Khairi memasukkan biskut-biskut di depannya ke dalam bekas.
Senyuman lebar terukir di bibirnya.
Lepas ni nak bagi sikit dekat Qairin lah..
Ini pula Harif punya..
Khairi menyusun bekas plastik yang berbentuk bulat itu satu persatu.
"Ah..Lebih satu."
Khairi memandang bekas di tangannya lalu penutup bekas itu ditekan rapat.
"Boleh bagi dekat Cik Syah.."
"I told you don't call me that."
Khairi terjerit kecil lalu dengan pantas berpaling ke belakang.
Syahira masih lagi memandang ke arahnya dengan pandangan tajam sambil mencedok sisa krim di dalam bekas kaca itu.
"Syah..Kan saya dah kata jangan makan krim tu?"
Syahira hanya membuat tidak endah.
Bekas kaca itu diletakkan ke tepi setelah dia puas meratah krim.
"Is that one for me?"
Khairi memandang bekas di tangannya lalu perlahan-lahan dia mengangguk.
"Do you want it?"soal Khairi perlahan.
Melihat Syahira yang sudah mengangguk laju,bekas tersebut mula bertukar tangan.
"Saya ingat awak tengah sibuk kerja?"soal Khairi sambil menyimpan bekas-bekas yang lain ke dalam kabinet.
"I am..Aku penat,jadi aku rehat lah kejap."
"The way I see it..Awak macam rehat 24 jam je?"
Syahira mendengus geram sambil mengunyah biskutnya dengan laju.
"Who do you think you are trying to nag at me?"
"Your assistant for a few days."
Kening Syahira terangkat lalu perlahan-lahan mengikut langkah Khairi dari belakang.
"Harif dengan Asyiqa tak balik lagi ke?"
"Iyah..It's only the 2 of us now.Why?Takut ke?"
Khairi tersenyum senget lalu membuka pintu biliknya.
"Why are you following me?"
"Bosan."jawab Syahira selamba.Bekas biskutnya diletakkan di atas meja lalu air kosong dituang ke dalam gelas plastik.
"Syah..Please leave..Sebelum ada pihak ketiga."
"Pihak ketiga?Kita memang ada pihak ketiga pun sekarang."jawab Syahira sambil meneguk air dengan laju.
Khairi berpaling ke kiri kemudian ke kanan.
"Who?"
"Tu."
Syahira menuding jarinya ke arah katil dengan riak wajah selamba.
"If you lay down,there..And I lay down,there..Then something will happen."
Bulu roma Khairi mula meremang.
Tubuh Syahira dipusingkan lalu ditolak ke depan dengan kasar.
"Then hurry up and leave!"
"Nope..Where's the fun in that?You look stiff.Want me to give you a massage?"
Khairi menggeleng kepala.
Masih lagi mencuba untuk menolak tubuh Syahira agar keluar daripada bilik itu.
"Alaa.."
Syahira berpaling ke arah Khairi sambil berpeluk tubuh.
"Aku tengah bosan ni.."
"What do you want from me,then?Pergi lah sambung buat kerja!"
Bunyi loceng rumah yang berbunyi membuatkan Khairi menghembus nafas lega.
Tubuh Syahira ditolak ke tepi lalu kakinya mula berlari ke arah pintu.
"Wait..Awalnya diorang balik?"bisik Syahira dengan riak wajah tidak puas hati.
Lengan Khairi ditarik kasar.
"No need..Maybe ada orang nak jual barang.Jom."
Tangan Syahira dengan pantas melilit di sekeliling pinggang Khairi lalu tubuh Khairi di tarik ke arah biliknya.
"Aish..Tapi kalau betul itu diorang macam mana?"
Khairi berpusing semula ke arah pintu.
Menarik lengan Syahira agar mengikutnya.
Syahira mendengus geram.
Tangannya di pinggang Khairi dipereratkan.
Sebaik sahaja pintu terbuka,wajah Asyiqa dan Qaireena yang kelihatan merudum itu terpampang di muka pintu.
Mata Khairi terbuntang.
"Qaireena?Apa..Apa awak buat kat sini?"
"Ah..Something happen and-"
Dahi Qaireena berkerut apabila terpandang tangan Syahira di pinggang Khairi.
Wajah Syahira dipandang tajam.
Syahira hanya membuat tidak endah sambil dia menongkat dagunya pada bahu Khairi yang berdiri di hadapannya.
"Awal balik?Kenapa basah?"
"None of your business."jawab Asyiqa dengan pandangan kosong lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Qaireena hanya mengikut dari belakang.
Sempat lagi dia mencubit tangan Syahira tanpa rasa bersalah sebelum hilang dari pandangan Khairi.
"Garangnya.."bisik Syahira perlahan sambil menggosok tangannya dengan bibirnya yang sudah memuncung.
Khairi tergelak kecil.
"Pergi lah sambung buat kerja."
Syahira berpeluk tubuh lalu memuncungkan bibirnya.Pandangannya dialihkan ke tepi.
"Can you help me do it?"
Khairi menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.
Kalau saya tolong sekali,nanti yang buat kerjanya saya sorang je lah..
"Ye lah..Jom."
"Nah..Baju kau."
Qaireena berpeluk tubuh dengan riak wajah tidak puas hati.
Kenapa perempuan tadi...lain macam je aku tengok..
"Cantik baju?Mana beli?"soal Qaireena lalu mencampak tudungnya ke tepi.
Rambutnya yang di sanggul rapi dilepaskan lalu perlahan-lahan rambutnya jatuh mengurai hingga ke paras pinggangnya.
"Jangan tanya."jawab Asyiqa perlahan.
Tudungnya yang sudah basah dicampak ke dalam bakul lalu rambutnya yang diikat rapi,dilepaskan.
"Kau pandai bawa kereta tak?"
Asyiqa yang sedang menukar baju di sebalik pintu bilik air menyengetkan kepalanya.
"Boleh.Why?"
"Oi!Jangan pandang!Pusing!"jerit Qaireena yang sedang melondehkan seluarnya.
Asyiqa dengan pantas menutup pintu dengan riak wajah kosong.
"Aku kena pergi dekat satu tempat ni.."
"Jauh ke?"
Qaireena terdiam seketika.
Kalau buat kiraan,mungkin dalam 1 jam sampai lah kot..
"It will take 1 hour."
"Jauh lah tu.Aku tak boleh bawa kereta jauh sangat.Kakak aku marah."
"Kakak?Perempuan depan pintu tadi tu?"
Qaireena melipat kain dan bajunya yang sudah lembap lalu dimasukkan ke dalam beg kertas yang disediakan oleh Asyiqa tadi.
Tudung dan baju yang dipakainya dipandang lama.Kalau tak ada jaket,rasa lain macam lah..
"Yup..Dia la."
"Is she..a nice person?"soal Qaireena perlahan.
Asyiqa melepaskan keluhan berat apabila selesai menyarung bajunya.
"Not really..Izinkan aku buka aib dia,sebab aku memang suka cari dosa..Tapi dia bukan orang yang baik.She always play around with a different man..Tinggi or pendek,kaya or miskin,she just play."
"What..kind of play?"
"That kind of play where you go to a hotel and sleep like a nice person except not really."jawab Asyiqa dengan laju lalu pintu bilik air perlahan-lahan dibuka.
"What?!Patut lah tadi dia pegang Khairi lain macam!"
Melihat wajah Qaireena yang berubah kelat,kening Asyiqa bertaut buat seketika sambil dia melabuhkan punggung di atas katil bersaiz Queennya.
"Kenapa kau macam 'overprotective' sangat dengan Khairi,tu?Do you love him or something?"
"What the f-"
Qaireena menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.Jangan mencarut..Jangan mencarut..
Self control..
"I'm not..Aku cuma risau takut ada apa-apa berlaku je..He's like my..Little brother."
"He's literally 22."
Qaireena menjengilkan matanya lalu melabuhkan punggung di atas karpet dengan riak wajah malas.
"Oh..You have a laptop!Ada game tak dalam ni?"soal Qaireena sambil menarik laptop yang disimpan elok di bawah katil.
Asyiqa terjerit kecil apabila laptopnya dibuka dengan kasar.
"Eh?Password?Apa password dia?"
"Like I would tell you that!"jerit Asyiqa sambil berpeluk tubuh.
Qaireena mendengus geram lalu nama Qairin ditulis.
Oh salah..Surely it's not that easy..
Hari jadi Qairin?
"Salah juga..This is a tough one.."
Qaireena memandang wajah Asyiqa dengan pandangan kosong.
Laptop di hadapannya ditutup semula dengan riak wajah tidak puas hati.
"Haih..Aku tengah bosan lah..Jom kita main tanya-tanya..Kau start dulu."
Dahi Asyiqa berkerut sambil dia menyilangkan kakinya.Macam budak-budak lah..
"Tanya-tanya...Does Qairin have anyone he likes?"
"Tak ada.Okay,my turn.Hari jadi kau bila?"
Dahi Asyiqa semakin berkerut.
Wajah Qaireena dipandang lama.
Kenapa aku rasa macam dia ada maksud tersembunyi di sebalik persoalan dia ni..
"Why do you want to know?"
"Qairin tanya."
"Really?!12 Oktober!"
Qaireena mengangguk perlahan lalu membuat thumbs up.
Laptop di hadapannya dibuka semula lalu tarikh hari lahir Asyiqa dimasukkan.
Ah,salah..
Kalau..Aku gabungkan tarikh lahir dia dengan tarikh lahir Qairin?..
Dahi Qaireena berkerut apabila dia sudah diberi 'Warning'.
So annoying.
"Kalau..Aku letak tarikh lahir Qairin dulu?"
Kening Qaireena terangkat apabila laptop itu berjaya dibuka.
"Wait,what?!How did you-"
Asyiqa sudah terlopong manakala Qaireena sudah bersorak kegembiraan sambil jarinya mula bergerak di atas papan kekunci.
"Ish!Mana ada game dalam tu!Laptop ni untuk belajar!"
"Geez..You have no chill I swear..Aku nak buat kerja sekejap je."
Qaireena membuka 'hotspot' pada handphonenya agar bersambung dengan laptop di atas ribanya.
Matanya dijelingkan ke atas.
Hmm...Lupa pula kakak suruh buat apa..
Share this novel