Bab 3
***
Herry berlari menuju ke dewan kuliah memandangkan dia telah lewat untuk menghadiri kelas. Dalam diam, dia menyalahkan jam locengnya yang rosak tidak kena masa. Mujurlah dia sempat tersedar.
Tiba-tiba pelajar yang sedang berjalan di hadapannya bertembung dengan seorang gadis yang muncul dari arah bertentangan. Tidak dapat tidak, dia juga turut diundang musibah yang sama.
‘Apalah masalahnya. Aku dah lah nak cepat.’ Rungut Herry di dalam hati. Cepat-cepat dia mengutip bukunya yang berterabur. Dua orang pelajar yang berlanggar itu pun turut mengutip buku masing-masing. Sempat juga dia menangkap kata-kata maaf dari gadis yang sedang terbongkok-bongkok itu.
Disebabkan banyak buku yang berterabur, ada beberapa orang pelajar juga turut membantu mengutip buku dan menyerahkan kepada empunya badan.
Herry tidak lupa mengucapkan terima kasih di atas kesudian beberapa orang pelajar yang membantunya. Dia kembali bergegas ke dewan kuliah.
Berdebar jugak hatinya sewaktu menolak daun pintu tadi. Mujurlah pensyarah masih belum tiba. Kalau tidak, sakit jugak telingannya dibasuh oleh kata-kata yang berbaur sindiran.
“Asal lambat.” Itulah soalan pertama Amira yang khas ditujukan kepadanya.
“Lambat bangun.” Jawab Herry sambil mengambil tempat di sisi Amira.
Pensyarah mereka tiba tidak lama selepas Herry sampai. Cepat-cepat Herry membuka bukunya.
Tiba-tiba dia baru terperasankan sebuah buku yang sedari tadi ditindih oleh bukunya. Dia membaca tajuk buku di dalam hati.
Nampaknya, ada pelajar yang tersilap memberikan buku itu kepadanya memandangkan dia tidak mengutip buku itu tadi.
Tangannya mencapai buku berkulit tebal itu. Kulit buku itu diselak perlahan. Mencari-cari nama pemilik asalnya. Matanya terpaku pada sebaris nama yang ditulis kemas.
Rania Rumaisya. Herry terpesona seketika. Sebaris nama itu tiba-tiba lekat di otak ingatanya hingga mengundang getaran di hatinya. Adakah pemilik nama ini secantik namanya? Dia tersenyum sendiri.
Dia cuba mengimbau kembali kotak memorinya tentang insiden yang baru sahaja berlaku. Dia tidak terpandang pula pemilik buku ini. Hatinya tertanya-tanya sendiri.
“Kau apasal? Aku tengok macam muka mati bini je.” Tegur Amira sewaktu mereka melangkah keluar dari dewan kuliah. Dia perasan, sewaktu dia dalam kuliah tadi, Herry tidak menumpukan sepenuh perhatian. Jiwanya bagai sedang diganggu-gugat dengan perkara yang Amira sendiri tidak dapat menekanya.
“Kau kenal tak dengan perempuan yang bernama Rania Rumaisya?” Amira memandang Herry dengan dahi yang berkerut-kerut. ‘Perempuan jugak yang tengah difikirnya.’ Omel hatinya.
“Entah. Tak pernah dengarlah pulak.” Jawabnya selamba. Malas mahu melayan karenah Herry.
Herry hampa sendiri. Dia baru mengumpul angan untuk berkenalan dengan pemilik nama yang unik ini.
“Asal tiba-tiba kau tanya?” Soal Amira lagi. Agaknya, Rania Rumaisya ini ialah mangsa seterus Herry.
“Ni hah, siang tadi ada kemalangan sikit. Aku tersilap ambik buku. Buku ni, Rania Rumaisya yang punya.” Terang Herry sambil memyerahkan buku setebal 3 inci itu kepada Amira. Amira menyambutnya dengan muka penuh tanda tanya.
“Kemalangan macam mana?” ‘Banyak pulak tanya si Amira ni.’ Rungut Herry.
“Kita orang berlanggar kat depan tu.” Ujar Herry sambil memuncungkan mulutnya ke satu arah. Secara kebetulan pulak mereka berjalan di tempat itu semula.
Amira terangguk-angguk. Tiba-tiba dia berhenti dari terus melangkah. Dia kelihatan baru sedar dari lena yang panjang.
“Kenapa Mir?” Soal Herry. Terkejut jugak melihat aksi Amira yang diluar dugaannya itu.
“Kenapalah aku tak teringat langsung dekat dia.” Ujar Amira seraya mengetuk kepalanya sendiri. Herry bertambah pelik melihat aksi Amira.
“Ingat dekat siapa ni? Hei, aku tak fahamlah.” Herry meluahkan rasa kebingungannya.
“Rania Rumaiya. Aku kenal dia. Orang panggil dia Nia.” Jelas Amira sambil terseyum puas.
“Oh, pasal itu ke? Aku ingat pasal apalah sampai kau jadi terpaku macam ni.” Herry tergelak kecil. ‘Kalau dah perempuan tu, perempuan jugaklah.’
“Mestilah aku terpaku. Berhari-hari aku fikirkan calon yang sesuai untuk kau. Dan aku langsung tak terpikirkan dia.” Tambah Amira lagi. Herry bertambah bingung.
“Calon untuk aku? Aku tak fahamlah.” Amira mendengus kasar. ‘Kalau dah datang time bengap dia ni, memang buat aku bengang.’ Marahnya dalam hati.
“Calon awek kau lah. Kau kan nak cari perempuan yang jual mahal, so dialah calon yang paling layak.” Herry berfikir sejenak. Dia sebenarnya sudah lupa dengan rancangannya itu.
“Macam mana kau tahu dia ni jenis jual mahal?” Soal Herry inginkan kepastian.
“Orang cakap, seorang lelaki tidak boleh digelar playboy selagi belum mengorat dia. Sebab, dia ni memang jenis yang jual mahal gila. Perempuan yang paling liat kat kampus kita.” Tutur kata Amira menambahkan gerun pada Herry.
“Asal dia jual mahal sangat? Mesti ada sebab kan?” Amira tersenyum mendengar soalan Herry.
“Tak ada sebab yang kukuh. Tapi dia cakap kat kawan dia, yang dia percayakan cinta cuma dia masih jumpa yang bersungguh hendakkannya. Kau faham maksud aku?” Soal Amira pulak.
“Bersungguh? Maksud kau macam mana?” Dia betul-betul teruja untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan pemilik nama Rania Rumaisya.
“Orang perempuan tak suka lelaki yang terhegeh-hegeh dekat dia orang. Tapi dia orang suka pada lelaki yang bersungguh. Kau kena faham, terhegeh-hegeh dan bersungguh-sungguh membawa maksud yang berbeza.” Amira sudah seperti pakar sahaja dalam bab ni sedangkan dia sendiri confuse dengan jantina dirinya sendiri. Luaran seperti lelaki tetapi dalaman penuh dengan sikap keperempuanan.
Herry terpaku sendiri. Dia bagaikan sedang berada di kayangan sahaja. Jiwanya seakan meronta ingin menemui Rania Rumaisya, akalnya seperti hanya terselit nama Rania Rumaisya sahaja, hatinya seperti sudah dilanda gundah gelana. Hidupnya sudah seperti tidak keruan. Hanya disebabkan seorang gadis yang bernama Rania Rumaisya.
“Aku jadi macam teruja nak kenal dengan Rania nie.” Usul Herry. Meluahkan keinginannya kepada Amira. Amira tersenyum.
“Aku tak tahulah sama ini satu suratan atau kebetulan.” Ujar Amira tiba-tiba.
“Kenapa kau cakap macam tu?” Soal Herry tidak faham.
“Sebab dia sedang berdiri di belakang kau.” Entah mengapa, tiba-tiba Herry diserang getaran hebat. Dia terpaku seketika. Lantas dia berpaling perlahan-lahan.
Dan kini, matanya mendarat pada beberapa orang gadis yang sedang menunggu untuk masuk ke dewan kuliah. Ada tiga orang gadis di situ. Persoalannya, yang mana satu Rania Rumaisya.
“Agak-agaknya, yang mana satu Rania Rumaisya?” Soal Amira. Sengaja membuat temannya itu berteka-teki.
Herry memejamkan matanya. Berfikir sejenak. Ada tiga orang gadis di situ. Tetapi hanya seorang sahaja yang bertudung. Dan wajah gadis yang bertudung itu kelihatan sungguh manis malah kelihatan sopan dan ayu sahaja perwatakannya. Kalau betul tekaannya, dia berazam untuk memiliki gadis itu.
“Tekalah yang mana satu.” Gesa Amira. Dia pulak yang diserang debar yang tiba-tiba mendatang.
“Yang pakai tudung warna pink tu.” Putus Herry. Itulah gerak hatinya. Kalau salah, maknanya, dia bukan tukang tilik yang bagus.
Amira melopong. Tidak menyangka Herry akan memilih gadis yang bertudung. Bukankah Herry lebih suka kepada perempuan yang seksi.
“Betul tak aku teka Mir?” Tanya Herry. Pelik dengan kebisuan Amira yang tiba-tiba.
“Kenapa kau teka dia?” Masih lagi tidak mahu berterus terang.
“Gerak hati aku. Lagipun kau sendiri cakap kan, yang dia ni seorang yang jual mahal dan menantikan seorang lelaki yang bersungguh hendakkannya. Dan aku nampak semua ni pada riak air muka dia.” Herry seperti sudah confident benar yang gadis bertudung itu ialah Rania Rumaisya.
“Betullah tu.” Jawab Amira. Merungkai semua persoalan di benak Herry. Herry tersenyum. Nampaknya, Allah ingin membantunya kali ini.
“Tapi aku mohon sangat agar kau tak main-mainkan perasaan dia. Sebab dia bukan macam perempuan yang terhegeh-hegeh dekat kau. Hanya ada satu sahaja Rania Rumaisya di dalam dunia ni.” Kali ini, Amira betul-betul serius dengan kata-katanya. Takut juga bila melepaskan gadis seperti Rania Rumaisya ke tangan lelaki buaya seperti Herry.
“Jangan risau. Kali ini, aku betul-betul pasti. Dialah jodoh aku.” Kata Herry penuh keyakinan.
Share this novel