Bab 6
***
“Awak dah ada jawapannya.” Soal Herry sambil tidak lepas dari memandang gadis cantik dihadapannya.
“Okey, sebelum saya bagi jawapan, saya nak tanya awak sikit.” Uji Rania. Ini adalah soalan biasa yang sering ditanya kepada lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Herry mengangguk-ngangguk. Tanda memberikan persetujuan.
“Berapa orang jumlah kawan awak semua sekali?” Herry tercengang-cenggang mendengar soalan Rania yang dirasakan tidak masuk akal. Masakan kita mampu mengira jumlah kawan.
“Manalah saya tahu. Kawan-kawan saya ramai. Tak cukup tangan nak kira,” Jawab Herry tanpa mengetahui maksud yang terselindung.
“Jadi, apa perlunya awak berkenalan dengan saya?” Soal Rania lagi.
“Untuk menambahkan kawan.” Jawab Herry polos.
“Awak silap. Memang orang cakap, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Tapi bukan bagi saya. Bagi saya, berkawan pada yang perlu, bercinta bila dah tiba masanya. Bila awak dah ada ramai kawan, awak jadi kurang menghargai. Kurang memahami. Dan kurang serba serbi.
Mengumpul kawan sehingga kadang-kadang tidak sedar ia menjadi lawan. Ada kawan baru, lupa pada kawan lama. Memang adat manusia memang macam tu. Sebab tu saya tak nak jadi macam tu. Saya bukan memilih kawan apatah lagi untuk mengumpul lawan, cuma saya berkawan bila sudah ditakdirkan untuk kami menjadi kawan.” Herry melopong.
Memang gadis dihadapannya kini bukan calang-calang perempuan. Definisi kawan sahaja sudah mampu membelitkan kepala otaknya. Belum lagi bicara soal cinta. Entah berapa panjang pula ulasannya. Dia hanya membiarkan Rania berlalu.
Semakin pening Rania dibuatnya dengan telatah Herry yang semakin merimaskannya. Kalau ikutkan kata hatinya, mahu sahaja dibambu mamat yang tidak faham bahasa itu. Sudahlah hatinya merasa tidak enak kerana kertas yang selama ini menjadi rahsia kini hilang entah ke mana.
Ingin sahaja ditanya kepada Herry namun dibatalkan niatnya. Dia tidak mahu tersungkur di mana-mana kaki lelaki.
“Huh, tak cukup tanah rasanya nak lari.” Luah Rania penat. Mereka baru melepaskan diri daripada pandangan Herry. Lelaki itu benar-benar sudah gila.
“Tak pasal-pasal, aku pun terkena tempias sekali.” Rungut Anisa pula. Mereka mengeluh berat.
“Eh, lupa pulak aku nak cakap. Aku dah ada beberapa orang calon untuk jadi pasangan couple contract kau.” Usul Anisa. Cuba melenyapkan bayang Herry dalam kepala otak Rania.
“Aku ingat projek tu dah tak jalan.” Dia sebenarnya hampir-hampir lupa dengan rancangan gila mereka disebabkan gangguan daripada manusia yang bernama Herry.
“Eh, mestilah jalan. Tengoklah siapa projek manager dia.” Rania tersenyum. Kata-kata Anisa tidak ubah seperti masuk bakul golek sendiri. Berasa diri menjadi projek manager.
“Yalah tu. Hah, siapa calonnya?” Sengaja Rania terus bertanya siapa calonnya. Anisa ni bukan boleh kira sangat, kalau dah dapat bercakap, macam tak jumpa tanda noktah.
“Calon pertama, Ashraf.”
“Budah skema tu, tak nak aku.”
“Calon kedua, Sufian.”
“Dia tu pak ustazlah.”
“Calon ketiga, Razak.”
“Dia kan dah comeback balik dengan ex girlfriends dia.”
“Calon Keempat, Ridwan.”
“Dia kan pernah minat dengan aku, nanti macam bagi harapan pulak.
“Calon kelima, Hadi.”
“Kau gila, tu lecturerlah.”
“Calon keenam, Afiq.”
“Dia tu banyak menjawab sangatlah. Tak pasal-pasal nanti, satu kampus kecoh.”
“Aku dah tak ada calon ketujuh.” Rintih Anisa. Rania membisu. Nampakknya, rancangan mereka tidak berjalan dengan lancar.
“Kau tak ada calon sendiri ke?” Soal Anisa tiba-tiba.
“Mana ada. Aku bukan kenal sangat dengan budak lelaki ni.” Keluh Rania.
“Alah, kau pilih jelah salah seorang daripada calon aku tadi. Bukan nak couple betul-betul pun.” Anisa cuba bertegas.
“Mana boleh. Walaupun hanya couple contract tapi aku mestilah dapatkan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada Syam dan Lina.” Serius suara Rania kali ini.
“Kau ni, banyak songeh betullah.” Gurau Anisa sinis. Rania tersenyum. Tidak pula terfikir untuk mengambil hati.
“Hah, macam mana dengan calon ketujuh ni, Herry.” Usul Anisa tiba-tiba.
“Kau gila. Tak nak aku.” Bantah Rania keras.
“Aku rasa Herry tu macam dah sesuai sangatlah. Hensem, pandai, porpular jugak dan boleh berlakon. Kita pilih dia jelah yerk.” Rayu Anisa. Rania mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Dan playboy. Kau lupa ke?” Tambah Rania lagi. Kali ini, idea Anisa benar-benar tidak masuk akal.
“Alah, playboy tu perkara biasalah bagi seorang lelaki.” Bela Anisa.
“Nia, motif kau buat semua ni hanya nak buat Lina percaya semula pada kau kan. So, ketepikan semua ego dan prasangka buruk. Gerak hati aku rasa, hanya dia yang mampu tolong kau perbetulkan hubungan kau dan Lina.”
Rania terdiam. Otaknya sedang ligat berfikir sebenarnya. Bila keputusan sudah terbentang, keraguan pula sentiasa bertandang.
Akhirnya Rania menganguk lemah. Anisa menjerit riang. Rancangan gila Anisa ini memang mampu membuatkan Rania menjadi gila.
Share this novel