Chapter 21

Romance Series 12954

Bab 21
***

“Hai sayang…” Sapa Herry ramah ketika mereka berselisih di koridor untuk menuju ke dewan kuliah masing-masing.

“Herry, lelaki yang jumpa awak pagi tadi tu ayah awak ke?” Itulah soalan yang berlegar-legar di kepalanya sejak tadi.

“Aah. Awak nampak ke?” Soal Herry tanpa menunjukkan sebarang riak.

“Aah.. Nisa cakap, ayah awak tu ahli koporat. Betul ke?” Satu lagi soalan yang diajukan.

“Betullah tu.” Ringkas jawapannya.

“Asal nampak macam murung je ni?” Tegur Herry tiba-tiba apabila dia melihat wajah Rania seperti sedang kusut dengan sesuatu.

“Tak ada apa-apalah.” Tipu Rania. Sebenarnya dia ingin bertanya lagi namun dipendamkan soalanya memandangkan waktu kelas sudah hampir bermula.

“I got to go. Jumpa malam karang.” Sempat Herry menghadiahkan sebuah flying kiss buatnya. Rania tersenyum hambar.

Usai keluar dari dewan kuliah, Rania mengajak Anisa melangkah menuju ke perpustakaan. Dia ingin mencari jawapan di setiap persoalan yang bermain di benaknya.

“Kau tak percaya cakap aku tadi kan, sekarang kau baca.” Arah Anisa sambil memberikan sebuah majalah kepada temannya.

Rania mati keras di kerusi itu jugak ketika selesai membaca biadota perihal Tan Sri Mustapha. Rupa-rupanya banyak benda yang dia masih belum tahu tentang Herry.

“Nia, kau tak apa-apa kan?” Soal Anisa apabila melihat temannya itu kelu tanpa bicara.

“Nia….” Seru Anisa sekali lagi.

“Aku nak balik.” Putus Rania tiba-tiba.

“Aku ada kerja sikit nak buat ni. Tunggu aku kejap yerk.. Kita balik sama-sama.” Rania menjawab cadangan Anisa itu dengan gelengan sahaja.

“Aku boleh balik sendiri..” Tutur Rania lemah.

“Okey.. tapi kau tak apa-apa kan?” Soal Anisa ingin memohon kepastian.
Tiada kata-kata yang terbit. Hanya anggukan lemah sahaja yang mampu diberi.
Rania terus merebahkan badannya di atas katil ketika sampai ke kamar tidurnya. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Minta dibekalkan ketabahan.

Sungguh, dia tidak senang mendengar pengkhabaran seperti tadi. Seolah-olah perkara itu menganggu gugat seluruh emosi dan akal fikirannya.

Baru hari ini dia tahu bahawa Herry adalah anak usahawan yang terkenal. Baru hari ini perkara ini terbentang setelah sekian lama dia berkawan dengan Herry. Rupa-rupanya, masih terlalu banyak perkara yang dia masih belum tahu tentang Herry.

Kebenaran terbentang di hari yang sepatutnya dia meluahkan rasa cintanya pada Herry. Dia rasa seperti tertipu. Kenapa Herry tidak pernah menceritakan hal yang sebenarnya padanya. Mungkin ada banyak lagi rahsia yang Herry rahsiakan daripadanya.

Sedang dia gundah gulana memikirkan tentang Herry, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering nyaring. Diikutkan hatinya yang kusut, ingin sahaja dibiarkan sahaja telefonnya yang berbunyi itu namun apabila melihat nama Anisa yang tertera, dicapaikan juga telefon bimbitnya.

“Nia, aku tau aku tak patut kacau kau tapi aku betul-betul nak mintak tolong dengan kau.” Tanpa salam, Anisa memulakan perbualan.

“Kau nak aku tolong apa?” Soal Rania ingin membantu. Sekusut-kusutnya, dia tidak akan sesekali mencampur adukkan soal percintaan dan persahabatan.

“Aku terlupa nak hantar assingment Puan Masyitah. Kejap lagi aku ada meeting club. Boleh tak kau tolong hantarkan?” Pohon Anisa bersungguh-sungguh.

“Ok.” Jawab Rania tanpa berfikir. Setakat tolong hantarkan assigment, bukanlah susah sangat.

“Thanks Nia. Sayang kau!!!” Jerit Anisa gembira.

“Baru sekarang nak sayang?” Tempelak Rania sengaja ingin bercanda.

“Aku sayang kau selalu tau… Tapi tak boleh lebih-lebih, nanti ada orang marah..” Sempat lagi dia mengenakan Rania.

“Aku malas tolong karang…” Gertak Rania geram. Anisa yang mendengar terus merayu memohon maaf. Rania tergelak sendiri selepas perbualan ditamatkan. Dia mencapi tudung yang bersangkut lantas disarung ke kepala.

Usai menghantar asigment milik Anisa, Rania mengambil keputusan untuk pulang ke bilik sahaja. Namun langkahnya terbantut apabila matanya terperasankan seorang lelaki yang menegurnya pagi tadi. ‘Ayah Herry.’

“Pak cik, tak balik lagi.” Sapa Rania ramah. Bibirnya menghadiahkan senyuman manis.

“Eh, anak ni yang dekat cafe pagi tadi kan?” Soal Tan Sri Mustapha ramah. Rania mengangguk perlahan.

“Kamu tak ada kelas?” Soal Tan Sri Mustapha lagi. Sejuk matanya memandang gadis yang sedang berdiri di hadapannya. Nampak cantik dan sopan.

“Dah habis. Hmm, pak cik tunggu anak pak cik ke?” Entah kenapa, mulutnya lancar menyoal ayah Herry.

“Dia bukannya nak jumpa pak cik pun.” Kali ini, suaranya tidak bersemangat seperti tadi lagi. Nadanya kedengaran sungguh sayu dan layu.

“Kenapa pak cik cakap macam tu? Anak mana yang tak suka jumpa ayah dia orang.” Lembut suara Rania memujuk.

“Pak cik yang salah. Pak cik tinggalkan dia macam tu je dulu. Sepatutnya, pak cik bawa dia dulu.” Berkerut dahi Rania kerana cuba menangkap kata-kata yang terbit dari mulut Tan Sri Mustapha. Tetapi hampa kerana dia menemui jalan buntu.
“Saya tak faham.” Luah Rania jujur.

“Pak cik terlampau sibuk dengan kerja sehingga pak cik kehilangan keluarga pak cik sendiri. Lepas isteri pak cik meninggal, pak cik tinggalkan dia pada orang lain. Pak cik takut kalau pak cik tak mampu nak uruskan keluarga dan kerja dalam satu masa.

Pak cik hanya mengirimkan duit perbelanjaan sahaja. Kesibukkan membuatkan pak cik jarang bertanya khabar apatah lagi bersua muka. Sehingga pak cik tak sedar yang pak cik makin jauh dengan anak pak cik sendiri.” Entah mengapa, senang sungguh baginya untuk menceritakan kisahnya pada seorang gadis yang langsung tidak dikenalinya itu.

Namun dia akui, sedikit sebanyak rasa bersalah itu beransur hilang. Hilang kerana berjaya meluahkannya rasa yang sekian lama terbuku.

“Dia tak nak maafkan pak cik?” Soal Rania ingin tahu. Masa hati Herry sekeras itu. Dia kenal Herry, kalau dia marah sekalipun, marahnya cepat reda. Dia bukannya jenis pandai berdendam dengan orang apatah lagi ayahnya sendiri.

“Dia maafkan, cuma dia tak dapat tunaikan permintaan pak cik.” Keluh Tan Sri Mustapha lagi.

“Apa permintaan pak cik?” Soal Rania lagi.

“Pak cik minta dia bekerja dengan pak cik di Dubai. Uruskan syarikat di sana. Tapi dia tak nak.” Terang Tan Sri Mustapha dengan suara yang lemah.

“Alasan dia, dia tak mahu jadi macam pak cik. Terlampau taksub bekerja sehingga lupa pada kasih sayang dan cinta. Dia mengaku yang dia cintakan seorang perempuan dan dia tak akan tinggalkan perempuan itu semata-mata untuk bekerja di Dubai.

Pak cik tak pernah harap dia jadi macam pak cik. Sekarang pak cik cuba nak perbetulkan balik hubungan kami anak beranak. Pak cik nak dia dekat dengan pak cik. Sebab bila dekat dengannya, pak cik dapat rasa kehadiran arwah isteri pak cik. Dan cara tu mungkin dapat kurangkan rasa bersalah pak cik pada arwah isteri pak cik. Pak cik betul-betul harap dia dapat ikut pak cik.” Luah Tan Sri Mustapha tanpa dipinta.

Besar sungguh harapan seorang ayah buat anaknya yang tersayang. Rania jadi sedih sendiri. Dia dapat merasakan betapa menyesalnya Tan Sri Mustapha kerana mengabaikan keluarga satu ketika dulu. Dan dia tidak mahu Herry menyesali perkara yang sama.

“Pak cik, saya janji… Saya akan pulangkan anak pak cik pada pangkuan pak cik. Pak cik jangan risau yerk…” Tan Sri Mustapha terpinga-pinga memandangnya.
Dalam sedar, dia menabur janji. Janji yang dia pasti. Rania sudah tekad. Dia akan lakukan sesuatu untuk membaik pulihkan hubungan Tan Sri Mustapha dan Herry. Dia akan lakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan cintanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience