Chapter 24

Romance Series 12954

Bab 24
***

Tiga minggu telah berlalu. Rania dapat merasakan yang hatinya kosong. Memang sakit kehilangan kekasih yang kita cinta. Namun rasa kecewa itu terubat bila memikirkan bahawa dia sedang melakukan pengorbanan.

Selama itu juga, dia hanya memberikan perhatian untuk mengulangkaji perlajaran. Mengabdikan diri di meja studinya. Banyak mata-mata yang memberi tafsiran sendiri. Namun hati yang luka itu Rania ubat dengan zikir kepadaNYA.

Rania membuka almari bajunya untuk mencari tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan bajunya. Hari ini, dia akan menduduki kertas peperiksaan yang terakhir. Dan selepas ini, dia akan keluar dari kenangan-kenangannya bersama Herry yang sentiasa berada di pelusuk kampus ini.

Lain yang ingin dicari, lain pula yang ditemui. Tiba-tiba Rania tercapai sebuah kotak hadiah yang selama ini disimpan rapi.

Dia tahu isi kandungan kotak itu. Dengan ungkapan Bismillah, Rania membuka kotak pemberian Herry itu. Hadiah itu melengkapkan ketujuh-tujuh keinginan Rania ketika bercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience