Bab 11
***
“Saya takut.” Ujar Rania tiba-tiba. Ketika itu, mereka sedang berada di dalam perut lif.
“Apa yang awak takutkan. Ada ex boyfriends awak yerk.” Gurau Herry. Rania menghadiahkan jelingan tajam. Disaat seperti ini pun, Herry mahu bergurau dengannya.
“Jangan takut. Saya kan ada.” Dicapai tangan Rania lantas digengam erat. Mengalirkan secebis kekuatan. Herry tahu, Rania takut untuk berhadapan dengan Hisyam dan Salina.
“Sebab dengan awaklah, saya makin takut.” Sempat lagi dia mengenakan Herry.
Semasa mereka sampai, sudah ramai tetamu yang hadir. Masing-masing hadir bersama dengan pasangan masing-masing. Memang itulah syarat yang sengaja ditetapkan oleh ketua kelab.
“Saya pergi ambilkan minuman untuk awak yerk.” Bisik Herry. Rania hanya sekadar tersenyum melihat perlakuan Herry yang romantik. Agaknya, Herry ingin berlakon dihadapan Hisyam dan Salina.
Namun segera dia mengeleng. Herry memang seorang lelaki yang romantik. Tidak kira sama ada depan sesiapa atau di mana sahaja, sikap romantiknya itu tidak pernah pudar walau sedikit. Itukan ciri-ciri seorang playboy.
“Nia.” Rania berpaling pada suara yang memanggil. Berdiri dihadapannya kini ialah Salina.
“Kau apa khabar?” Salina menyambung bicara. Dia terlalu rindukan sahabatnya itu. Namun tubuhnya seakan-akan kaku untuk memeluk Rania.
“Baik.” Jawab Rania ringkas. Tiba-tiba dia merasa seperti tidak selesa. Mungkin kerana mereka sudah lama tidak menyapa. Dan Rania dapat merasakan yang Salina seperti tidak ikhlas menegurnya.
“Kau ada apa-apa ke dengan si Herry tu?” Soal Salina. Terus kepada niat asalnya.
“Kalau ada apa-apa, ada masalah ke?” Soalan itu ditujukan kepada Salina.
“Aku ingat benda ni hanya sekadar khabar angin. Tapi nyata, kau memang couple dengan Herry.” Tidak menjawab atau bertanya. Tetapi membuat satu kesimpulan.
“Memang adat manusia untuk sering menjadi hamba kepada khabar angin. Tanpa mengenal pasti arah angin yang tepat.” Dia bermadah sendiri.
“Kau tak akan lama dengan dia. Dia tu playboy. Dia hanya nak main-mainkan perasaan kau.” Kali ini, Salina tegas dengan butir bicaranya. Rania terharu. Sekurang-kurangnya dia tahu, Salina masih lagi mengambil berat tentang dirinya.
“Terima kasih sebab mengambil berat. Aku ingat, kau dah tak nak pandang pada aku.” Luah Rania lemah.
“Kau salah faham. Aku tak ada niat nak cakap macam tu. Aku cuma…” Kata-katanya terhenti di situ. Air matanya menitis perlahan. Mujurlah mereka sedang duduk di satu kawasan yang tersorok. Kalau tidak, pasti orang menyangka dia menyakiti hati Salina.
“Lina, aku tahu kau tak ada niat nak cakap semua tu. Dan aku tahu, aku memang salah. Aku nak kau percaya, aku tak ada apa-apa perasaan pada Syam.” Dia mengambil kesempatan untuk bercakap memandangkan Salina sedang berendam air mata.
“Jadi sebab tu kau ambil keputusan untuk keluar dengan Herry. Macam tu.” Hampir tepat tekaan Salina. Tapi sengaja Rania tidak mengiakan. Biarlah itu hanya menjadi rahsianya dan Herry sahaja.
“Apa yang terjadi diantara aku dan Herry adalah satu takdir. Biarlah DIA yang tentukan. Aku hanya mampu berdoa agar hubungan kami berkekalan seperti aku sentiasa doakan hubungan persahabatan kita Lina.” Tangan mereka sudah berpaut. Ada senyuman yang terukir.
“Aku minta maaf.” Pohon Lina. Akhirnya, mereka berpelukkan. Herry hanya memandang dari jauh. Sengaja memberi ruang kepada Rania dan temanya untuk meluahkan rasa hati yang terbuku.
“Kat sini rupanya sayang abang.” Muncul satu suara yang sangat mereka kenali. Siapa lagi kalau bukan Hisyam. Rania membalas senyuman milik Hisyam.
“Nah.” Hisyam menyuakan sehelai sapu tangan kepada Salina. Faham benar dengan karenah Salina yang gemar berendam air mata. Rania memandang dengan penuh syukur. ‘Lina, sudah terbukti yang Syam memang sayangkan kau.’
Matanya berkeliaran mencari kelibat Herry. Tiba-tiba dia menjadi rindu. Rindu dengan layanan Herry yang tidak pernah berkurang. Rindu dengan telatah Herry yang adakalanya memenatkannya. Rindunya makin menebal setelah melihat kemesraan Salina dan Hisyam.
Namun hampa kerana kelibat Herry tidak juga ditemui. Dia berpaling memandang Salina dan Hisyam semula.
“Syam, ada nampak Herry tak?” Soal Rania. Salina dan Hisyam saling berpandangan.
“Tadi dia ada dekat minuman tu.” Ujar Hisyam pasti. Kerana dia baru lepas habis berbual-bual dengan Herry.
“Oh, aku pergi cari dia dululah.” Rania memohon mengundur diri. Segenap hatinya berasa sangat gembira. Hubungannya dengan Salina dan Hisyam sudah pulih seperti dulu.
Satu restoren sudah ditawaf. Namun kelibat Herry tidak juga ditemu. Dia melangkah keluar restoren eksklusif itu kerana restoren itu terletak di tingkat yang paling atas sekali dalam bangunan ini.
Restoren bertujuan khas untuk mengadakan jamuan. Kakinya melangkah ke arah lif. Dia tidak dapat menerima hakikat yang Herry meninggalkan dia tanpa sebarang kata.
Baru sahaja dia melewati tangga bangunan, matanya tertacap pada seorang lelaki yang duduk di atas tangga membelakanginya. ‘Kat sini rupanya dia.’
Nyata, Herry terkejut melihat kedatangannya. Tanpa dipelawa, dia duduk di sebelah Herry.
“Asal tinggalkan saya sorang-sorang.” Marah Rania. Mukanya sengaja diseriuskan.
“Awak kan ada kawan-kawan.” Lansung tidak memandang ke arah Rania. Dia hanya menunduk memandang kaki.
“Kenapa dengan awak ni?” Soal Rania tidak faham. Pelik sungguh dia melihat aksi Herry yang seperti berjauh hati sahaja lagaknya.
“Tak ada apa-apa. Awak dah makan belum?” Tanya Herry mengubah topik perbualan.
“Kalau awak tahu saya dengan kawan-kawan, kenapa tak datang sekali. Kawan saya pun kawan awak jugak kan.” Kali ini dia betul-betul serius. Tidak berpura-pura seperti tadi. Dia dapat rasa yang Herry terasa hati dengannya.
“Awak baru je berbaik dengan diaorang. Tak kan saya nak kacau pulak.” Jelas Herry.
“Saya tak fahamlah dengan awak ni?” Bentak Rania. Dia baru ingin bangun namun tiba-tiba dia merasa lengannya dipegang kejap.
“Herry.” Panggil Rania perlahan. Pelik sungguh dengan sikap Herry malam ini.
“Saya takut hilang awak.” Rania tersenyum. Itu rupanya yang sedang difikirkan Herry. Rania tergelak kecil.
“Kenapa awak fikir macam tu?” Soal Rania. Sengaja menduga.
“Awak kan dah dapat semula kawan awak. Jadi mungkin awak akan batalkan kontrak kita.” Luah Herry. Herry dapat rasakan yang kuasa baterinya seakan-akan benar lemah. Dia menjadi tidak berdaya langsung.
“Herry, saya ni orang yang berpegang pada janji. Awak ada masa lebih kurang 60 hari lagi untuk buat saya jatuh cinta pada awak.” Putus Rania. Menyuntik semangat Herry yang seakan sudah mula kendur.
“Betul?” Herry meminta kepastian.
“Betul.” Rania bagaikan sedang memujuk anak kecil sahaja. Hatinya digeletek rasa lucu.
“Kalau macam tu, jom ikut saya. Awak belum makan lagi kan?” Arahan dan soalan itu menjadikan Rania buntu sendiri. Dia mengeleng tanda belum makan.
“Awak tak nak ikut saya?” Nampak sangat yang Herry sudah salah faham.
“Maksud gelengan saya tadi maknanya saya belum makan.” Terang Rania. Herry tersenyum. Menyalahkan dirinya yang gelojoh tidak bertempat.Herry menarik tangan Rania supaya mengikutnya.
“Kalau macam tu, jom kita pergi makan. Tapi bukan kat sini. Kat satu tempat yang special.” Rania tergelak dalam hati. Cepat sungguh semangat Herry naik. Dia jadi kagum dengan semangat Herry.
Rania sedikit pun tidak bertanya ke mana destinasi seterusnya. Dia hanya mendiamkan diri memandangkan Herry tidak menimbulkan sebarang topik perbualan. Hanya radio yang menemani perjalanan mereka.
Akhirnya mereka tiba di satu destinasi yang sedikit pun tidak terlintas di fikiran Rania. Dia memandang Herry. Herry hanya tersenyum dan mengangguk. Mereka sama-sama keluar dari perut kereta.
“Tunggu sini.” Arah Herry sambil masuk ke dalam 7-eleven. Herry sedang menyempurnakan hasratnya yang ketiga.
Tidak lama selepas itu, Herry keluar dengan dua mangkuk magie cup yang sedang panas berasap. Mereka duduk di tepi kawasan koridor. Herry masuk semula ke dalam 7-eleven untuk membeli minuman.
“Awak pasti apa yang kita buat ni?” Soal Rania. Sebenarnya, dia bukanlah mahu sangat menyempurnakan misinya itu. Namun dia tidak pernah menyangka bahawa hasratnya akan ditunaikan oleh Herry.
“Pastilah.” Jawabnya ringkas sambil meniup maggienya yang masih berasap dan disuap ke mulut. Sungguh, pertama kali Rania merasakan ada seorang lelaki yang bersungguh hendakkannya.
“Kenapa tak makan?” Soal Herry pelik. Maggie Rania belum luak sedikitpun.
“Nak awak suap.” Gurau Rania manja.
Serta merta Herry meletakkan maggie cupnya dan dicapai maggie cup Rania yang disuap dengan menggunakan garfu yang sudah tersedia.
Pada mulanya dia ingin menolak. Namun apabila mengenangkan kesungguhannya, Rania makan jua suapan dari tangan Herry. Mereka langsung tidak menghiraukan orang yang lalu lalang. Mereka hidup bagaikan di dunia mereka sendiri. Air mata Rania sedikit bergenang.
“Panas sangat ke maggie ni sampai nak meleleh air mata?” Tanya Herry sambil merasa maggie milik Rania. ‘Tak lah panas sangat.’
Rania bertambah terharu. Setiap tingkahnya mendapat tempat di hati Herry.
“Maggie awak dah habis. Awak nak tambah lagi?” Dia tahu, manalah cukup satu maggie cup untuk menampung tubuh Herry yang sasa itu.
“Saya buatkan untuk awak pulak yerk.” Herry tidak berkedip dari memandang Rania berlalu. Sungguh, dia terharu yang bukan sedikit. Untuk pertama kalinya, dia seperti mendapat respon daripada Rania.
“Tapi kali ni, saya pulak yang suap awak.” Usul Rania. Sudahlah makan di kaki lima, siap bersuap lagi pulak tu. Entah apalah kata mereka yang lalu lalang di sekitar 7-eleven itu. Namun mereka tidak peduli. Kesungguhan Herry, sudahpun terbukti.
Share this novel