Chapter 19

Romance Series 12954

Bab 19
***

“Saya macam tak percaya…” Tutur Herry sambil matanya tidak lepas dari memandang Amira.

“Cantikkan.” Puji Rania pula. Mereka sama-sama menebarkan pandangan ke arah Amira yang duduk tidak jauh dari mereka.

“Awak betul-betul hebat.” Kali ini pujian itu ditujukan buat Rania pula. Rania tersipu-sipu sendiri mendengar pujian yang dirasakan tidak bertempat.

“Apa yang hebatnya. Dia hanya perlukan sokongan dari kita. Selebihnya, semua bergantung kepada kehendak hati dia sendiri.” Ujar Rania sambil tersenyum.

“Rania… Awak buat saya makin cinta pada awak.” Luah Herry romantik. Ya, tidak ada satu pun perkara yang mampu menghilangkan rasa sayangnya pada Rania. Malah rasa cinta dan sayang itu makin mekar bercambah.

“Iya..” Hanya ayat itu sahaja yang mampu keluar dari bibirnya. Selebihnya, dia terharu sehingga tidak terucap rasanya. ‘Ya ALLAH, aku bahagia dengan nikmat cinta yang telah kau titipkan buatku ini.”

“Mestilah. Tak ada satu benda pun yang akan dapat kurangkan kasih sayang saya pada awak.” Kata-katanya itu penuh dengan keyakinan. Rania tidak mampu membalas luahan hati Herry dikala ini.

Dia hanya akan meluahkan rasa sayang dan cintanya pada Herry apabila mencapai hari yang ke tujuh puluh tujuh. Itulah tekadnya. Biarlah detik itu yang menyaksikan luahan cintanya. Detik itu tidak lama kerana pernantian Herry akan berakhir pada hari ESOK!!!

“Nia, awak dengar tak apa yang saya cakap ni…” Tegur Herry apabila dia melihat wanita kesayangannya itu asyik masyuk sedang mengelamun.

“Dengarlah.” Jawab Rania sepatah sambil melemparkan senyuman. Malu kerana ditangkap sedang berangan.

“Saya tak sabar nak tunggu esok. Saya ambil awak pukul lapan yerk.” Putus Herry tidak sabar. Rania tergelak kecil melihat aksi Herry yang seperti kebudak-budakkan.

“Pukul 7.30 lagi saya dah siap.” Gurau Rania. Sengaja mahu mengenakan Herry. Herry menarik hidung Rania sebagai denda kerana mengenakannya. Mereka saling bertukar senyum. Masing-masing tidak sabar mengira detik masa yang ditunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience