BAB 38 :Memories VIII

Romance Completed 4178

Qaireena memandang wajah Khairul yang masih kelihatan murung.
Dahinya berkerut memikirkan pelbagai sebab mengapa Khairul menjadi begitu.
Dia sedih sebab kena marah dengan cikgu ke?
Tak..Hari ni mana ada cikgu marah dia..
Then why?..Jangan cakap..Dia 'confess' lepastu kena 'reject'?

Krakk!

Qaireena membaling pensel kayu di tangannya ke tepi dengan riak wajah menyampah.
Buat sakit hati je lah fikir benda yang belum tentu betul.
Tapi kalau betul..?
Qaireena menggeleng kepala dengan laju.
Tidak mahu menerima kenyataan.

"Oi."
Khairul mendongakkan kepalanya ke arah Qaireena yang sudah berdiri tegak secara tiba-tiba.

"Kau ada nak makan apa-apa tak?Aku boleh tolong buatkan."
Qaireena dapat merasakan pipinya mula berasa panas.
Tak silap aku dalam nota undang-undang yang mama bagi,tak boleh masak sesuka hati dekat orang lain,'unless' dia orang yang penting.
Tapi..sekali sekala pun tak apa,lah.

"Tak payah lah."

Qaireena memegang dadanya dengan riak wajah terkejut.
'Rejection hurts'.
Rasa macam hatinya sudah patah buat seketika.
"Dah tu kau nak apa?Dari tadi aku tengok macam murung je?"

Suaranya yang sedikit ditinggikan itu membuatkan Khairul tersentak.
Lelaki yang bercermin mata separuh bulat itu perlahan-lahan berpaling ke arah katil Qaireena lalu menekup wajahnya ke arah tilam.
Cermin matanya ditolak ke tepi.
Qaireena yang memandang sudah tidak sedap hati.Ini pertama kali dia melihat Khairul berkelakuan pelik.Biasanya 'happy go lucky' je..
"Khairul?"

"Mn..?"jawab Khairul perlahan dengan wajahnya yang masih ditekup ke arah tilam.
Qaireena terdiam seketika.
Entah kenapa,mendengar Khairul menyahut apabila namanya dipanggil rasa macam...'satisfying'.

"Kenapa kau nampak sedih ni?Bagitahu je lah."
Khairul menggeleng kepala.
Qaireena yang sudah mula berasa malas mahu melayan hanya melabuhkan punggung di atas kerusi di depan meja tulisnya lalu mula membuat latihan.Daripada buang masa,baik belajar..

Beberapa minit berlalu,mata Qaireena semakin lama semakin layu.
Kepalanya yang sudah terlentok di atas meja membuatkan matanya dengan mudah terlena.
Khairul yang memandang dari belakang hanya menggeleng kepala.Keluhan berat dilepaskan sebelum tubuh Qaireena diangkat lalu diletakkan di atas katil secara perlahan-lahan.
"Hahh..Tak matang betul lah aku ni..It's not even something important.."

Khairul menepuk kedua-dua pipinya dengan kuat.
"Get it together,Khairul.."

Qaireena memandang ke kiri kemudian ke kanan apabila dia sudah terjaga daripada tidurnya.
Tingkap bilik itu perlahan-lahan dibuka dengan riak wajah mamai.
"Ah..You're awake."

Qaireena dengan pantas berpaling ke belakang.
Riak wajahnya masih kelihatan kosong.
"Did I fell asleep?"

Khairul tergelak kecil apabila melihat Qaireena yang sedang sibuk membetulkan tudung yang sudah senget akibat gaya tidurnya yang buas.
"Haah..Seronok tidur?.."

Mendengar suara Khairul yang kedengaran lembut di telinganya,Qaireena mendengus geram.Wajah Khairul dicerlung tajam.

"Why are you looking at me like that?"soal Khairul lagi lalu melabuhkan punggungnya di atas karpet.
Buku latihannya dibuka lalu diletakkan di depannya.

"Awak penat?Kalau awak nak tidur dulu,tidur lah..Jarang saya tengok awak tertidur."
Qaireena hanya mendiamkan diri.
Masih berasa marah kerana perangai Khairul yang agak pelik tadi.

Perlahan-lahan dia melangkah turun daripada katil.Kakinya menjejak lantai lalu langkahnya perlahan-lahan diatur ke arah Khairul.
Tubuhnya yang sedikit terhuyung-hayang dibiarkan.
"Are you okay?Mengigau?"

Khairul tergelak kecil lalu air di dalam begnya dikeluarkan.
"Nah..Minum air."

Qaireena memandang ke arah Khairul yang melangkah ke arahnya.
Botol yang dihulurkan ke arahnya ditolak ke tepi.
Dahinya masih lagi tidak berhenti berkerut.
Memang kelihatan seperti dia masih marah.

"Khairul."Qaireena bersuara dalam nada lantang.
"Ya,saya?"soal Khairul dengan riak wajah pelik.
Pipi Qaireena perlahan-lahan ditepuk.
Dia mengigau ke?Comelnya cara dia mengigau..

"Are you that tired?Nak rehat dulu?.."
"Stay away.."
Khairul perlahan-lahan menjauhkan dirinya lalu menuju ke arah meja tulis di belakangnya.
Pensel di tangannya di simpan.

"Sini."
Khairul menepuk tempat di sebelahnya.
Qaireena yang masih lagi kelihatan mamai itu perlahan-lahan mendekatinya.

"Sejak kebelakangan ni saya tengok awak macam makin penat je..Mak awak paksa awak buat kerja lagi ke?"soal Khairul.
Suaranya kedengaran seperti biasa.
Cara dia bercakap pun seperti biasa.
Bagaikan dirinya yang sedang murung tadi tidak pernah wujud.

"Kalau awak penat awak rehat lah..saya boleh ulang kaji sendiri.."
Qaireena berpaling ke arah Khairul buat seketika.
Khairul hanya mengukirkan senyuman lebar.
Melihat senyuman Khairul,Qaireena berdecit dengan kuat.

"Khairul..Shut up."
Khairul terdiam seketika.
Qaireena menepis tangan Khairul ke tepi.
Memang biasanya Khairul selalu mengurut bahunya.Tapi sekarang rasa macam..tiada 'mood'.

"No I won't..I told you to take a rest..Yet,you never listen."jawab Khairul lagi dalam nada membebel.

"Why would I listen to you,you stupid?"
Khairul mengetap bibir dengan dahinya yang berkerut.Dengan pantas dia berpaling ke tepi sambil berpeluk tubuh.
Dia marah betul..Cuma sebab aku tak bagitahu dia kenapa aku sedih?..

"Fine.Awak duduk lah sini sorang-sorang.Saya nak balik."
Qaireena berpaling ke belakang dengan riak wajah terkejut lalu lengan Khairul dipegang erat.

"Kenapa sensitif sangat hari ni?"soal Qaireena dengan riak wajah kosong walaupun dahinya sudah berkerut.Malas mahu bercakap banyak.
Wajah Khairul yang kelihatan lebih comel daripada biasanya membuatkan Qaireena termenung seketika.

"Nothing.Siapa je yang suka kalau ada orang panggil dia bodoh.Yeh,I'm stupid.Do you really need to rub it on my face?"soal Khairul dengan riak wajahnya yang kelihatan seperti ingin menangis.

"What the hell is wrong with you?Clearly you're lying.."
Qaireena menarik Khairul ke arahnya lalu tubuh lelaki itu ditolak kasar ke arah katilnya lalu kedudukan Khairul dikunci.
Khairul memeluk bantal di sebelahnya lalu perlahan-lahan 'bergulung'.

"Hari ni hari jadi saya..Tapi tak ada siapa ingat.."
Kening Qaireena terangkat.
Mata Khairul yang kelihatan seperti berkaca itu membuatkan dia melepaskan keluhan berat.

"How old are you?"
"Lima belas."
Qaireena mendengus geram.
Lengan Khairul yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menutup wajahnya sendiri,ditolak ke tepi dengan kasar.

"Hari jadi je,pun?..It's not that important."
"It is..."
Qaireena memandang leher Khairul yang kelihatan putih melepak itu.
Tekaknya tiba-tiba berasa kering.
Perlahan-lahan dia menggeleng kepala.
Sejak kebelakangan ni,badan aku rasa pelik betul..

"Haih..What did you look forward the most on your birthday?.."
Khairul terdiam seketika sambil kepalanya mula ligat berfikir.

"Ucapan..dengan hadiah.."
Qaireena perlahan-lahan mengusap kepala lelaki yang berada di bawahnya dengan wajahnya yang sudah berubah merah.

"Happy birthday."
Kening Khairul terangkat lalu tidak lama kemudian,dia berpaling ke tepi semula.

"Hadiah tak ada ke?"soalnya sekadar bergurau.
Melihat wajah Qaireena yang sudah kelihatan lain macam,Khairul ketawa terbahak-bahak di dalam hati.

"I..don't have any present.."
"Jadi pergi lah cari.."bisik Khairul perlahan sambil membuat muka comel.
Qaireena berdehem seketika lalu mula melangkah ke arah laci mejanya.
Mencari sesuatu untuk diberikan kepada lelaki yang sedang berbaring di atas katilnya.

"Cepat lah,Qaireena..Saya sedih ni.."
Tangan Qaireena semakin laju mencari barang yang sesuai diberikan kepada Khairul.Lagi-lagi apabila Khairul mula membuat suara merengek.

Selepas 5 minit mencari,Qaireena masih lagi tidak menjumpai benda yang sesuai diberikan.
Dia sendiri pun tidak pernah menerima apa-apa hadiah hari jadi,mana lah dia tahu mahu memberi hadiah apa!
Pandangannya tiba-tiba beralih ke arah jam tangannya.

Kening Qaireena terangkat.Serta merta perbualannya dengan Khairul beberapa hari lepas bermain di dalam pemikirannya.

.........

'Wow..Saya baru perasan jam awak ni ada jarum kat dalam..?'
Khairul mengangkat pergelangan tangan Qaireena lalu jam tangan Qaireena dipandang lama.
Masih berasa pelik mengapa ada jarum kecil di dalam jam tangan itu.

'Ini bukan jam tangan biasa..Aku cipta benda ni untuk pertahanan diri.'
Melihat wajah Khairul yang terpinga-pinga,Qaireena menarik pergelangan tangannya semula lalu dihalakan ke arah pintu.
Butang yang berada di bahagian tepi jam itu ditekan lalu automatik jarum yang berada di dalam jam itu meluncur keluar dengan laju.

'Jarum bius.'
'Wow~ Awak buat?Hebatnya...'
Wajah Qaireena berona merah buat seketika.
Bila Khairul puji macam tu..Rasa macam nak bangga sekejap..

..........

Qaireena menarik jam di pergelangan tangannya dengan selamba.
Bateri di dalam jam itu ditukar dengan laju sementara Khairul tidak melihat.
Jam itu baru direkanya sebulan yang lepas.Masih kelihatan baru..Boleh lah kan diberi sebagai hadiah hari jadi?

"Give me your hand."
Khairul perlahan-lahan menghulurkan tangannya dengan wajahnya yang masih lagi disumbat ke arah bantal.
Keningnya mula berjongket apabila dia berasa seperti ada sesuatu yang disarungkan pada pergelangan tangannya.

"There you go.Hadiah hari jadi."
Khairul memandang jam di pergelangan tangannya lalu pergelangan tangan Qaireena yang sudah tiada apa-apa itu dipandang lama.

"This is..yours?"
"Yes."
"Ta..Tapi-"
"Take it.As your birthday present."
Khairul memandang jam di pergelangan tangannya yang kelihatan seperti jam tangan biasa.Tetapi dia sendiri pun tahu jam itu mempunyai jarum bius di dalamnya.

"You can use it to protect yourself.Since you're so weak.Nah,jarum.Kau tahu kan nak letak macam mana?Aku pernah tunjuk.."
Khairul tersentak lalu bahu Qaireena dipegang erat.

"Erm..Saya cuma bergurau je tadi..Awak tak perlu lah bagi-"
Melihat wajah Qaireena yang sudah merah mengalahkan strawberi terlebih masak,wajah Khairul juga perlahan-lahan berubah merah.
Kenapa muka dia merah..?

"Erm..Thank you,then.."bisik Khairul perlahan dengan senyuman lebar yang terukir di wajahnya.
Plastik kecil yang dipenuhi dengan jarum kecil di dalamnya di ambil lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya.
Tidak tahu mahu berasa gembira ataupun bersalah kerana sudah membuat gurauan yang dianggap serius oleh Qaireena.

"Tapi saya ingat jam ni penting-"
Melihat wajah Qaireena yang semakin berubah merah,Khairul pula yang berasa malu.
Kenapa muka dia merah..?!

"Erm..Hari jadi awak bila?Saya pun..nak bagi awak hadiah juga-"
"10 Februari."jawab Qaireena laju sambil berpaling ke belakang.Berpura-pura mengemas buku latihannya yang sudah tersusun rapi di atas meja sambil sebelah tangannya mencengkam dadanya yang berasa seperti ingin pecah.
Aaaa..Dia senyum..Akhirnya dia senyum..!

"Thank you,Qaireena..I will cherish it.."bisik Khairul perlahan dengan riak wajah gembira sambil matanya masih lagi melekat pada jam tangannya.
Qaireena yang melihat sudah mula berasa pening.Dia pun tidak tahu kenapa dia juga turut berasa gembira.

'I think I'm gonna die..'bisik Qaireena perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience