Chapter 9

Romance Series 12954

Bab 9
***

“Ada apa awak nak jumpa saya?” Soal Rania kasar. Bengang rasanya apabila masa rehatnya pada waktu petang dicuri.

“Hai, nak jumpa awek sendiri pun salah ke?” Soal Herry kembali.

“Kenapa awak suka naikkan darah saya!” Suara Rania sedikit ditinggikan.

“Saya tak pernah suka naikkan darah awak. Kalau boleh nak bagi turun je.” Sakit sungguh telinga Rania menangkap kata-kata yang keluar dari mulut Herry. Rania menghadiahkan sebuah jelingan tajam. Dia duduk berpeluk tubuh.

“Saya nak beri awak ni.” Ujar Herry mengalah. Biarlah dia mengalah pada permulaan kisah mereka. Tapi Herry akan pastikan yang dia tidak akan kalah di kemudian hari.

Rania memandang sebuah diari berwarna merah jambu yang sedang dihulur oleh Herry. Nampakkan, Herry sedang merencanakan rancangan kedua.

“Awak nak saya buat apa dengan diari ni?” Soal Rania pura-pura tidak tahu.

“Seperti yang awak nak, kita akan luahkan perasaan kita melalui diari ni.” Terang Herry. Sebenarnya dia kurang paham akan agenda sebenar diari ini. Kerana itu, dia mahu bertanya dengan lebih lanjut kepada Rania.

“Saya tak cakap yang saya nak buat semua ni dengan awak.” Bangkang Rania.

“Tapi saya ada hak nak suruh awak buat. Awak masih lagi berada di dalam tempoh kontrak.” Ujar Herry mengeluarkan fakta.

“Tapi saya sebenarnya tak faham sangat dengan tujuan sebenar kewujudan diari ni?” Soal Herry jujur. Dia berharap benar yang Rania akan menjawab dengan penuh ikhlas.

“Motif wujudnya diari ini adalah untuk mengetahui sifat-sifat pasangan kita. Kalau kita sukakan sesuatu, kita tulis dalam diari ni. Supaya pasangan kita tahu tentangnya. Dan kalau kita tak sukakan sesuatu pun, kita akan tulis dalam diari ni. Supaya pasangan kita tak melakukan perkara yang kita tak suka.” Entah mengapa, laju sahaja mulutnya memberikan penerangan kepada Herry.

“Tapi kan kita boleh tanya terus.” Pangkah Herry. Dia melahirkan pendapatnya sendiri.

“Tapi kita manusia, sering lupa dan terleka. Tanpa sedar, kita dah pun lukakan hati pasangan kita.” Lembut suara Rania menyambung penjelasan. Herry jadi bangga. Semangatnya semakin berkobar-kobar untuk memiliki Rania secara mutlak. Hidup terikat tanpa kontrak.

“Mana awak dapat idea untuk buat diari ni?” Herry teringin sungguh ingin tahu.

“Entah, ia datang tanpa saya pinta. Saya sendiri tak tahu kenapa.” Jawab Rania jujur.

“Jadi sekarang, siapa yang akan mula tulis dulu?” Soal Herry penuh bersemangat.

“Saya rasa, tak cukup muka surat saya nak tulis pasal awak. Semua tentang perkara yang saya tak suka.” Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. Herry diundang rasa geli hati dengan tingkah Rania.

“Kalau macam tu, kita beli lagi satu. Satu awak pegang, satu saya pegang.” Usul Herry.

“Tak boleh. Seharusnya, diari ni perlu ada satu sahaja.” Pintas Rania cepat-cepat.

“Kenapa?” Berkerut mukanya tanda tidak faham.

“Bila diari tu hanya ada satu, bukankah ia berkongsi namanya. Dan bukan ke berkongsi tu salah satu daripada element bercinta. Berkongsi masalah, berkongsi rasa, berkongsi serba serbi. Cuba awak bayangkan kalau diari tu ada dua, jika salah satu daripada diari tu hilang macam mana? Tak lengkaplah sebuah perhubungan tu. Malah mungkin sudah tak bererti.” Bila membicarakan soal cinta, Rania seperti berada di dunianya yang diciptanya sendiri.

“Awak membuatkan saya bertambah cinta pada awak.” Luah Herry ikhlas. Makin dia kenal dengan pemilik nama Rania Rumaisya ini, hatinya bertambah tidak keruan. Hidupnya menjadi tak tentu hala.

“Jangan terlalu cepat melahirkan rasa Herry. Sebab saya takut ianya akan berlalu di bawa angin.” Ujar Rania cuba berbahasa.

“Orang cakap, jangan menyintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati dikala musim berganti. Tapi cintailah dia seperti angin. Kerana angin akan sentiasa bertiup.” Kini, giliran Herry pula yang bermadah. Rania ketawa kecil.

“Dasar playboy.” Putus Rania sambil mula berdiri. Herry tidak pula menunjukkan riak marah malah turut ikut serta ketawa bersama.

“Awak tak marah?” Soal Rania pelik. Mati-mati dia ingat Herry akan mengamuk.

“Awak berhak untuk melahirkan rasa hati awak Nia. Lagipun, itulah kebenarannya. Tapi itu masa silam saya kerana saya sedang mencuba mengubah masa depan.” Sekali lagi Rania terpaku.

Ada sahaja kata-kata Herry yang menusuk jiwannya. Lama-lama, dia memang boleh jadi gila dikerjakan oleh Herry. ‘Ya ALLAH, jauhkanlah diriku dari terpedaya dengan penyangak cinta seperti Herry ini.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience