Chapter 23

Romance Series 12954

?Bab 23
***

Herry terus menarik tangan Rania ketika gadis itu sedang melintas di hadapannya. Dia mengeheret gadis itu ke satu kawasan yang agak terpencil.

“Lepaslah!” Marah Rania.

“Kenapa awak tak datang semalam?” Itulah soalan pertama yang ingin dia ketahui.

“Kenapa pulak saya kena datang?” Soalan Herry dibalas dengan soalan juga.

“Apa kena dengan awak ni?” Herry sedar, ada yang tidak kena dengan wanita kesayangannya ini. Rania menjongketkan bahunya.

“Yang pasti, ianya tak ada kena mengena dengan awak.” Ujar Rania seraya ingin berlalu namun sempat tangan kasar Herry menghalang.

“Rania!” Panggil Herry kuat. Moga-moga dengan jeritannya, Rania akan sembuh dari penyakit yang tiba-tiba mengunjung ini.

“Tak payahlah jerit-jerit. Saya belum pekak lagi.” Marah Rania kembali. Bukan mudah untuknya berlakon di hadapan Herry. Kerana Herry mudah benar dapat mengawal rasa hatinya.

“Kenapa dengan awak ni?” Kali ini nada suaranya perlahan sahaja. Tanda kesal dengan sikap Rania yang tiba-tiba berubah seratus peratus.

“Awak nak tahu kenapa? Inilah Rania Rumaisya yang sebenar. Rania yang awak kenal dulu ialah hanya lakonan semata-mata. Itu adalah hadiah buat playboy seperti awak yang tak pernah kenal erti puas dengan seorang perempuan pun.” Sudah penat dia menghafal dialog yang diciptanya semalam. Dia bersyukur kerana lakonannya menjadi.

“Apa yang awak cakap ni?” Soal Herry tidak faham. Rania tersenyum sinis. Cuba merealitikan wataknya.

“Awak tak faham lagi. Apa yang berlaku dulu hanyalah lakonan semata-mata. Saya membalas dendam bagi mewakli perempuan-perempuan yang pernah awak kecewakan dulu. Macam mana rasanya, best tak?” Hanya Allah yang tahu bertapa menangis hatinya kerana perlu melukakan perasaan seorang lelaki yang amat dicintainya.

“Saya tak percaya.” Sungguh, dia sedikit pun tidak percaya dengan kata-kata Rania walaupun dia melihat betapa tidak beriaknya wajah Rania sewaktu menuturkan kata-kata yang menghiris hati lelakinya.

“Awak dah tertipu Encik Herry. Kontrak ini hanyalah satu lakonan untuk mengenakan lelaki playboy seperti awak. Awak ingat senang-senang ke saya nak terima orang macam awak. Please, not my taste.” Berkecai sungguh jiwanya tika mendengar ayat yang keluar dari mulut Rania.

“Berhenti berbohong Rania. Awak tak akan berjaya untuk lukakan hati saya. Kalau betul awak hanya nak mainkan saya, kenapa awak masih pakai cincin couple kita? Kenapa?” Soalan Herry yang tiba-tiba itu mengejutkannya.

Sedikit pun dia tidak teringat untuk menanggalkan cincin yang sudah selama tujuh puluh tujuh hari menghiasi jari manisnya. Dia terkedu seketika. ‘Mampus aku, dialog apa yang aku nak guna nieh..’

“Cincin ni kan mahal, kenapa pulak saya tak nak pakai?” Herry perasan nada suara Rania sedikit tergagap. Dia tersenyum sinis.

“Awal pernah cakap dengan saya yang awak akan tanam cincin tu tanda cinta awak telah mati buat saya. Saya nak awak buktikan.” Cabar Herry. Tentu ada silap di mana-mana sehingga membuatkan Rania berubah sikap. Dia tahu Rania menipu.

“Baik. Kita nak tanam kat mana?” Soalan itu seperti menghiris hati Herry dan tuan punya suara jua. Sungguh, Herry tidak sangka yang Rania sanggup menanam cincin couple mereka.

Tampa berfikir panjang, Herry menarik tangan Rania supaya gadis itu mengikutinya. Rania yang terkejut hanya mampu menurut langkah kaki Herry yang semakin laju.

“Awak nak bawa saya ke mana ni?” Itulah soalan pertamanya untuk Herry sewaktu masuk ke dalam kereta.

Rania semakin geram apabila jejaka itu sedikit pun tidak memandang wajahnya. Apatah lagi ingin menjawab soalannya.

