Bab 25
***
“Tara…” Ujar Herry tiba-tiba sambil menyerahkan sebuah kotak sebesar kertas A4 kepadanya. Rania menyambutnya dengan kerutan di dahi.
“Bithday saya lambat lagilah.” Rania betul-betul pelik kerana tiba-tiba Herry memberikannya hadiah.
“Ini bukan hadiah bithday… Tapi keinginan awak yang ke tujuh. Awak lupa ke?” Rania kembali ligat berfikir. Namun ia tidak menuntut masa yang lama. Dia baru teringat yang dia mahukan hadiahh yang istimewa dari pasangannya.
“Saya hampir-hampir lupa.” Ujar Rania menyalahkan kealpaan dirinya.
“Tapi saya tak akan pernah lupa.” Kata-kata Herry memang dapat membuatkan Rania terharu.
“Bukaklah.” Arah Herry apabila mereka asyik dibuai oleh rasa sepi yang tiba-tiba mencengkam.
Perlahan-lahan Rania membuka hadiah yang diberikan kepadanya. Mengecil matanya apabila melihat sebuah cermin yang telah dikeluarkan dari kotak.
“Hadiah teristimewa ini tak mahal. Tapi dia penuh dengan seribu makna…” Herry mengulang kembali ayat yang pernah dituturkan oleh Rania satu ketika dulu.
“Apa maknanya?” Soal Rania ingin tahu sambil memandang ke arah cermin yang berada di dalam gengamannya.
“Cuba awak pandang cermin ni..” Arah Herry sambil menegakkan cermin di hadapan wajah Rania. Rania hanya menurut.
” Setiap kali awak pandang cermin ni, saya nak awak tahu yang hanya wajah ini yang mampu buat saya tak tidur malam… Hanya wajah ini yang mampu buat saya menangis… Hanya wajah ini yang buat saya kerinduan… Hanya wajah ini yang menanamkan rasa cinta dalam hati saya dan hanya wajah yang saya cintai seumur hidup saya.. Tak akan ada wajah lain kerana wajah inilah yang menjelaskan rahsia hati saya..” Sungguh, dia terharu mendengar pengakuan Herry kali ini. Dia rasa seperti ingin menangis.
Share this novel