Chapter 18

Romance Series 12954

Bab 18
***

Dari kejauhan, Rania melihat kemesraan diantara Amira dan Herry. Tiba-tiba hatinya dijentik rasa cemburu yang tiba-tiba mendatang. Namun disabarkan hatinya yang satu itu. Hubungan itu sudah lama terjalin jika hendak dibandingkan dengan hubungannya yang masih lagi samar-samar dengan Herry.

“Nia, tunggu.” Arah satu suara. Rania tidak perlu berpaling kerana dia sinonim sungguh dengan suara itu.

“Kau marah kat aku ke?” Itulah soalan pertama yang keluar setelah Rania berhenti dari meneruskan langkah.

“Apa yang kau merepek ni?” Soal Rania kembali kepada Amira. Rania tahu, walaupun Amira berlagak seperti seorang lelaki namun naluri hatinya tetap sebagai seorang perempuan.

“Kau cemburu tengok aku dengan Herry?” Soal Amira sekali lagi. Rania hanya tersenyum. Tidak berniat untuk menyatakan rasa hati yang sebenar. Memang dia cemburu namun dia faham dengan hubungan yang terjalin diantara Herry dan Amira.

“Tak adalah.” Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dia tidak mahu Amira menyimpan prasangka.

“Aku dengan Herry hanya kawan.” Terang Amira lagi. Rania amat memahami perasaan Amira sekarang kerana dia pernah melalui saat seperti ini.

“Mira, aku tahulah. Aku tak marah pun. Apatah lagi cemburu. Aku faham yang korang kawan baik.” Jelas Rania bersungguh-sungguh. Ditepuk beberapa kali bahu Amira.

Mendengar penjelasan Rania yang bersungguh-sungguh itu, barulah Amira merasa lega.

“Asal kau panggil aku Mira yerk? Semua orang panggil aku Amir atau Mir je.” Tiba-tiba Amira menukar topik.

“Sebab nama kau kan Amira. Bukan Amir.” Berani sungguh dia menyampaikan kata.

“Aku tak suka kau panggil aku Mira. Nampak macam perempuan.” Bangkang Amira. Tidak suka betul isu seperti ini dibangkitkan.

“Memang kau perempuan pun. Lagipun maksud nama Amira itu adalah puteri. Sinonim dengan perempuan.” Terang Rania lagi. Sedikit pun dia tidak kisah jika Amira memarahinya.

“Aku bahagia dengan cara macam ni. Tak boleh ke kalau aku teruskan hidup dengan begini sahaja?” Soalah Amira itu seperti datang dari kanak-kanak kecil sahaja.

“Tak boleh. Sampai bila kita asyik nak duduk kat takuk lama. Satu hari nanti, kita perlukan keluarga. Ada suami, ada anak-anak. Kalau kau terus-terusan macam ni, macam mana kau nak ada semua tu?” Minda Amira yang sempit itu perlu dibuka. Kenyataan perlu dibentangkan.

“Aku tak perlukan semua tu. Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.” Jawab Amira yakin. Namun keyakinan itu tidak bertempat. Rania mengeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

“Memang kau bahagia sebab ada kawan-kawan. Tapi pernah tak kau terfikir yang kawan-kawan kau pun akan memilih untuk berkeluarga satu hari nanti. Mereka dah tak ada masa nak bersama dengan kawan-kawan selalu sebab yang utama nanti mestilah keluarga.

Walaupun aku tak rapat sangat dengan kau tapi aku tahu kau mempunyai hati yang baik. Mungkin ada sejarah yang menyebabkan kau memilih jalan seperti ini tapi kau kena bangkit dari kenangan. Sampai bila kita nak biarkan kenangan pahit tu menghalang kebahagian yang sepatutnya kau dapat.

Bersyukurlah dengan apa kita dapat. Kenapa nak ubah fitrah yang dah Allah tetapkan. Kalau kau terus-terusan macam ni, sampai bila-bila pun kau tak bahagia Mira. Mungkin bahagia tapi rasa bahagia tu sekejap je.” Ini bukan satu leteran. Tapi satu nasihat dari sahabat buat temannya.

Amira hanya membisu. Tidak pula menjawab seperti tadi. Mungkin dia berfikir sejenak.

“Bukan aku nak jadi macam ni. Tapi takdir yang tentukan semua ni. Siapa aku nak lawan takdir. Ini semua gara-gara ayah tiri aku. Dialah punca kenapa aku jadi macam ni.” Rintih Amira perlahan.

Rania terasa menyesal pula kerana terlebih kata sehingga membuatkan Amira terluka kerana mengenangkan peristiwa lama. Dia tahu yang Amira hampir menjadi mangsa nafsu ayah tirinya. Kerana itulah dia hanya bergaul dengan kaum adam sahaja. Dia ingin jadi kuat untuk melindungi keluarganya. Mujurlah ayah tirinya sudah bercerai dengan ibunya. Namun tindak tanduk yang sudah sebati dalam diri sukar dihakis pergi.

“Tapi tak bermakna kau perlu jadi begini selamanya. Kalau kau nak, aku boleh tolong mana-mana yang patut. Aku bukan nak menyibuk hal kau, aku cuma nak dapatkan yang terbaik untuk kawan aku.” Tambah Rania lagi. Dia tidak mahu kalau Amira tersalah faham dengan niatnya.

“Tapi aku takut aku tak mampu.” Amira menyatakan gelodak yang melanda hatinya.

“Aku tak cakap kena berubah seratus peratus. Sikit-sikitlah.” Nasihat Rania lagi.

“Thanks Nia sebab memahami. Yalah, aku ni bukanya ada kawan perempuan sangat. Apa-apa pun, aku akan cuba.” Ujar Amira penuh semangat. Rania hanya mampu tersenyum senang. Dia berjanji akan membantu Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience