleh tumpangkan kau."

Syafeena memandang riak wajah Khairul yang kelihatan kekok di dalam kereta.
"I swear you are wasting my time."

Qaireena hanya membuat riak wajah tidak endah.
Qairin pula sedang duduk di atas riba Khairul dengan senyuman di bibir.
"Urgh..Kalau polis saman,lesap duit mama."

"Money is only number to her..and since when did you care about rules."
Syafeena mengerlingkan matanya.
Memang pelik kalau nampak budak umur 15 tahun,pandu kereta.
Tapi dia memang sudah pernah berlatih memandu dengan Datin Qairiyla.
Cuma..perlu korbankan 3 kereta....Honda.

Pandangan Qaireena beralih ke arah Qairin yang sedang memandang wajah Khairul dengan matanya yang membulat.
"Qairin.Duduk lah tempat lain.Ada banyak lagi tempat kosong."

"Taknak..Qairin nak duduk sini.Sini,best!"
Qaireena mengetap bibir.
Dahinya yang berkerut cuba ditenangkan.
Kenapa hari ni dia menggedik nak duduk dengan Khairul pula?Biasanya bukan main nak duduk depan?

"Akak ada?Akak tak ada.."
Khairul menahan ketawanya apabila Qairin membuat riak wajah mengusik.
Qaireena pula seperti melayan.
Memang nampak macam budak kecil..

"Qairin!Duduk lah dekat tempat lain!"
Qaireena yang berada di tempat duduk depan,serta merta berpaling ke arah Qairin lalu tubuh Qairin di tolak dengan kasar.

"Taknak!Akak pergi sana lah!"
"Jangan cari pasal,lah!"
"Akak tu yang cari pasal!"
Qaireena menggempal penumbuk.Qairin pula semakin rancak mengusik.
Khairul hanya tertawa kecil manakala Syafeena pula..

"..."
Syafeena memandang riak wajah Qaireena dari ekor matanya.Senyuman senget terukir di bibir sebelum dia mendengus perlahan.

"Khairul.Lead the way."
"Oh..Ya,ya..'Straight' lepastu ke kiri.."
Sebaik sahaja kereta mula bergerak,Qairin dan Qaireena masih lagi memandang antara satu sama lain dengan pandangan tajam.

Tidak lama kemudian,Qaireena berdecit dengan kuat sebelum berpaling ke depan semula.
Qairin tersenyum puas hati.
Bukan selalu dia dapat kalahkan Qaireena.
Wajah Khairul di pandang semula.

Khairul yang juga turut memandang ke arah Qairin,tersenyum lebar.
Pipi Qairin yang agak tembam itu dipicit perlahan.
Lembut..

Melihat Khairul yang tersenyum ke arahnya,Qairin juga ikut tersenyum sambil bersandar pada tubuh Khairul.
Kakinya yang tergantung,digoyangkan perlahan.
Patung 'plushy' zirafahnya masih lagi erat dipegang.
"Esok abang datang lagi ke?"

Khairul mengangguk.
Mata Qairin serta merta menjadi cerah.
Kalau esok abang Khairul datang lagi..Boleh lah ajak dia main sekali dengan Qairin!
Lagipun dia baik..Bukan macam abang Sufian!
Angin sejuk yang datang daripada penghawa dingin kereta membuatkan matanya perlahan-lahan menjadi layu.

"Yang ini?"
"Iya.Terima kasih tolong hantarkan."
"You should be thanking her.Aku takkan keluar rumah saja-saja cuma sebab nak hantar anak orang balik rumah."
Syafeena mengalihkan pandangannya ke arah Qaireena yang sudah nyenyak tertidur.
Kepala Qaireena yang terlentok pada tingkap kereta diangkat lalu dilapikkan menggunakan bantal mini.

"Esok saya akan cakap terima kasih sendiri..Korang memang biasanya tegas ke?"soal Khairul lalu tubuh Qairin dibaringkan perlahan-lahan sebelum dia menggalas begnya.

"...none of your business.Get out."
Khairul tersenyum tawar sebelum melangkah keluar daripada perut kereta itu.
Pintu kereta ditutup rapat.
Matanya hanya memandang kereta di hadapannya berlalu pergi sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Rasa macam..Aku tak pernah tengok orang dalam rumah tu,senyum?"

Qairiyla menutup mulutnya yang sedang menguap.
"Dah mengantuk?"

Qairiyla menggeleng kepala.
Syafeez yang berada di sebelahnya dengan mata yang semakin layu dipeluk erat.
"Tipu.."

"Jom lah tidur..Dekat luar tengah hujan ni..Sedap tidur.."bisik Syafeez perlahan di telinga Qairiyla.
Qairiyla menekup telinganya dengan riak wajah merah.

"Don't do that.Saya kena siapkan kerja saya dulu-"
Pintu rumahnya yang tiba-tiba terbuka membuatkan pandangannya beralih ke arah Syafeena yang berdiri di depan muka pintu sambil mendukung Qaireena dan Qairin.

"Ada polis saman tak?"
"No..Surprisingly."jawab Syafeena perlahan dengan riak wajah kosong.
Tubuh Qaireena dihulurkan ke arah Qairiyla menggunakan sebelah tangan.

"Hahh...Selamat duit aku."
Qairiyla menghembus nafas lega lalu tubuh Qaireena di dukung sambil dia mula melangkah ke arah bilik Qaireena yang berada di tingkat dua.

Syafeez perlahan-lahan mengikut dari belakang.
Wajah Qairiyla dan Qaireena dipandang bersilih ganti.
"Muka dia nampak macam awak lah.."

Qairiyla memandang wajah Qaireena sekilas.
Memang wajah Qaireena lebih mengikut wajahnya daripada wajah Syafeez.
Nampak macam wajah Qaireena sama seperti dirinya sewaktu kecil pun ada..
"Tapi dia pendek..Jadi dia ikut saya!"

Syafeez tersenyum bangga apabila Qairiyla sudah menayangkan riak wajah 'Serius lah..'.
"Hmph..Bayangkan kalau ketinggian dia pun,tinggi macam saya."

"No..That's not gonna happen..muka dia dah ikut awak..Jadi dia kena pendek macam saya."
Baru sahaja Qairiyla ingin membantah,dahi Qaireena yang kelihatan berkerut itu menghentikan langkahnya.

"Oh no- Dia nak terbangun.Nah,awak pegang!"bisik Qairiyla lalu tubuh Qaireena dihulurkan ke arah Syafeez sebelum dia terkocoh-kocoh berlalu pergi.

Syafeez yang memandang hanya melepaskan keluhan berat.
"Papa?Eh..Dah sampai dekat rumah?"

Qaireena mengurut dahinya apabila kepalanya berasa seperti berpusing.
Wajah Syafeez yang kelihatan seperti muram itu dipandang lama.Pipi ayahnya ditepuk perlahan.
"Pa?..Qaireena boleh jalan sendiri."

"Hm?Tapi papa nak hantar Qaireena dekat bilik jugak!"
Syafeez melangkah ke arah bilik Qaireena dengan senyuman di bibir.
Qaireena hanya melepaskan keluhan berat.
Kelibat ibunya yang sedang melabuhkan punggung di atas sofa itu dipandang lama.

"Kenapa asyik papa je.."
"Hm?"
"Ah..Nothing.."
Qaireena mengetap bibirnya.
Baru sahaja dia hendak menutup mata,matanya dengan mata Qairiyla yang tiba-tiba bertaut membuatkan keningnya terangkat buat seketika.

Pandangan tajam yang diberikan secara tiba-tiba membuatkan Qaireena tersentak.
"Aaa..Qaireena nak jalan sendiri lah!"bisik Qaireena perlahan lalu mula menggelupur dengan laju.
Kakinya dengan pantas berlari masuk ke dalam biliknya.

Syafeez yang berada di tingkat atas memandang ke arah Qairiyla dengan pandangan pelik.
"I think I scare her with my eyes.."

Qairiyla meraup wajahnya buat seketika lalu buku novel di dalam laci di depannya di ambil.
Muka surat pertama diselak.
"I guess she doesn't like me as much.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience