Bab 5
***
Baru sahaja mereka melangkah keluar dari dewan kuliah. Tiba-tiba mereka didatangani oleh seorang lelaki. Rania dan Anisa berpandangan sesama sendiri.
“Awak Rania Rumaisya?” Soal jejaka yang berkumis nipis itu. Anisa terseyum melihat aksi lelaki yang kelihatan seperti ingin menjual minyak pada Rania.
“Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Pelik juga rasanya kerana dia tidak pernah kenal dengan jejaka tampan yang sedang berdiri di hadapannya.
“Oh, saya nak pulangkan buku ni. Ada orang tersalah bagi pada saya.” Ujar Herry mesra. Namun hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya dia saat ini. Tidak pernah dirasakan debaran seperti ini.
“Thanks. Saya memang perlukan buku ini.” Lega sungguh melihat buku yang hilang dulu telah berada padanya semula. Bererti, rahsianya masih lagi tersimpan kemas.
“Sorrylah kalau terlambat pulangankan.” Ujar Herry cuba berbasa-basi. Dia sebenarnya tidak mahu menghentikan perbualannya bersama Rania.
“Tak apa. Dah pulangkannya pun saya rasa cukup bagus.” Ujar Rania ingin mengambil hati jejaka yang memulangkan bukunya. Padahal, dia ingin cepat-cepat berlalu dan memastikan bahawa kertas yang terselit di dalam buku tebal ini masih ada.
“Oh, saya Herry. Student Engginering.” Herry memperkenalkan diri. Sengaja tidak dihulurkan salam, kerana yakin bahawa Rania bukan jenis perempuan yang begitu.
“Awak dah tahu nama saya kan. Dan ini kawan saya, Anisa.” Rania sengaja ingin memperkenalkan Anisa. Selebihnya, dia mahu meraih perhatian Herry yang tidak lepas memandang wajahnya. Dia naik rimas.
“Hai.” Tutur Anisa sepatah. Dia sebenarnya ingin tergelak. ‘Nampaknya si Herry ni ada hati pada Rania.’
“Kalau awak tak keberatan, saya nak berkenalan dengan lebih rapat dengan awak.” Rania dan Anisa memandang ke arah satu sama lain.
“Maaflah, saya tak biasa berkenalan dengan lelaki ni.” Jawab Rania serba salah. Jejaka dihadapannya ini baru sahaja membantunya tapi kini, dia tidak dapat membantu memenuhi permintaan Herry.
“Awak tak perlu beri jawapan sekarang. Bila-bila pun boleh. Okey, I have to go. See you next time.” Ujar Herry sambil berlalu. Rania tercengang sendiri. Anisa tergelak kecil melihat wajah Rania yang kelat. ‘Nampaknya, buku dah berjumpa dengan ruasnya.’
“Asal kau gelak, tak kelakarlah.” Rania berpura-pura marah. Kata-kata Rania bukan membuatkan Anisa berhenti daripada ketawa malah membuatkan gadis itu lebih gelak besar.
“Kalau aku, dah lama aku kata sudi. Lelaki hensem macam dia tu, bukan senang nak dapat tau.” Gurau Anisa sambil menyambung tawa.
Rania tarik muka. Bengang dengan kata-kata jejaka yang bernama Herry tadi. Pertama kali, ada orang menjawab sebegitu rupa. Biasanya, orang akan hormat dengan keputusannya.
Herry tersenyum seorang diri. Strategi pertamanya telah berjaya. ‘Rania, awak tak akan dapat lari dari saya lagi lepas ni. Saya dah ikat kaki awak dari menjauh dari saya. Dan yang paling penting, saya dah curi hati awak. Tanpa awak sendiri sedar.’
Share this novel