Chapter 7

Romance Series 12954

Bab 7
***

“Awak rasa betul ke dengan apa yang awak nak buat ni?” Soal Herry minta kepastian. Wajahnya sengaja diseriuskan. Bukan kempalang gembiranya apabila Anisa datang berjumpa dengannya sambil menyerahkan satu kontrak untuk menjadi pasangan Rania.

Pada mulanya, dia seakan-akan ingin bermain tarik tali dengan Anisa. Kerana itu, diatur satu perjumpaan diantaranya dan juga Rania.

“Awak pun tahu kan, yang saya buat semua ni bukan sebab suka-suka.” Jawab Rania. Dia diperlaku bagaikan seorang persalah yang sedang menanti hukuman sahaja.

“Manalah tahu kan.” Perli Herry sambil menjongketkan bahunya. Senang hati dapat mengenakan Rania.

“Kalau awak tak nak, saya boleh cari orang lain. Kalau bukan sebab Anisa yang paksa, saya pun tak naklah.” Dia berpura-pura ingin bangun namun segera dihalang oleh Herry.

Rania memandang tangan Herry yang melekat di lengannya. Perlahan-lahan, Herry menarik semula tangannya.

“Maaf. Saya cuma kaget tadi.” Tidak sedar, perlakuannya melebihi had yang sepatutnya. Rania memandang ke arah lain.

“Saya dah baca kontrak ni. Saya setuju tapi saya ada cadangan tambahan.” Rania kembali memalingkan wajahnya ke arah Herry.

“Rancangan tambahan?” Soal Rania tidak faham.

“Ya. Dalam kontrak ni, saya diarahkan menjadi couple contrak awak dan diberi hak untuk membuat awak jatuh cinta pada saya dalam masa tujuh puluh tujuh hari.” Rania melopong. Setahunya, perkara itu tidak terkandung dalam kontrak mereka.

“Apa yang awak merepek ni.” Kali ini, Rania benar-benar gagal mengawal kemarahannya.

“Awak bacalah sendiri.” Arah Herry sambil menyerahkan kontrak kepada Rania.
Rania membaca perkara yang terkandung dalam kontrak mereka. Syarat yang ketiga, Herry berhak untuk membuat Rania jatuh cinta padanya. Dan syarat keempat, Rania tidak boleh sedikit pun membantah.

“Ini dah melampau! Saya tak setuju!” Jerit Rania. Langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling.

“Awak dah pun tandatangan kontrak ni.” Senang sahaja Herry menjawab. Tidak langsung menghiraukan Rania yang sedang marah.

“Saya tak heran setakat kontrak ni. Awak nak bawa ke mahkamah sekali pun, saya peduli apa!” Rania terasa menyesal teramat sangat. Tidak sangka, rancangan untuk menyatukan kembali persahabatannya dengan Lina ditimpa badai.

Dia tidak sanggup lagi mengadap muka Herry. Terasa ingin sahaja diketuk kepala lelaki itu dengan tukul. Biar pecah dimakan anjing.

“Mungkin awak tak kisah kalau perkara ini dibawa ke mahkamah, tapi awak mungkin kisah kalau tujuh perkara yang awak nak buat ketika bercinta ni tersebar kan.” Rania segera berpaling. Kertas yang selama ini dicari rupa-rupanya berada pada Herry. Jadi, lelaki itu sudah tahu.

Rania terduduk. Perlahan-lahan, air mata yang tadi hanya bergenang di gigi mata kini mula jatuh setitik dua.

“Sampai hati awak buat macam ni pada saya. Apa salah saya.” Rintih Rania pilu. Bertemu dengan Herry membuatkan dia diundang seribu satu masalah.

“Hei, janganlah menangis. Saya buat semua ni bukan sebab nak tengok awak menangis.” Pujuk Herry lembut. Tidak menyangka yang Rania akan menangis. Hendak digosokkan bahu, dirasa seperti melampau. Tidak buat apa-apa pun rasanya melampau jugak.

“Tapi awak dah pun buat saya menangis.” Marah Rania.

“Nia, saya buat semua ni sebab saya ikhlas. Ikhlas nak kenal dengan awak. Dan saya betul-betul ikhlas nak jadikan awak teman istimewa saya. Saya akan pinjam masa awak selama tujuh puluh tujuh hari sahaja. Kalau masa tu, awak masih belum cintakan saya, saya tak akan sesekali muncul lagi dari hidup awak. Saya janji Nia.” Ujar Herry.

“Motif saya buat couple contract ni sebab nak rapatkan semula hubungan saya dengan kawan saya, bukan sebab nak bercinta.” Terang Rania.

“Saya tahu. Tapi berilah saya sedikit kesempatan untuk menyemai cinta saya pada awak. Saya tolong awak, awak tolong saya. Adilkan?” Pujuk Herry lagi.

“Kalau dalam masa tujuh puluh tujuh hari tu, saya tak jatuh cinta pada awak, dan saya belum dapatkan lagi kawan baik saya, apa yang kita nak buat?” Soal Rania.

“Saya akan cuba dapatkan kembaili kawan baik awak. Saya janji.” Putus Herry lagi.
Rania memandang Herry. Entah mengapa, dia seperti percaya dengan janji lelaki itu. Dia terfikir sendiri, playboy seperti Herry ini punya banyak cinta. Masa, dia akan jatuh cinta dengan seorang playboy. Tekad hatinya, dia tidak akan kalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience