Chapter 10

Romance Series 12954

Bab 10
***

Herry memandang jam tangan miliknya. Rania sudah terlewat dua minit dari waktu yang telah ditetapkan.

“Sorry lambat. Ada kerja sikit yang nak kena settle.” Dia menghadiahkan senyuman manis. Agar dapat melembutkan hati sang jejaka.

“Kita janji nak jumpa pukul berapa?” Soal Herry sambil bercekak pinggang.

“Pukul 5.55.” Jawab Rania takut-takut.

“Jadi, lain kali, jangan lambat lagi tau.” Herry tersenyum. Taktiknya untuk menakutkan Rania menjadi. Rania pelik kerana Herry mengarahkannya berjumpa dengannya pada setiap hari isnin hingga jumaat pada pukul 5.55.

Pernah juga Rania bertanya, kenapa perlu jumpa pada pukul 5.55. Kenapa tak pukul 6 sahaja.

“Sebab pukul 5.55 ialah waktu yang sering membahagiakan saya. Jadi saya ingin menyambung rasa bahagia saya dengan berjumpa dengan awak.” Itulah jawapan yang lahir dari mulut Herry.

“Oh, ada pulak macam tu. Jadi, waktu sengsara awak pukul berapa?” Gurau Rania. Namun tiba-tiba Herry menjawab serius.

“Waktu sengsara saya ialah kalau awak tinggalkan saya.” Serius jawapannya.

“Alah, tak sabarnya nak tunggu masa tu.” Gurau Rania. Ingin mengendurkan suasana yang hampir tegang. Tidak pasal-pasal dia terpaksa berlari kerana dikejar oleh Herry. Rania tersenyum mengingati peristiwa yang baru sahaja berlalu beberapa hari lepas.

“Berangan!” Sergah Herry. Benggang kerana sedari tadi, dia hanya bercakap seorang diri. Rania menayang sebaris giginya. Menutup rasa bersalah.

“Awak teman saya pergi dinner malam ni yerk.” Untuk pertama kali, dia merayu dengan Herry.

“Kalau awak tak ajak pun, saya tetap nak pergi.” Ujar Herry tidak malu. Rania tersenyum. Hubungan mereka sudah menjangkau dua minggu. Lama-lama, mereka sudah semakin serasi menyesuaikan diri.

Pada mulanya pening juga memikirkan pasal dinner yang diadakan oleh ahli kelab. Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk meraikan seniour-seniour yang telah lama berkhidmat. Biasanya, ianya diadakan di sekitar kampus, namun kali ini mereka mendapat sponsor dari satu pihak. Entah pihak manalah yang baik hati itu. Tidak pula Rania ingin ambil tahu.

“Saya jemput awak pukul lapan.” Lamunan Rania tergendala apabila mendengar suara Herry.

“Apa dia?” Tanya Rania sekali lagi.

“Berani awak ingatkan lelaki lain masa jumpa saya.” Suaranya sengaja dikeraskan. Sudah dua kali, Rania telah ditangkap sedang berangan. Namun Rania tahu, Herry hanya sekadar bergurau.

Rania hanya sekadar mencebik. Geram sungguh dia melihat perlakuan Rania itu. Serta merta, dicubit kedua belah pipi milik Rania sehingga gadis itu terjerit kecil.

“Sakitlah!” Marah Rania sambil mengosok-gosokkan pipinya.

“Tulah, siapa suruh buat muka comel macam tu.” Bidas Herry kembali.

“Saya tak buat muka macam tu pun, saya dah comel.” Ujar Rania perasan sendiri. Herry hanya mampu ketawa. Bukankah ketawa itu simbolik kebahagiaan.

“Malam nanti jangan lupa jemput saya pukul lapan.” Arah Rania sambil meninggalkan Herry yang terpinga-pinga. ‘Agaknya, apalah masalah perempuan ni hari ni.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience