Chapter 15

Romance Series 12954

Bab 15
***

Rania terkejut kerana menerima sekeping kad ucapan yang diletakkan dia dalam bekas penselnya.

Hai,,,
Rindu kat awak…
Awak rindu kat saya tak???

Rania terseyum bahagia. Dia memerhatikan sekeliling. Mana tahu kalau-kalau dia dapat menangkap Herry yang sedang menyorok.

Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja kad ucapan yang diberikan kepadanya. Kadang-kadang disampaikan pada perlajar untuk diutuskan kepadanya, adakalanya diletakkan di dalam notanya dan ada masanya diberikan sendiri oleh tuan punya badan.

Hatinya terusik dengan sikap Herry yang menyentuh hatinya. Banyak sikap Herry yang menarik hatinya. Yang paling dia suka, Herry tidak pernah mencuri waktu berlajarnya. Waktu seharian ketika di kampus juga tidak disentuh. Cuma dia meminjam masanya ketika pukul 5.55 petang.

Bukan dia tidak tahu, ada juga kata-kata yang tidak enak yang sampai ke pendengarannya. Ada yang mengatakan Herry sengaja memainkannya, ada juga yang mengatakan bahawa dia adalah mangsa seterus Herry.

Dia hanya menyambut kata-kata itu dengan senyuman. Mereka berhak untuk membuat apa sahaja kesimpulan. Hanya tuan punya diri yang tahu hakikat sebenar.

“Sayang.” Seru Herry mengejutkan Rania. Entah apalah yang diangankan oleh gadis kesayangannya itu.

“Berapa kali saya cakap, jangan buat macam tu.” Marah Rania sambil mengosok-gosok dadanya. Mujurlah dia tidak mempunyai penyakit jantung. Jika tidak, mungkin sudah selamat gamaknya.

“Sorylah sayang….” Pohon Herry sambil tersengih.

“Sory konon. Nanti buat lagi.” Balas Rania. Sengaja tidak mengendahkan senyuman nakal milik Herry.

“Guees what?” Ada sahaja lagaknya yang ingin menarik perhatian Rania.

“What?” Soal Rania tanpa sedikitpun tidak memandang ke arah Herry. Sengaja menyakitkan hati lelaki itu.

“Saya ni tak cukup hensem ke untuk awak pandang?” Bisik Herry romantik. Meremang bulu romanya menahan rasa geli. Sembilan puluh darjah dia berpaling.

“Boleh tak jangan buat macam tu. Nasib baiklah saya tak ada penyakit jantung.” Bebel Rania lagi. Geram sungguh dia dengan perlakuan Herry yang satu ini.

“Sebab tak adalah saya buat. Salah awak jugak, siapa suruh tak pandang saya waktu saya tengah cakap.” Balas Herry balik. Tidak mahu kalah.

“Okey. Saya pandang sekarang. Puas hati?” Matanya dibulatkan. Memandang terus ke arah Herry. Namun lain yang diharap, lain pula yang terjadi.

Herry langsung tidak membuka mulut tetapi tidak lepas dari memandang Rania sambil menongkat dagu.

“Awak nak pandang saya ke or awak nak cakap?” Soalnya. Naik rimas dia melihat mata Herry yang tidak lepas walau seinci dari memandangnya.

“Dua-dua.” Jawab Herry sambil tersenyum nakal. Rania buat muka bosan.

“Okeylah, nak cakaplah ni.” Pujuk Herry apabila Rania sudah mula ingin bangun. Memang dia sengaja mengenakan Herry. Rania kembali duduk dan mula menantikan butir bicara Herry yang seterusnya.

“Kita pergi bercuti nak?” Rania mengerutkan dahinya mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Herry.

“Awak gila? Kita berdua je?” Soal Rania terburu-buru.

“Saya belum gila lagi nak bawak anak dara orang sorang-sorang. Kita pergi ramai-ramailah.” Terang Herry sambil tergelak kecil mengingati aksi spontan Rania tadi.

“Oh.. tapi pergi mana?” Soalan itu bertujuan untuk mengawal rasa malu kerana kelakuannya tadi.

“Adalah. Tapi yang pasti, dekat pantai.” Herry mencuit hidung Rania. Rania buat muka hampa. Dia teringin pula hendak ke tahu, ke mana destinasi perlancongan mereka itu.

“Alah, bagilah tahu.” Rengek Rania manja. Herry tergelak. Senang hati dengan respon yang ditunjukkan.

“Tak boleh. Rahsialah.” Seusai mendengar kata itu, Rania mencebik.
“Anyway, karang kita pergi joging yerk. Saya tengok badan awak macam dah gemok sikit.” Usik Herry sambil berlalu pergi.

Rania tercengang. Bengang betul dia dengan Herry. Dicapainya bekas pensil dan dibaling ke arah Herry. Namun usahanya gagal kerana Herry sempat mengelak. Sempat pula dia menjelir pada Rania. Rania bertambah bengang dan risau. Benarkah badanya sudah menjadi gemuk? Nampaknya, dia perlu menimbang berat badannya selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience