Chapter 2

Romance Series 12954

Bab 2
***

Rania membuangkan pandangan ke arah pelajar-pelajar yang sedang berkeliaran di sekitar kampus. Fikirannya merewang. Hatinya bercelaru dengan pelbagai masalah yang datang bertandang.

Dia teringat kembali perbualannya bersama dengan Salina lewat petang semalam. Hatinya pedih dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Baik kau berterus terang saja dengan aku Nia.” Pinta Salina tiba-tiba. Kata-kata Salina mengundang rasa tidak selesa di hati Rania.

“Terus terang tentang apa?” Dia betul-betul dengan mengerti akan maksud Salina.

“Kau sebenarnya sukakan Syam kan?” Salina menahan rasa. Dia perlu berterus terang dengan Rania. Dia bukanlah jenis perempuan yang pandai memendam rasa.

“Apa yang kau merepek ni!” Tempelak Rania. Suaranya tiba-tiba berubah menjadi tinggi. Dia diundang rasa marah kerana dituduh yang bukan-bukan.

“Kau jangan selindung lagi. Aku tahu kau sukakan Syam. Mengaku jelah.” Kali ini, wajah Salina sudah bertemankan air mata. Dia betul-betul takut untuk kehilangan Hisyam.

“Aku tak akan mengaku benda yang tak betul Lina. Entah dari mulut siapa kau dengar. Benda yang paling tak masuk akal dalam dunia ni.” Cetus Rania geram. Tak pasal-pasal Salina menuduhnya menyimpan perasaan pada Hisyam.
Memang tidak diakui yang Rania rapat dengan Hisyam. Namun hubungan itu tidak pernah lebih dari etika seorang kawan. Tak pernah dan tidak akan. Dia sendiri tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Hisyam kerana dia tahu yang Hisyam amat menyintai Salina.

“Aku bukan dengar dari mulut siapa-siapa, tapi aku tengok dengan mata kepala aku sendiri yang Hisyam peluk kau semalam.” Luah Salina. ‘Kalau suka, cakap suka. Kenapa perlu berdolak dalik.’

“Kau dah salah faham. Semalam aku tergelincir. Sebab tu Hisyam tahan. Nampak macam berpeluk tapi sebenarnya, dia hanya pegang pinggang aku dari terjatuh. Tu pun sekejap je. Semua tu hanya satu kemalangan Lina.” Terang Rania. Dia tidak salahkan Salina. Memang gadis itu berhak untuk cemburu.

“Akal aku macam nak percaya tapi hati aku macam melarang.” Kata-kata itu memang jujur dari lubuk hatinya.

Rania mengeluh perlahan. Tidak tahu lagi cara mana yang selayaknya untuk diterangkan kepada Salina.

“Lina, kalau aku sukakan Hisyam, dah lama aku akan dapatkan dia. Sebab aku kenal dia sebelum kau kenal dengan dia. Dan kalau aku suka kat dia, aku tak akan jadi orang tengah untuk menyatukan korang dulu. Kau patutnya dah fikir semua ni.” Perlahan nada suaranya. Dia seperti sudah berputus asa.

“Aku pelik. Kau tak pernah baik dengan mana-mana lelaki pun tapi tiba-tiba kau baik dengan Syam. Jadi aku takut. Aku takut kehilangan korang berdua. Aku takut.” Salina menangis lagi. Rania hanya memandang dengan penuh simpati.

Salahnya juga kerana terlampau rapat dengan Hisyam sehingga mengundang salah faham di pihak Salina.

“Habis tu, kau beritahulah aku, apa yang aku kena buat sekarang?” Soal Rania. Dia pula bingung memikirkan kesudahan kisah mereka.

“Sejujurnya, aku tak percayakan kau. Aku…” Kata-kata yang terbit dari mulut Salina terhenti setakat itu. Sungguh, perit sungguh bagi Rania untuk mendengar luahan Salina yang jujur itu.

“Baiklah. Aku janji yang aku tak akan jumpa dengan Syam lagi. Dan aku tak akan muncul di depan kau lagi.” Putus Rania. Dia sudah mula berdiri.

“Bukan macam tu maksud aku.” Sangkal Salina. Nampaknya, Rania sudah salah faham akan maksud kata-katanya.

“Kalau kau tak percayakan aku, aku lagi tak percayakan diri aku sendiri. Biarlah macam ni. Aku doakan korang bahagia.” Sesudah itu, dia berlalu pergi. Sedikit pun dia tidak berpaling pada Salina yang berteriak memanggil namanya.

“Hoi, berangan!” Sergah Anisa yang muncul entah dari mana.

“Terkejut aku.” Ujar Rania sambil mengurut dadanya. Anisa hanya terseyum sahaja.

“Kau menungkan apa tadi?” Soal Anisa ingin tahu. Tapi dia tahu apa yang sedang berana di benak kawannya itu. Dia turut tumpang simpati.

“Kau pun tahu pasal apa kan.” Rania meleretkan sedikit suaranya. Dia tahu, Anisa sudah dapat menangkap maksud kata-katanya.

“Kau masih fikir lagi?” Anisa sengaja meminta kepastian.

“Mestilah. Dua-dua kawan aku.” Luah Rania. Dia rasa seperti ingin menangis namun segera hasrat itu ditolak tepi. Orang cakap, kalau kehilangan sesuatu yang kita sayang, kita tak boleh menangis. Kerana apabila kita menangis, kita telah pun kehilangan benda itu buat selama-lamanya.

“Jadi, apa kau nak buat sekarang?” Soal Anisa lagi.

“Teruskan hidup.” Jawab Rania selamba. Namun dia memang sedang memikir-mikirkan sesuatu.

“Memanglah. Tak kan kau nak bunuh diri pulak kan.” Sengaja Anisa bergurau. Cuba menghilangkan sedikit tekanan yang dilalui oleh Rania.

Rania cuma menyambut kata-kata Anisa dengan senyuman. Biarlah dia kehilangan apa sahaja di dunia ini, namun tidak sesekali dia akan mengadaikan nyawanya. Dia masih waras.

“Aku rasa, ada satu benda je yang boleh setelkan masalah kau ni.” Usul Anisa. Cuba memberikan cadangan.

Rania mengangkat keningnya. Tanda ingin tahu.

“Kau kena cari boyfriends.” Rania melopong mendengar cadangan Anisa yang dirasakan seperti tidak masuk akal.

“Nonsense!” Jawabnya sepatah.

“Cuba kau fikir betul-betul. Kau kehilangan Salina sebab Salina fikir yang kau ada hati pada pakwe dia. So, kalau kau ada boyfriends, Salina tak akan fikir yang kau akan rampas Syam. Jadi, kau dengan dia akan berkawan semula.” Rania memandang Anisa. Terpaku seketika. Terkejut pun ada mendengar cadangan Anisa kali ini.

“Kau ingat senang ke nak cari boyfriends?” Tempelak Rania. Cakap memang mudah, namun untuk melakukan tidak seindah yang diharapkan.

“Tak semestinya kena cari boyfriends betul-betul.” Tambah Anisa lagi. Rania sudah mula naik bingung.

“Tak faham aku.” Ujar Rania sambil mengaru-garukan lehernya yang tiba-tiba rasa gatal.

“Cari seorang lelaki yang boleh menyamar jadi pakwe kau. Bila kau dengan Lina dah okey, korang putuslah.” Rania mengeleng-gelengkan kepalanya setelah mendengar cadangan Anisa. Tidak percaya bahawa cadangan itu keluar dari mulut ulat buku seperti Anisa.

“Kau ingat senang ke nak cari?” Protes Rania lagi.

“Aku tak cakap senang. Tapi tak susah kalau kita usaha kan.” Rania tersenyum. Anisa, sentiasa berfikiran positif walau waktu kecemasan seperti ini.

“Tapi siapa? Ada ke orang nak?” Soalan demi soalan seperti mengendurkan sedikit semangat Anisa. Tapi dia bertekad tidak akan mengaku kalah.

“Nanti sama-sama kita fikirkannya.” Ya. Semua ini perlukan waktu. Mereka perlu merancang dengan teliti agar cerita ini tidak heboh sehingga boleh sampai di pengetahuan Salina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience