Qaireena memandang handphonenya sekilas.
Keluhan berat dilepaskan apabila bahunya ditepuk.
"Mana boleh bawa handphone pergi sekolah."
Dia tidak perlu berpaling untuk mengenal pemilik suara.Kenal benar dia dengan suara itu..
"Boleh je bawa kalau cikgu tak tahu."
Asyiqa menggempal penumbuk lalu cuba merampas handphone di tangan Qaireena.
Aish..Tahu lah aku suka adik dia tapi ini dah melampau..
"Aaa..Kalau kau rampas aku bagitahu Qairin kau suka dia."
Wajah Asyiqa berubah merah.
"Bagitahu lah!Undang-undang tetap undang-undang!"
Qaireena sudah membuat riak wajah menyampah sambil tangannya ditinggikan.
Susah nak mengelak memandangkan Asyiqa hampir sama tinggi dengannya.
"Aku bagitahu cikgu Khairul!"
"Bagitahu lah..It's not like he will come here.Dia ada mesyuarat."
Asyiqa terdiam buat seketika.
Ada mesyuarat?Patut lah bilik guru kosong..
"Mana kau tahu?"
"Cikgu Hasyira bagitahu."
Asyiqa mengecilkan matanya.
Susah nak percayakan Qaireena tapi rasanya betul juga apa yang dia cakap tu..Kalau tak macam mana dia tahu cikgu-cikgu ada mesyuarat hari ni?
"Kau..dengan cikgu Hasyira tu rapat betul aku tengok?"
"Really?Dia cikgu aku dulu."
Melihat dahi Asyiqa yang berkerut,Qaireena menyimpan handphonenya perlahan-lahan tanpa disedari Asyiqa.
"Dulu aku sekolah dekat rumah.Cikgu Hasyira yang ajar aku semua subjek."
Asyiqa mengangguk perlahan.
Cikgu Hasyira seorang ajar semua subjek?
..Oh ya..cikgu Khairul ada cakap yang cikgu Hasyira,cikgu yang paling terpandai dalam sekolah ni..Dia dapat...PhD?
"Ya ke?Dia ajar kau waktu kau umur berapa?"
"Dari enam tahun sampai.."
Qaireena menjelingkan matanya ke atas.Cuba mengingati berapa lama Hasyira telah mengajarnya.
Kepalanya yang tiba-tiba berasa sakit itu tidak dihirau.
"Sampai aku umur sepuluh tahun."jawab Qaireena dengan senyuman senget.
Jika dia tidak silap..Rasanya waktu tu umur Hasyira baru je 25.Jauh beza umurnya dengan Hasyira.Agaknya macam mana cara dia bercakap dengan Hasyira dulu?
Qaireena melepaskan keluhan berat.
Mesti kasar..Memandangkan aku terlampau stress-
Tak,tak,tak..Aku tak matang waktu tu..
Zip begnya ditarik perlahan.
"Asyiqa.Nak ponteng kelas?"
"Hah?!Ma- Mana boleh ponteng kelas!Aku penolong ketua pengawa-"
"Aaaa..So what..You are missing the fun in school."
Asyiqa mengetap bibir.Ponteng kelas pun dia tidak pernah.Dari mana pula dia mahu mendapat keberanian kalau pengalaman pun dia tidak pernah lalui!
"Fine..Kalau taknak ponteng dekat luar sekolah..Kita ponteng dekat luar kelas.Come on."
"Tapi aku pengawas-"belum sempat Asyiqa menghabiskan ayatnya,lengannya sudah ditarik laju oleh Qaireena.
Qairin hanya memandang dari tempat duduknya.
Sejak kebelakangan ni..Qaireena rapat betul dengan Asyiqa.
I feel lonely.
"No!I'm not doing this!Aku nak balik kelas-"
"Ehh..Where are you going..Come here!"
Qaireena menarik lengan Asyiqa sambil tangannya dihayun ke depan dan ke belakang seperti kanak-kanak ribena.
"Where are we going-"
"Hirup udara segar.Relaks,Asyiqa..SPM lambat lagi..Why do you look so stressful."
Asyiqa memicit dahinya lalu wajah Qaireena dipandang tajam.
Tangannya ditarik kasar.
"Sebab kita tengah ponteng kelas!"
"Selagi cikgu tak tahu,kita tak ponteng kelas pun..Kita cuma hirup udara segar.Kalau cikgu fitnah,itu salah cikgu."
Asyiqa dapat merasakan otaknya seperti 'loading' setiap kali mendengar ayat-ayat yang keluar daripada mulut Qaireena.Memeningkan dan berbelit.Tapi macam ada logik..
Qaireena pula yang masih kelihatan ceria,perlahan-lahan menarik sarung tangan yang berwarna hitamnya lalu disumbat masuk ke dalam poket baju.
"Tapi ini..mana boleh masuk tempat ni..Ini tempat larangan."
"Eh?Why?"
Qaireena mengambil batu putih di dalam kolam ikan mini di sebelahnya lalu di campak ke arah ikan yang sedang berenang tidak jauh darinya.
"This is a place for sightseeing..Not..strolling."
"Such a waste..such a waste..Who make this place?"soal Qaireena sambil menghulur batu di tangannya ke arah Asyiqa yang masih berdiri tegak di belakangnya.
"Cikgu Hasyira..Buat tempat ni untuk suami dia dulu..So,basically..We can't come in here."
"Eh..Guru besar benarkan?"
"Yes..Since it's beautiful and pleasing to the eyes..Guru besar pun setuju dengan cadangan cikgu Hasyira untuk buat kolam ikan dekat sini.."balas Asyiqa panjang lebar.
Batu di tangannya diletakkan ke dalam kolam semula.
"I see..Jadi tempat ni untuk Haaif.."
"Haaif?"
"Nama suami cikgu Hasyira."
Melihat kening Asyiqa yang terangkat,Qaireena tersenyum senget.
"Nothing to be shock of."bisik Qaireena perlahan lalu wajahnya yang terpantul pada permukaan air dipandang lama.
Urgh..Bila kali terakhir dia tidur awal?..
"Are you really serious about Qairin?If not,then please just quit it already."
Asyiqa terdiam seketika.
Oh..Dia ajak aku ponteng sebab dia nak bincang dengan aku pasal Qairin ke?
Asyiqa berdehem buat seketika lalu berpeluk tubuh dengan riak wajah seperti menahan malu.
"Y-Yeh.It's been 6 years already and I never had a change of heart.Maksudnya aku suka dekat dia lah!"jawab Asyiqa dengan mata yang bersinar-sinar.Qaireena yang melihatnya sudah mendengus geram.
"You make it sounds so easy..Who told you that?"
Qaireena menyentuh ikan yang berenang perlahan-lahan ke arahnya dengan pandangan kosong.
"Cikgu Khairul!"
Qaireena termenung buat seketika.
Tidak lama kemudian,wajah Asyiqa di pandang dengan riak wajah pelik.
"Khairul?"
"Ye lah!Apa?Kau ingat cikgu Khairul tak ada 'crush' ke?"
Dahi Qaireena berkerut buat seketika.
Dahi Asyiqa juga turut berkerut.
Wajah Qaireena dipandang lama.
"Surely,you don't think his crush is you,right?"soal Asyiqa dengan kening yang berjongket sambil memandang wajah Qaireena yang seperti sedang mengingati sesuatu.
"Entah lah...Aku cuma nak cari 'orang tu' cepat..And then keluar daripada sekolah ni."
"Why do you hate school so much?"
Qaireena melepaskan keluhan berat.
Dia boleh senaraikan sebab-sebab mengapa dia membenci sekolah dari A sampai Z.
Tapi akhirnya yang sentiasa bermain di dalam pemikirannya cuma..
"Aku tak suka berfikir."
Kedua-duanya mendiamkan diri sambil memandang ikan di dalam kolam mini itu.
Di mata Asyiqa,Qaireena seorang yang ceria dan suka cari pasal.
Bila budak ceria tiba-tiba jadi murung,rasa macam pelik pula..
"Nevermind..I ask what I want to ask.Let's go b-"
"Boleh aku tanya kau soalan jugak?"potong Asyiqa laju dengan dahinya yang berkerut.
Qaireena memandang wajah Asyiqa sekilas.
Judging by her face..Mesti benda yang dia nak tanya tu benda penting..
"What is it."
"Antara cikgu Syazwan dengan cikgu Khairul..Di mata kau yang mana lagi...okey?"soal Asyiqa dalam nada kekok.
Rasa macam dia ni menyibuk pula.
Tapi peduli apa..Jika dia boleh tolong,dia tolong.
"Okey?Erm...I don't know either."
Asyiqa hanya mendiamkan diri.
Jawapan tu tak membantu langsung..
"But I heard somewhere,someone who is tough on the outside is actually really soft on the inside.Entah lah..I love someone like that..Rasa macam bila semakin kenal,we get to learn a new side of him."
Asyiqa berpeluk tubuh sambil mengangguk perlahan.Sekali dengar,memang macam dia tengah bercakap pasal Khairul..
Tapi..
Diri Qaireena pun bukan sama je ke?Maksudnya dia hargai diri dia sendiri lah?..Emm...Macam tak masuk akal je?..
"Tapi mana ada orang suka lelaki atau perempuan garang..They only look at the surface.Not even once trying to approach them and trying to know them.."bisik Qaireena perlahan.
Keluhan berat dilepaskan.
Akhirnya kena pakai topeng..
How painful.
"Kalau kau stress kau pergi lah jumpa cikgu Syazwan..Nasihat dia semua elok-elok."
"Mana ada aku stress."
Qaireena meraup mukanya perlahan lalu sarung tangannya dipakai semula.
Riak wajahnya masih lagi kosong memandangkan dia ada mesyuarat selepas ini.
Masalahnya dari sini nak ke sana...Jauh.
Naik bas?Bas apa yang berhenti dekat tempat tu?
Takkan nak balik rumah,ambil kereta,patah balik..
If my calculation is correct,dari sekolah nak ke rumah,jalan kaki will at least take 1 hour..Kalau guna kereta nak pergi ke tempat tu..It will probably take 50 minutes..Tapi itu kalau lampu hijau..Kalau lampu merah,kena tunggu at least 1 minit..3 minute each since there is 3 traffic light on each road.Jalan kat situ selalu sesak,it will probably take 1 hour 30 minute.
Urgh..Tak boleh,tak boleh.
Tapi jalan kaki ke sana..Mungkin ambil masa dalam 2 jam..Urgh...Tak..Aku taknak habiskan tenaga aku cuma untuk mesyuarat tu.
Kepala Qaireena mula ligat berfikir.
Punggungnya dilabuhkan di atas batu besar yang diletakkan bersebelahan dengan kolam mini itu.
"What are you thinking about?"
"Lepas ni aku kena pergi dekat satu tempat ni..Tapi tempat tu jauh dan aku kena datang awal."
Dahi Qaireena mula berkerut.
Wajahnya sudah kelihatan serius.
Tahu sangat lah dia kakaknya yang sorang tu panas barannya macam mana..Boleh pecah gegendang telinga kalau dia menjerit.
"Kau nak tumpang dengan aku?"
"Kau ada kereta?"
"Tak..Guna kereta cikgu Khairul."
Bulu roma Qaireena mula meremang.
Bau tubuh Khairul pun sudah cukup untuk membuat dia menjadi gila..
Takkan lah nak masuk dalam kereta dia yang terang-terang lah akan penuh dengan bau dia?
Aiyoo...No.
Kening Qaireena terangkat buat seketika.
Wajahnya perlahan-lahan didekatkan pada leher Asyiqa.
Tapi dia tak bau macam cikgu Khairul pun..
Asyiqa yang sudah tersalah faham dengan serta merta menolak tubuh Qaireena dengan riak wajah pucat.
"Aaa!!Aku 'straight'!!"
Qaireena yang hampir terjatuh itu dengan pantas berpaut ke arah lengan Asyiqa.
Tidak pasal-pasal kedua-duanya jatuh ke dalam kolam mini itu bersamaan.
Qaireena sudah terdiam.
Asyiqa juga terdiam.
Tidak mahu bergerak dan tidak mahu bercakap.
Tidak mahu menerima kenyataan yang sekarang baju masing-masing sudah basah kuyup dan mereka harus teruskan pelajaran dengan baju yang basah dan tidak selesa.
"Kenapa kau tarik aku..."
"Kenapa kau tolak aku..."
Soal mereka bersamaan.
Kedua-duanya melepaskan keluhan berat dengan riak wajah kosong.
Qaireena memandang jam di pergelangan tangannya yang sudah basah.
Harap-harap jam ni kalis air..
"Kita ponteng kelas nak?Cikgu semua tengah mesyuarat.."
Asyiqa terdiam seketika.
Tubuhnya yang masih lagi menindih tubuh Qaireena diangkat perlahan-lahan.
Bunyi air yang menitik jelas kedengaran pada telinganya.
Mukanya mula menjadi pucat.
"Jom lah..."jawab Asyiqa perlahan.
Qaireena mengangguk perlahan lalu menghulur tangannya ke arah Asyiqa yang sudah berdiri tegak sambil memerah hujung kain.
Tangan Qaireena ditarik lalu kedua-dua perempuan yang sudah basah kuyup itu memandang antara satu sama lain.
Masing-masing mula melepaskan keluhan berat sambil mereka melangkah keluar dari tempat itu.
Share this novel