“Herry, awak nak bawa saya pergi mana ni?” Soalnya lagi tapi kali ini nadanya keras dan tegas. Rania didatangani oleh perasaan takut yang tiba-tiba mencengkam jiwanya. Dia langsung tidak tahu ke mana arah pemanduan Herry.
“Kenapa, takut?” Buat kali pertama dia bersuara setelah sekian lama mereka berada di dalam kereta.

Rania melemparkan pandangan ke luar tingkap. Malas mahu menjawab soalan Herry. Dalam hatinya tidak putus-putus dia berdoa agar Herry tidak melakukan perkara yang tidak-tidak. Manalah tahu kalau-kalau perasaan marah Herry itu akan mengundang dia melakukan perkara yang luar pemikirannya. Namun Rania tahu, Herry masih waras.

Akhirnya, mereka sampai di suatu kawasan yang agak terpencil. Tempat yang Rania sendiri tidak pernah pergi.

Rania keluar setelah melihat Herry keluar dari kereta. Walaupun dia sedikit ketakutan namun dikuatkan jiwa agar sentiasa kelihatan kuat di hadapan Herry. Tidak sedikitpun dia akan mengaku kalah.

“Tunggu apa lagi?” Ujar Herry tiba-tiba membuatkan Rania terpinga-pinga sendiri.
“Buat apa?” Soal Rania tidak tahu. Matanya melekat memandang Herry yang sedang membelakanginya.

“Tanam cinta awak.” Ujar Herry seraya berpaling. Rania terpana sendiri.
Jadi inilah motif Herry membawanya ke sini. Ke tempat yang Rania sendiri tidak pernah datang. Tempat yang jauh dari pandangan mata-mata yang akan memandang. Dan pastinya, ke tempat yang Rania tidak akan memperolehi semula cincin cinta hatinya.

“Kenapa? Tak mampu?” Soal Herry sinis ketika matanya menyapa tubuh Rania yang sedikit pun tidak berkutik.

“Awak silap besar kalau awak fikir macam tu.” Kata-kata itu sengaja dituturkan agar dapat menanamkan rasa benci dalam diri Herry tentang dirinya.

Dengan perlahan-lahan Rania mula merebahkan lututnya menyembah bumi. Dengan tangan miliknya sendiri, Rania menguis-nguis tanah untuk membuat lubang. Air matanya seakan-akan ingin menitik tetapi cepat-cepat dikuatkan hatinya.

Baru sahaja dia ingin menanggalkan cincin yang selama ini menghiasi jari manisnya namun tiba-tiba ada tangan yang menghalang. Rania mengangkat muka yang sedari tadi ditundukkan.

“Saya yang sarungkan cincin ni, jadi hanya saya yang berhak menanggalkannya.” Herry tidak sedar yang kata-katanya amat menyakitkan sekeping hati milik Rania. Dengan perlahan-lahan, tangan Herry menanggalkan cincin tanda cinta mereka.
Sungguh, hampir sahaja air matanya menitis di hadapan Herry. Dia dapat merasakan bahawa dia hampir kalah dengan kehendak hatinya sendiri.

“Jangan menangis Nia. Air mata awak hanya akan membuatkan saya lebih terluka.” Bukan niatnya untuk memperli Rania namun kata-kata itu memang lahir dari dasar hatinya.

Rania berpaling dari memandang Herry . ‘Ya ALLAH, Kau ringankanlah derita yang ku tanggung ini… Ikhlaskanlah hati ini untuk mengorbankan cinta hatiku demi kasih seorang anak buat ayahnya… Sesungguhnya, aku hanyalah insan yang tidak berdaya tanpa bantuan dariMU Ya ALLAH.’ Seru hatinya.

“Kalau memang niat awak untuk mempermainkan saya dari awal, awak dah berjaya Nia. Dan awak lakukan dengan sangat baik. Tapi saya mohon… Jangan buat dekat lelaki lain… Sebab rasa sakit tu tak tertanggung rasanya…” Menitis jua air mata lelakinya. Jika tadi, dia merasakan bahawa Rania hanya sengaja ingin mempermainkannya.

Rupa-rupanya, memang sedari dulu dia telah dipermainkan oleh Rania. Sama seperti yang dia lakukan dahulu. Mempersia dan mempersendakan kasih wanita lain. Kalau dia tahu begini sakitnya, tidak sesekali dia akan terjebak dalam kancah cinta. Namun, rasa yang dinikmati ini tidak dapat ditarik lagi. Hati yang dulu hanya pandai melukai telah pun terluka.

Akhirnya, mereka sama-sama menangis. Menangis dalam hujan yang tiba-tiba datang mencurah. Anugerah dari langit ini sama-sama menangisi percintaan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience