Bab 4
***
“Nia, sorry sangat-sangat.” Pohon Sufiah. Ada manik kaca yang bergenang di gigi matanya.
“Bukan kau yang salah.” Ujar Rania. Kata-kata itu dituju agar dapat melegakan hati Sufiah serta hatinya sendiri. Memang bukan salah Sufiah, buku itu terjatuh dan telah diambil oleh orang lain.
“Nanti aku ganti yerk.” Tambah Sufiah lagi. Rania mengeleng tanda tidak setuju. Dia sedar Sufiah tidak mampu. Kalau tidak, masakan Sufiah memijam bukunya. Buku itu bukannya murah-murah. Nanti apa pula yang ingin dimakan oleh Sufiah jika duitnya dilaburkan untuk membayar buku yang telah hilang.
“Tak apa. Kita doa jelah agar orang yang ambil buku tu tergerak hati untuk pulangkan pada kita.” Putus Rania. Dia tidaklah terkilan sangat tentang kehilangan buku itu, tetapi dia takut kalau-kalau orang terjumpa dengan rahsia yang terselit di buku tersebut. Takut rahsianya akan terbongkar.
Salahnya juga kerana lupa mengeluarkan kertas tersebut dari buku itu. Dia benar-benar terlupa ketika menyerahkan buku itu kepada Sufiah.
“Aku minta maaf Nia.” Entah kali keberapa Sufiah meminta maaf kepadanya. Dia tahu, Sufiah benar-benar merasa serba salah.
“Aku tak marahlah. Benda dah jadi.” Pujuk Rania. Sedih melihat rakannya itu menangis. Hatinya jatuh simpati.
“Yalah Piah, janganlah sedih-sedih sangat. Aku percaya, nanti mesti ada orang pulangkan. Pelajar kat kampus kita ni bukannya jahat sangat.” Ujar Anisa sambil tersenyum. Cuba menghilangkan rasa serba salah yang menjalar dalam diri Sufiah.
Rania mengucapkan terima kasih melalui bahasa matanya kepada Anisa kerana membantu dia menenangkan Sufiah. Anisa menghantar ucapan sama-sama melalui senyumannya. Rania turut tersenyum. Namun hatinya sebenarnya terlalu merindui dua orang sahabatnya yang sudah mula jauh dari dirinya. Entah bila mereka akan menjadi teman semula.
“Nia.” Panggil satu suara. Dia kenal dengan pemilik suara itu. Baru sahaja ingatannya mengarit kenangan, dia bagaikan terpanggil untuk muncul dihadapannya.
Rania segera bangun dan cepat-cepat melangkah. Anisa faham dengan situasi yang sedang berlaku. Namun tidak bagi Hisyam.
“Nia, tunggu aku.” Arahannya tidak diendahkan Rania. Hisyam berlalu mendahului Rania.
“Kenapa nak larikan diri?” Marah sungguh Hisyam padanya.
“Suka hati kaki akulah!” Jawab Rania marah.
“Kenapa dengan kau ni, tak boleh ke kalau kita duduk berbincang selesaikan masalah?” Sebagai seorang lelaki, duduk berbincang lebih baik dari cuba lari dari masalah. Pening sungguh rasanya, disini kawan, disana kekasih. Dua-dua dia sayang.
“Ada sesetengah masalah tak perlukan perbincangan. Aku ada kelas dan aku mohon, jangan cari aku lagi. Hargailah apa yang kau ada sekarang.” Ujar Rania perlahan.
“Maksud kau, aku tak pernah hargai kau?” Soal Hisyam lagi.
“Bukan macam tu maksud aku. Maksud aku, kau lebih perlu hargai orang lain selain daripada aku.” Rania berlalu. Kalau berlama-lama nanti, dia takut kalah pada pujukan Hisyam. Dia bukan menjauhkan diri. Tapi cuba mencari jalan lain untuk merapatkan semula hubungan mereka yang telah jauh.
Share this novel