Chapter 22

Romance Series 12954

Bab 22
***

“Nia, dia tunggu kau tu.. Kau tak nak jumpa dia ke?” Soal Anisa gelisah. Resah sungguh hatinya melihat Rania yang sedang duduk di meja studinya. Tidak mengambil kisah langsung dengan apa yang Anisa tuturkan.

“Nia, kau dengar tak apa yang aku cakap ni!” Suaranya sudah mula meninggi. Sakit hatinya melihat Rania hanya buat tak tahu.

“Kan aku dah cakap yang aku tak nak jumpa dia.” Tegas nadanya. Tapi hanya ALLAH yang tahu betapa lemahnya hatinya dikala ini.

Dia terpaksa menjauhkan dirinya dengan Herry. Kerana dialah Herry menolak perlawaan ayahnya. Jadi, dia jugalah yang harus memperbetulkan semua ini.

“Dia cakap dia tetap akan tunggu kau.” Ujar Anisa benggang. Pening sungguh dengan tingkah Rania malam ini.

“Aku peduli apa? Aku dah cakap tak nak jumpa.. Tak tahulah pulak kalau Herry tu jenis yang tak faham bahasa…” Kata-kata Rania yang sinis itu bagai membakar jantung milik Anisa. Tidak pernah-pernah Rania menutur sekasar ini. Tak pernah langsung!

“Aku tak fahamlah kau ni..” Seusai menghabiskan ayatnya, Anisa keluar dari bilik. Mungkin memberi penjelasan kepada Herry yang masih lagi setia menunggu di dalam kereta.

Rania meraup mukanya berkali-kali. Dimohon agar diberikan secebis kekuatan dalam mengharungi ujiannya kali ini. Kasih kekasih boleh pudar dan terputus. Tetapi kasih ibu bapa mengalir di dalam tubuh badan seorang anak. Kata-kata itulah yang memberi kekuatan kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience