Chapter 1

Romance Series 12954

JUAL MAHAL

BY: D. HOPE

Bab1
***

Herry mengeliatkan tubuh badannya yang kepenatan setelah tenaganya dituntut untuk menyiapkan tugasan kumpulan yang perlu dihantar lewat petang nanti. Memang sudah menjadi kebiasaannya membuat assigment di saat akhir.

Baginya, buat di saat akhir lebih mencabar daripada mula melakukan dari awal. Bila kehendak sudah terdesak, otak yang sedang berkarat pun mampu menjana dengan baik.

“Fuh, siap pun.” Usul Nizam lega.

“Itulah, aku ajak buat dari awal tak nak. Nak jugak buat saat-saat akhir.” Rungut Amira.

“Alah, kalau buat awal-awal tak ada thrillah.” Balas Herry sambil tersengeh-sengeh.

“Banyaklah kau punya trill. Kalau markah kita dapat diskaun, siap kau.”Amira memberikan amaran. Siapa yang tidak kenal dengan Amira. Seorang gadis yang tidak layak bergelar gadis.

Perwatakan dan pakaiannya sebijik seperti lelaki. Rambutnya pendek. Pakaiannya seperti lelaki. Perwatakannya kasar mengalahkan lelaki. Ada satu sahaja wataknya yang seperti perempuan iaitu kuat membebel. Tapi, dialah kawan yang paling Herry sayang.

“Eleh, kecohlah perempuan ni.” Tempelak Amirul. Dia memang terkenal dengan sikap yang suka menyakat Amira. Herry tahu, dalam diam-diam, Amirul sebenarnya ada menaruh hati pada Amira.

“Baik kau tutup mulut kau sebelum aku tolong tutupkan.” Amira sudah bercekak pinggang tanda tidak puas hati.

“Macam mana kau nak tolong tutupkan? Nak tolong tutup dengan mulut kau? Aku tak kisah.” Memang dasar lelaki yang tidak pernah insaf. Sengaja mahu menaikkan darah Amira.

“Kurang ajar!” Segera dicapai fail di atas meja dan dilemparkan ke arah Amirul. Tidak pasal-pasal, benjol kepalanya dikerjakan oleh Amira.

“Sakitlah ngok.” Rungut Amirul geram.

“Itu baru sikit. Nak lagi?” Cepat-cepat Amirul mengeleng. ‘Macam manalah aku boleh suka dengan perempuan yang kasar macam kau ni.’ Desis hatinya.

“Dahlah tu, tak habis-habis nak bertekak. Aku kahwinkan jugak korang berdua ni.”
Akhirnya Herry bersuara. Walaupun telinganya sudah lali mendengar perbalahan di antara Amirul dan Amira namun perbalahan di antara mereka berdua perlu segera dihentikan. Kalau tidak, mahu beku telingannya nanti.

“Siapa nak kahwin dengan dia!” Hampir serentak suara Amirul dan Amira. Herry senyum sendiri. Kalau ada jodoh di antara mereka, Herrylah manusia yang paling gembira. Kerana dia tahu bahawa Amirul mampu menjaga Amira dengan baik. Tak pun, Amira yang akan menjaga Amirul dengan lebih baik. Ya ke macam tu?
Akhirnya, mereka sama-sama berkemas. Tugasan yang disiapkan perlu dihantar kepada pensyarah. Jika lewat menghantar tugasan, mungkin akan mendorong mereka mendapat diskaun untuk markah assigment nanti. Dalam banyak-banyak diskaun, diskaun markahlah yang orang paling tidak suka.

“Lepas ni kau nak pergi mana?” Soal Amira apabila mereka berdua berjalan beriringan untuk menghantar tugasan yang telah disiapkan. Rakan-rakan yang lain semuanya sudah pulang memandangkan mereka tidak perlu menghadiri kelas pada waktu petang.

“Balik tidur.” Jawab Herry ringkas.

“Aku ingatkan kau nak pergi dating?” Duga Amira.

“Nak dating dengan siapa pulak?” Soal Herry kembali. Tidak faham dengan soalan Amira.

“Mana aku tau. Awek kau kan keliling pinggang.” Sakat Amira. Siapa yang tidak kenal dengan Herry. Payah melekat dengan seorang perempuan pun.

“Wei, aku pernah couple dua kali je tau. Itu pun dah break.” Semangat sungguh Herry memberitahu Amira sesuatu yang sudah pun Amira ketahui.

“Itu aku tau. Habis tu, Lily, Safra, Aina, dan seangkatannya tu siapa?” Soal Amira tidak faham.

“Oh, itu skandal je..” Ujar Herry. Nadanya sengaja dileretkan.

“Banyaklah kau punya skandal.”

“Nama pun skandal, kumpulah banyak-banyak.” Jawab Herry lagi.

“Kau ni, tak baik tau. Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, cakap tak nak. Jangan main-mainkan perasaan orang. Kalau kau kena nanti, barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah.” Sengaja dia ingin memberikan peringatan kepada Herry.

“Hello, aku tak mainkan perasaan dia orang yerk. Dia orang yang datang kat aku. Aku layan je lah. Lagipun, aku tak pernah buat lebih-lebih pun pada diaorang.” Bidas Herry. Dia tidak suka Amira berkata yang bukan-bukan tentang dirinya. Dia mungkin bukan baik mana tapi dia bukannya teruk sangat.

“Aku tak cakap pun yang kau buat bukan-bukan dengan dia orang. Tapi apa kata kalau kau cari je terus sorang awek. Habis cerita.” Usul Amira. Dia lebih suka kalau Herry bersama dengan seorang perempuan sahaja daripada kerap bertukar-tukar perempuan.

“Tak habis lagi. Kalau tiba-tiba aku dapat awek yang teruk, kuat cemburu, yang boros, macam mana?” Amira mengaru-garukan kepalanya. ‘Bengap jugak kawan aku ni.’
“Carilah yang elok.” Mudah sahaja jawapan yang diberi. Namun tidak semudah bagi orang yang menggalasnya.

“Alah, masa mula-mula, semua orang nak kontrol ayu. Lama-lama, semua tak ubah macam kayu. Cukuplah dua kali je aku terkena. Rasanya, tak sanggup lagi aku nak rasa lagi.” Keluh Herry.

Amira akui, sudah dua kali Herry gagal dalam bercinta. Bercinta dengan Julia, poketnya habis koyak, bercinta dengan Rina, jenis yang cemburu buta pulak. Hatinya jatuh kasihan pada Herry.

“Lagi pun Mir, bila aku keluar dengan ramai perempuan, bolehlah aku pilih yang paling bagus dan paling sesuai untuk aku.” Tambah Herry sambil terangguk-angguk. Agaknya bangga dengan sikapnya itu.

“Bagus kepala hotak kau! Kau ingat dia orang tu baju ke yang kau nak pilih-pilih.” Herry terpinga-pinga bila ditengking oleh Amira. Kini, dia pula yang mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

“Aku bukan apa, aku tak suka kalau-kalau orang cakap yang kau ni playboy antarabangsa. Keluar dengan orang ni, keluar dengan orang tu. Nanti orang ingat kau nak main-mainkan perempuan pulak.” Herry tersenyum mendengar nasihat Amira.

“Sejak bila pulak kau suka dengar cakap-cakap orang ni?” Duga Herry sambil tergelak kecil.

“Bukan dengar cakap orang tapi masalahnya aku pun fikir macam tu.” Jawab Amira jujur.

“Aku tahu, kau bukan suka pun dengan perempuan-perempuan yang keluar dengan kau tu. Dan kau pun tahu yang perempuan-perempuan macam tu tak boleh buat awek pun. Lagipun, kau jugak yang cakap kat aku yang kau tak suka bila perempuan terhegeh-hegeh kat kau kan.

So, carilah perempuan yang agak-agak jual mahal. Kau tacklelah perempuan yang macam tu. Cinta ni sebenarnya macam ni, makin susah kita nak dapatkan perempuan tu, makin susah kita nak lepaskan dia nanti.” Herry melongo mendengar penjelasan Amira.

Tidak disangka, gadis yang kelihatan tidak mempunyai sebarang perasaan boleh melahirkan kata-kata yang bernada cinta. Herry jadi kagum sendiri.

“Tapi, ada ke perempuan yang jual mahal zaman sekarang ni?” Tiba-tiba soalan itu pula yang terbit dari mulut Herry.

Amira berfikir sejenak. ‘Aah yerk. Ada ke pempuan macam tu sekarang?’

Langkah mereka sudah sampai ke destinasi yang ditujui. Amira mengorak langkah ke bilik pensyarah. Ditinggalkan Herry sendirian di luar. Memang seorang sahaja perlajar yang dibenarkan masuk ke dalam bilik pensyarah.

“Macam mana? Dah settle?” Soal Herry mengenai tugasan kumpulan yang dihantar. Risau juga kalau-kalau tugasan mereka direject.

“Perfect.” Jawab Amira bangga.

“So, macam mana?” Soal Herry lagi.

“Macam mana apa?” Tidak faham dengan soalan Herry yang tiba-tiba.

“Tentang perempuan yang jual mahal tulah.” Herry mengingarkan Amira yang tiba-tiba diserang penyakit nyanyok.

“Oh, nanti sama-sama kita fikirkan. Tapi buat masa ni, kau tak payahlah keluar dengan perempuan-perempuan tu. Buat habis masa dan duit je.” Bebel Amira.

“Habis tu, kalau aku bosan macam mana?” Bengang juga kalau hak peribadinya dikawal.

“Kau ajaklah Nizam ke, Amirul ke. Tak pun kau ajak je aku. No hal punya.” Cadang Amira.

“Alah, kalau keluar dengan perempuan macam kau, serupalah aku keluar dengan jantan jugak.” Sehabis ayat itu, satu penumbuh singgah di bahunya.

“Sakitlah!” Rungut Herry sambil mengosok-gosok bahunya yang perit.

“Kalau nak rasa lagi, cubalah buat lagi.” Marah Amira.

“Nanti aku cuba lagi.” Gurau Herry. Sengaja membuat Amira marah. Amira bercekak pinggang tanda tidak berpuas hati. Akhirnya, mereka sama-sama tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience